Sei sulla pagina 1di 7

KEMENTERIAN

Lampiran 2a

PENDIDIKAN
MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 kepada Ketua Panitia
Sembilan Mata Pelajaran Arus Perdana
Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia (KP)
1. Membuat persediaan menghadiri taklimat dengan membawa keperluan berikut:
i. DSKP Tahun 5, Panduan/Modul Pengajaran (jika berkaitan) dan Pelaporan
Pentaksiran mengikut mata pelajaran masing-masing (sila muat turan
daripada laman web BPK - http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr )
ii. Komputer riba dan pen drive
iii. Buku nota dan alat tulis
iv. Borang tuntutan perjalanan dan dokumen berkaitan
2. Menghadiri Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 mengikut mata pelajaran yang
ditentukan dan memastikan kehadiran 100% semasa taklimat.
3. Memaklumkan kepada pentadbiran sekolah tentang keperluan mengadakan
taklimat/kursus dalaman kepada guru-guru mata pelajaran di sekolah masingmasing
4. Merancang taklimat/kursus dalaman yang akan diadakan di sekolah masingmasing tarikh, masa, tempat, bilangan taklimat, jadual waktu, power point
untuk pembentangan dan nota taklimat dalam bentuk soft copy (hard copy jika
perlu) dan sebagainya.
5. Melaksanakan taklimat/kursus dalaman bagi memberi pendedahan kepada
guru di sekolah masing-masing tentang kandungan DSKP Tahun 5 mengikut
mata pelajaran.
6. Menyediakan laporan taklimat/kursus dalaman dan menyerahkan satu salinan
kepada pentadbir dan PPD masing-masing menggunakan Format Laporan
School-Based yang diberikan semasa kursus dalam bentuk Microsoft Words.
7. Laporan hendaklah dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy kepada
Penyelaras KSSR PPD Semporna (rujuk fail Jadual Penghantaran Laporan
School Based).

Lampiran 2b
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 kepada Ketua Panitia
Sembilan Mata Pelajaran Arus Perdana
MATA PELAJARAN SAINS
Barangan/alatan yang perlu disedia dan dibawa oleh KETUA PANITIA SAINS
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Perkara
Lidi
Dawai
Jarum Pin
Botol plastic
Roller kertas tisu toilet
Kapas (gumpalan)
Plastersin
Kotak tisu dan tisu
Straw
Masking tape
Getah gelang
Span
Pewarna
Alatan asas

Kuantiti
5
Saiz halus
10
1
2
2
1
1
5
1
10
1
1

Gunting
Gam

Marker
Staple
15

Selotape
Bahan terbuang yang sesuai membina model

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Lampiran 2c

Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 kepada Ketua Panitia


Sembilan Mata Pelajaran Arus Perdana
MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
Bahan dan Peralatan yang perlu disedia dan dibawa oleh KETUA PANITIA RBT
Bil.

Alatan dan Bahan

Kuantiti

Bidang Kemahiran Teknikal


Tajuk : Asas Teknologi
1
2
3
4
5
6

Kit model kereta kawalan jauh


Pemutar skru Philips
Pemutar skru rata
Playar gabung,
Playar muncung tirus,
Pemotong sisi

1 Set
1
1
1
1
1

Tajuk : Penghasilan Projek


1
2
3
4
5
6
7
8
9

LED
Bongkah penyambung 1 batang
Pemegang bateri AA (3 volt)
Bateri AA
Wayar 3 warna
Suis mikro
Suis togel SPDT
Test pen
Mounting board / MDF

4 biji
1 batang
1
2 biji
1m + 1m + 1m
1
1
1
1

Bidang Sains Rumah Tangga


Tajuk : Menyediakan Sajian
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Teko kopi
Teko the
Cawan dan piring
Tempat susu dan gula
Sudu dan garfu
Dulang dan alas dulang
Bekas lada sulah dan garam
napkin/kertas serviette
Gelas
Jug
Kutleri
Alas meja kecil
Piring

1
1
2 set
1 set
2 batang
1
1 set
2
2
1
1 set
1 helai
4

14
15

Pinggan bujur
Vas dan bunga

2
1 set

Tajuk : Menghias dan Membungkus Makanan


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Coklat urai berwarna


Bunga ros (keropok)
Kismis
Hirisan badam
Krim aising
Coklat
Aising
Jem rasberi
Ceri
Kelapa parut kering
Whip cream

Bahan Membungkus
1
2
3

Jenis kotak pembungkus ( kecil/besar)


Hiasan ( reben/ label)
Bekas plastik pelbagai saiz

Makanan
1
2
3

Kek Kecil
Donat
Biskut

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Bidang Teknologi Pertanian


Biji benih kasar 2 contoh
Biji benih halus 2 contoh
Sudip tangan
Serampang tangan
Penyiram
Mini spray
Cocoa peat
Peat most
Giffy 5
Medium campuran
Bekas semaian 2 atau 3 contoh
Sel tray
Polibeg
Gambar /video mengisi medium secara urutan
Gambar/video menyemai biji benih secara urutan
Gambar/video penjagaan semaian menyiram, merumput
perosak (gambar menggunakan mini spray)

1 peket
1 peket
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 peket
1 peket
1 peket
1 unit setiap satu
1 unit
1 unit

dan mengawal

17
18
19

Gambar medium dan bekas penanaman (pasu, tayar, beg politena, kotak
tanaman dan lain-lain)
Gambar /video mengubah anak benih ke bekas secara urutan.
Gambar /video penjagaan tanaman dalam bekas penanaman iaitu merumput,
menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak (secara mekanikal)

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Lampiran 3

Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 kepada Ketua Panitia


Sembilan Mata Pelajaran Arus Perdana
Etika Semasa Taklimat
KP, JUK dan URUS SETIA hendaklah mematuhi etika semasa taklimat
seperti berikut:
1. Bagi memastikan semua KP mendapat input yang maksimum, KP dinasihatkan
menghadiri setiap sesi taklimat sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual
waktu. KP yang tidak dapat hadir 100% atau kurang, perlu mengemukakan surat
tunjuk sebab kepada Pengarah JPN melalui Guru Besar masing-masing.
(Minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM Bil 4/2013
yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KPPM;
Perkara 4.7.3 Tindakan perlu diambil terhadap peserta yang telah dipilih
tetapi tidak menghadiri taklimat/kursus.

Perkara 4.7.4 Pengarah JPN dan Bahagian KPM dimohon meminta peserta
memberikan surat tunjuk sebab ketidakhadiran taklimat/kursus..)

2. Semua KP dan JUK perlu memaklumkan kepada urus setia JPN/PPD, sekiranya
terdapat sebarang kecemasan/keuzuran yang menyebabkan mereka tidak dapat
hadir taklimat 100%.
3. Mematuhi masa sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu taklimat.
Bagi memastikan taklimat berjalan lancar, KP dan JUK dinasihatkan selalu
merujuk jadual waktu taklimat dan diharap berada di bilik taklimat lima minit
sebelum sesi taklimat bermula.
4. Semua KP, JUK dan urus setia hendaklah bersopan dalam tingkah laku seperti
berikut:
i. Sentiasa menjaga tingkah laku dan pertuturan sesama rakan dan JUK, urus
setia JPN/PPD.
ii. Mengemukakan soalan/kemusykilan kepada rakan, JUK dan urus setia
JPN/PPD dengan cara berhemah
iii. Mengelakkan daripada bertengkar dan bergaduh dengan mana-mana
individu/organisasi.

5. Semasa taklimat sedang berlangsung, komunikasi menggunakan telefon bimbit


seperti membuat atau menjawab panggilan atau menghantar pesanan ringkas
(sms) tidak digalakkan. Bagi kes kecemasan, komunikasi menggunakan telefon
bimbit hendaklah dibuat di luar bilik dan telefon bimbit hendaklah diletakkan
dalam mod senyap.

6. KP, JUK dan urus setia hendaklah memakai pakaian rasmi bertugas dan sopan
sepanjang taklimat. Peserta tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan selipar
sepanjang sesi taklimat. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Muzik, KP dipohon memakai pakaian jasmani mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas.
7. Semua KP, JUK dan urus setia tidak digalakkan membawa anggota keluarga
atau rakan lain semasa menghadiri taklimat.
8. Makan minum disediakan untuk peserta taklimat iaitu KP, JUK dan urus setia
sahaja mengikut peruntukan yang telah ditentukan.