Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
Rajah 1: Cara mengira bearing sukuan berdasarkan bearing sudutan yang mana X ialah jawapan
untuk bearing sudutan
Apabila latihan diberikan kepada pelajar, pelajar sering mengatakan ...Susah, tidak ingat formula. Ada
pula yang bertanya...depan letak T kah ataupun U? ataupun meletak jawapan seperti U240B, T20U
dan 385.
Ada ketikanya saya berasa putus asa untuk mengajar topik ini terutama selepas menyemak latihan pelajar.
Rata-rata pelajar menyalin jawapan daripada rakan mereka. Justeru itu, saya bercadang untuk memulakan
kajian untuk membaiki kelemahan dalam teknik mengajar saya dan meningkatkan pembelajaran anak didik
saya. Saya memulakan kajian saya dengan memulakan tinjauan masalah, membuat ujian pra dan soal
selidik. Kemudian saya merancang aktiviti membaiki proses penyampaian dalam kelas melalui slaid
powerpoint yang menggunakan kaedah baru yang dipanggil Teknik Sticker US90. Seterusnya saya
memberi pelajar membuat latihan pengukuhan. Akhir sekali, saya membuat penilaian ke atas keberkesanan
kaedah ini melalui ujian pos dan soal selidik.
Fokus Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus kepada kemahiran mengukur bearing sukuan. Kajian ini penting
bagi pelajar Geografi Menengah Atas supaya pelajar dapat menguasai kemahiran mengukur bearing sukuan
dengan tepat.
Objektif Kajian
Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan pelajar Geografi Tingkatan 5 dapat menjawab soalan bearing
sukuan dalam peperiksaan.
Objektif Umum
Membantu meningkatkan keputusan pelajar Tingkatan 5 dalam menjawab soalan Kemahiran Geografi
khasnya bahagian bearing sukuan.
Objektif Khusus
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk:
(a) mengkaji keberkesanan Teknik Sticker US90 dalam mengukur bearing sukuan
(b) mendapat maklum balas pelajar tentang keberkesanan Teknik Sticker US90 dalam memahami topik
bearing sukuan
Kumpulan Sasaran
2
Kajian ini melibatkan saya sebagai guru dan 30 orang dari Tingkatan 5 Mutiara.
Pelaksanaan Kajian
Rangka kajian ini meliputi 3 peringkat seperti dalam Rajah 2:
Tinjauan Masalah
1. Tinjauan awal
2. Ujian pra
3. Soal selidik
Penilaian
1. Ujian pos
2. Soal selidik
Rajah 2: Rangka pelaksanaan kajian
Tinjauan Masalah
Pada 11 Mac 2010, satu soalan bearing sudutan telah ditanya dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal 1
untuk menguji kebolehan pelajar dalam mengukur bearing. Kemudian pada 6 April Ujian Pra diadakan
untuk menguji kebolehan pelajar dalam mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan. Sebanyak 5 soalan
bearing sudutan dan 5 soalan bearing sukuan ditanya dalam ujian ini. Pada hari yang sama, pelajar diminta
menjawab satu set borang soal selidik yang terdiri daripada 6 soalan. Borang soal selidik diadakan untuk
mendapat maklumat tentang masalah sebenar yang dihadapi pelajar ketika menjawab soalan bearing tadi.
Aktiviti 1
Menggunakan Slaid Powerpoint Beranimasi menunjuk ajar Teknik
Sticker US90 untuk mengukur bearing sukuan.
Aktiviti 2
Menunjuk ajar kepada pelajar cara membuat protraktor guna Teknik
Sticker US90
Aktiviti 3
Memberi latihan pengukuhan mengukur bearing sukuan kepada
pelajar
Rajah 3: Tindakan yang dijalankan
Aktiviti 1:
Menggunakan Slaid Powerpoint Beranimasi menunjuk ajar Teknik Sticker US90 untuk mengukur
bearing sukuan.
Teori Vygotsky menekankan pentingnya interaksi manusia dan peranan orang yang lebih berpengetahuan
dalam mengurangkan jurang antara apa yang diketahui dengan apa yang belum diketahui oleh pelajar.
Jurang ini dipanggil the Zone of Proximal Development (ZPD).
Untuk menghasilkan slaid powerpoint ini, saya mula dengan mencari imej protraktor yang sesuai dan jelas
daripada internet. Kemudian saya menukar imej dengan menggunakan software Gimp dengan
mewujudkan transparency / lutsinar supaya imej asal protraktor tidak menghalang pandangan sekiranya
diletak di atas imej yang lain (rujuk Rajah 5). Akhir sekali, saya menggunakan fungsi animasi dalam MS
Powerpoint untuk menggerakkan protraktor menuju ke arah tempat yang hendak diukur dengan tepat.
Contoh:
Bearing Bt. Tinggi ( RG 118277) dari Stesen Trigonometri Bt. Cincin ( RG 079248) ialah
U 53 T
Rajah 5: Dengan protraktor yang lutsinar, cara mengukur bearing dapat ditunjukkan dengan jelas
dalam slaid powerpoint beranimasi
Aktiviti 2:
Menunjuk ajar kepada pelajar cara membuat protraktor guna Teknik Sticker US90
Selepas melihat demonstrasi cara mengukur bearing menggunakan slaid powerpoint beranimasi, saya
membawa pelajar balik ke bilik kelas pada waktu yang kedua untuk menghasilkan protraktor bersticker
6
US90. Bahan yang diperlukan hanyalah enam keping sticker kecil yang dilekatkan pada protraktor, tiga
keping sticker kecil yang berwarna jingga dan tiga keping yang berwarna hijau. Pelajar diminta melekat
sticker di atas protraktor dan melabelnya mengikut arahan yang diberikan.
Saya mendapat idea ini selepas membaca artikel tentang Distributed Cognition and Educational Practice
yang ditulis oleh Vvidis, Ilias Karasa (2002) dalam Journal of Interactive Learning Research. Teori
Distributed Cognition atau singkatannya Teori Dcog diperkenalkan oleh Edwin Hutchins pada tahun 1980an. Teori Dcog menekankan kepentingan interaksi antara manusia, artifaks/ alat dan ruangan dalam menjana
idea baru. Pengetahuan ataupun kognisi tidak semestinya berada dalam otak seseorang sahaja. Ia boleh
berada di sekeliling kita, pada artifaks atau manusia yang lain. Saya tertarik dengan idea tentang
penggunaan material anchors dalam mencungkilkan ingatan (Hutchin, 2005).
Melalui Teori Dcog ini, saya memikirkan idea untuk mengurangkan tekanan terhadap ingatan dalam otak
pelajar dengan memindahkan pengetahuan ini ke atas artifaks / protraktor. Justeru ini dapat menjimatkan
usaha mental untuk mengingati terlalu banyak maklumat. Kini banyak alat dicipta memainkan fungsi
menyimpan maklumat seperti komputer, mesin kira, mesin automasi mengira mata wang asing, mesin
automasi menimbang berat badan dan sebagainya. Maka, daripada artikel ini saya mendapat satu idea untuk
mencipta protraktor bermaklumat untuk mengajarkan topik bearing sukuan. Teknik ini dipanggil Teknik
Sticker US90. Nama US 90 bermaksud Utara-Selatan 90. Ini kerana bearing sukuan diukur dari 0 - 90
dengan mengorientasikan Utara atau Selatan. Cara melekat sticker pada protraktor ditunjukkan dalam Rajah
6.
Saya menunjukkan slaid powerpoint beranimasi dan membuat penjelasan tentang Teknik
US90. Pelajar diajar tentang empat suku dalam ukuran bearing. Pelajar yang dahulunya
kurang berminat dalam soalan mengira mula berminat melihat slaid yang ditayangkan.
Beberapa orang pelajar yang sudah mahir mengira pula hanya duduk bersandar.
Refleksi:
Pelajar tertarik melihat slaid powerpoint yang menunjukkan cara mengukur bearing
sukuan.
Apabila saya mula menunjukkan Teknik US90, sekumpulan pelajar
mengatakan ...oh, senangnya. Apabila protraktor dengan gerakan animasi menuju ke
kawasan yang hendak diukur, pelajar boleh menyebut jawapan sudut dengan tepat. Ini
merupakan kali pertama saya melihat pelajar begitu bersemangat dalam menjawab soalan
bearing.
Dengan bantuan ICT, pelajar akan dapat melihat dengan jelas dan saya boleh mengulangi
tayangan slaid sekiranya masih ada pelajar yang kurang faham. Memainkan slaid
powerpoint berulang-kali juga boleh menjimatkan masa dan tenaga saya semasa proses
P&P sebab saya dapat menggunakannya untuk kelas lain.
Pemerhatian Aktiviti 2
Tarikh: 2 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat: Bilik Kelas
Masa: 8.35 8.55 pagi
Gambar 2: Suasana dalam kelas ketika saya menunjuk ajar cara melekat sticker
Peristiwa:
Saya menunjukkan cara melekat sticker pada protraktor. Kebanyakan pelajar tidak sabarsabar mengambil sticker berwarna dan lekat. Kemudian mereka melabel huruf U, S,
T dan B. Pelajar tertarik dengan sticker berwarna yang diberikan. Mereka terus
melekat pada protraktor mengikut arahan yang diberikan. Mereka hanya mengambil masa
5 minit untuk menyiapkan kerja. Namun, masih terdapat beberapa pelajar yang salah
melabel. Kesilapan itu diperbetulkan dengan segera apabila saya memberi sticker yang
baru kepada mereka.
8
Pemerhatian Aktiviti 3
Tarikh: 2 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat: Bilik Kelas
Masa: 8.55 9.15 pagi
Peristiwa:
Pelajar diberi 20 minit untuk menyiapkan latihan pengukuhan. Mereka menjawab soalan
bearing sukuan dengan serius. Semasa pelajar menjawab soalan, saya sempat berjalanjalan dan lihat cara mereka mengukur. Mereka meletak protraktor dengan betul. Walau
bagaimana pun, masih ada pelajar yang tidak menandakan lokasi kawasan berdasarkan
rujukan grid yang diberikan. Ini menyebabkan sudut yang diukur kurang tepat dan
terdapat perselisihan sudut lebih daripada 2.
Refleksi:
Pelajar berpuas hati dengan protraktor baru mereka. Ada pelajar bertanyacikgu,
boleh tak sticker ini kekal pada protraktor semasa peperiksaan? saya tidak mahu
membuang sticker itu kalau disuruh.
Refleksi kajian
Pada 2 Julai 2010, satu Ujian Pos diadakan ke atas kumpulan pelajar yang sama. Soalan ujian pos adalah
sama dengan ujian pra, cuma susunan soalan diubah sahaja. Tujuan ujian pos diadakan adalah untuk
menguji kebolehan pelajar mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan selepas Teknik Sticker US90
diajar kepada mereka. Selepas menjawab soalan ujian pos, pelajar juga diminta menjawab satu borang soal
selidik. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah yang masih dihadapi
9
pelajar ketika menjawab soalan bearing dan satu soalan terbuka menanya pendapat pelajar tentang teknik
baru yang dipelajari.
Skor
5
4
3
2
1
0
Jumlah pelajar
5 MUTIARA
Ujian Pra
Ujian Pos
Bearing Bearing Bearing
Bearing
sudutan
sukuan sudutan
sukuan
2
0
18
17
3
0
6
5
8
1
2
3
7
1
2
2
3
1
2
2
7
27
0
1
30
30
30
30
Jadual 1: Perbandingan skor pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
10
Jenis Ujian
Ujian pra
Ujian pos
Bil. Lulus
(> 40 markah)
6
27
Peratus lulus
20%
90%
Ujian Pra
42%
Ujian Pos
84%
4%
Soal
selidik
76.7%
80%
Soal selidik
73.3%
50.0%
26.7%
43.3%
16.7%
6.7%
6.7%
3.3%
0%
0%
63.3%
23.3%
3.3%
Jadual 6: Perbandingan analisis data Ujian Pra, Ujian Pos dan Soal Selidik
Penilaian pencapaian pelajar
Keputusan pelajar menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu lebih daripada 80% dapat menjawab soalan
bearing dalam ujian pos. Ini membuktikan keberkesanan kaedah baru yang dipelajari iaitu Teknik Sticker
US90. Hasil daripada soal selidik juga mendapati bahawa peratusan pelajar yang mempunyai masalah dalam
menjawab soalan bearing telah berkurangan. Kepuasan pelajar dapat ditunjukkan dalam pendapat mereka
tentang kaedah baru yang dipelajari. Majoriti pelajar berpendapat kaedah ini sangat berkesan. Di antaranya:
Pelajar A:
Pelajar B:
Pelajar C:
Pelajar D:
Pelajar E:
Pelajar F:
Pelajar G:
Pelajar H:
Pelajar I:
Pelajar J:
Teknik Sticker US90 lebih senang untuk mecari jawapan dalam masa
yang singkat.
Mudah untuk mengenali bearing sukuan.
Sangat berkesan. Saya dapat mengetahui di mana bahagian U, S, T dan
B untuk memudahkan kerja mengukur bearing sukuan.
Tidak perlu fikir.
Senang untuk dilihat.
Senang mengira dan tidak keliru.
Mudah diingati dan senang dilihat.
Saya dapat pasti U/S di depan dan T/B di belakang dan dapat menjawab
soalan tentang bearing sukuan.
Sangat mudah, cepat dan ringkas.
Sangat berguna dan mudah faham.
Jadual 7: Maklum balas pelajar dalam borang soal selidik tentang keberkesanan Teknik Sticker US90
dalam mengukur bearing sukuan
Refleksi proses P&P secara keseluruhan
11
Sepanjang pelaksanaan kajian ini, beberapa perubahan yang ketara dapat saya perhatikan dalam kalangan
pelajar saya. Sebelum kajian dilakukan, pelajar saya kurang minat dalam menjawab soalan bearing.
Biasanya pelajar akan membiarkan soalan tidak dijawab. Pelajar juga malas membawa protraktor atau
enggan membelinya. Selepas mereka melekat sticker pada protraktor dan tahu teknik mengukur, saya
perhatikan protraktor itu sentiasa ada dalam kotak pensel mereka. Apabila tiba hari peperiksaan, protraktor
itu diletakkan di atas meja dan saya perhatikan majoriti pelajar menggunakannya. Saya tidak sampai hati
menyuruh pelajar menanggalkan sticker tersebut dan saya membenarkan mereka menggunakannya semasa
peperiksaan di sekolah.
Cadangan kajian seterusnya
Saya bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa akan datang. Kaedah ini
adalah paling murah, mudah dan berkesan. Saya juga berpendapat mencipta bahan bantu belajar ini
membantu pelajar menjadi pemiliknya. Dengan itu, proses P&P menjadi lebih menarik kerana pelajar
memiliki alat yang membantu mereka belajar.
Rujukan
Hutchin, Edwin. (2005). Material anchors for conceptual blends. Journal of Pragmatics. Vol.37. 15551577.
Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. (2008). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. Malaysia.
Vvidis, Ilias Karasa. (2002). Distributed cognition and educational practice.
Learning Research. Dimuat turun dari:
http://www.thefreelibrary.com/_/print/PrintArticle.aspx?id=87079467
Journal of Interactive
Vygotsky, L.S. (1978). Mind and society: The development of higher mental processes. Cambridge, MA:
Harvard University Press.
12