Sei sulla pagina 1di 2

DOA SEMPENA HARI GURU






Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun 2015) peringkat Sekolah Keb Undang
Rembau pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
(GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK)
Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah
hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai
ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi
dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka
kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan ,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha
menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik
dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan
perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah
sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak
yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi pendidik,murabbi,mursyid mithali
yang menjadi cermin keindahan buat anak2 didik kami yang tersanyang ini .




Potrebbero piacerti anche