Sei sulla pagina 1di 12

PENGENALAN TUMBUHAN PAKU – PAKIS

Tumbuhan paku – pakis ( pteridoftit ) merupakan vegetasi dan


tumbuhan dedaun . Ia merupakan golongan tumbuhan yang
mempunyai ciri – ciri khas iaitu pada pucuk daun muda terdapat satu
gelungan tali yang dikenali sebagai krozier . Ciri lain yang nyata ialah
kesemua paku – pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam
sporangium . Sporangium ini berkumpul membentuk tompok –
tompok di bahagian hujung , permukaan ataupun tepi daun .
Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus . Susunan dan bentuk
sorus berbeza – beza bergantung kepada spesies paku – pakis
tersebut .

Secara amnya , tumbuhan paku – pakis dibahagikan kepada dua


kelompok utama iaitu paku – pakis primitif yang berstuktur ringkas
( fern – allies ) dan paku - -pakis sejati ( true – fern ) . Pada paku –
pakis primitif akarnya hanya berupa riziod ( cth. Psilotum ) , berbatang
kecil dan umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga
dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik
dengan satu vena daun sahaja . Manakala pada paku – pakis sejati ,
pembahagian antara akar , batang dan daun tampak jelas . Ketiga –
tiga organ tersebut telah memcapai kesempurnaan yang tinggi .

Sebilangan besar paku – pakis tumbuh liar terdapat disekitar kita .


Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 500 spesies
paku – pakis liar yang telah dikenal pasti . Paku – pakis ini ada juga
yang dimakan dan ia lebih dikenali sebagai Athyrium esculentum . Di
samping itu , terdapat juga paku – pakis liar yang dipercayai
mempunyai khasiat perubatan . Nenek moyang kita dahulu sudah
menggunakan pelbagai spesies paku – pakis sebagai ubat – ubatan
tradisional untuk mengubati penyakit kulit , luka dan sakit perut . Ada
juga yang boleh digunakan sebagai penahan darah dan penyubur
rambut . Kini paku – pakis telah dijadikan sebagai tumbuhan
perhiasan , antaranya ialah Lycopodium , Asplenium , Playcerium dan
sebagainya .

Tumbuhan pteridoftit tersebar luas ke seluruh dunia , kecuali di


bahagian kutub yang sentiasa dilitupi ais . Kira – kira 75% spesies ini
terdapat di kawasan tropika , hampir tropika dan juga kawasan
pergunungan yang berhampiran dengan kawasan tropika . Spesies
yang hanya terdiri daripada bahagian batang yang berwarna hijau
iaitu tanpa akar dan daun sejati ditemukan pada genus Psilotum ,
hingga kepada genus Cyathea yang mempunyai akar sejati dan
berdaun tebal , batang sempurna dan memyerupai batang pohon
palma . Untuk menentukan variasi panjang atau tinggi paku – pakis
dimulai dengan spesies yang berukuran kurang daripada 2.5 cm
seperti pada paku – pakis air dari genus Azolla hingga kepada spesies
yang memcapai ketinggian 30m seperti paku – pakis Cyathea dan
Dicksonia .
SISTEM PENGELASAN ALAM PAKU – PAKIS
Dalam sistem pengelasan botani lama oleh Eichler tahun 1883
dan Bold et al. , 1980 semua tumbuhan dibahagikan kepada 4 divisi
yang besar iaitu Thallophyta , Bryophta , Pteridophyta dan
Spermatophyta . Divisi Thallophyta meliputi semua jenis rumpai air
sama ada di air tawar mahupun di laut . Divisi Bryophyta dianggotai
oleh 3 kelompok lumut iaitu lumut hati , lumut kerak dan lumut jati .
Semua tumbuhan berbiji pula digolongkan ke dalam divisi
Spermatophyta . Sementara tumbuhan yang kita kenali dengan nama
umum paku – pakis , serta beberapa jenis tumbuhan yang berkaitan
dengannya telah dikelaskan oleh ahli – ahli botani dalam divisi
Pteridophtya .

Dalam tinjauan sejarah evolusi alam tumbuhan , divisi


Pteridophyta ditempatkan di antara divisi Bryohyta dan
Spermatophyta kerana beberapa sifat perantaraan pada golongan
tumbuhan ini sehingga dianggap sebagai jambatan yang
menghubungkan bentuk tumbuhan yang primitif dengan bentuk
tumbuhan moden . Walaupun terdapat divisi yang masih belum
sempurna strukturnya seperti pembahagian akar , batang dan daun ,
namun kebanyakan spesies paku – pakis telah memcapai
pertumbuhan yang tidak terbatas sehingga dinamakan paku pohon .
Ini kerana pembentukan batang dan daunnya begitu sempurna
menyerupai Spermatophyta . Sistem pengangkutan ( sistem vaskular )
terbentuk dengan sempurna pada peringkat tinggi dengan elemem –
elemen seperti xilem dan floem yang membentuk tisu – tisu
pengangkutan yang cekap dari akar ke daun .

Menurut Engler ( Lawrence , H.M. 1968 ) alam tumbuh – tumbuhan


dapat dipisahkan ke dalam tiga belas divisi . Sebelas divisi pertama
termasuk dalam golongan tumbuh – tumbuhan Thallophyta , divisi
kedua belas ( Embryophyta Asiphonogama ) dipisahkan ke dalam
dua subdivisi iaitu Bryophyta dan Pteridophyta , sementara divisi
ketiga belas
( Embryophyta Siphonogama ) merupakan tumbuh – tunbuhan
Spermatophyta .
BINAAN DAUN PAKU – PAKIS
Terdapat dua jenis daun paku – pakis , yang pertama dinamakan
sebagai daun mikrofil yakni daun yang berbentuk sisik dengan ukuran
yang sangat kecil umunnya kurang daripada 1 cm panjangnya . Jenis
daun mikrofil ditemukan pada paku – pakis seperti pada genus
Psilotum , Lycopodium , Selaginella dan Equisetum . Khusus pada
Psilotum dan Equisetum daunnya mengalami pengurangan dari segi
bentuk dan fungsi sehingga bentuknya menjadi sangat kecil dan tidak
menjalankan fungsi fotosintesis .

Jenis kedua dikenali sebagai daun makrofil , iaitu daun yang


mempunyai ukuran lebih besar daripada daun mikrofil dan
mempunyai susunan yang lebih kompleks dengan pelbagai variasi
dan aktif bagi berbagai – bagai fungsi fisiologi seperti pada daun
tumbuhan peringkat tinggi . Ia terdapat dalam bentuk tunggal atau
majmuk iaitu permukaan daunnya ( lamina ) tidak terbahagi kepada
segmen – segmen yang terpisah malahan dihubungi kepada batang
atau rizom melalui suatu tangkai sama ada panjang atau pendek .
Contoh Vittaria , Ophioglossum , Antrophyumi , Salvinia dan lain –
lain . Daunnya terdapat dalam sifat pinat , bipinat , tripinat ,
kuadripinat dan seterusnya .
PEMBIAKAN PAKU – PAKIS
Spora , Sporangium dan Sorus
Spora adalah struktur pembiakan halus yang dihasilkan oleh paku
– pakis . Terdapat pelbagai bentuk spora , antaranya bulat , pipih
( monolete ) , segitiga
( trilete ) dan sebagainya . Untuk melihat struktur spora tersebut ,
mikroskop elektron pengiaman ( Scanning Electron Microscope )
digunakan .
Sporangium pula merupakan kapsul yang berbentuk kanta
dwicembung . Dinding sporangium terdiri daripada satu atau
beberapa lapisan sel , kecuali pada bahagian tepinya terdapat suatu
lapisan sel berdinding tebal yang mengelilingi sebahagian kapsul yang
dinamakan anulus . Pada bahagian hujung lingkaran terdapat satu
kumpulan sel yang pipih yang dikenali sebagai stomium . Apabila
sporangium masak sel stomium akan pecah dan membebaskan spora
yang terdapat didalamnya .

Sorus merupakan satu untaian ( nama khasnya spika ) seperti


yang ditemui pada Ophioglossum , atau berbentuk garis panjang
seperti pada genus Pteris atau yang bulat seperti genus Phymatodes .
Kedudukan dan susunan sorus amat penting kerana ia bakal
menentukan genus dan spesis paku – pakis .
Indusium
Indusium adalah suatu lapisan pelindung untuk melindungi
sporangium terutama yang masih muda . Ada sorus yang tidak
dilindungi oleh indusium yang dikenali sebagai sorus yang telanjang .
Sementara yang dilengkapi dengan indusium terdapat dua jenis . Jenis
yang pertama dinamakan indusium sejati yang mana lapisan tisunya
berupa penutup melengkok terdiri daripada dua ruangan dengan
bahagian tengah berhubungan dan mengikatkannya kepada
permukaan daun . Manakala lapisan pelindung yang hanya berupa
pelebaran dari bahagian tepi daun yang bengkok dinamakan indusium
palsu .
Ekologi Paku – pakis
Ekologi paku – pakis dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya
ialah cahaya , hujan , angin ,perubahan suhu dan tumbuhan lain yang
berada disekitarnya . Secara amnya terdapat enam golongan paku –
pakis dikenal pasti berdasarkan faktor – faktor di atas :
♦ Paku – pakis terestrial di kawasan terdedah
Golongan ini mudah dijumpai sama ada tumbuh secara
bersendirian atau berbentuk gerombolan atau semak besar . Contoh
yang hidup bersendirian ialah Blechnum orientale dan Pityrogramma ,
sementara yang tumbuh bergerombolan pula ialah resam
Dicranopteris linearis , tumbuh di kawasan tanah gersang dan kering
ialah Cyclosorus gongylodes . .Manakala yang memanjat ialah
Lygodium , namun akarnya masih menjalar di bawah tanah .
♦Paku – pakis terestrial di kawasan terlindung
Secara keseluruhannya , tumbuh – tumbuhan ini memiliki daun
yang lebih nipis jika dibandingkan dengan tumbuhan paku – pakis
dikawasan yang terdedah . Sebahagian besar paku – pakis ini
dijumpai berhampiran dengan tepi – tepi sungai di dalam hutan
primer . Walaupun sesetengah daripadanya menghasilkan rizom yang
menjalar tetapi ia tidak membentuk kelompok besar ( gerombolan )
seperti Gleichenia Dicranopteris atau Nephrolepis .
♦Paku – pakis memanjat
Golongan ini mempunyai rizom yang menjalar di atas tanah dan
apabila menemui pohon – pohon yang besar maka ia akan terus
memanjatnya . Kadang – kadang akar bermula pada dasar atau
pangkal pohon – pohon dan kemudian akan memanjatnya . Contoh
paku – pakis jenis ini ialah Bolbitis heteroclita yang biasanya menjalar
di tebing – tebing sungai dan apabila menjumpai pohon – pohon kecil
ia akan terus memanjatnya .

♦Epifit
Ia hidup di atas pohon – pohon lain tetapi bukannya tumbuhan
parasit kerana ia hanya berpaut pada kulit kayu untuk mengumpul
makanan dan air yang diperlukan . Akar paku – pakis epifit ini jarang
menjejaki tanah kerana ia biasanya diselimuti oleh tumbuhan lumut .
Lumut ini sedikit sebanyak membantunya mengumpul air dan humus
sebagai sumber nutrien . Spesies jenis ini juga mempunyai cara – cara
tertentu untuk mengumpul humus misalnya pembentukan bakul yang
besar seperti yang ditunjukkan oleh Asplenium nidus dan Aglamorpha
sp .

Paku – pakis epifit dibahagikan kepada dua jenis iaitu

= Epifit di kawasan terlindung


Jenis ini didapati pada bahagian bawah pohon – pohon hutan
misalnya dari golongan filmy fern iaitu spesis dalam famili
Hymenophyllaceae . Tumbuhan ini mempunyai cabang dan daun yang
nipis . Contoh lain ialah Antrophyum .
= Epifit di kawasan terbuka
Jenis paku – pakis ini mendapat cahaya yang penuh mahupun
separa .Udara disekelilingnya kering dengan tiupan angin yang kuat .
Justeru itu tumbuhan jenis ini memerlukan rizom yang kuat dan akar
yang banyak untuk menyerap air seperti pada Asplenium nidus.
Begitu juga dengan paku – pakis Platycerium dan Drynaria yang
mempunyai daun steril untuk membentuk bakul besar bagi
menangkap humus untuk sumber nutriennya .

♦Paku – pakis batu – batan dan pinggiran sungai


Golongan ini hidup di kawasan berbatu dan tebingan sungai yang
berbatu sahaja . Ia mendapatkan air dari udara yang berkelembapan
tinggi di tepi –tepi sungai itu . Rizomnya menjalar kuat di permukaan
batu dengan akar yang banyak . Contohnya ialah Dipteris lobbiana ,
Lindsaya lucida , Pyrrisia perangium dan lain – lain .
♦Paku – pakis akuatik
Terdapat dua famili paku – pakis akuatik iaitu Salviniaceae dan
Marsileaceae yang sukar untuk dikenali sebagai tumbuhan paku –
pakis dalam pandangan yang sekilas sahaja .Terdapat juga beberapa
paku- pakis yang menghuni paya atau lopak air misalnya Acrostichum
aureum dan Ceratopteris thalictroides .
Kitar hidup paku – pakis dan penyimpangannya .
Paku – pakis pada umunnya menpunyai kitar hidup dengan
perselangan dua jenis generasi :
iGenerasi tanpa seks
Ia dikenali sebagai sporafit yang berupa tumbuhan paku – pakis
yang dapat dibezakan antara akar , batang dan daun . Generasi
tanpa seks ini disebut generasi yang diploid .
iGenerasi seks
Generasi seks adalah gametofit yang berasal dari sporafit
sehingga gametofit ini bersifat haploid . Gametofit ini akhirnya akan
membentuk gamet jantan ( anterozoid ) dan gamet betina ( sel
telur ) .
Farlow ( 1874 ) berpendapat bahawa gametofit dapat
membentuk sporofit tanpa persenyawaan gamet dan dikenali sebagai
Apogami oleh De Bary ( 1878 ) contohnya pada Tectaria foliata .
Manakala Druery ( 1885 ) menyatakan sporafit dapat
menbentuk gametofit tanpa spora terlebih dahulu dan ini dikenali
oleh Bower ( 1885 ) sebagai Apospori . Contohnya Athyrium filix –
foemina yang ditemui oleh Druery . Gametofit akan menghasilkan
anteridium dan arkegonium yang dikenali sebagai gametangium .
Ada dua jenis apospori iaitu jenis i dan jenis ii .
Jenis paku – pakis

Divisi Pteridophyta

Famili Schizaeceae

Lygodium microphyllum R . Br . ( Ribu – ribu )


Paku – pakis jenis ini amat mudah dijumpai . Ia tumbuh dengan
merambat pepohon lain di tempat yang terdedah dengan cahaya
matahari . Ia menyerupai paku – pakis Lygodium flexuosum tetapi
ukuran daunnya lebih kecil dan berwarna hijau pucat .

Famili Matoniaceae
Matonia pectinata R . Br .
Paku – pakis jenis ini ditemui di kawasan pergunungan misalnya
di Gunung Ledang , Tanah Tinggi Genting dan Gunung Tahan . Sistem
percabangan pada daun Matonia menyerupai Gleichhenia . Namun
yang membezakannya ialah percabangan menggarpu Matonia lebih
sempurna dan tidak terdapat pucuk dorman pada celah – celahnya
yang dilindungi oleh indusium . Rizomnya tumbuh menjalar dan
ditutupi oleh rambut berwarna coklat yang berkilat .

Famili Marattiaceae
Angiopteris angustifolia Presl . ( Paku gajah )
Paku –pakis ini berukuran lebih besar dan mencapai ketinggian 6m .
Tumbuhan ini hanya dijumpai di kawasan tanah tinggi sahaja
misalnya di Bukit Fraser . Ia menghuni tempat yang lembap seperti
tebing sungai atau anak air didalam hutan tebal .
Famili Osmundaceae
Osmunda javanica Bl .
Paku – pakis jenis ini mempunyai taburan yang luas di seluruh
dunia . Ia biasanya berada di aras lebih 1000m dari laut . Habitatnya
merupakan kawasan lembap atau pingiran sungai yang mempunyai
ketinggian kira – kira 1200 m ke atas aras laut dan terlindung .
Batangnya pendek , kuat dan tumbuh tegak .

Famili Cyatheaceae
Cyathea contaminans ( Hook ) Copel . ( Paku pohon )
Paku pohon ini merupakan spesies yang paling mudah didapati di
kawasan tanah tinggi kira – kira 1000m dari aras laut . Ia juga mudah
dikenali kerana pelepahnya yang mudah tanggal meninggalkan bekas
pada batangnya .Batang paku pohon diselimuti oleh akar yang mati
berselirat seperti dawai dan biasanya kulit batang ini diperdagangkan
untuk pemindahan anak benih tanaman orkid . Tangkai fronnya yang
panjang , memjunjung lamina . Paku – pakis ini lebih berjaya membiak
secara vegetatif iaitu melalui pertumbuhan panjang rizomnya yang
kemudian akan terputus secara mekanisme misalnya akibat arus
kencang , terpotong dan lain – lain , maka terbentuklah individu
tumbuhan yang baru .

Famili Adiantaceae
Ceratopteris thalictroides ( L . ) Bri\ongn
Keseluruhan tumbuhan ini berwarna hijau . Rizomnya pendek ,
tegak mengeluarkan segerombolan akar yang lembut berwarna
putih . Bahagian pangkal stip besar , kira – kira 1 cm tebalnya dan
semakin mengecil ke bahagian hujung . Sporangium terdapat dalam
sorus yang memanjang iaitu di atas vena .

Famili salviniaceae
Salvinia cucullata Roxb .
Ia merupakan paku – pakis akuatik yang aneh kerana tidak
memiliki akar . Ia biasanya menempati bendang padi ,kolam ,
longkang atau tali air . Rizomnya berbulu , tidak berakar , panjang
dan terapung di atas permukaan air . Dari rizomnya itu keluar tiga
kelompok daun , dua kelompok menyerupai daun yang berwarna hijau
sementara kelompok yang ketiga terbenam di dalam air membentuk
segmen – segmen yang terdiri daripada organ yang seperti akar .

Famili Dennstaedtiaceae
Oleandra pistillaris (Sw. ) C. Chr .
Paku – pakis ini amat mudah dikenali kerana daun – daunnya
yang tumbuh berjambang mengelilingi batang . Batangnya tumbuh
tegak dan diselimuti oleh sisik yang berwarna coklat dan bercabang –
cabang . Setiap daun tidak bertangkai dengan tepi daun berombak .
Sporangiumnya terdapat di dalam sorus yang berbentuk barisan di kiri
kanan vena utama di permukaan bawah daun . Sorus tidak dilindungi
oleh indusium .

Famili Polypodiaceae
Drymoglossum piloselloides ( Linn . ) Presl ( Duit – duit , sakat ribu –
ribu , sisik naga )
Paku – pakis epifit ini mudah dijumpai di atas pohon – pohon yang
besar dan tua . Batangnya mempunyai rizom yang halus menjalar dan
dilitupi oleh sisik – sisik kecil Sporangiumnya terkumpul dalam sorus
yang mengelilingi hampir keseluruhan tepi daun fertil . Sesetengah
petani terutamanya di Melaka mempercayai air tumbukan daripada
paku- pakis ini apabila dicampurkan dengan buah kundur dapat
membunuh dan mengusir pianggang iaitu sejenis serangga yang
merosakkan padi yang baru mula berbuah .

Famili Azollaceae
Azolla pinnata R. Br.
Spesies paku – pakis ini amat aneh kerana bentuk dan ukurannya
yang sangat kecil berbanding dengan paku – pakis yang lain .
Tumbuhan ini mudah dijumpai di kolam air dan bendang padi .
Rizomnya halus , panjang 2 cm dan darinya keluar dua barisan daun ,
dan akar yang mengarah ke dalam air . Ia biasanya dijumpai dengan
banyaknya dalam takungan air yang akan memyebabkan air
berwarna kuning kehijauan . Kehadiran spesies ini di sawah padi
menguntungkan kerana ia hidup bersimbiosis dengan sejenis rumpai
air Anabaena yang dapat mengikat gas nitrogen .

Divisi Microphyllophyta

Famili Lycopodiaceae
Lycopodium phlegmaria L.
Paku – pakis ini dijumpai di kawasan tanah rendah di dalam hutan
tebal . Ia akan bergantungan di celah – celah dahan yang besar ,
lembap dan kaya dengan humus Rizomnya menjalar di kulit kayu
pohon – pohon lain yang berhumus terutamanya di celah cabang .
Daun – daunnya yang kecil berbentuk segitiga dengan bahagian yang
rata dan lebar melekat pada cabang pokok kayu .Ia hanya mempunyai
satu vena sahaja yang terletak di bahagian tengah . Sporangiumnya
terkumpul di dalam strobilus di bahagian hujung cabang dan terletak
di celah daun fertil yang lebih kecil . Ia sering ditanam sebagai
tumbuhan perhiasan yang sangat menarik .

Famili Selaninellaceae
Selaninella wallichii ( Hk . & Gr . ) Spring
Paku – pakis ini tumbuh melata tetapi tegak . Ia banyak didapati
di pinggir hutan dan lantai hutan yang tidak terlalu redup . Paku –
pakis herba ini kerap tumbuh berkelompok membentuk koloni yang
homogen .Percabangan yang terbentuk dikenali sebagai jenis
psedopinat . Sporangiumnya terkumpul pada bahagian hujung anak
cabang membentuk sorus yang dinamakan strobilus . Strobilus ini
berbentuk tetragon .

Divisi Arthrophyta

Famili Equisetaceae
Equisetum debile Roxb . ( Paku ekor kuda )
Paku – pakis herba ini hidup di dalam bermacam – macam habitat
, khasnya di kawasan berpasir di pinggir sungai , tasik atau lombong .
Biasanya ia tumbuh tegak dengan ketinggian kira – kira 1.5 m .
Daunnya hanya merupakan sisik yang tidak berwarna dan tumbuh
berkarang di bahagian buku batang dan melekat di antara satu
dengan yang lain bagi membentuk saluran yang memanjang . Sejak
dahulu lagi tumbuhan ini telah digunakan untuk memcuci pinggan
mangkuk atau barang – barang porselin kerana terdapatnya silika di
dalamnya .

Divisi Psilotophyta

Famili Psilotaceae
Psilotum complanatum Sw .
Spesis ini mempunyai taburan pantaropika tetapi amat sukar
untuk ditemui .Di Semenanjung Malaysia ia hanya ditemui di Selangor
, Perak dan Pahang sahaja mulai dari kawasan tanah rendah hingga
pada paras ketinggian 1000 m dari aras laut . Psilotum complanatum
khasnya adalah paku – pakis jenis epifit dan biasanya dijumpai dalam
kebun kelapa sawit yang tumbuh menjuntai pada pelepah daun .
Kesimpulan
Tumbuhan paku – pakis atau nama lainnya pteridofit merupakan
tumbuhan yang amt mudah dijumpai dan didapati tumbuh meliar di
sekeliling kita . Namun demikian habitat dan ekologi tumbuhan ini
amat bergantung kepada faktor alam sekitarnya seperti cahaya ,
hujan , perubahan suhu dan tanaman yang turut hidup di sekitarnya .

Hal ini sedemikian kerana ada paku – pakis yang hidup di tempat
tinggi , tanah rendah , di dalam air mahupun menumpang pada pokok
yang lain . Keadaan ini dapat dilihat melalui contoh paku – pakis yang
hidup pada habitatnya sendiri . Sebagai contoh Cyathea contaminans
yang hidup di kawasan tanah tinggi . Manakala Marsilea crenata yang
biasanya hidup di kawasan sawah padi . Ceratopteris thalictroides
pula dijumpai di kawasan tanah rendah yang mendiamai kawasan tali
air . Paku – pakis epifit seperti Drymoglossum piloselloides dijumpai di
atas pokok besar . Paku – pakis akuatik seperti Azollz pinnata
merupakan paku – pakis yang sangat kecil .

Didapati juga ada paku – pakis yang membiak melalui spora dan
pembiakan vegetatif bagi mengekalkan spesiesnya . Penghasilan
gametofit ada yang bersifat apogamous dan aposporous . Keadaan ini
bergantung kepada jenis paku – pakis tersebut dan ini dapat dilihat
melalui kitar hidup dan penyimpangannya .

Paku – pakis yang hidup di sekitar kita ada yang boleh dimakan .
Malahan sejak dahulu lagi nenek moyang kita telah menggunakannya
sebagai bahan perubatan ekoran daripada pertumbuhannya yang
seiring dengan kehidupan manusia seharian . Kini manusia telah
mengambil langkah intensif dengan menjadikannya sebagai
tumbuhan perhiasan misalnya Lycopodium , Asplenium dan
Platycerium sebagai tanaman hiasan eksotik . Keadan ini bukan
sahaja membantu mengekalkan tumbuhan paku – pakis ini malahan
dapat mengindahkan lagi suasana . Di Sarawak , pihak MARDI
( Pontian ) telah membuka kawasan kebun sayu pucuk paku Athyrium
esculentum . Keadaan ini menunjukkan bahawa ia semakin dimajukan
dan dapat dijual kepada golongan penduduk tempatan .

Justeru itu dapat disimpulkan bahawa paku – pakis yang dianggap


tumbuh meliar mempunyai pelbagai kegunaan seperti tumbuhan yang
lain . Melalui kajian ini juga kita dapat memgenal pasti bagaimana
cara pembiakan serta kitar hidup tumbuhan paku – pakis ini mengikut
habitat dan pengelasannya .
Bibliografi
Dr. C. G. G. J Van Steenis . 1975 . Flora untuk sekolah di Indonesia .
Pradnya Paramiat. Jakarta .
Roger Ground . 1974 . Ferns . Relham Books.Wallop . Hampshire .
Chua Hun Pin ( Mardi . Sarawak ) . 1999 . Hobi : Koleksi tanaman unik
. Agromedia .
Abdul Aziz Bidin . 1986 . Paku – pakis di sekeliling kita . Dewan Bahasa
dan Pustaka . Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur.
Audrey Piggott. 1972 . Heinemann Guide to Common Epiphytic Ferns
of Malaysia and Singapore