Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SIMPANGAN
90107 BELURAN,SABAH
Kod Sekolah: XEA2144

__________________________________________________________________________
Ruj:SMKS/02/07(02)
Tarikh:17 JUN 2016
Kepada,
Ibu / Bapa / Penjaga,
Tuan / Puan,
Makluman Pelaksanaan Tugasan Pelbagai Item Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3)
Mata Pelajaran Sejarah
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2.
Dimaklumkan bahawa semua murid Tingkatan Tiga sekolah ini akan terlibat dalam
pelaksanaan tugasan pelbagai Item PT3 mata pelajaran Sejarah. Kajian ini adalah bagi
memenuhi Pentaksiran Tingkatan Tiga tahun ini seperti mana yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.
Hasil tugasan ini akan dinilai oleh pentaksir sekolah. Bagi tujuan ini, semua murid
akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan.
4.
Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan tugasan ini akan berjalan dalam tempoh
masa tiga minggu dari 16 Jun 1 Julai seperti mana ketetapan yang telah dibuat oleh pihak
Lembaga Peperiksaan. Penulisan laporan akan dibuat dari 19 Jun-1 Jun pada waktu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Ibu bapa / penjaga perlu memastikan
anak-anak hadir ke sekolah dalam tempoh pelaksanaannya.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
( LIM SU YIN @ ALOYSIUS)
PK PENTADBIRAN

S.k:

1.Fail

Potrebbero piacerti anche