Sei sulla pagina 1di 3

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

SOALAN LAZIM BORANG R

Bahagian I, ruangan 2A(1) – Bayaran ansuran di bawah seksyen 107C.

Syarikat telah membayar ansuran kedua belas sebelum akhir tempoh asas T/T 2001, adakah bayaran ansuran kedua belas
tersebut dimasuk sebagai bayaran di bawah seksyen 107C dalam borang R T/T 2001.

J1. Boleh.

Bahagian II, ruangan 1 - Pengesahan Ketua Pengarah

Bagaimana sekiranya syarikat masih belum memperolehi pengesahan dari Ketua Pengarah berkenaan baki kredit Seksyen 108
ACP bagi T/T 2000 (tahun semasa) dan tahun taksiran sebelumnya pada tarikh terakhir penghantaran borang R ?

J2. Syarikat diminta membuat pengiraan kredit Seksyen 108 sendiri dengan berdasarkan cukai yang dikenakan seperti yang
ditunjukdalam borang-borang J (tidak termasuk penalti). Kemukakan surat untuk memberitahu berkenaan pindaan jumlah tersebut
apabila jumlah baki kredit yang disahkan oleh Ketua Pengarah adalah berlainan daripada jumlah yang dituntut dalam ruangan 1 Bahagian
II Borang R.

Bahagian II, ruangan 2-Cukai dikenakan bagi taksiran belum dibangkitkan

Syarikat telah menghantar taksiran pindaan dalam tempoh yang telah ditetapkan, tetapi belum dibangkitkan lagi. Bolehkah
Jumlah ini dimasukkan diruangan ini?

J3 . Tidak boleh. Jumlah ini hanya boleh dimasukkan diruangan samada di ruangan 6 atau ruangan 9 sahaja dan ini akan hanya diisi
mengikut tahun asas apabila taksiran tersebut dikeluarkan.

Bahagian II, ruangan 3

Tempoh asas T/T 2001 untuk syarikat ialah dari 01/04/2000 hingga 31/03/2001. Syarikat telah membayar dividen pada 30/10/2000,
iaitu dalam tempoh asas tahun taksiran 2001. Adakah cukai dipotong atas dividen dibayar tersebut di masukkan dalam ruangan
ini atau pun dalam ruangan (c) Bahagian III.

J4. Memandangkan cukai dipotong atas dividen dibayar berlaku pada 30/10/2000, iaitu sebelum 31/12/2000, ia hendaklah dimasukkan
dalam ruangan 3 di Bahagian II. Syarikat hanya akan memasukkan cukai telah dipotong atas dividen dalam ruangan (c) Bahagian III
sekiranya dividen dibayar dalam tempoh 01/01/2001 hingga 31/03/2001.

Bahagian III

Syarikat telah membayar dividen yang dikecualikan daripada cukai (tax exempt dividend) dalam tempoh asas 2001, bolehkah
maklumat ini butirannya diperlu isi dalam bahagian.

J. Tidak boleh. Ia hanya perlu dimasukkan dalam akaun pengecualian di ruangan I2, Bahagian I dalam Borang C.

Bahagian Pengakuan

Bolehkah agen cukai menandatangani bahagian ini?

J. Tidak boleh. Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh penjawat jawatan dalam syarikat yang dinamakan dalam seksyen 75, ACP 1967.

Bolehkah duti kebelakangan dari taksiran komposit dimasukkan sebagai kredit Seksyen 108? Bagaimanakah caranya untuk
syarikat memasukkan amaun tersebut ke dalam akaun tersebut?

J. TKP (Teknikal dan Perundangan) dan PKP Bahagian Operasi dengan nasihat Bahagian Undang-undang bersetuju bahawa cukai
dikenakan dibawah taksiran komposit TIDAK boleh diambilkira sebagai kredit Seksyen 108 jika perjanjian penyelesaian yang dibuat
antara pembayar cukai dengan Ketua Pengarah termasuk persetujuan pembayar cukai untuk "waive/forego" haknya atas kredit Seksyen
108. Sila nasihatkan pembayar cukai, sebelum jumlah tersebut diambilkira sila semak perjanjian tersebut dan jumlah tersebut mestilah
tidak termasuk penaliti yang dikenakan.

Bahagian II - Ruangan 2 - Cukai dikenakan bagi taksiran belum dibangkitkan

Syarikat telah mengemukakan Borang C untuk Tahun Taksiran 1999 dan 1998 tetapi Borang J masih belum dibangkitkan
sehingga kini, bolehkah syarikat memasukkan cukai dikenakan untuk tahun-tahun taksiran tersebut mengikut pengiraan
syarikat dalam ruangan ini?

J. Boleh, dengan syarat Borang C berkenaan telah dikemukakan pada 31/08/2001.

1
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

S1. Bahagian II - Ruangan 5 (Tahun Taksiran 2002)

Syarikat hanya mengemukakan Borang C untuk Tahun Taksiran 2000 (STTS) pada 30/11/2001 dan taksiran masih belum
dibangkitkan sehingga kini, bila dan bagaimanakah syarikat boleh menuntut kredit S108 atas cukai yang dikenakan untuk Tahun
Taksiran tersebut ?

J. Syarikat tidak boleh menuntut kredit S108 yang tersebut dalam Borang R sehingga notis taksiran Tahun Taksiran 2000 (STTS)
dibangkitkan. Contohnya tempoh perakaunan syarikat ialah 1 Januari hingga 31 Disember, sekiranya notis taksiran T/T 2000 (STTS)
dibangkitkan pada 12/10/2002, syarikat boleh memasukkan cukai yang dikenakan untuk T/T tersebut ke dalam ruangan 5, Bahagian II
dalam Borang R T/T 2002.

S2. Bayaran Pendahuluan Kes Duti Kebelakangan

Syarikat yang di bawah siasatan telah membayar bayaran pendahuluan RM50,000 sebulan mulai 15/03/2001 sebelum taksiran
komposit dibangkitkan. Bolehkah syarikat memasukkan bayaran pendahuluan tersebut di dalam ruangan 2A (III), Bahagian I,
Borang R T/T 2001 ?

J. Tidak boleh, amaun bayaran pendahuluan tersebut akan dianggap cukai dibayar dalam tempoh asas notis taksiran komposit
dikeluarkan.

S3. Bayaran Ansuran Ke-12 Di bawah S107C

Tempoh asas syarikat untuk Tahun Taksiran 2001 ialah 01/01/2001-31/12/2001, bayaran ansuran ke 12 telah dibayar pada
10/01/2002. Adakah amaun ini dimasukkan dalam ruangan 2A (I), Bahagian R T/T 2002 ?

J. Pembayar cukai perlu mengemukakan Pindaan Borang R 2001 berserta dengan penjelasan. Baki kredit bawa hadapan dipinda
perlulah ditunjukkan dalam Borang R Tahun Taksiran 2002.

S4. Bayaran Ansuran S107C Yang Tertinggal Untuk Tahun Taksiran 2001

Syarikat telah tertinggal untuk memasukkan bayaran ansuran S107C sejumlah RM36,000 yang dibayar dalam tempoh asas T/T
2001 dalam Borang R 2001, syarikat juga gagal membuat rayuan untuk pindaan selepas Borang R 2001 dikemukakan. Syarikat
akan mengemukakan Borang R T/T 2002 pada akhir bulan ini, bolehkah syarikat memasukkan RM36,000 yang tertinggal ini
dalam ruangan 2A(I), Bahagian I, Borang R T/T 2002 ?

J. Boleh

Ruangan 2F(I), Bahagian I-Cukai Dibayar Balik Untuk Tahun Taksiran Sebelumnya

Bolehkah syarikat memasukkan cukai yang terlebih bayar (ruang B4 di Borang C di m.s 1) diruangan ini dalam Borang R
walaupun sebenarnya syarikat masih belum mendapat balik cukai tersebut ?

J. Boleh. Seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam nota penerangan, jika tempoh asas tahun taksiran 2001 bagi syarikat ialah
01/01/2001 hingga 31/12/2001, amaun yang terlebih bayar (ruangan B4, Borang C T/T 2001) dianggap dibayar balik pada tarikh borang C
T/T 2001 dikemukakan (katakan pada 30/08/2002) dan amaun tersebut diambilkira dalam Tahun Taksiran 2002. Amaun tersebut
dianggap bayar balik walaupun syarikat masih belum memperolehi bayaran balik tersebut secara fisikal.

Soalan yang sama, tetapi syarikat telah mendapat persetujuan daripada Cawangan Pungutan untuk "off set" untuk tahun
taksiran akan datang.

J. Boleh. "off set" yang diberikan hanyalah sebagai persetujuan bayaran yang akan ditunjukkan di dalam Bahagian I, ruangan 2A (II) iaitu
sebahagian daripada bayaran ansuran di bawah Seksyen 107C. Ia tidak menjejaskan jumlah yang sepatutnya diambil dari ruang B4
borang C tersebut.

Amaun Kredit Cukai Yang Dibenarkan Untuk "Off-set" Bayaran S107C

Syarikat telah mendapat surat kelulusan daripada Cawangan Pungutan untuk menggunakan kredit cukai T/T 2001 untuk "off
set" bayaran S107C T/T 2002. Bolehkah amaun ini dimasukkan dalam ruangan 2A(I), Bahagian I, Borang R 2002 ?

J. Ya.Amaun ini boleh diambil kira dalam ruangan 2A(I), Bahagian I, Borang R 2002. Sila pastikan surat kelulusan dari Cawangan
Pungutan telah diterima dan amaun kredit cukai tersebut boleh dianggap boleh dipindahkan mengikut tarikh wujudnya kredit tersebut.
Contohnya Borang C T/T 2002 bagi akaun berakhir 30/06/2002 diterima pada 31/01/2003, maka tarikh wujudnya kredit cukai bagi T/T
2002 adalah bermula pada 31/01/2003, sekiranya ansuran yang dipersetujui pada 10/02/2003, 10/03/2002 dan 10/04/2003, maka tempoh
asas yang terlibat adalah pada 1.7.2002-30.6.2003. Maka borang R T/T 2003 nanti jumlah ini boleh dimasukkan dalam ruangan tersebut.

2
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Potrebbero piacerti anche