Sei sulla pagina 1di 4

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN PING PONG

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa
( ITTF ) dan Peraturan-Peraturan Am MSSK/MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Individu
2.1 Perseorangan Lelaki 12 / 15 / 18 tahun dan ke bawah
2.2 Perseorangan Perempuan 12 / 15 / 18 tahun dan ke bawah
2.3 Beregu Lelaki 12 / 15 / 18 tahun dan ke bawah
2.4 Beregu Perempuan 12 / 15 / 18 tahun dan ke bawah

3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap cawangan dibenar mendaftarkan 2 orang pemain bagi acara perseorangan dan 2
pasangan bagi acara beregu setiap peringkat umur.
3.2 Seorang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan beregu.

4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini ini dijalankan secara kalah mati.
4.2 Keutamaan pemain (seeding) hendaklah diadakan.

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN


5.1 Dalam pertandingan bagi acara peringkat umur 18 tahun dan ke bawah:
5.1.1 Bagi acara perseorangan setiap perlawanan akan diputuskan dengan 3
kemenangan daripada 5 permainan sehingga peringkat suku akhir.
5.1.1.1 Perlawanan dalam peringkat separuh akhir dan akhir akan diputuskan dengan
4 kemenangan daripada 7 permainan.
5.1.1.2 Perlawanan untuk menentukan tempat ketiga dan keempat akan diputuskan
dengan 3 kemenangan daripada 5 permainan.
5.1.2 Bagi acara beregu, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan 3 perlawanan
daripada 5 perlawanan.
5.2 Dalam pertandingan bagi peringkat rumur 12 tahun dan ke bawah, semua perlawanan akan
diputuskan dengan 3 kemenangan daripada 5 permainan.
5.3 Satu minit rehat akan dibenarkan di antara 2 permainan.
5.4 Seseorang pemain/regu dibenarkan mengambil satu kali 'time out' selama 1 minit dalam satu
perlawanan
5.5 Pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum perlawanan
dimulakan.

6. PAKAIAN
6.1 Semua pemain mestilah berpakaian sukan yang sesuai, kemas dan sopan.
6.2 Semua pemain ditegah memakai pakaian berwarna oren (sama dengan warna bola).
6.3 Bagi acara beregu, kedua-dua pemain hendaklah memakai baju yang seragam.

7. GELANGGANG PERMAINAN
7.1 Ruang permainan setiap gelanggang sekurang-kurangnya 12 m x 6 m x 4 m.
7.1.1 Setiap gelanggang hendaklah dilingkungi dengan penghadang bola (surrounds)
berwarna gelap yang seragam setinggi 75 cm.
7.2 Bahagian permukaan atas meja pula yang dikenali sebagai "permukaan permainan"
hendaklah berbentuk segi empat tepat iaitu 2.74 m panjang dan 1.52 m lebar dan mestilah
terletak pada satu satah mendatar 76 cm dari aras lantai.
7.3 Jaring mestilah digantung oleh seutas benang yang diikat pada setiap hujungnya
kepada satu tiang tegak 15.25 cm tinggi. Had bahagian luar tiang itu juga mestilah 15.25 cm
dari garisan sisi.

8. ALATAN
8.1 Bola jenama TIBHAR 3 star bewarna oren akan digunakan.
8.2 Getah raket yang disenaraikan dalam 'AUTHORISED RACKET COVERINGS ITTF' yang
berkuat kuasa semasa sahaja boleh digunakan dalam kejohanan ini.
8.3 Getah 'long pimple' dan anti spin tidak dibenarkan untuk kumpulan umur 12 tahun dan ke
bawah.
9. KELEWATAN
Peserta yang lewat lima belas (15) minit daripada masa yang dijadualkan dianggap telah memberi
kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


Menarik diri ( walk-over ) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, peserta yang berkenaan akan dihukum
sebagai menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.

11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan atau rayuan hendaklah dibuat selewat-lewatnya dalam masa setengah
jam selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan melalui Pengurus Pasukan / Ketua
Pasukan atau pemain berkenaan secara bertulis dengan bayaran RM 200.00 sebagai wang
pertaruhan.
11.2 Jika bantahan atau rayuan gagal diterima,wang pertaruhan tersebut tidak akan dikembalikan.

12. LEMBAGA JURI RAYUAN


Sila Rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK

13. LEMBAGA TATATERTIB


Sila Rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK

14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am ( )
MSSMK.
MEJA DAN KAWASAN GELANGGANG

1.52m

15.25cm

15.25cm

2.74m
12m

76cm

6m

Nota:
1. Permukaan permainan boleh diperbuat daripada Sebarang bahan, berwarna tua seragam dan
tidak berkilau dan hendaklah menghasilkan lantunan setinggi 22cm hingga 25 cm, apabila
sebiji bola dilepaskan ke atasnya dari setinggi 30.5 cm.
2. Punca lampu hendaklah tidak kurang dari 4 m di atas lantai.
CARTA PERLAWANAN PING PONG (KALAH MATI)

1
2
3
4
5
6
7

8
9
10
11
12
13
14

15
16
17
18
19
20
21

22
23
24
25
26
27
28

Potrebbero piacerti anche