Sei sulla pagina 1di 2

PUTRAJAYA 5 Okt.

- Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati


pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi.
Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat
Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti
tanda-tanda stres, keresahan dan kemurungan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540
orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami
tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk
dan 4.8 peratus stres yang teruk.
Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau, seramai
2,345 iaitu 36 peratus murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran
daya tindak kesihatan mental.
Sejumlah 279 guru pula dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan
masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.
Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang
berusaha untuk meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke
atas pelajar di seluruh negara.
Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam
hal ini terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa
yang penting ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran
menangani stres, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu
bermula pada Mac lalu dan dijalankan di enam buah sekolah di enam
negeri.
Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK)
Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin,
Melaka; Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Sekolah
Menengah St Michael, Penampang, Sabah.
Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan
dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.
Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua
sekolah dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan
warga sekolah serta sebagai persediaan mengelakkan perkara lebih serius
berlaku.
Bukan sahaja pelajar, malah projek ini turut melibatkan latihan kepada
guru-guru bagi mengendali masalah stres di kalangan pelajar.
Ia penting bagi memastikan tiada masalah yang lebih serius berlaku
kepada pelajar yang memerlukan khidmat nasihat ketika saat-saat
genting, katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut berharap Kementerian Pelajaran


mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan Projek Rintis Minda
Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi meningkatkan
kesejahteraan mental pelajar di seluruh negara.
Sementara itu, kata beliau, saringan kesihatan mental di klinik kesihatan
juga telah diperluaskan secara berperingkat di klinik seluruh negara
bermula Jun lalu.
Perkhidmatan ini akan dapat mengenalpasti lebih awal masalah kesihatan
mental di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di klinik
kesihatan, sehingga kini seramai 637 klinik kesihatan telah melaksanakan
perkhidmatan ini.
Dari segi latihan pula, seramai 687 pegawai kesihatan yang terdiri
daripada 138 doktor dan 549 paramedik telah menerima latihan kesihatan
mental komuniti bagi mengesan masalah mental di kalangan masyarakat,
katanya.
kenapa kajian tak di buat di sekolah agama juga? MRSM gemencheh beraliran
agama tapi lebih baik buat di sekolah agama
dan kita dpt tengok level stress mereka yg belajar dlm suasana syariat dan
suasana biasa. apakah tahap stress menyebabkan
pelajar jadi bohsia, bohjan. kenapa tak asingkan juga kajian secara spesifik utk
pelajar sekolah SBP/MRSM /premier dan sekolah
biasa yg mana kadar disiplin tinggi jadi boleh dpt data lebih spesifik ...

Potrebbero piacerti anche