Sei sulla pagina 1di 4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1 / 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BERAYA, MIRI

Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

5 Januari 2016
Selasa
2.00 petang
Bilik Kelas Tahun 6

Agenda :
1. Kata-kata aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat lepas


3. Perkara Berbangkit
4. Hal-hal Profesionalisme
5. Hal-hal lain
6. Penutup
Kehadiran :
Nama

Jawatan

1. Encik Othman bin Hj. Yunus

Guru Besar

2. Puan Zaleha binti Main

Penolong Kanan Kurikulum

3. Puan Eshantee Engkamat

Penolong Kanan HEM

4. Encik Helmi bin Tambi

Penolong Kanan Kokurikulum

5.

Puan Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-Qaf

6.

Puan Nasihah binti Yusoff

Guru Pendidikan Islam

7. Encik Shukri bin Sulaiman

Guru Prasekolah

8. Puan Sharifah Rakiah binti Wan Drahman

Guru Akademik Biasa

9. Puan Rani Arumugam

Guru Akademik Biasa

10. Puan Engku Nurul Farahana binti Engku Aziz Guru Akademik Biasa
11. Cik Maizureen Mahidin

Guru Akademik Biasa

12. Puan Allnie James

Guru Akademik Biasa

1.

Kata-kata Aluan Pengerusi


1.1

Pengerusi memberitahu tentang beberapa elemen yang diambil kira dalam


Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan meminta semua guru
untuk peka dengan misi dan visi baru Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.2

Pengerusi juga memaklumkan salah satu tujuan visi dan misi sekolah
dipaparkan di dalam kelas adalah salah satu elemen yang memenuhi
kehendak SKPM.

1.3

Selain itu, pengerusi menerangkan serba ringkas tentang pelan strategik yang
perlu dibuat oleh semua guru dengan meletakkan analisis persekitaran
dalaman dan luaran serta mengambil kira keperluan sekolah.

1.4

Pengerusi juga menyentuh tentang pelan taktikal di mana ia penting dalam


pemarkahan SKPM.

1.5

Pengerusi juga mengingatkan semua guru untuk menyiapkan pelan operasi


dalam masa yang telah ditetapkan.
Tindakan: Untuk makluman dan tindakan

2.

Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Lepas


2.1

Disahkan oleh Puan Nasihah dan disokong oleh Puan Nik Asilati Nik Ideris.
Tindakan : Untuk makluman

3.

Perkara Berbangkit
3.1

GB memberitahu bahawa pelan strategik baru akan dibuat pada tahun ini
merangkumi pelan strategik kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan
semua panitia mata pelajaran.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

4. Hal-hal Profesionalisme
4.1

Surat pelantikan tugas-tugas kurikulum semua guru diedarkan.

4.2

Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2016 dibacakan oleh Puan Zaleha beserta
sedikit penerangan mengenai tugas masing-masing.

4.3

Perancangan strategik dalam masa 5 tahun perlu diambil tindakan oleh


semua ketua panitia dan perbincangan dibuat dalam panitia masing-masing.

4.4

Puan Rani memberikan cadangan agar fail dan ahli jawatan kuasa PLC
diwujudkan.

4.5

Penetapan bagi Ujian Diagnostik adalah pada 1 hingga 4 Mac 2016 yang
mana hanya melibatkan murid tahun 1 sahaja.

4.6

Bagi Ujian Progresif pula melibatkan murid tahun 2 hingga 6 dan diuji dengan
subjek teras sahaja.

4.7

Tarikh tarikh bagi peperiksaan dalaman adalah seperti berikut :


Peperiksaan
Pra UPSR
PKSR 1
Progresif 2
PKSR 2

4.8

Tarikh
16 20 Mei 2016
1-4 Ogos 2016
24-28 Oktober 2016

Perancangan Program Kecemerlangan Akademik 2016 adalah seperti


berikut:

NAMA PROGRAM / AKTIVITI


Kelas Tambahan

TARIKH
Mula pada 15 Februari 2016

Klinik 1 Beraya

Mula pada 15 Februari 2016

Hari Penetapan Target UPSR 2016

5 Mac 2016

Hari Pelaporan

16 Julai 2016

(Hari Bertemu Pelanggan)


Kem Motivasi UPSR

23 Julai 2016

Kelas Tambahan Cuti Sekolah

Mac dan Mei

Kem Jawi
Program Awal pagi

April
Mula pada 15 Februari 2016

(BM, BI, MT, SN, AG)


Kem Bestari Solat

April

Mesyuarat Kurikulum 2

7 April 2016

Mesyuarat Kurikulum 3

13 Julai 2016

Kem Bestari Solat 2

24 September 2016

Kem Jawi

8 Oktober 2016

Hari APC

23 November 2016

4.9

Cadangan tempat bagi Kem Motivasi UPSR adalah Tims Seaside di


cadangkan oleh Encik Helmi, Beraya Laut dicadangkan oleh Puan Sharifah,
Bungai dicadangkan oleh Cik Maizureen, Eastwood Valley dicadangkan oleh
Puan Zaleha dan Gua Long House dicadangkan oleh Puan Farahana.

4.10 Puan Zaleha mencadangkan agar kos bagi Program Pagi perlu dimaklumkan
kepada semua ibu bapa pada mesyuarat 16 Januari 2016.
4.11 Kos bagi buku kerja sebanyak RM10 bagi setiap subjek teras dan kos fotostat
kertas ujian iaitu RM10 pelu dibayar oleh semua ibu bapa bagi menampung
kos perbelanjaan tersebut.
Tindakan

: Untuk makluman dan tindakan

5. Perkara-perkara lain
5.1

Encik Helmi memaklumkan bahawa kos baju sukan adalah sebanyak RM30
dan meminta semua guru kelas memaklumkannya kepada semua murid.

5.2

Puan Rani mencadangkan agar pakaian sukan untuk dibeli oleh murid perlu
diiklankan.
Tindakan

: Untuk makluman dan tindakan

6. Penutup
GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru bekerjasama dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Beliau meminta guru untuk menetapkan sasaran bagi UPSR akan datang
seawal bagi murid tahun 1 hingga mereka menduduki UPSR.
Beliau turut berharap agar tahun ini semua guru menjadi lebih mapan dan
bersemangat tinggi untuk mencapai sasaran yang ingin dicapai.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang.
Disediakan oleh ;
Puan Engku Nurul Farahana Engku Aziz

Potrebbero piacerti anche