Sei sulla pagina 1di 12

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU

PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini. Keberhasilan tugasan ini adalah
datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus Morfologi Bahasa Melayu saya
iaitu, Pn.Fazilah binti Mat Zain. Beliau telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan
tugasan ini. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan sentiasa

memberikan

maklumat yang saya perlukan.

Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan
khususnya dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan
tugasan ini. Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi
semangat saya untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak
mudah berputus asa apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.

. Sekalung budi turut diucapkan kepada rakan sekumpulan saya Lalitha A/P Hasokar
yang telah memberikan kerjasama dalam menyempurnakan tugasan kumpulan bagi kursus
ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau buntu
fikiran. Malahan, mereka banyak membantu saya dengan memberikan curahan idea yang
efektif dan bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan
Afzan kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber
yang membolehkan saya mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini
serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah. Diharapkan semoga kerja
kursus ini memberi manfaat kepada semua, sama ada secara langsung mahupun tidak.

Sekian, terima kasih.

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


TUGASAN 1 (80%)
1.0 Pengenalan
Bahasa ialah wadah komunikasi utama yang digunakan oleh manusia untuk berhubung,
menyampaikan maklumat dan melakukan pelbagai transaksi dalam kehidupan seharian.
Bahasa turut dianggap sebagai anugerah Tuhan kepada manusia yang meliputi ciri-ciri khas
dalam tatabahasanya dan tetap berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya tidak
mengalami perubahan serta berkembang dengan tuntutan zamannya, maka bahasa itu pasti
akan mengalami kelenyapan seperti mana telah berlaku dalam hal bahasa-bahasa tersohor
pada awal perkembangan dunia sepert bahasa Sanskrit, Greek, dan lain-lain lagi.
Menurut Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2015) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga telah memperincikan tatabahasa
sebagai peraturan atau sistem sesuatu bahasa iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan
sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Tatabahasa yang juga dikenali sebagai nahu
merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang
untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan.
Menurut Kamarudin Hj Husin (1996), tatabahasa merupakan satu

bidang yang

menerangkan peraturan penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi dan ayat


dengan menggunakan formula dan peraturan-peraturan tertentu. Secara umumnya
tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis.
Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
pembentukan kata, struktur kata dan penggolongan kata. Struktur kata dalam konteks
mofologi ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Dalam konteks bahasa Melayu, terdapat beberapa cara untuk
membentuk perkataan misalnya, ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal. Di samping itu
terdapat juga perkataan yang terbentuk menerusi proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Perkataan yang terbentuk menerusi proses-proses tersebut diiktiraf sebagai
perkataan yang terbentuk mengikut peraturan morfologi yang tepat dan digalakkan dalam
penggunaan seharian masyarakat kota Malaysia. Secara umumnya, amalan penggunaan
kata mengikut peraturan bahasa amat penting bagi memperluaskan pengetahuan tentang
morfem yang menjadi asas bidang morfologi disamping meningkatkan kemahiran
berbahasa untuk melancarkan komunikasi kita serta meningkatkan penguasaan
terhadap bahasa kebangsaan kita.

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


1.1 Isu Penggunaan Kata Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Yang Tidak Menepati
Peraturan Bahasa
Dewasa

ini,

penggunaan

bahasa

Melayu

yang

mencakupi

ejaan,

sebutan,

perbendaharaan kata, tatabahasa dan laras bahasa yang tepat dalam kalangan rakyat
Malaysia semakin berkurangan. Kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Melayu rojak
yang bercampur dengan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu tidak dituturkan
dengan cara yang betul.Hal ini dikatakan demikian kerana pendedahan tentang ilmu
morfologi yang tidak begitu dihiraukan dalam kalangan masyarakat negara kita. Masyarakat
jelata negara ini seolah-olah melupakan bahasa sendiri yang menjadi lambang maruah
bangsa dan negara. Jika keadaan sedemikian berterusan, bahasa Melayu akan terus
menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden.
Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh
tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.
Sebelum menelusuri isu ini secara lanjutnya, adalah penting untuk mengenal pasti
kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh rakyat negara kita dalam pergaulan seharian
mereka dari aspek penggunaan kata. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Universiti
Putra Malaysia mengenai

penggunaan bahasa dalam laman blog dari aspek morfologi

didapati bahawa terdapat kesilapan penulisan meliputi aspek kata tunggal, kata terbitan,
kata penggandaan, dan kata majmuk.Jadi jelaslah di sini bahawa penggunaan bahasa yang
betul sangat penting dan tidak seharusnya diabaikan dan isu ini juga saling berkait rapat
dengan beberapa isu bahasa kebangsaan. Hal ini kerana bahasa melambangkan bangsa
dan memperlihatkan jati diri masyarakatnya. Jadi, kesalahan penggunaan bahasa dari
aspek morfologi dalam kalangan rakayat Malaysia akan mengungkitkan masalah kecelaruan
bahasa atau kerancuan bahasa yang menyebabkan martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan menjadi rendah dan dipandang sepi. Hal ini kerana menurut Awang
Sariyan (1996), bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
ilmu.
Pertama sekali,

kesalahan ejaan merupakan antara isu utama yang dibincangkan

dalam amalan penggunaan kata yang tidak mengikut peraturan bahasa dalam kalanagan
rakyat Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan kenyataan bahawa masyarakat era moden
ini begitu sibuk memang tidak begitu mempedulikan penggunaan kata mengikut ejaan yang
betul.Kesalahan ejaan akan menghasilkan perkataan yang tidak wujud dalam sistem bahasa
Melayu atau menjejaskan maksudnya. Menurut Nawi Ismail (1996) pula, makna sesuatu
perkataan boleh berubah apabila berlaku kesilapan ejaan. Dalam konteks peperiksaan,
markah yang diperoleh oleh pelajar khususnya mata pelajaran bahasa Melayu, pasti akan
3

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


berkurangan sekiranya pelajar berkenaan gagal menguasai aspek ejaan. Jadi, isu
kesalahan ejaan dalam morfologi perlulah diberikan tumpuan yang lebih sebagai usaha
untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang
berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa
Melayu.Berikut adalah contoh kesalahan ejaan yang kerap dilakukan oleh rakyat jelata
negara ini.
SALAH
Murtabak
Nenas
Perabut

BETUL
martabak
Nanas
perabot

Selain itu, kesilapan yang kerap dilakukan oleh masyarakat Malaysia secara spesifiknya
dari segi bentuk kata tunggal ialah penggunaan istilah ringkas yang tidak menepati konteks
dalam pertuturan mahupun dalam penulisan. Menurut Richards (1971) isu ini dianggap
sebagai kesilapan dalam bahasa yang timbul akibat daripada proses generalisasi yang
melampau dengan bahasa sasaran, kejahilan tentang peraturan bahasa, penggunaan
peraturan bahasa secara tidak sempurna serta membuat andaian yang salah terhadap
konsep bahasa. Contoh kesilapan yang dapat dikesan dalam pergaulan seharian rakyat
Malaysia ialah penggunaan kata kat yang membawa perkataan dekat yang telah
dipendekkan. Kata dekat merupakan golongan kata adjektif jarak. Hal ini menunjukkan
penggunaan kata adjektif dekat yang telah dipendekkan dalam ayat menyebabkan
berlakunya kesalahan kata tunggal. Penggunaan kata sendi nama di sesuai digunakan
dalam ayat kerana penggunaan tersebut merujuk kepada tempat dan ruang konkrit
(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015). Berikut adalah contoh penggunaan kata tunggal
dekat yang disingkatkan menjadi kat yang biasa digunakan dalam pergaulan seharian rakyat
negara ini.
SALAH
Semalam hujan lebat kat Tanjong Malim
dari pagi sampai malam tanpa berhentihenti bersama guruh petir lagi.

BETUL
Semalam hujan lebat di Tanjong Malim
dari pagi sampai malam tanpa berhentihenti bersama guruh petir lagi.

Tambahan pula, kesalahan penggunaan kata ringkas seperti taknak selalu digunakan
dalam menyatakan tidak dan hendak kepada sesuatu perkara. Menurut Nik Safiah Karim
(1978), mengatakan bahawa penggunaan bahasa amnya dan penggunaan ejaan khasnya
yang tidak berdasarkan peraturan dan sistem bahasa dianggap sebagai kesilapan. Walau
4

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


bagaimanapun, kesilapan bahasa boleh dilakukan sekiranya bahasa itu digunakan secara
tidak formal. Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur
utama dalam predikat. Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu tidak dan bukan. Kata nafi tidak
boleh hadir bagi menafikan maksud frasa kerja dan frasa adjektif. Manakala, kata nafi bukan
hadir menafikan maksud frasa kerja dan frasa adjektif. Kata hendak terdiri daripada kata
kerja (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015). Berikut adalah contoh kesalahan penggunaan
kata ringkas dalam pergaulan seharian rakyat negara ini.
SALAH

BETUL

Saya tak nak cerita pasal sejarah lampau


keluarga saya yang penuh dengan pahit
getir.

Saya bukan hendak cerita pasal sejarah


lampau keluarga saya yang penuh dengan
pahit getir.

Kesalahan dari segi pengimbuhan turut menjadi satu isu penggunaan kata yang
perlu diberikan perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Imbuhan dikenali sebagai unitunit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan
makna nahunya. Kesalahan pengimbuhan ini berlaku kerana masyarakat tidak mengetahui
bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan. Kesalahan pengimbuhan yang
kerap dilakukan oleh masyarakat ialah penggunaan imbuhan yang salah serta tidak
menepati kandungan, kesalahan dari aspek penggunaan awalan meN- Contohnya:
SALAH
Sedikit tips untuk memohon supaya di
tambah ilmu ialah dengan mengamalkan dan
menhayati ayat ini.

BETUL
Sedikit tips untuk memohon supaya di
tambah ilmu ialah dengan mengamalkan dan
menghayati ayat ini.

Merujuk kepada contoh ayat di atas, menhayati tidak sesuai digunakan kerana tidak
membawa maksud yang sebenar. Perkataan menhayati merupakan kata terbitan berapitan.
Kata terbitan apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
apitan. Perkataan hayat terdiri daripada kata adjektif dan berdasarkan Kamus Dewan Edisi
Ketiga(2015), imbuhan yang sepatutnya digunakan ialah imbuhan awalan meng- iaitu
membawa perkataan menghayati. Hal ini kerana tiada kata terbitan apitan men-...-i.
Menurut Webber (1981) menyatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku
disebabkan oleh

kekeliruan atau ketidakmampuan seseorang pengguna bahasa untuk

menguasai bahasa yang dipelajarinya. Dengan perkataan lain, pengguna bahasa berkenaan
keliru atau tidak mampu memahami penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


digunakan.Jadi bolehlah dirumuskan bahawa kesalahan-kesalahan tersebut sebenarnya
berlaku kerana masih ramai pengguna bahasa Melayu di negara kita sangat keliru dan tidak
mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan.
Di samping isu pengimbuhan yang salah, kesalahan penggandaan turut menjadi
salah satu isu dalam morfologi. Proses penggandaan dalam bahasa Melayu merupakan
proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh
atau penggandaan separa dan secara berentak (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
2011:241). Kesilapan yang biasa dilakukan oleh rakyat ialah menjamakkan kata ganda yang
membawa makna jamak serta tidak meletakkan tanda sempang bagi kata ganda kerana
keliru antara kata ganda dengan kata majmuk. Penanda jamak boleh digunakan bagi kata
ganda bermaksud tunggal tetapi tidak boleh digunakan bagi kata ganda bermaksud jamak.
Contoh kesalahan penggandaan adalah seperti berikut :
SALAH
Semua kupu
Kebanyakannya cantik-cantik

BETUL
Semua kupu-kupu
Kebanyakannya cantik

Contoh di atas menunjukkan kesilapan dari segi menjamakkan kata ganda yang membawa
makna jamak. Cara untuk menentukan sama ada kata ganda tersebut jamak atau
tidak adalah dengan melakukan pengguguran kepada kata ganda berkenaan. Sekiranya
selepas proses pengguguran salah satu kata tersebut dilakukan dan perkataan tersebut
boleh berdiri sendiri maka kata tersebut merupakan kata jamak. Jika pengguna bahasa
mengenali peraturan asas sebegini tentang proses penggandaan, sudah tentu kesalahan
penggandaan dapat dikurangkan.

1.2 Cabaran dalam isu penggunaan kata dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak
menepati peraturan bahasa
Terdapat beberapa faktor yang telah saya kenal pasti menjadi cabaran utama
kepada isu penggunaan kata yang tidak menepati peraturan bahasa dalam kalangan
masyarakat negara kita pada hari.Berdasarkan artikel yang disiarkan dalam Utusan
Malaysia pada 15 Februari 2015, Awang Sariyan telah menghuraikan akibat penggunaan
bahasa SMS yang menjadi satu cabaran besar kepada guru bahasa Melayu zaman ini serta
peranan guru dalam memberikan penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan
antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Menurutnya, penggunaan singkatan
perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika
mereka dapat membezakan pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak.
6

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Menurutnya lagi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak memberi perhatian
terhadap bahasa yang diguna pakai dalam SMS, tetapi jika ragam bahasa itu digunakan
dalam urusan rasmi yang mempengaruhi masyarakat, DBP akan memberi perhatian
terhadap penggunaan bahasa tersebut bagi mengelakkannya merosakkan bahasa. Beliau
juga berkata bahawa pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan perlu bekerjasama
dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia papan tanda dan
memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul. Tambahan pula,
penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan
kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja.
Selain penggunaan bahasa singkatan SMS, isu "Bahasa Rojak" dalam kalangan
masyarakat turut menjadi satu cabaran besar yang ditempuhi dalam mempratikkan
penggunaan kata yang menepati peraturan bahasa. Penggunaan Bahasa Rojak yang
berleluasa

dalam

kalangan masyarakat

merupakan

salah

satu

faktor

kelunturan

penggunaan Bahasa Melayu. Apabila penggunaan bahasa rojak dijadikan amalan dalam
pertuturan seharian penggunaan Bahasa Melayu baku pula dianggap janggal. "Bahasa
Rojak" seperti gua, lu, hang, pi, gampang merosakkan Bahasa Melayu baku itu sendiri serta
penggunaan kata yang betul mengikut aspek morfologi tidak dapat diamalkan.
Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu
melakukan kesalahan. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur adukkan bahasa
Inggeris memang menjadi satu umrah di negara kita belakangan ini. Rakyat yang begitu
ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris juga cuba melayukan kebanyakan perkataan
Inggeris. Misalnya perkataan bajet yang diambil daripada perkataan Inggeris, budget,
dengan alasan lebih tepat.

Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan

membawa makna yang negatif, iaitu orang yang suka berbelanja. Bahasa yang digunakan
oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Penggunaan
istilah tersebut masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh
bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang
ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia
( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah. Dalam isu ini,
pengguna bahasa itu sendiri perlu sedar dan mempunyai kewarasan untuk menggunakan
bahasa dengan sebaik mungkin tanpa mencemarkannya., misalnya mengenai pengaruh
bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu, seseorang pengguna itu harus berpegang kepada
prinsip buang yang keruh, ambil yang jernih. Hal ini dapat menjadi benteng yang
mempertahankan Bahasa Melayu itu daripada tercemar dengan menerima pengaruhpengaruh bahasa asing.

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.3 Langkah menangani isu penggunaan kata dalam kalangan rakyat Malaysia yang
tidak menepati peraturan bahasa
Pertama sekali, dari segi aspek pendidikan juga, para guru harus menitikberatkan
cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa
dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat
mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya
dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul
serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan
kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari
secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan
berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula
menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini
membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.
Hal ini akan mengelakkan penggunaan kata Bahasa Melayu yang tidak menepati peratursn
dari segi tatabahasa.
Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan
bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak
perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan Bahasa
Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak
kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan
menentukan sama ada menggunakan perkataan Bahasa Melayu yang menepati peraturan
ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.
Peranan pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahu pun pihak bukan kerajaan
(NGO) sebagai usaha menangani isu pengunaan kata di samping menaikkan taraf bahasa
Melayu. Pada masa kini Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan yang terpenting dan
bergiat cergas dalam hal-hal berkaitan bahasa. Selain itu ada Persatuan Linguistik Malaysia,
aktivis-aktivis bahasa, ahli akademik dan juga para guru bahasa Melayu khasnya boleh
memainkan peranan penting dalam usaha menangani permasalahan bahasa umumnya dan
kesalahan penggunaan bahasa khususnya. Kesemua pihak ini boleh memainkan peranan
masing-masing dan menjalankan tanggungjawab selaras dengan usaha meninggikan mutu
bahasa Melayu. Pihak-pihak tertentu sememangnya merupakan pemangkin dalam usaha

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


merealisasikan kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk semua bidang ilmu dan juga
wahana komunikasi.
Secara khususnya, langkah yang dapat diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan
memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan mengamalkan pengunaan kata yang
betul serta menepati peraturan bahasa yang ditetapkan mengikut aspek morfologi dalam
semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan
apabila berurusan dengan pelanggan kecuali ketika urusan yang melibatkan negara asing
dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam
bahasa asing. Selain itu, para kakitangan kerajaan juga harus diwajibkan menggunakan
Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam
hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan,
iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasabahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja menjalankan latihan
dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran
dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Tindakan
sebegini oleh kerajaan sememangnya akan membolehkan para pengguna bahasa Melayu
untuk membiasakan diri mereka dengan menggunakan

bahasa yang betul dari aspek

morfologi.

Tuntas kata, menyedari kesalahan-kesalahan bahasa ini masih berleluasa setiap


orang perlu ada kesedaran untuk memperbaiki penggunaan bahasa dalam kehidupan
harian mereka. Kita tidak perlu berbangga dengan bahasa orang lain sekiranya bahasa
kebangsaan yang kita gunakan masih lagi lintang-pukang. Jadi, isu penggunaan kata
bahasa Melayu perlu ditangani di peringkat sekolah lagi khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa
Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu
diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi memastikan
kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan kesalahankesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul.

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


RUMUSAN KESELURUHAN
Disiplin morfologi mencakupi kata terbitan, pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan. Justeru, adalah menjadi kepentingan dan kewajiban kita dalam memelihara
bahasa Melayu dari kesalahan yang akan merosakkan bahasa itu sendiri. Selain dapat
memastikan penggunaan bahasa Melayu yang lebih tepat, berkesan dan cekap, disiplin
morfologi ini merupakan tunjang utama dalam linguistik yang terdiri daripada fonologi,
sintaksis, semantik dan morfologi. Tanpa pengetahuan tentang morfologi, penggunaan
bahasa Melayu tidak dapat digunakan dengan baik. Hal ini kerana penggunaan bahasa
yang betul mendatangkan kebaikan atau manfaat kepada masyarakat, iaitu rakyat Malaysia
itu sendiri supaya masyarakat dipandang tinggi oleh masyarakat luar negara.
Amalan penggunaan kata yang menepati peraturan bahasa oleh generasi muda kita,
dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah
jauh dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari kesalahan
ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan
tidak berjaya menyampaikan maksud. Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu
oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku
sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan
perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga bahasa Melayu
hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan
sebagainya.

Majlis

rasmi

di

peringkat

kebangsaan

perlu

dilangsungkan

dengan

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.Di
samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut
sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan
pengguna

bahasa

Melayu. Pengamal-pengamal

media

perlu

turut

bekerjasama

memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi.


Kesimpulannya, bahasa Melayu haruslah menjadi kewajiban semua masyarakat
untuk menguasainya dan masyarakat haruslah memandang serius terhadap masalah
kecelaruan bahasa sekiranya masalah ini tidak dibendung. Masyarakat haruslah mengambil
sikap mengambil berat dan tidak memandang sesuatu perkara itu dengan remeh. Justeru,
penulis blog haruslah bersama-sama masyarakat dalam menjayakan misi menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang berjaya dan mampu menunjukkan jati bangsa orang
Melayu dan orang Malaysia. Sebagai pengguna bahasa Melayu, amat penting untuk
memandang serius mengenai penggunaan bahasa Melayu yang salah dan mengetahui
disiplin yang terdapat dalam morfologi agar bahasa Melayu terus dipelihara dan mempunyai
nilai yang tersendiri
10

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1987). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.


Cetakan Kelapan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1980). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Edisi Permulaan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Corder, S. P. (1973). Introducing Applied Linguistics.


Pelican Books.

http://joufenooi.blogspot.my/2015/09/analisis-kesalahan-bahasa-dari.html

http://cikgu-rozali.blogspot.my/2012/05/kesalahan-bahasa-dalam-kalangan.html

https://hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/memartabatkan-bahasa/

http://www.utusan.com.my/

11

KERJA KURSUS MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noreshah, Md. Nor Abd. Ghani, Ibrahim Ahmad, Azizah Supardi, Aziah Tajudin, Salmah
Jabar, Hairani Khalid, Rodziah Abdullah. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nawi Ismail. (1996). Kesalahan Ejaan: Suatu Permasalahan yang Tidak Berkesudahan
dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 40 (3) : 39-44.Ramlan, M. (1987). Morfologi: Suatu
Tinjauan Deskriptif. Yogyakarta: Karyono.

Ramli Md Salleh et al., (1997). Kamus Linguistik. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Siti Norsyahida Mohd A Rashid, Nor Azuwan Yaakob Dan Che Ibrahim Salleh(2015).
Penggunaan Bahasa Dalam Laman Blog Dari Aspek Morfologi Dlm. Jurnal Penerbit
Umt. Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti
Putra Malaysia

12

Potrebbero piacerti anche