Sei sulla pagina 1di 2

Penguasa,

JABATAN BOMBA & PENYELAMAT,


Jln. Bagan Jermal,
11200 Tanjong Bungah,
Pulau Pinang.

8 NOVEMBER 2011

Tuan,
Aduan Kewujudan Sarang Tebuan dan Lebah di Kompaun Sekolah
Merujuk kepada perkara di atas, saya telah diamanahkan untuk memaklumkan pihak tuan
tentang keadaan tersebut.
2. Kewujudan dua sarang serangga berbisa ini dalam kawasan sekolah memberi ancaman
keselamatan murid-murid dan petugas- petugas di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tanjong Bunga. Pihak sekolah khuatir seandainya sarang ini gugur sekaligus
menyebabkan serangan ke atas individu yang boleh mengakibatkan kecederaan yang
serius.
3. Adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak sekolah bagi melaporkan perkara ini
kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan yang dirasakan wajar supaya dapat
menggelakkan pekara yang tidak diingini daripada berlaku.
4. Untuk makluman tambahan, peperiksaan SPM bakal berlangsung di kompaun sekolah
mulai 14 November. Hal yang demikian menggusarkan pihak sekolah kerana hujan dan
angin kuat kebelakangan ini membawa risiko yang tinggi untuk sarang tersebut gugur
serta menjejaskan tumpuan calon peperiksaan.
5. Segala tindakan susulan dan pemantauan daripada pihak tuan amatlah dialu-alukan.
Pihak sekolah mendahulukan ucapan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas
keprihatinan Jabatan Bomba & Penyelamat bagi mengatasi perkara ini.

Yang menurut perintah,


.
Shahril Bin Salleh
(Ahli Jawatankuasa Keselamatan,
Sekolah Menengah Kebangsaan
Tanjong Bunga)

Potrebbero piacerti anche