Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID LAYAK BANTUAN

KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA (BKAP1M) 2016


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BERAYA, MIRI
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

26 Januari 2016
Selasa
1.10 petang
Bilik Kelas Tahun 6

Agenda :
1. Kata-kata aluan Pengerusi
2. Hal-hal Profesionalisme
3. Hal-hal lain
4. Penutup
Kehadiran :
Nama

Jawatan

1. Encik Othman bin Hj. Yunus

Guru Besar

2. Puan Zaleha binti Main

Penolong Kanan Kurikulum

3. Puan Engku Nurul Farahana binti Engku Aziz Penolong Kanan HEM
4. Encik Helmi bin Tambi

Penolong Kanan Kokurikulum

5.

Puan Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru Bahasa Arab

6.

Puan Nasihah binti Yusoff

Guru Pendidikan Islam

7. Encik Shukri bin Sulaiman

Guru Prasekolah

8. Puan Sharifah Rakiah binti Wan Drahman

Guru Akademik Biasa

9. Puan Rani Arumugam

Guru Akademik Biasa

10. Puan Eshantee Engkamat

Guru Akademik Biasa

11. Cik Maizureen Mahidin

Guru Akademik Biasa

12. Puan Allnie James

Guru Akademik Biasa

1.

Kata-kata Aluan Pengerusi


1.1

Pengerusi memberitahu tentang Kerajaan Malaysia telah meluluskan


pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) sebanyak
RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang berpendapatan isi
rumah sebanyak RM3000 dan ke bawah.

1.2

Pelaksanaan bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia bagi tahun ini


diteruskan bertujuan meringankan beban ibu bapa di awal persekolahaan.

1.3

Pengerusi juga memaklumkan tentang kriteria-kriteria kelayakan bantuan


termasuklah murid mesti warganegara Malaysia, dan bagi murid yang bukan
warganegara,

salah

seorang

ibu/bapa/penjaga

mestilah

warganegara

Malaysia serta bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan


sahaja.
Tindakan: Untuk makluman
2. Hal-hal Profesionalisme
2.1

Pemilihan murid yang layak menerima bantuan dibincangkan berdasarkan


maklumat murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

2.2

Setiap guru kelas mengenalpasti murid yang ibu bapa berpendapatan RM


3000 dan ke bawah adalah layak untuk menerima bantuan tersebut.

2.3

Puan Allnie memberitahu bahawa murid yang layak bagi Tahun 1 adalah
seramai 12 orang.

2.4

Puan Sharifah pula memberitahu bahawa semua murid Tahun 2 adalah layak
iaitu seramai 12 orang.

2.5

Bagi murid Tahun 3 pula, Ustazah Nik memberitahu bahawa murid yang layak
adalah seramai 11 orang.

2.6

Bagi murid Tahun 4, Cik Maizureen memberitahu seramai 8 orang murid yang
layak menerima bantuan.

2.7

Puan Rani pula memberitahu bahawa semua murid tahun 5 adalah layak
menerima bantuan dan menepati syarat yang ditetapkan.
Tindakan

: Untuk makluman dan tindakan

3. Perkara-perkara lain
5.1

Encik Helmi memaklumkan bahawa kos baju sukan adalah sebanyak RM30
dan meminta semua guru kelas memaklumkannya kepada semua murid.

5.2

Puan Rani mencadangkan agar pakaian sukan untuk dibeli oleh murid perlu
diiklankan.
Tindakan

: Untuk makluman dan tindakan

4. Penutup
GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini.
Beliau turut berharap agar pelaksanaan bantuan ini akan berjalan lancar
tanpa mempunyai sebarang masalah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh,
____________________
(MAIZUREEN MAHIDIN)
Setiausaha Hal Ehwal Murid,
SK. Kg. Beraya.
Disemak oleh.
_____________________________________
(ENGKU NURUL FARAHANA ENGKU AZIZ)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK. Kg. Beraya.
Disahkan oleh,
______________________
(OTHMAN BIN HJ YUNUS)
Guru Besar,
SK.KG. Beraya.