Sei sulla pagina 1di 9

PROSPEKTUS SEKOLAH

SK BANDAR TUA

BERUSAHA & BERBAKTI

SK BANDAR TUA , 36800 KG GAJAH


PERAK DARUL RIDZUAN
NO TEL: 056311769
NO FAX: 056311769
EMEL: ABA8236@1BESTARINET.YES.MY

PROSPEKTUS SEKOLAH

Ibu bapa yang dihormati,


Prospektus ini disediakan untuk memberi ibu bapa / penjaga serta ahli
masyarakat mengenai aspirasi sekolah secara umum, visi dan misi serta bidang
kebitaraan sekolah. Di samping itu, prospektus ini menyampaikan idea yang jelas
mengenai sekolah kepada ahli masyarakat yang ingin menyumbang ke arah
perkembangan dan kejayaan murid.

1. Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bandar Tua mula ditubuhkan pada tahun 1898,
dengan diberi nama asalnya iaitu Sekolah Melayu Bandar Tua. Keadaan
sekolah pada ketika itu hanyalah berdindingkan kayu beratapkan nipah.
Sekolah ini terletak di sempadan dua kampung yang mana sebahagian
besarnya terletak di dalam Kampung Pasir Jenderis. Walaubagaimanapun,
nama sekolah ini diberi bersempena nama kampung sebelah kerana
penubuhannya adalah di atas permintaan penduduk Kampung Bandar Tua
pada ketika itu.
Pada peringkat awal, pengajian di sekolah ini lebih tertumpu kepada
pendidikan agama, sehinggalah ia ditukar kepada bentuk sekular oleh
kerajaan. Pada tahun 1900, setelah kerajaan mengambil alih dan membaiki
bangunan sekolah ini, nama asalnya telah ditukar menjadi Sekolah
Kebangsaan Bandar Tua. Pada tahun 1952, sebuah bangunan baru telah di
bina bagi menggantikan bangunan asal dengan keadaan yang lebih selesa
di mana lantainya bersimen, dinding kayu dan beratap zink. Bangunan
baru ini dirasmikan oleh En. Jamaluddin b. Din selaku A.M.I.S Perak Selatan
pada ketika itu.
`Pada tahun 1959, sebuah lagi bangunan tambahan yang mempunyai
ciri-ciri yang serupa dengan bangunan pertama telah dibina. Malangnya
bangunan bangunan tambahan ini telah terbakar dan musnah sama sekali
dalam tahun 1988. Ekoran dari peristiwa ini sebuah bangunan pasang siap
telah dibina dan kelengkapannya ditambah dari masa ke semasa melalui
peruntukan kerajaan dan bantuan dari orang ramai. Kebakaran yang
berlaku pada tahun 1988 itu menyebabkan banyak dokumen-dokumen
rasmi dan penting musnah.
Kini Sekolah Kebangsaan Bandar Tua berdiri megah menjadi mercu
tanda kebanggaan penduduk Kampung Bandar Tua dan Kampung Pasir
Jenderis. Deretan kejayaan demi kejayaan serta pencapaian murid yang
membanggakan telah membuktikan bahawa sekolah luar bandar juga
mampu untuk bersaing dengan sekolah-sekolah bandar seterusnya
menghasilkan pelajar yang cemerlang.

2. Visi Sekolah
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Bandar Tua Pusat Komuniti
berilmu yang cemerlang
3. Misi Sekolah
Melaksanakan pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan,
telus da tulus
Melaksanakan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti
Melahirkan kecemerlangan sahsiah yang berasaskan program
pembangunan modal insan
Melahirkan kecemerlangan sukan yang berasaskan pendekatan
saintifik dan inovatif
Melahirkan kecemerlangan kokurikulum yang berasaskan
pembangunan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional
4. Motto Sekolah
Berusaha & berbakti
5. Barisan Pentadbir

Guru
Guru
Guru
Guru

Besar
: En Faizulzaman bin Mohd Ali
Kanan Pentadbiran
: Pn Norulula bt Tajudin
Kanan Hal Ehwal Murid: Pn Haniza bt Md Daud
Kanan Kokurikulum
: En Ahmad Fazil bin Hamid

6. Senarai Guru dan Kakitangan Sekolah

Guru
En Abdul Rahman bin Ramli
En Mohd Hatta bin Adenan
Pn Rosmarina bt Mohd Zaini
Pn Maswani bt Ab Rashid
Pn Aznyatul Hasmira bt Ahmad
En Harun bin Kadri

Pembantu Tadbir

Pn sharifah Azura bt Syed Mustafa Basri

7. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


Sekolah ini mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang
sedia membantu pihak sekolah dalam menjayakan sebarang program
atau aktiviti sekolah.
Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim di antara ibu bapa dan pihak sekolah dan memastikan
sebarang masalah atau kekurangan dapat di atasi dan diperbaiki
bersama secara harmoni demi menjamin kecemerlangan murid dan
sekolah.

CARTA ORGANISASI PIBG

SK BANDAR TUA
2015

YANG DIPERTUA:
EN MOHAMAD AMIR BIN AZIZ
NAIB YANG DIPERTUA:
EN ZULKIFLI BIN NAIM
SETIAUSAHA:
PN ROSMARINA BINTI MOHD ZAINI

NAIB SETIAUSAHA:
PN MASWANI BT AB RASHID
BENDAHARI:
PN NORULULA BT TAJUDIN
JURUAUDIT 1:
EN MOHD YUNUS BIN MAT WAJID
JURUAUDIT 2:
PN SHARIPAH BT ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA:
GURU

IBU BAPA

EN ABDUL RAHMAN BIN RAMLI

EN HUSIN BIN MAT TAYIB

EN MOHD HATTA BIN ADENAN

EN MAHYUDDIN BIN MAT

EN AHMAD FAZIL BIN HAMID


GHAPAR
PN HANIZA BT MD DAUD
PN AZNYATUL HASMIRA BT AHMAD

PN NAZIHAH BT ABDUL
PN ZALEKHO BT AHYA
PN SAYANG BT TAN

8. Waktu Persekolahan
HARI

WAKTU PERSEKOLAHAN

ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT

7.45
7.45
7.45
7.45
7.45

PAGI
PAGI
PAGI
PAGI
PAGI

TAHAP 1
1.05 PETANG
1.05 PETANG
1.05 PETANG
1.05 PETANG
12.05 TENGAHARI

TAHAP 2
7.45 PAGI 1.35 PETANG
7.45 PAGI 1.35 PETANG
7.45 PAGI 1.35 PETANG
7.45 PAGI 1.35 PETANG
7.45 PAGI 12.05
TENGAHARI

9. Ketidakhadiran
Pihak sekolah amat menitik beratkan soal kehadiran murid ke
sekolah. Murid- murid adalah dialu-alukan kedatangannya ke
sekolah. Oleh itu, ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan
kepada pihak sekolah melalui telefon atau makluman bertulis
(surat). Jika mengalami keuzuran, bawa anak ke klinik dan
dapatkan surat doktor.
10.

Peraturan Sekolah
Sila rujuk lampiran peraturan sekolah.

11.

Kesihatan dan Keselamatan di Sekolah


Segala urusan berkaitan kesihatan murid (suntikan vaksin dan
pergigian) adalah di bawah perkhidmatan Klinik Kesihatan Kg
Gajah, Perak.
Manakala soal keselamatan sekolah pula adalah di bawah
pengawasan syarikat ADALZA enterprise.

12.

Kemalangan dan Kecemasan


Nombor yang boleh dihubungi oleh pihak sekolah ketika berlaku
sebarang kecemasan atau kemalangan ialah
a. Balai Polis Kg Gajah : 05 6311152

13.

b. Jabatan Pertahanan Awam Kg Gajah : 05 6311481


Latihan Kebakaran
Latihan kecemasan biasanya akan dilakukan sebanyak tiga kali
setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan Oktober. Tujuan ia
dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid
tentang tatacara menangani kecemasan dan menunjukkan jalan

yang perlu diikuti dan tempat berkumpul yang selamat ketika


berlakunya sebarang kebakaran.

14.

Hubungan Sekolah dengan Ibu Bapa

Hubungan sekolah dengan ibu bapa / penjaga amat baik sekali.


Boleh dikatakan pihak sekolah mengenali para ibu bapa dan penjaga
setiap murid dengan baik. Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu
bapa dan penjaga juga amat menggalakkan dan mudah terjadi.
Pihak sekolah amat menggalakkan penyertaan dan penglibatan ibu
bapa dalam semua aktiviti dan program sekolah yang dijalankan.

15.

Hubungan Sekolah dengan Komuniti

Hubungan sekolah dengan komuniti adalah dalam keadaan yang


baik. Sebarang urusan di antara pihak sekolah dengan komuniti
setempat selalunya terjadi dengan lancar tanpa banyak masalah.
Kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti begitu baik umumnya.
Pihak sekolah amat menggalakkan penyertaan dan penglibatan ahli
komuniti dalam semua aktiviti dan program sekolah yang
dijalankan.

16.

Aktiviti Kokurikulum

Murid sekolah ini terlibat dengan pelbagai aktiviti kurikulum. Ini


penting kerana kehadiran dan penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum di ambil kira dalam penilaian berasaskan sekolah.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah ini seperti berikut:

17.

Bil

Kelab dan Persatuan

Sukan dan
Permainan

Pasukan
Beruniform

Persatuan Bahasa
Persatuan Sains &
Matematik
Persatuan Agama
Islam

Olahraga
Badminton
Catur

Pengakap

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Penjaga (KSIB)

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Penjaga (KSIB) terdiri daripada ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak di sekolah ini. Ia ditubuhkan
bagi membolehkan ibu-bapa yang mempunyai kemahiran-kemahiran
tertentu dapat menyumbangkan tenaga dan masa bagi membantu
pihak sekolah demi kebaikan bersama.

JAWATANKUASA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)


PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2015

PENASIHAT:
EN FAIZULZAMAN BIN MOHD ALI
(GURU BESAR)
PENGERUSI:
EN MOHAMAD AMIR BIN AZIZ
TIMBALAN PENGERUSI:
EN ZULKIFLI BIN NAIM
SETIAUSAHA:
PN ROSMARINA BT MOHD ZAINI
PENOLONG SETIAUSAHA:
PN MASWANI BT AB RASHID
BENDAHARI:
PN NORULULA BT TAJUDIN
KETUA BIRO MAKLUMAT:
EN MOHD HATTA BIN ADENAN

AJK:

GURU

IBU BAPA

PN AZNYATUL HASMIRA BT AHMAD


TAYIB
EN ABDUL RAHMAN BIN RAMLI

EN HUSIN BIN MAT


PN ROZITA BT AWANG CHIK

EN AHMAD FAZIL BIN HAMID


SANI

EN MOHD AMRAN BIN

SENARAI SUKARELAWAN DIKALANGAN PIBG:


PN ZALEKHO BT AHYA
PN NAZIHAH BT ABD GHAPAR

SENARAI SUKARELAWAN DIKALANGAN KOMUNITI:


JPAM KG GAJAH

Kami mengalu-alukan maklum balas anda. Jika anda mempunyai sebarang


pertanyaan atau cadangan, sila hubungi kami:
a) Guru Besar
En Faizulzaman bin Mohd Ali
No Tel: 0125510626
b) Guru Kanan Pentadbiran
Pn Norulula bt Tajudin
No Tel: 017 5150036

c) SK Bandar Tua
36800 Kg Gajah Perak
No Tel: 056311769
No Fax: 056311769
Emel: aba8236@1bestarinet.yes.my

Potrebbero piacerti anche