Sei sulla pagina 1di 9

SALAH LAKU JENAYAH SEMAKIN MENJADI-JADI DEWASA KINI.

DI MANA
TANGGUNGJAWAB MEDIA DALAM MENANGANI MASALAH INI?

APAKAH STRATEGI TERBAIK YANG BOLEH DILAKUKAN?

PENGENALAN.
Saban tahun, kita sering kali terdengar pelbagai salah laku jenayah yang di lakukan

oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. Kes seperti bunuh, rogol, rompakan, ragut

sering menghiasi media seperti di dada-dada akhbar, radio mahupun televisyen. Di manakah

nilai keperimanusiaan seorang insan yang bergelar manusia? Kes-kes jenayah ini semakin

menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini sehingga ada segelintir masyarakat yang merasa tidak

selamat di bumi sendiri. Masakan tidak, kes jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh rakyat

tempatan tetapi turut terlibat adalah penjenayah warga asing. Menurut laporan Pertubuhan

Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah warga

asing di lihat semakin meningkat.

Menurut laporan BERNAMA lagi, kes samun merupakan kes yang menunjukkan

peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini jelas apabila statistik yang di

keluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes jenayah sepanjang

tahun 2009 meningkat sebanyak 1,849 kepada 3,034 kes. Dalam usaha untuk membanteras

salah laku jenayah di Malaysia, media massa turut perlu memainkan peranan penting supaya

matlamat untuk mengurangkan kadar jenayah dapat dilakukan. Hal ini kerana media massa

bukan sahaja berperanan untuk menyebarkan berita, tetapi turut berfungsi sebagai medium

untuk membantu pihak berkuasa menangani isu jenayah.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan

di dalam akhbar utusan Malaysia, beliau menyatakan bahawa “ media selain berfungsi

sebagai saluran hiburan dan penyampaian maklumat terkini, media juga berperanan sebagai

massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Kenyataan ini jelas

membuktikan bahawa media massa memainkan peranan kepada masyarakat serta mempunyai

pengaruh yang kuat dari segi menanam kesedaran kepada umum.

Antara peranan media dalam menangani gejala jenayah ialah dengan membantu pihak

berkuasa menjejaki suspek jenayah. Sebagai contoh, seperti kes pembunuhan yang berlaku

terhadap Fazlina Ahmad,39, seorang wanita yang ditemui mati dalam almari. Mangsa yang

mati dibunuh di percayai dilakukan sendiri oleh suaminya gagal dijejaki kerana suspek telah

lari menyembunyikan diri. Namun atas usaha yang telah dilakukan oleh pihak media seperti

peranan surat khabar (Metro Ahad,3 Januari 2010) yang telah mengedarkan wajah suspek

dengan membuat iklan akhirnya berjaya menjejaki suspek sehingga beliau tertangkap. Fungsi

media yang meluas memudahkan tugas pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dengan

menyeluruh.

Selain daripada membantu pihak polis menjejaki penjenayah, media juga berperanan

untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai punca mengapa jenayah terjadi di

sekeliling kita? Media seharusnya perlu lebih peka mengenai isu jenayah sebagai medium

untuk orang ramai tahu apa yang terjadi. Sebagai contoh, kes jenayah ragut merupakan kes

yang pernah menggemparkan negara kerana sering terjadi sehingga ada yang sanggup

membunuh. Namun, peranan media di sini adalah untuk menyedarkan masyarakat dengan

melaporkan kejadian ragut tersebut kepada umum. Maka secara tidak langsung, masyarakat

sedar akan kes ragut dan lebih berhati-hati. Sebagai contoh, media seperti surat khabar

mahupun majalah boleh menyedarkan masyarakat untuk membendung gejala ragut dengan

memberikan nasihat dan panduan untuk mengelakkan diri dari diragut seperti tidak membawa
wang dalam jumlah yang banyak dan tidak memakai terlalu banyak barang kemas. Media

elektronik pula seperti televisyen boleh menyedarkan rakyat dengan memaparkan iklan

mengenai kes ragut. Paparan secara visual ini akan memberikan gambaran kepada

masyarakat.

Media seharusnya berperanan untuk menjadi badan pemerhati ataupun watchdog

untuk melaporkan salah laku,penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Hal ini bermaksud, media

memainkan peranan dalam usaha untuk membongkar segala kegiatan jenayah kepada pihak

berkuasa dan juga masyarakat. Media seharusnya perlu peka terhadap salahlaku jenayah

kerana sudah menjadi tanggungjawab media untuk mengheboh-hebohkan sesuatu perkara

kepada masyarakat terutamanya hal yang berkaitan dengan jenayah. Jenayah tidak

semestinya perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat biasa sahaja, tetapi juga turut di

lakukan oleh tokoh kenamaan. Di sini media menghadapi masalah untuk membuat laporan

kerana sudah menjadi isu media apabila media melayan tokoh masyarakat (public figures)

berbeza dengan rakyat biasa. Tokoh masyarakat dikatakan telah menyerahkan hak kebebasan

peribadi mereka dan isu yang timbul adalah setakat mana hak tersebut boleh dicabuli.

Dalam hal ini, media seharusnya tidak memilih kedudukan dan pangkat seseorang

walaupun individu tersebut merupakan seseorang yang berpengaruh. Jenayah yang dilakukan

adalah seperti rasuah, penyelewengan dan sebagainya harus didedahkan kepada masyarakat

umum supaya rakyat mengetahui apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Pemimpin yang

seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat mesti bebas daripada melakukan sebarang

bentuk jenayah. Manakala rakyat pula mempunyai hak untuk mengetahui setiap kesalahan

yang dilakukan oleh tokoh politik mereka tanpa berselindung. Tanggungjawab media tidak

kira media cetak mahupun elektronik mempunyai peranan yang besar terhadap masyarakat.

Media merupakan saluran yang bersifat menyeluruh kerana setiap isu yang di paparkan oleh

media boleh berkembang dari satu pihak kepada satu pihak yang lain. Tidak salah jika media
membongkar kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu kerana sudah menjadi tugas

media untuk mencari bahan berita yang boleh memberi kesedaran kepada orang ramai. Maka

tidak kira siapa kedudukan seseorang itu, kesalahan yang dilakukan tidak wajar diselindung

kerana seseorang yang melakukan jenayah, tetap dianggap salah.

Namun begitu, media tidak seratus peratus dapat menjalankan tugas sebagai pelapor

tanpa mendapat bantuan dan kerjasama dari orang ramai. Sebagai contoh, seperti kes

kehilangan adik Sharlinie yang telah diculik kira-kira 4 tahun yang lalu, sehingga kini beliau

masih belum ditemui walaupun pelbagai usaha dari pihak media telah dilakukan. Iklan dan

laporan berita telah di buat di dada-dada akhbar dan media elektronik namun usaha untuk

menjejaki adik Sharlinie masih menemui jalan buntu. Disini kita sudah melihat peranan

media dalam usaha untuk menjejaki adik Sharlinie dengan melakukan pelbagai cara. Sejak

kehilangan adik Sharlinie, media sedikit sebanyak telah mempertingkatkan usaha untuk

membendung kes jenayah penculikan dengan membuat banyak kempen serta iklan supaya

ibu bapa sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka untuk sentiasa mengawasi anak-

anak mereka. Kita tidak mahu kes yang menimpa seperti adik Sharlinie ini terjadi lagi. Maka

beberapa langkah awal perlu diambil agar tidak terjadi lagi kes seperti ini.

Tidak cukup dengan itu, tanggungjawab media juga adalah untuk memastikan

masyarakat sedar setiap salah laku jenayah yang dilakukan akan di sabitkan dengan hukuman

undang-undang mengikut jenis jenayah yang dilakukan. Sebagai contoh laporan berita

selalunya akan memberitahu jenis hukuman yang akan di sabitkan kepada pesalah seperti jika

kesalahan rogol misalnya, seseorang itu akan di kenakan hukuman penjara maksimum 20

tahun dah sebatan. Jika masyarakat sedar akan hukuman tersebut, maka masyarakat tidak

akan melakukan jenayah kerana takut dengan tindakan tegas undang-undang yang bakal di

kenakan. Namun kita sedih apabila masyarakat seakan-akan tidak gentar dengan hukuman

undang-undang walaupun mereka sedar akan akibat yang bakal di terima.


STRATEGI MEDIA UNTUK MENANGANI JENAYAH

Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh pihak media untuk menangani

masalah jenayah yang kian berleluasa. Sebagai contoh paparan program 999 yang di siarkan

oleh stesyen TV3 yang memberikan laporan tentang jenayah yang berlaku di Malaysia.

Program 999 ini memberikan impak kepada orang ramai mengenai setiap kes jenayah yang a

berlaku di negara kita. Program 999 ini juga memberikan maklumat dan kesedaran kepada

orang ramai bahawa setiap kesalahan yang di lakukan pasti akan ada tindakan undang-undang

yang diambil. Sebagai contoh, kes jenayah yang sering di paparkan ialah sindiket pengedaran

dadah tidak kira tempatan mahupun antarabangsa. Bagi kesalahan pengedaran dadah

biasanya hukuman gantung sampai mati akan di kenakan ke atas pesalah. Laporan dari pihak

media ini sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

Selain itu, pihak media juga boleh merangka strategi untuk meningkatkan kesedaran

masyarakat dengan membuat kempen bersama orang awam. Kempen kesedaran ini lebih

memfokuskan untuk memberi kesedaran kepada orang awam akan bahana melakukan

jenayah. Sebagai contoh, karnival Jom Heboh anjuran Media Prima misalnya, terdapat

pameran yang memaparkan contoh hukuman yang dilakukan oleh pesalah jenayah contohnya

kesalahan pengedaran dadah, dimana dalam pameran tersebut ditunjukkan jenis hukuman

yang dijatuhkan terhadap pesalah. Selain itu, turut di paparkan ialah demontrasi sebat yang

dilakukan terhadap pesalah seperti kes rogol. Kempen seperti ini diharap dapat membuka

mata masyarakat dan tidak melakukan jenayah.

Media massa juga boleh mengatur strategi yang lebih baik lagi iaitu bekerjasama

dengan pihak penerbitan drama misalnya untuk mengekalkan program-program berbentuk

kepolisian seperti Gerak Khas, Roda-roda Kuala Lumpur dan lain-lain. Penayangan program

berbentuk sedemikian bukan sahaja memberikan hiburan semata-mata kepada penonton,


bahkan juga dapat memberi motivasi kepada masyarakat berdasarkan siri penayangan yang

memaparkan pelbagai jenis kesalahan jenayah berbeza pada setiap minggu. Walaupun bentuk

mesej yang hendak disampaikan adalah sekadar lakonan semata-mata, namun isi pengajaran

yang diterapkan merupakan fokus utama supaya masyarakat sedar akan kewujudan undang-

undang di Malaysia.

Kerajaan seharusnya memainkan peranan dalam usaha untuk membanteras gejala

jenayah daripada terus berleluasa. Misalnya pihak kerajaan harus menyekat filem atau produk

dari luar negara yang memaparkan aksi ganas atau adegan jenayah yang boleh mempengaruhi

penonton di Malaysia. Media massa juga perlu saling berganding bahu dengan pihak kerajaan

untuk tidak menayangkan cerita yang berunsurkan seperti berikut kerana dikhuatiri akan

memberikan kesan atau impak kepada penonton tempatan. Sebagai contoh banyak filem dari

luar khususnya dari negara barat yang memaparkan adegan yang melampau seperti adegan

seks yang keterlaluan, aksi-aksi ganas dan sebagainya. Dari situ, terdapat segelintir penonton

di Malaysia khususnya remaja yang akan cenderung untuk meniru aksi yang di paparkan

melalui filem tersebut. Terdapat kes jenayah yang menyatakan bahawa, pengaruh daripada

rancangan televisyen merupakan salah satu faktor yang mendorong seseorang itu melakukan

jenayah. Individu terbabik mudah terpengaruh atau mudah teransang dengan paparan yang

terdapat di dalam televisyen tersebut. Misalnya seperti rancangan gusti (WWF) yang

menunjukkan aksi ganas di atas pentas. Pengaruh seperti ini akan menyebabkan penonton

mudah terikut-ikut akan perwatakan yang di tonton sekaligus berkemungkinan boleh menjadi

ganas.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlu peka terhadap perkembangan yang sedang

melanda dalam dunia siber. Pada masa kini, masyarakat boleh berurusan dengan mudah

melalui rangkaian jaringan telekomunikasi iaitu melalui internet. Pelbagai kegiatan boleh

dilakukan oleh orang ramai melalui rangkaian internet tersebut. Sebagai contoh, terdapat
segelintir individu yang dengan berani menawarkan khidmat seks secara terbuka melalui

internet. Pelanggan boleh membuat tempahan dengan mudah untuk mendapatkan khidmad

seks tersebut. Bukan itu sahaja, aktiviti penipuan turut dijalankan secara berleluasa untuk

mengaut keuntungan dengan mudah. Berapa ramai sudah menjadi mangsa penipuan seberti

khidmat membeli barang secara online, skim cepat kaya melalui talian online dan sebagainya.

Terdapat kes yang berlaku keraqna salah laku penggunaan internet seperti laporan yang

dikeluarkan oleh sumber berita akhbar Harian Metro (30 Januari 2010) yang bertajuk

“kekasih internet sebar gambar bogel”. Menurut laporan, kekasih kepada seorang wanita

telah mengugut untuk menyebarkan gambar bogel wanita berkenaan sekiramya wanita

terbabit tidak menyerahkan sejumlah wang kepada kekasihnya.

Sehubungan dengan itu, bahagian Kementerian Komunikasi dan Multimedia haruslah

berusaha untuk mengekang penyalahgunaan media ini. Antara usaha yang boleh dilaksanakan

adalah dengan menguatkuasakan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta

Komunikasi dan Multimedia. Undang-undang yang terlaksana ini diharap dapat memberi

pengajaran kepada masyarakat yang melakukan jenayah melalui dunia siber. Selain itu,

sekatan laman web juga boleh dilakukan pihak berwajib dengan kerjasama dari pihak media

untuk mengekang salah laku terhadap media internet. Media baru seperti internet ini harus di

manfaatkan dengan sebaik mungkin supaya ianya tidak disalah gunakan.

KESIMPULAN.

Kesimpulan yang boleh dirumuskan berdasarkan apa yang telah dikaji, jelas

menunjukkan bahawa peranan media sangat penting dalam usaha membanteras masalah

jenayah yang kian berleluasa. Media sememangnya mempunyai pengaruh yang sangat besar

untuk menjadi medium kepada orang ramai untuk menyampaikan sesuatu mesej. Media juga

harus bijak mengatur strategi untuk memastikan matlamat untuk mengatasi masalah jenayah
daripada kian berleluasa. Media harus tahu akan peranan dan tanggungjawab yang patut

dilaksanakan untuk memastikan misi dan matlamat Negara tercapai. Secara ringkasnya,

antara peranan dan tanggungjawab media adalah untuk membantu pihak berkuasa menjejaki

suspek jenayah, memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang punca jenayah terjadi,

media sebagai badan pemerhati atau watchdog iaitu pelapor kepada salah laku jenayah.

Media juga bertindak sebagai pengiklan seperti menyebarkan maklumat kepada orang ramai

dan juga media bertanggungjawab untuk member pengajaran kepada penjenayah mahupun

orang awam.

Bagi memantapkan lagi penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi, pihak media

harus mempunyai beberapa strategi seperti menyiarkan program yang memaparkan laporan

tentang kejadian jenayah, bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen

kesedaran, dan membuat sekatan terhadap rancangan-rancangan yang memberi kesan

terhadap masalah jenayah. Tidak kira sama ada media cetak mahupun media elektronik harus

memainkan peranan sebagai penyampai apa-apa maklumat yang positif kepada masyarakat

lebih-lebih lagi maklumat yang disampaikan itu bertujuan untuk memastikan negara Malaysia

bebas daripada masalah jenayah.

DISEDIAKAN OLEH:- MOHAMMAD SHAHEMY BIN AZMI.


PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

Potrebbero piacerti anche