Sei sulla pagina 1di 1

TAJUK SKETSA: MEMUPUK PERPADUAN MELALUI PRINSIP RUKUN NEGARA

SINOPSIS

Ikhwan, Syafiq dan Irfan berasa tidak puas hati terhadap guru mereka, Cikgu Mei kerana
Cikgu Mei mendenda mereka akibat tidak menghormati lagu Negaraku dan Bendera
Malaysia. Mereka merancang untuk mengenakan dan memalukan Cikgu Mei sebagai
balasan. Semasa merancang untuk mengenakan Cikgu Mei, Maryam dan Vikrant mencuri
dengar perbualan mereka. Maryam dan Vikrant cuba menasihati mereka agar membatalkan
niat untuk mengenakan Cikgu Mei tetapi Syafiq membantah. Mereka bertiga bertekad untuk
meneruskan rancangan tersebut. Tidak lama kemudian, Cikgu Mei masuk ke dalam kelas
dan memohon maaf kepada Ikhwan, Syafiq dan Irfan kerana menyebabkan mereka malu
akibat didenda. Cikgu Mei menjelaskan bahawa beliau hanya ingin memberi pengajaran
kepada mereka. Cikgu Mei mahu mereka sedar akan kesalahan dan menghormati antara
satu sama lain. Cikgu Mei juga menerangkan kepada murid-murid tentang Prinsip Rukun
Negara. Akhirnya, mereka sedar akan perbuatan mereka yang tidak memuaskan itu.

Potrebbero piacerti anche