Sei sulla pagina 1di 6
GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN KELAYAKAN MENDUDUKI PENGENALAN Undang-undang menetapkan bahawa mana-mana bangunan yang akan diduduki hendaklah memperolehi Perakuan Kelayakan Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan (Perbadanan Putrajaya). Undang-undang yang ditetapkan adalah: undang-undang kecil 28, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986 , “Tiada ‘seorang pun boleh menduduki atau membenarkan diduduki mana-mana bangunan atau mana- mana bahagiannya melainkan jika suatu perakuan kelayakan menduduki, suatu perakuan menduduki sebahagian atau suatu kelayakan menduduki sementara telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil ini bagi bangunan itu dan apa-apa kemungkiran untuk mematuhi undang- undang kecil ini boleh menyebabkan orang itu kena dakwa di bawah Akta ini." Tujuan pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki adalah untuk memastikan bahawa bangunan yang dibina telah memenuhi ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan kemudahan perlu yang ditetapkan. Kemudahan yang diperlukan adalah: Jalan akses landskap tempat letak kereta parit sanitari bekalan air bekalan elektrik lif bomba pili bomba pembentungan keperluan sampah lain-lain APAKAH SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI ? + Suatu Sijil atau Surat Pengesahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Perbadanan Putrajaya) memperakukan bahawa sesuatu bangunan yang dibina dan disempumakan menurut pelan bangunan yang diluluskan, mematuhi peruntukan undang-undang dan memperolehi perakuan daripada agensi-agensi lain yang berkaitan. Agensi-agensi lain adalah: Jabatan Bomba dan Penyelamat Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Tenaga Nasional Berhad ‘Syarikat Telekom Malaysia Berhad (Boleh dikecualikan oleh Perbadanan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan ‘Suruhanjaya Tenaga Pos Malaysia Berhad (Boleh dikecualikan oleh Perbadanan) Agensi-agensi yang berkaitan (contoh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran dan Jabatan Penerbangan Awam dll jika perlu) SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMOHON PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI? Pihak yang bertanggungjawab untuk memohon Perakuan Kelayakan Menduduk ialah “orang yang berkelayakan"yang terlibat dalam pembinaan bangunan berkenaan) iaitu :- + Arkitek Berdaftar; atau + Pelukis Pelan Berdaftar; atau + Jurutera Berdaftar, *mengikut undang-undang kecil 2, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986 “Orang yang berkelayakan" ertinya seorang arkitek, pelukis pelan berdaftar atau jurutera berdattar BERAPAKAH JENIS PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI? Terdapat 3 jenis Perakuan Kelayakan Menduduki iaitu + Perakuan Kelayakan Menduduki (CF); atau + Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (TCF); atau + Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian (Partial CF). Definasi Perakuan Kelayakan Menduduki (CF): Rujukan: undang-undang kecil 25, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986. "(1) Perakuan kelayakan menduduki sesuatu bangunan hendaklah diberi jika - (a) Orang-orang berkelayakan semasa kerja itu dijalankan telah memperakui dalam Borang E ‘sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini bahawa mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu, dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan itu telah dibina mengikut undang-undang kecil ini dan apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka masing-masing dan pihak berkuasa secara bertulis olehnya bagi maksud itu telah memeriksa bangunan itu (b) Semua perkhidmatan perlu, termasuk jalan akeses, pandangan darat, tempat letak kereta, bomba, dikehendaki, kehendak-kehendak pembentungan dan pembuangan sampah telah disediakan. parit, pemasangan alat-alat kebersihan, air dan elektri omba dan lain-lain jika (2) Tiada apa-apa pun yang terkandung dalam Undang-Undang Kecil ini boleh mencegah pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis olehnya bagi maksud itu daripada memeriksa apa-apa kerja bangunan pada mana-mana peringkatnya dan menarik perhatian kepada apa-apa penyimpangan daripada pelan yang diluluskan atau tidak mematuhi mana-mana Undang-Undang Kecil ini yang didapatinya dan daripada memberi notis ‘secara bertulis memerintahkan supaya penyimpangan itu diperbetulkan." Definasi Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (TCF): Rujukan: undang-undang kecil 26, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986. "(1) Tertakluk kepada pembayaran fee yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini, pihak berkuasa tempatan boleh setelah mengenakan deposit sama ada wang tunai atau jaminan bank atas kadar yang ditetapkan mengikut budi bicaranya memberi suatu sijil kelayakan menduduki sementara sesuatu bangunan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada ‘enam(6) bulan dalam hal-hal di mana hanya terdapat penyimpangan kecil dari pelan-pelan bangunan yang diluluskan itu dan sementara menunggu pematuhan sepenuhnya kepada kehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan sebelum perakuan kelayakan menduduki dikeluarkan. (2) Jika sijil di bawah perenggan (1) dikeluarkan, dan pemunya atau penghuni tidak mematuhi dengan sepenuhnya kehendak-kehendak yang dikenakan, pihak berkuasa tempatan boleh menggunakan deposit bagi tujuan mematuhi kehendak-kehendak tersebut.” Definasi Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian (Partial CF): Rujukan: undang-undang kecil 27, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986 *(1) Pihak berkuasa tempatan boleh mengikut budi bicaranya memberi suatu perakuan kelayakan menduduki sebahagian bagi mana-mana bahagian bangunan yang telah siap sebahagian dan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu bagi kepentingan awam ; Dengan syarat bahawa tiada sesuatu permit sedemikian boleh diberi jika - (@) tiada apa-apa permohonan bagi perakuan kelayakan menduduki sebahagian telah dibuat dalam tempoh pembinaan itu; (b) semua perkhidmatan perlu, termasuk jalan akses, pandangan darat, tempat letak kereta, parit, pemasangan alat-alat kebersihan, air dan elektrik, lif bomba, pili bomba dan lain-lain jika dikehendaki, kehendak-kehendak pembentungan dan pembuangan sampah belum sediakan; dan (©) pendudukan bahagian atau bahagian-bahagian bangunan yang telah siap sebahgiannya itu ‘akan memudaratkan kesihatan atau keselamatan awam. (2) Suatu perakuan kelayakan menduduki sebahagian apabila dikeluarkan hendaklah berkuatkuasa berterusan sehingga keseluruhan bangunan itu siap dan suatu perakuan kelayakan menduduki bangunan dikeluarkan." DI DALAM KEADAAN BAGAIMANAKAH PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI BOLEH DIKELUARKAN? Perbadanan Putrajaya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan akan mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki setelah perkara-perkara berikut dipenuhi - + Bangunan telah disiapkan sepenuhnya menurut pelan-pelan bangunan yang telah diluluskan, mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya. + Permohonan bagi Perakuan Kelayakan Menduduki dikemukakan oleh pemohon. + Memperolehi perakuan daripada agensi-agensi berkaitan. + Semua Arahan Bertulis yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya berkenaan Permohonan Kelulusan Menduduki telah dipatuhi oleh pemohon. DI DALAM KEADAAN BAGAIMANAKAN PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI SEMENTARA BOLEH DIKELUARKAN? Perbadanan Putrajaya akan mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara setelah perkara-perkara berikut dipatuhi - + Bangunan telah disiapkan tetapi terdapat penyimpangan kecil dari pelan-pelan bangunan yang diluluskan, mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya ‘+ Permohonan bagi Perakuan Kelayakan Menduduki dikemukakan oleh pemohon. + Memperolehi perakuan dariapda agensi-agensi berkaitan. Tempoh sah Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (TCF) adalah tidak melebihi 6 bulan Jika tempoh 6 bulan itu tamat, maka permohonan Perakuan Kelayakan Menduduki baru perlu dikemukakan kepada Perbadanan Putrajaya. DI DALAM KEADAAN BAGAIMANAKAH PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI SEBAHAGIAN BOLEH DIKELUARKAN? Perbadanan Putrajaya akan mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian setelah perkara-perkara berikut dipenuhi- + Apabila hanya sebahagian daripada keseluruhan bangunan atau pembangunan telah disiapkan menurut pelan-pelan bangunan yang diluluskan, mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya + Permohonan bagi Perakuan Kelayakan Menduduki dikemukakan oleh pemohon. + Memperolehi perakuan daripada agensi-agensi berkaitan. BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA YANG DIAMBIL OLEH PERBADANAN PUTRAJAYA UNTUK MENGELUARKAN PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUK! SETELAH PERMOHONAN YANG LENGKAP DITERIMA? Perakuan Kelayakan Menduduki akan dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya tidak melebihi dua (2) minggu selepas permohonan yang lengkap diterima BAGAIMANA PULA SEKIRANYA TERDAPAT KEROSAKAN ATAU KEGAGALAN STRUKTUR PADA SESUATU BANGUNAN SETELAH PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUK! DIPEROLEHI? Pemilik bangunan boleh mengemukakan aduan bertulis kepada pemaju jika tempoh ‘Tanggungan Kecacatan masih berkuatkuasa untuk tindakan pembaikan. Sekiranya pihak pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan, pemilik bangunan adalah dinasihat agar mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam.