Sei sulla pagina 1di 5

SJK(T) SELAMA,

JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.


MINIT MESYUARAT MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) BIL. 1/TAHUN 2016

Tarikh

: 12.01.2016 (Selasa)

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Pemulihan Khas

Kehadiran

1. Pn.Kristimah A/P Kannan (Guru Besar)


2. Pn. Pregasy A/P Lawrance (PK Pentadbiran)
3. En.Chandran A/L Govindan (PK Koko)
4. Pn. Noramira Binti Abdul Rauff
5. Cik Kalaiwani A/P Arumugam
6. Pn.Raajeswari A/P Yanasegeran
7. Pn.Vetha Mani A/P Sathia Nantan
8. Pn. Lechmi A/P Shanmugam
9. Cik Selvarani A/P Palaniappan
10. En.Ganabathi A/L Arumugam
11. Pn. Yogeswari A/P Murithi
12.Pn. Shaaleiney A/P Kaliappan

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI

1.0

Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat MBMMBI Kali-1


tahun 2016 dan menyatakan rasa bersyukur kerana mesyuarat kali pertama ini
dapat dilaksanakan pada hari ini.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3.0
3.1

PERKARA BERBANGKIT
Sudut MBMMBI telah dikemaskinikan oleh guru penyelaras dan diminta semua
guru dan murid membaca info yang dipaparkan di sudut tersebut.
Guru penyelaras bagi tahun 2016 ialah Pn. Noramira binti Abdul Rauff.
MBMMBI menjadi instrumen dalam mengukuhkan penguasaan Bahasa

3.2
3.3

Melayu
dan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah.
4.0

PERBINCANGAN / FOKUS MESYUARAT

4.1. PELANTIKAN JAWATANKUASA MBMMBI BAGI TAHUN 2016


4.1.1 Pelantikan Jawatankuasa MBMMBI bagi Tahun 2016 telah dilaksanakan dan
butirannya adalah seperti berikut:
Pengerusi
: Pn.Kristimah A/P Kannan
Timbalan Pengerusi : Pn.Pregasy A/P Lawrance
Setiausaha
Naib Setiausaha
AJK

: Pn. Noramira bt Abdul Rauff


: Pn.Raajeswari A/P Yanasegeran
: Cik P.Kanaga (Guru PSS)
Semua guru mata pelajaran BM, BI Tahun 1-6
Guru Pemulihan

4.1.2

Guru besar berharap agar Jawatankuasa MBMMBI bagi tahun ini dapat
Memberikan kerjasama yang baik dalam pelaksanaan semua program berkaitan
MBMMBI.

4.2

PROGRAM-PROGRAM MBMMBI TAHUN 2016

4.2.1 Program Celik Bahasa


4.2.1.1 Program ini terdiri daripada pelbagai aktiviti berbentuk permainan
bahasa
bertujuan menarik minat murid untuk belajar Bahasa Melayu dengan
cara yang
menyeronokkan.

4.2.1.2

Program Celik Bahasa ini dijalankan selama 30 minit iaitu waktu

terakhir PdP
pada setiap hari Rabu.
4.2.2 Penerapan Unsur Didik Hibur dalam PdP
4.2.2.1 Penerapan unsur didik hibur dalam PdP bagi meningkatkan minat
murid dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
4.2.2.2 Menggalakkan para guru menerapkan unsur didik hibur semasa sesi
pembelajaran di dalam atau di luar biilik darjah bersifat
menyeronokkan di mana
terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik,
lakonan
dan lain-lain.
Penggunaan Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris Standard

4.2.3

Merentas
Kurikulum
4.2.3.1 Semua guru diminta untuk membetulkan setiap kesalahan murid
dalam
Penggunaan perkataan atau ayat Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
sama
ada dalam penulisan atau perbualan dengan segera dan tidak
membiarkannya
berpanjangan kerana kesilapan ini akan membawa kesan buruk dalam
pembelajaran mereka.
4.2.4 Program Bacaan
4.2.4.1 Semua murid terlibat dalam Program Bacaan pada setiap hari Selasa
semasa
perhimpunan pagi. Bahan bacaan terdiri daripada Bahasa Melayu dan
Bahasa
Inggeris bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid.
Selain itu,
Program NILAM bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran
membaca
murid-murid.
4.3

Penggunaan BBM (Bahan Bantu Mengajar)

4.3.1

Guru-guru boleh menggunakan CD MBMMBI yang telah dibekalkan ke

sekolah
4.3.2

bagi tujuan PdP.


Bahan media telah diletakkan di satu sudut di Pusat Sumber dan

semua guru
digalakkan menggunakan bahan yang dibekalkan sekerap mungkin
sebagai salah
satu sumber BBM.
4.4
4.4.1

Peruntukan Kewangan
MBMMBI tidak mempunyai peruntukan kewangan yang khas

sebaliknya boleh
menggunakan peruntukan bagi panitia BM dan panitia BI. Semua
pembelian
barangan yang melibatkan MBMMBI hendaklah dirujuk kepada guru
besar
terlebih dahulu.
5.0
5.1

HAL-HAL LAIN
MBMMBI merupakan dasar utama pendidikan negara dan guru-guru
perlu
memberikan lebih tumpuan kepada MBMMBI. Semua guru perlu
sentiasa
bersedia

dan memberi kerjasama untuk semua aktiviti yang

dijalankan bertujuan
memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa
Inggeris.

6.0

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah sudi
meluangkan masa serta berkongsi idea dan pendapat bagi kemajuan MBMMBI.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

......................................
(PN. NORAMIRA BT ABDUL RAUFF)
Setiausaha MBMMBI
]

............................
(PN.L.PREGASY)
PGB KURIKULUM

Potrebbero piacerti anche