Sei sulla pagina 1di 32
1 Diterbitkan oleh : MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA D/A BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, PARAS 4
1
Diterbitkan oleh :
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
D/A BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN,
PARAS 4 BLOK E2,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUTRAJAYA
Hakcipta Terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA terlebih dahulu.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
PERLEMBAGAAN
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PUTRAJAYA
Dicetak Dan Direkabentuk oleh :
BINTANG PRINTING SDN BHD
No. 5-9, Kompleks Niaga PKNM,
Taman Sri Kandang,
75460 Melaka.
Tel
Faks
E-mail
: 06-268 5215, 268 5209, 268 0506
: 06-268 0909, 268 0676
: bintang_printing@yahoo.com
2
2
3 Fasal 1 Nama 2 Alamat dan Tempat Urusan 3 Interpretasi 4 Keterangan dan Pengertian
3
Fasal
1
Nama
2
Alamat dan Tempat Urusan
3
Interpretasi
4
Keterangan dan Pengertian Logo
5
Tujuan dan Kuasa MPSM
6
Penubuhan
7
Penaung dan Penasihat
8
Keahlian, Yuran Masuk, Yuran Keahlian, Yuran Tahunan dan
Bayaran Lain
9
Tanggungjawab dan Hak Ahli
10
Sumber Kewangan
11
Struktur Organisasi MPSM
12
Jawatankuasa Kerja
13
Tempoh Perkhidmatan
14
Tanggungjawab Jawatankuasa Kerja
15
Pemegang Jawatan
16
Mesyuarat Agung Tahunan
17
Mesyuarat Agung Khas
18
Juruaudit
19
Kewangan
20
Pelaburan Kewangan
21
Pemegang Amanah
22
Peruntukan-Peruntukan Umum
23
Pembubaran MPSM
24
Pindaan Perlembagaan
25
Tafsiran Perlembagaan
4 Fasal 1: NAMA Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Nama ringkas ialah MPSM. Fasal 2: ALAMAT
4
Fasal 1:
NAMA
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Nama ringkas ialah
MPSM.
Fasal 2:
ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Fasal 3:
INTERPRETASI
3.1 “Ahli” bermaksud Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu
melainkan dinyatakan sebaliknya.
3.2 “Bekas Ahli” bermaksud Pengetua yang telah
bersara dan atau tidak lagi menjawat jawatan
Pengetua.
3.3 “Dana” bermaksud wang yang terkumpul oleh
MPSM termasuk hasil kutipan dan keuntungan
daripada aktiviti yang dijalankan oleh MPSM,
hadiah, derma, sumbangan, legasi, pinjaman
atau lain-lain bentuk wang yang diperoleh bagi
tujuan yang dibenarkan di bawah Fasal 5.
3.4 “MPSM” bermaksud Majlis Pengetua Sekolah
Malaysia.
3.5 “Pengetua” bermaksud pegawai yang berkhidmat
di bawah Skim Saraan Malaysia atau apa-
5 apa skim apa perjawatan skim perjawatan yang yang berkuat berkuat kuasa kuasa dengan dengan
5
apa skim apa perjawatan skim perjawatan yang yang berkuat berkuat kuasa kuasa dengan dengan
menyandang jawatan sebagai Pengetua
menyandang jawatan sebagai Pengetua Sekolah
Sekolah
Menengah Menengah atau Pengarah atau Pengarah Maktab Maktab Tentera Tentera Diraja Diraja
atau Pengarah atau Pengarah Kolej Vokasional Kolej Vokasional di bawah Kementerian di bawah
Pendidikan Kementerian Malaysia. Pendidikan Malaysia.
Fasal 4:
KETERANGAN DAN PENGERTIAN LOGO
4.1 Motif Sirih Junjung
Melambangkan ciri-ciri ketuanan sejagat yang
unggul turun-temurun dalam memimpin
ketamadunan bangsa.
4.2 Lima Helai Daun Sirih Pelbagai Arah
Memberi makna pendidikan yang berterusan tanpa
had dalam pelbagai bidang mengikut acuan
Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.3 Garisan Dinamik Menerjah Tanda Bulat
Memberi makna kesepaduan usaha MPSM dalam
mencapai matlamat pendidikan negara yang suci
dan murni.
4.4 Gelungan Separa Bulatan
Memberi pengertian usaha dan khidmat bakti
MPSM adalah untuk semua tanpa ada batas
agama, budaya dan kaum.
4.5 Buku
Pelajaran dan pendidikan menjadi teras utama
perjuangan MPSM.
4.6 Garisan Melunjur Pelbagai Arah Melintasi Daun
Sirih Junjung
6 Menggambarkan peningkatan ilmu pengetahuan anak bangsa. 4.7 Bulan Sabit dan Bintang Lambang Negara Malaysia
6
Menggambarkan peningkatan ilmu pengetahuan
anak bangsa.
4.7 Bulan Sabit dan Bintang
Lambang Negara Malaysia dan Islam sebagai
agama Persekutuan.
4.8 Warna Pada Logo
(1) Biru membawa pengertian perpaduan yang
utuh.
(2) Merah memberi erti keberanian dan berjiwa
kental.
(3) Kuning memberi makna warna diraja dan ber
naung di bawah DYMM Yang di-Pertuan
Agong.
(4) Putih memberi maksud kesucian dan
keikhlasan dalam mencurah bakti.
Fasal 5:
TUJUAN DAN KUASA MPSM
5.1 Memajukan pendidikan di seluruh negara
berdasarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.2 Memberikan sokongan dan pandangan terhadap
pelaksanaan dasar dan mempertahankan
kepentingan pendidikan negara.
5.3 Menerima dan mendaftar ahli MPSM berdasarkan
Fasal 8.
7 5.4 Meningkatkan taraf profesionalisme ahli MPSM. 5.5 Mewujudkan jalinan dan jaringan dengan pihak berkuasa
7
5.4 Meningkatkan taraf profesionalisme ahli MPSM.
5.5 Mewujudkan jalinan dan jaringan dengan pihak
berkuasa dan pihak berkepentingan dalam
pendidikan.
5.6 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pengurusan pendidikan di peringkat sekolah
melalui persidangan, latihan dan pendedahan
bertaraf dunia di dalam atau di luar negara.
5.7 Melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
pengumpulan dana melalui penjualan barangan
atau perkhidmatan.
5.8 Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli.
5.9 Menguruskan kewangan MPSM.
5.10 Mencadangkan fasal baru atau pindaan atau
membatalkan fasal yang sedang berkuat kuasa.
5.11 Menerima hasil kutipan, derma, sumbangan,
legasi, pinjaman dan keuntungan daripada aktiviti
MPSM.
5.12 Melabur wang yang tidak diperlukan segera
kegunaannya dalam bentuk simpanan tetap atau
bon kerajaan.
5.13 Menggaji mana-mana orang, jika diperlukan, untuk
membantu MPSM dalam menjalankan fungsinya,
kuasa dan tanggungjawabnya tertakluk kepada
terma dan syarat yang akan ditentukan.
8 5.14 Membeli, memajak atau menyewa tanah atau bangunan yang dikehendaki bagi kegunaan MPSM atau
8
5.14 Membeli, memajak atau menyewa tanah atau
bangunan yang dikehendaki bagi kegunaan
MPSM atau menjadikan premis MPSM dan men-
gurus, membaiki, mengubah, menambah dan
atau membangunkan tanah atau bangunan itu
atau mengekalkan seperti asal.
5.15 Membeli atau memajak harta tak alih dan menjual
atau melupuskan harta tak alih MPSM.
5.16 Meminjam atau mendapatkan wang dari semasa
ke semasa melalui overdraft bank atau selainnya
bagi maksud yang dinyatakan dalam Fasal 5.14
dan Fasal 5.15.
5.17 Memula atau memberhentikan prosiding undang-
undang untuk mendapatkan hutang atau tuntutan
oleh atau bagi pihak MPSM dan memberi
pernyataan yang sebenar atau membela prosiding
yang dimulakan terhadap MPSM atau ahli dalam
kapasiti atau mewakili MPSM dan membayar kos
atau caj yang berkaitan dengan prosiding undang-
undang tersebut.
5.18 Menubuhkan dana amanah MPSM.
5.19 Melantik dalam kalangan ahli MPSM atau orang
yang berkelayakan atau organisasi yang sesuai
untuk menerima dan memegang amanah bagi
MPSM bagi harta tak alih yang dipunyai dan
dimiliki oleh MPSM dan melaksanakan serta
menyempurnakan surat ikatan, surat cara,
tindakan dan perkara sebagaimana yang
diperlukan dan memberi ganjaran setimpal dengan
tanggungjawab yang diamanahkan.
9 Fasal 6: PENUBUHAN 6.1 Penubuhan MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri dan MPSM Bahagian/Daerah tertakluk kepada
9
Fasal 6:
PENUBUHAN
6.1 Penubuhan MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri
dan MPSM Bahagian/Daerah tertakluk kepada
kuasa dan peruntukan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Segala urusannya hendaklah
berdasarkan kepada perlembagaan ini.
6.2 MPSM adalah mewakili semua Pengetua.
Organisasi-organisasi Pengetua lain adalah
berada di bawah naungan MPSM.
6.3 YDP MPSM Kebangsaan, YDP MPSM Negeri dan
YDP MPSM Bahagian/Daerah adalah merupakan
ex-officio kepada organisasi Pengetua lain seperti
dalam Fasal 6.2.
6.4 MPSM adalah berterusan sehingga dibubarkan
dan mempunyai meterai rasmi yang hendaklah
berada di dalam simpanan Setiausaha Kehormat.
Meterai rasmi tidak boleh dicap pada sijil, surat
ikatan atau sebarang persuratan tanpa kebenaran
MPSM dan kebenaran tersebut hendaklah
dicatatkan dalam Minit Mesyuarat MPSM. Sijil
atau persuratan yang menggunakan meterai
rasmi hendaklah ditandatangani oleh pemegang
jawatan MPSM.
Fasal 7:
PENAUNG DAN PENASIHAT
7.1 Penaung
7.1.1
Penaung
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia
10 7.1.2 Penaung Negeri dan Bahagian/Daerah Pengarah Pendidikan Negeri 7.2 Penasihat 7.2.1 (1) (2) Penasihat
10
7.1.2 Penaung Negeri dan Bahagian/Daerah
Pengarah Pendidikan Negeri
7.2 Penasihat
7.2.1
(1)
(2)
Penasihat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Sektor Operasi), Kementerian Pendidikan
Malaysia
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
7.2.2
Penasihat Negeri
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan
Sekolah
7.2.3
Penasihat Bahagian/Daerah
Ketua Pegawai Pendidikan Bahagian/
Daerah
Fasal 8:
KEAHLIAN, YURAN MASUK, YURAN KEAHLIAN,
YURAN TAHUNAN DAN BAYARAN LAIN
8.1 Ahli Biasa
Semua Pengetua warganegara Malaysia seperti
Fasal 3.5 menjadi ahli secara automatik.
8.2 Ahli Bersekutu
8.2.1 Pengetua sekolah di bawah pentadbiran
kerajaan negeri, kementerian lain dan
agensi kerajaan yang lain serta institusi
pendidikan swasta adalah layak memohon
untuk menjadi Ahli Bersekutu.
11 8.2.2 Mereka yang telah luput kelayakan sebagai Ahli Biasa MPSM boleh memohon untuk dipertimbangkan
11
8.2.2 Mereka yang telah luput kelayakan sebagai
Ahli Biasa MPSM boleh memohon untuk
dipertimbangkan menjadi Ahli Bersekutu
MPSM.
8.2.3 Pengetua di bawah kategori Fasal 8.2.1
dan 8.2.2 yang ingin menjadi Ahli Bersekutu
hendaklah memohon dengan menge-
mukakan borang permohonan BPAB/
MPSM/1 kepada Setiausaha Kehormat
MPSM Kebangsaan. Setiausaha Kehormat
akan memajukan permohonan tersebut
ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPSM
Kebangsaaan untuk kelulusan. Keputusan
Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan
adalah muktamad.
8.3 Yuran dan bayaran lain boleh dikenakan ke atas
ahli dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja
MPSM Kebangsaan.
8.4 Sekiranya yuran tidak dibayar, ahli yang berkenaan
tidak boleh dicalonkan dan diundi semasa Mesyuarat
Agung Tahunan tetapi boleh mencukupkan korum
mesyuarat.
Fasal 9:
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
9.1 Setiap ahli bertanggungjawab mematuhi pera-
turan dan perlembagaan ini pada setiap masa.
9.2 Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara
nama baik MPSM pada setiap masa.
12 9.3 Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara harta benda MPSM. 9.4 Setiap ahli berhak untuk
12
9.3 Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara
harta benda MPSM.
9.4 Setiap ahli berhak untuk menerima satu salinan
perlembagaan ini.
9.5 Tertakluk kepada Fasal 9.6 dan Fasal 9.7, setiap
ahli yang layak berhak untuk hadir, bercakap,
mengundi dan diundi untuk jawatan dalam
MPSM.
9.6 Ahli Biasa layak untuk mengundi dan diundi untuk
memegang sebarang jawatan dalam MPSM.
9.7 Ahli Bersekutu hanya boleh mengundi dalam
mesyuarat dan mencukupkan korum mesyuarat
tetapi tidak boleh memegang jawatan dalam MPSM
Kebangsaan, MPSM Negeri dan MPSM Bahagian/
Daerah. Walau bagaimanapun Ahli Bersekutu
boleh dilantik menganggotai jawatankuasa kecil.
9.8 Setiap ahli berhak untuk mengikuti dan mengambil
bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan MPSM.
9.9 Setiap Ahli Biasa boleh mewakili MPSM dalam
aktiviti anjuran organisasi lain di pelbagai
peringkat.
9.10 Ahli Bersekutu hanya boleh mewakili MPSM
sebagai perwakilan di peringkat negeri atau
antarabangsa dengan syarat mendapat kelulusan
MPSM.
13 Fasal 10: SUMBER KEWANGAN 10.1 Yuran seperti Fasal 8.3 10.2 Hadiah, derma, sumbangan, legasi
13
Fasal 10:
SUMBER KEWANGAN
10.1 Yuran seperti Fasal 8.3
10.2 Hadiah, derma, sumbangan, legasi daripada
pelbagai sumber atau pinjaman.
10.3 Wang yang terkumpul oleh MPSM termasuk hasil-
hasil kutipan dan keuntungan daripada aktiviti
mengisi tabung kewangan atau dana pada semua
peringkat yang dipersetujui oleh jawatankuasa
kerja.
10.4 Sumber kewangan lain yang dibenarkan di bawah
Fasal 5.
Fasal 11:
STRUKTUR ORGANISASI MPSM
11.1 MPSM adalah terdiri daripada:
(1)
MPSM Kebangsaan.
(2)
MPSM Negeri.
(3)
MPSM Bahagian/Daerah.
11.2 Segala urusan yang berkaitan dengan MPSM
adalah dibuat oleh jawatankuasa kerja masing-
masing.
14 Fasal 12: JAWATANKUASA KERJA 12.1 Setiap Jawatankuasa Kerja sama ada MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri
14
Fasal 12:
JAWATANKUASA KERJA
12.1 Setiap Jawatankuasa Kerja sama ada MPSM
Kebangsaan, MPSM Negeri atau MPSM Bahagian/
Daerah
hendaklah
terdiri
daripada
pemegang
jawatan seperti berikut:
(1)
Yang Dipertua (YDP).
(2)
Timbalan Yang Dipertua (TYDP).
(3)
Setiausaha Kehormat.
(4)
Penolong Setiausaha Kehormat.
(5)
Bendahari.
(6)
Sekurang-kurang tiga (3) orang ahli
jawatankuasa.
12.2 Semua YDP MPSM Negeri adalah Ahli
Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan.
12.3 Semua
YDP
Bahagian/Daerah
bagi
MPSM
Bahagian/Daerah adalah Ahli Jawatankuasa Kerja
MPSM Negeri.
12.4 Jawatan YDP, TYDP dan Bendahari dipilih semasa
Mesyuarat Agung Tahunan.
12.5 Jawatan Setiausaha Kehormat, Penolong
Setiausaha Kehormat dan sekurang-kurang tiga
(3) ahli jawatankuasa dilantik oleh YDP.
15 12.6 Setiap pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja dan pegawai yang menjalankan tugas eksekutif MPSM
15
12.6 Setiap pemegang jawatan dalam Jawatankuasa
Kerja dan pegawai yang menjalankan tugas
eksekutif MPSM hendaklah warganegara
Malaysia.
12.7 Pencalonan dan pengundian untuk jawatan dalam
Jawatankuasa Kerja MPSM hendaklah dibuat
pada hari Mesyuarat Agung Tahunan dengan cara
undian mengangkat tangan atau kertas undian
sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Kerja MPSM.
12.8 Semua pemegang jawatan boleh dilantik semula
jika dicalonkan.
12.9 Jawatankuasa Kerja hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga
(3) bulan dan mempunyai korum yang cukup
sebanyak satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli
Jawatankuasa Kerja. Notis mesyuarat hendaklah
dikeluarkan empat belas (14) hari sebelum tarikh
mesyuarat.
12.10 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan
kelulusan segera dan mesyuarat tidak dapat
dijalankan, maka Setiausaha Kehormat boleh
mendapatkan kelulusan jawatankuasa kerja secara
pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat berikut
hendaklah dipatuhi sebelum keputusan jawatankuasa
kerja boleh dianggap sebagai telah diterima :
16 (1) Isu atau masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dinyatakan dengan terang dan jelas dalam
16
(1)
Isu atau masalah yang dibangkitkan itu
hendaklah dinyatakan dengan terang dan
jelas dalam surat pekeliling yang diedarkan
kepada setiap ahli Jawatankuasa Kerja;
(2)
Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2)
daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kerja
hendaklah menyatakan persetujuan atau
bantahan terhadap cadangan itu; dan
(3)
Keputusan hendaklah dengan undi yang
terbanyak (majoriti).
12.11 Ahli Jawatankuasa Kerja yang gagal menghadiri
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sebanyak tiga (3)
kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
adalah dianggap sebagai telah meletak jawatan
dalam Jawatankuasa Kerja.
12.12 Jawatankuasa Kerja berkuasa melantik dan
mengesahkan Ahli Biasa bagi mengisi kekosongan
yang berlaku sehingga Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan.
12.13 Jawatankuasa Kerja boleh menubuh dan
membubar Jawatankuasa Kerja Kecil mengikut
keperluan semasa dan melantikAhli Jawatankuasa
Kerja sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Kecil tersebut.
17 Fasal 13: TEMPOH PERKHIDMATAN 13.1 Setiap pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja MPSM akan memegang
17
Fasal 13:
TEMPOH PERKHIDMATAN
13.1 Setiap pemegang jawatan dalam Jawatankuasa
Kerja MPSM akan memegang jawatan selama
dua (2) tahun daripada tarikh pelantikan semasa
Mesyuarat Agung Tahunan.
13.2 Setiap pemegang jawatan akan menjalankan
tugasnya sehingga keputusan pelantikan baru atau
sehingga MPSM dibubarkan. Bagi pembubaran
MPSM, tempoh perkhidmatan pemegang jawatan
adalah tertakluk kepada Fasal 23.4.
Fasal 14:
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA
14.1 Menentukan dasar dan keputusan yang dibuat
adalah selaras dengan tujuan dan kuasa MPSM.
14.2 MenguatkuasakandasardankeputusanMesyuarat
Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.
14.3 Mengurus dan mentadbir MPSM dan menjalankan
program atau aktiviti dari semasa ke semasa.
14.4 Menerima mana-mana Pengetua sebagai Ahli
Biasa menurut Fasal 8.1
14.5 Menimbang permohonan individu untuk menjadi
Ahli Bersekutu menurut Fasal 8.2
14.6 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan
pentadbiran dan perbelanjaan program atau
aktiviti yang diluluskan.
18 14.7 Hanya Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan boleh meluluskan cadangan pindaan perlembagaan untuk dibahaskan dalam
18
14.7 Hanya Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan
boleh meluluskan cadangan pindaan perlembagaan
untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Kebangsaan atau Mesyuarat Agung Khas
Kebangsaan.
14.8 Merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan
MPSM dengan mengambil kira bimbingan dan
nasihat Penasihat MPSM.
14.9 Menerima dan mengkaji laporan mana-mana
Jawatankuasa Kerja Kecil yang ditubuhkan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan.
14.10 Mendengar dan menerima aduan daripada ahli
sekiranya berlaku pertentangan berhubung
dengan dasar atau keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Kerja.
14.11 Membuat pelantikan dan pemberhentian kakitangan
pengurusan yang bergaji sekiranya ada.
Fasal 15:
PEMEGANG JAWATAN
15.1 Yang Dipertua (YDP)
(1)
Mempengerusikan Mesyuarat Agung
Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas.
(2)
Mempengerusikan semua mesyuarat
Jawatankuasa Kerja.
(3)
Menggunakan kuasa undi pemutus
sekiranya berlaku bilangan undi yang
19 sama dalam mesyuarat. (4) Mengetuai segala urusan perhubungan dan protokol. (5) Melantik Setiausaha Kehormat,
19
sama dalam mesyuarat.
(4)
Mengetuai segala urusan perhubungan
dan protokol.
(5)
Melantik Setiausaha Kehormat, Penolong
Setiausaha Kehormat dan sekurang-
kurangnya tiga (3) Ahli Jawatankuasa.
(6)
Menjadi ex-officio kepada organisasi
Pengetua lain seperti Fasal 6.2 dan Fasal
6.3.
(7)
Menandatangani cek bersama-sama dengan
Bendahari dan atau Setiausaha Kehormat.
(8)
Menandatangani minit mesyuarat setelah
disahkan, yang mana berkenaan.
15.2 Timbalan Yang Dipertua (TYDP)
(1)
Membantu tugas YDP.
(2)
Memangku jawatan YDP semasa
ketiadaannya atau semasa jawatan
YDP dikosongkan.
15.3 Setiausaha Kehormat
(1)
Menjalankan perintah Mesyuarat
Agung, Mesyuarat Jawatankuasa dan
Mesyuarat Agung Khas.
20 (2) Menyimpan semua rekod ahli berdaftar, rekod perjalanan aktiviti, menyelenggara semua surat-menyurat rasmi,
20
(2)
Menyimpan semua rekod ahli berdaftar,
rekod perjalanan aktiviti, menyelenggara
semua surat-menyurat rasmi, buku,
catatan, rekod rasmi, minit mesyuarat
dan pekeliling dan semua urusan yang
berkaitan dengan pentadbiran MPSM.
(3)
Menghadiri semua mesyuarat dan
membuat catatan perjalanan mesyuarat.
(4)
Mengurus
jemputan
semua
mesyuarat
MPSM.
(5)
Menandatangani cek bersama YDP dan
atau Bendahari.
(6)
Menyedia
dan
mengedarkan
agenda
mesyuarat.
(7)
Menyedia dan membentangkan laporan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(8)
Membuat semua kenyataan atas
nama MPSM setelah dipersetuju oleh
Jawatankuasa Kerja MPSM.
15.4 Penolong Setiausaha Kehormat
(1)
Membantu
kerja-kerja
Setiausaha
Kehormat.
(2)
Memangku jawatan Setiausaha Kehormat
semasa ketiadaannya.
21 15.5 Bendahari (1) Mengutip dan menerima yuran daripada ahli dan mengeluarkan resit. (2) Mengumpul
21
15.5
Bendahari
(1)
Mengutip dan menerima yuran daripada
ahli dan mengeluarkan resit.
(2)
Mengumpul dan merekodkan bayaran dan
penerimaan hadiah, derma, sumbangan,
legasi, pinjaman dan wang terkumpul
termasuk kutipan dan keuntungan
daripada aktiviti mengisi tabung kewangan
atau dana.
(3)
Menyimpan semua rekod penerimaan dan
pembayaran wang MPSM.
(4)
Menyimpan semua wang yang diterima
ke dalam bank seperti yang diarahkan
oleh Jawatankuasa Kerja dan tidak boleh
menyimpan wang dalam tangan melebihi
RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu )
sahaja sebagai tunai runcit.
(5)
Menyediakan draf anggaran belanjawan
tahunan untuk perbincangan dan kelulusan
Jawatankuasa Kerja MPSM.
(6)
Menyedia dan membentangkan laporan
kewangan yang telah diaudit dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPSM
dan Mesyuarat Agung Tahunan.
(7)
Menandatangani cek bersama YDP dan
atau Setiausaha Kehormat.
22 15.6 Ahli Jawatankuasa (1) Membantu menjalankan tugas pentadbiran dan aktiviti MPSM. (2) Mempengerusikan
22
15.6 Ahli Jawatankuasa
(1)
Membantu menjalankan tugas pentadbiran
dan aktiviti MPSM.
(2)
Mempengerusikan Jawatankuasa Kerja
Kecil yang dilantik, dan memastikan
Jawatankuasa Kerja Kecil yang
dipengerusikannya melaksanakan aktiviti
dan fungsinya.
Fasal 16:
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
16.1 Mesyuarat Agung Tahunan MPSM hendaklah
diadakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas
tarikh akhir Tahun Kewangan MPSM. Tarikh,
masa dan tempat bagi Mesyuarat Agung Tahunan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja MPSM.
16.2 Notis mengenai Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
yang menyatakan tarikh, masa dan tempat serta
cadangan atau usul untuk diperbincangkan,
sekiranya ada, bersama-sama dengan Laporan
Tahunan dan Laporan Kewangan hendaklah
diberikan oleh Setiausaha Kehormat kepada
semua ahli sekurang-kurangnya empat belas (14)
hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
16.3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
hendaklah mengandungi perkara berikut:
(1)
Ucapan Pengerusi;
(2)
Membentang dan menerima Minit
Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun
23 sebelumnya; (3) Membentang dan menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa Kerja MPSM bagi tahun sebelumnya; (4)
23
sebelumnya;
(3)
Membentang dan menerima Laporan
Tahunan Jawatankuasa Kerja MPSM bagi
tahun sebelumnya;
(4)
Membentang, menerima dan meluluskan
Laporan Kewangan bagi tahun
sebelumnya;
(5)
Membahaskan usul, jika ada;
(6)
Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja dan dua
(2) Juruaudit Dalam untuk dua (2) tahun
berikutnya.
(7)
Perkara berbangkit;
(8)
Ucapan penangguhan.
16.4 Kegagalan untuk memberi notis dan atau Laporan
Tahunan dan atau Laporan Kewangan yang tidak
disengajakan bagi tahun sebelumnya kepada satu
atau lebih ahli MPSM atau ketidakpenerimaan
notis, laporan tersebut hendaklah tidak dalam apa
keadaan menjejas atau memprejudiskan apa yang
dibuat atau dipersetujui semasa Mesyuarat Agung
Tahunan.
16.5 Usul atau cadangan untuk pertimbangan Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Agung Tahunan.
24 16.6 Korum untuk Mesyuarat Agung Tahunan dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumlah sekurang-
24
16.6 Korum untuk Mesyuarat Agung Tahunan dianggap
cukup jika ahli yang hadir berjumlah sekurang-
kurangnya satu per dua (1/2) daripada jumlah
ahli atau dua kali ganda daripada jumlah ahli
Jawatankuasa Kerja, yang mana lebih rendah.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah (1/2) jam dari masa yang ditetapkan, maka
mesyuarat hendaklah ditunda ke tarikh baru dalam
tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih
lagi tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat
itu, maka ahli yang hadir bolehlah meneruskan
mesyuarat seperti yang telah ditetapkan kecuali
meminda Perlembagaan MPSM.
Fasal 17:
MESYUARAT AGUNG KHAS
17.1 Mesyuarat Agung Khas Kebangsaan boleh
diadakan dalam keadaan berikut:
(1)
Bila difikirkan mustahak atau perlukan
perhatian segera oleh Jawatankuasa Kerja
MPSM Kebangsaan; atau
(2)
Atas permintaan bertulis oleh ahli
jawatankuasa bagi dua (2) negeri atau
lebih dengan menerangkan tujuan atau
sebab untuk mengadakannya.
17.2 Mesyuarat Agung Khas sama ada di peringkat
MPSM Negeri atau MPSM Bahagian/Daerah
boleh diadakan dalam keadaan berikut:
(1)
Bila difikir mustahak atau perlu perhatian
segera oleh Jawatankuasa Kerja MPSM;
atau
25 (2) Atas permintaan dengan bertulis oleh sekurang-kurangnya tiga (3) ahli jawatankuasa atau ahli dengan
25
(2) Atas permintaan dengan bertulis oleh
sekurang-kurangnya tiga (3) ahli jawatankuasa
atau ahli dengan menerangkan tujuan atau
sebab untuk mengadakannya.
17.3 Mesyuarat Agung Khas hendaklah diadakan pada
satu tarikh dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh permintaan mesyuarat itu.
17.4 Pengumuman dan agenda Mesyuarat Agung Khas
hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-
kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Khas yang telah ditetapkan.
17.5 Mesyuarat hanya akan membincangkan perkara-
perkara seperti di dalam agenda sahaja.
17.6 Korum untuk Mesyuarat Agung Khas dianggap
cukup jika ahli yang hadir berjumlah sekurang-
kurangnya satu per dua (1/2) daripada jumlah
ahli atau dua kali ganda daripada jumlah ahli
Jawatankuasa Kerja, yang mana lebih rendah.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas
setengah (1/2) jam dari masa yang ditetapkan,
maka mesyuarat hendaklah dibatalkan, dan
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan yang
sama tidak boleh diadakan sehinggalah luput
tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh Mesyuarat
Agung Khas dibatalkan.
26 Fasal 18: JURUAUDIT 18.1 Juruaudit seramai dua (2) orang dipilih dalam kalangan ahli semasa
26
Fasal 18:
JURUAUDIT
18.1 Juruaudit seramai dua (2) orang dipilih dalam
kalangan ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
18.2 Juruaudit tidak boleh memegang jawatan dalam
jawatankuasa termasuk tidak boleh menjadi
Pemegang Amanah bagi harta tidak alih MPSM.
18.3 Juruaudit dikehendaki memeriksa Penyata
Kewangan tahunan MPSM dan membuat laporan
atau pengesahan untuk dibentangkan semasa
Mesyuarat Agung Tahunan MPSM.
18.4 Juruaudit hendaklah mengaudit Penyata
Kewangan MPSM apabila diminta oleh YDP.
18.5 Juruaudit dikehendaki membuat laporan audit
sebelum Laporan Kewangan MPSM dibentang
dalam Mesyuarat Agung Tahunan MPSM.
18.6 Mesyuarat Agung Tahunan boleh melantik firma
audit yang bertauliah bagi menjalankan audit ke
atas penyata kewangan MPSM sekiranya perlu.
Fasal 19:
KEWANGAN
19.1 Perbelanjaan dan pembayaran wang MPSM adalah
tertakluk kepada peruntukan dalam perlembagaan
ini.
27 19.2 Semua wang MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri dan MPSM Bahagian/Daerah hendaklah disimpan atas nama
27
19.2 Semua wang MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri
dan MPSM Bahagian/Daerah hendaklah disimpan
atas nama MPSM dalam bank yang dipersetujui
oleh Jawatankuasa Kerja dan kira-kira wang itu
hendaklah dikelolakan bersama Yang Dipertua,
Setiausaha Kehormat dan Bendahari.
19.3 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai
dalam tangan tidak lebih daripada RM1000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja pada sesuatu
masa. Semua wang yang melebihi jumlah ini
hendaklah dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh
penerimaan didepositkan di dalam bank yang
diluluskan menurut Fasal 19.2.
19.4 Perbelanjaan yang tidak melebihi RM10,000.00
(Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja boleh
diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha
Kehormat dan Bendahari Kehormat. Pengeluaran
cek bagi jumlah ini hendaklah ditandatangani
oleh mana-mana dua (2) orang sama ada Yang
Dipertua, Bendahari atau Setiausaha Kehormat.
19.5 Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 (Ringgit
Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja perlu mendapat
persetujuan daripada Jawatankuasa Kerja dan
pengeluaran cek hendaklah ditandatangani
oleh Yang Dipertua, Setiausaha Kehoramat dan
Bendahari.
28 19.6 Semua Bendahari MPSM Negeri hendaklah menyerahkan yuran kepada Bendahari MPSM Kebangsaan sekurang-kurangnya
28
19.6 Semua Bendahari MPSM Negeri hendaklah
menyerahkan yuran kepada Bendahari MPSM
Kebangsaan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
Kebangsaan.
19.7 Semua Bendahari MPSM Bahagian/Daerah
hendaklah menyerahkan yuran kepada Bendahari
MPSM Negeri sekurang-kurangnya tujuh (7)
hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
Negeri.
Fasal 20:
PELABURAN KEWANGAN
20.1 MPSM boleh melabur wang yang tidak diperlukan
segera kegunaannya dalam bentuk simpanan
tetap atau bon kerajaan.
20.2 MPSM boleh menggunakan wang untuk membeli
harta tak alih sebagai aset atau premis MPSM.
Fasal 21:
PEMEGANG AMANAH
21.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur
lebih daripada 21 tahun dan warganegara Malaysia
dalam kalangan ahli MPSM hendaklah dilantik
semasa Mesyuarat Agung Tahunan MPSM dan
mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki
oleh MPSM.
21.2 Semua harta tak alih yang dipunyai oleh MPSM
29 akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani Surat Ikatan Amanah. 21.3 Pemegang Amanah tidak boleh
29
akan diamanahkan kepada mereka dengan
menandatangani Surat Ikatan Amanah.
21.3 Pemegang Amanah tidak boleh dilantik dalam
kalangan ahli Jawatankuasa Kerja MPSM.
21.4 Pemegang Amanah tidak boleh menjual, diserah
hak atau dipindah milik tanpa persetujuan dan
kuasa yang diberikan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan MPSM.
21.5 Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada
jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh
sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak
berada dalam negeri, dilantik memegang sebarang
jawatan dalam Jawatankuasa Kerja MPSM atau
Jawatankuasa Kerja Kecil MPSM atau atas sebab
lain mengakibatkannya tidak boleh menjalankan
tugas atau tanggungjawab dengan memuaskan.
Jika berlaku kematian, kekosongan itu diisi oleh
Pemegang Amanah baru yang dilantik semasa
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja dengan secepat mungkin.
Fasal 22:
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM
22.1 Sekiranya tiada peruntukan khas disebut dalam
perlembagaan ini bagi perkara berhubung dengan
pentadbiran MPSM Kebangsaan, MPSM Negeri
dan MPSM Bahagian/Daerah, maka Jawatankuasa
30 Kerja MPSM Kebangsaan akan menentukan tatacara berkaitan dengan pengurusan pentadbiran MPSM. 22.2 Mesyuarat
30
Kerja
MPSM
Kebangsaan
akan
menentukan
tatacara berkaitan dengan pengurusan pentadbiran
MPSM.
22.2 Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Kebangsaan
dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
akan memberi arahan kepada Mesyuarat
Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Negeri dan Bahagian/Daerah mengenai
pentadbirannya.
Fasal 23:
PEMBUBARAN MPSM
23.1 Pembubaran MPSM Kebangsaan adalah tertakluk
kepada kuasa dan peruntukan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
23.2 Pembubaran MPSM Negeri dan Bahagian/Daerah
adalah tertakluk kepada kuasa dan peruntukan
Kementerian Pendidikan Malaysa.
23.3 Apabila berlaku pembubaran, segala hutang dan
tanggungan MPSM yang sah dari segi undang-
undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang
tinggal hendaklah mengikut cara yang diputuskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala
aset dan premis, jika ada hendaklah dijual dan
wang yang terkumpul hasil jualan tersebut juga
akan diputuskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
31 23.4 Tugas, tanggungjawab dan tempoh perkhidmatan pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja semasa berlaku
31
23.4 Tugas, tanggungjawab dan tempoh perkhidmatan
pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja
semasa berlaku pembubaran hanya akan tamat
apabila hutang dan tanggungan MPSM dijelaskan
dan baki diuruskan seperti yang diputuskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia atau apabila
pindah milik aset dan premis telah disempurnakan,
yang mana terkemudian.
Fasal 24:
PINDAAN PERLEMBAGAAN
24.1
Perlembagaan ini tidak boleh dibuat atau dipinda
kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung
Tahunan MPSM Kebangsaan atau Mesyuarat
Agung Khas Kebangsaan.
Fasal 25:
TASFIRAN PERLEMBAGAAN
25.1 Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Kebangsaan
atau Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan
hendaklah mentafsir perlembagaan ini apabila
perlu, menentukan fasal atau peruntukan tertentu
apabila sesuatu masalah timbul.
25.2 Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja MPSM
Kebangsaan adalah muktamad dan mengikat
semua ahli MPSM melainkan ianya bertentangan
dengan dasar yang telah diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Kebangsaan
32 atau Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan sebelum ini, atau melainkan ianya telah diputuskan dalam Mesyuarat
32
atau Jawatankuasa Kerja MPSM Kebangsaan
sebelum ini, atau melainkan ianya telah diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan MPSM
Kebangsaan atau Jawatankuasa Kerja MPSM
Kebangsaan yang terkini yang telah membatalkan
dasar terdahulu.
Haji Jamaluddin Bin Yaacob
Yang Dipertua
MPSM Kebangsaan
Pn. Faridah Binti Abd. Ghani
Setiausaha Kehormat
MPSM Kebangsaan
Tarikh: 8 April 2015