Sei sulla pagina 1di 3

Isu kebocoran soalan dalam peperiksaan awam di negara ini telah lama kedengaran

sejak dahulu lagi. Terdapat empat ujian awam kebangsaan yang dijalankan kepada pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan kini diganti dengan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3),
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ujian-ujian
ini dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang merupakan satu badan yang
bertanggungjawab merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk
pengujian dan pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu juga,
badan ini juga bertanggungjawab mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua
peperiksaan sekolah, peperiksaan awam dan juga peperiksaan luar negera.
Apabila tiba musim peperiksaan ini, isu kebocoran soalan mula didendangkan oleh
akhbar-akhbar utama negara kita. Jika dahulu,

kebanyakkan calon-calon peperiksaan

mendapat soalan bocor atas nama soalan spot . Kini dengan perkembangan dunia
teknologi, ia semakin mudah. Ada pihak yang berani dengan mengunakan telefon pintar
mereka

dengan

menangkap

gambar

soalan-soalan

di

dalam

kertas

soalan

dan

menyebarkannya. Ada juga pihak yang mengubah sedikit soalan sebagai satu cara untuk
mengaburi orang ramai. Walau apapun bentuk atau cara mereka membocorkan soalan-soalan
peperiksaan ini sebenarnya mereka telah menjadi seorang individu yang yang tidak beretika.
Isu kebocoran ini sebenarnya telah kedengaran sejak 1980-an dan 1990-an lagi.
Lazimnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan
menafikan setiap dakwaaan yang dibuat. Misalnya pada tahun 1983, Lembaga Peperiksaan
Malaysia telah menafikan berlaku kebocoran beberapa kertas peperiksaan dalam STPM.
Namun, setelah disoal-siasat, Lembaga Peperiksaan Malaysia mengaku perkara itu terjadi.
Begitu juga pada tahun 1997, sekali lagi pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia menafikan
berlaku kebocoran soalan dalam peperiksaan SPM melibatkan daerah Petaling dan Klang.
Selepas penangkapan dan soal-siasat yang dilakukan oleh pihak polis, ternyata dakwaan itu
benar. Pada tahun 2004, berlaku kebocoran soalan kertas Biologi STPM di sebuah sekolah
di Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri mengarahkan semua pelajar negeri
tersebut mengambil semula peperiksaan kertas tersebut.
Kemudian, isu ini terus didendangkan setiap kali musim peperiksaan dijalankan dan
pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia terus
menafikan setiap kali dakwaan ini timbul. Selepas bertahun-tahun isu kebocoran soalan ini

didendangkan , dan akhirnya pada tahun 2014, sekali lagi isu ini telah memberikan satu
sejarah hitam kepada dunia pendidikan dan juga kepada negara amnya. Beberapa kertas
peperiksaan UPSR yang dijalankan pada tahun itu telah dikenalpasti bocor iaitu Matematik
Kertas 1, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Sains. Pada ketika itulah, semua pihak
menunding jari satu sama lain untuk mencari punca pihak yang bertanggungjawab yang
menyebabkan kejadian ini berlaku.
Kejadian-kejadian kebocoran soalan ini sudah tentu menjejaskan kredibiliti Lembaga
Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebenarnya, ia secara tidak
langsung mencerminkan sistem pendidikan negara masih belum berada dalam kedudukan
terbaik seperti yang selalu diperkatakan. Lembaga Peperiksaan Malaysia yang merupakan
badan yang bertanggungjawab mengendalikan semua peperiksaan ini bermula dari mengubal
soalan sehinggalah keputusan peperiksaan tersebut diumumkan perlu bertanggungjawab
terhadap kejadian kebocoran soalan-soalan peperiksaan yang berlaku ini.
Berdasarkan satu artikel mengenai pandangan seorang kakitangan Kementerian Pendidikan
Malaysia, Haji darus Awang yang diterbitkan di dalam sebuah blog iaitu
http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2014/09/upsr-bocor-kakitangan-kpm-dedah.html , kes
kebocoran kertas peperiksaan ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada kebocoran
atau ketirisan integriti mereka yang terlibat ini. Antaranya ialah mereka yang mencetak
soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan Malaysia, dan juga pegawai yang
diamanahkan untuk bertugas di Bilik Kebal iaitu bilik yang menyimpan kertas peperiksaan.
Kebocoran kertas-kertas peperiksaan ini pasti bermula dari mana-mana pihak di situ.
CIRI-CIRI MASALAH ETIKA
Menurut Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dalam Astro Awani
bertarikh 12 September 2014, punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebocoran kertas
UPSR 2014 disebabkan sikap khianat, kurang telus, tidak bertanggungjawab, faktor upah dan
rasuah serta tidak berintegriti. Hilangnya sifat amanah dikalangan individu-individu yang
diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mengendalikan peperiksaan ini menyebabkan
masalah kebocoran kertas peperiksaan terus berlaku.
Apapun sebarang tindakan yang dilakukan sama ada oleh pihak yang membocorkan
soalan dan juga yang menerima soalan ini akan memberi kesan yang berlarutan atau
berpanjangan. In kerana, tindakan mereka ini tidak hanya memberi kesan kepada satu pihak

sahaja ataupun pada suatu tahap sahaja. Ia juga boleh memberi implikasi yang buruk bukan
sahaja kepada individu, tetapi juga kepada organisasi, masyarakat dan juga kepada negara.
Sebagai contoh, kebocoran kertas peperiksaan ini sudah tentu memalukan kreabiliti
Kementerian Pendidikan Malaysia. Masyarakat juga mula memandang rendah dan hilang
kepercayaan dengan sistem peperiksaan negara kita. Maka tidak hairanlah, segelintir
masyarakat hari ini tidak begitu lagi teruja apabila melihat pencapaian atau keputusan
cemerlang setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.

2.1

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berpanjangan

Tindakan individu yang membocorkan kertas peperiksaan ini, memberi kesan atau implikasi
yang berpanjangan kepada individu, organisasi, masyarakat dan negara. Bagi individu
terutamanya pelajar-pelajar yang terlibat dengan peperiksaan tersebut, ia boleh menyebabkan
emosi mereka terganggu untuk menduduki peperiksaan semula. Ini akan menganggu prestasi
mereka dan seterusnya gagal untuk menjawab dengan baik pada peperiksaan semula. Ia akan
memberi kesan yang tidak baik kepada mereka sekiranya keputusan yang diperolehi kelak
tidak seperti mereka inginkan. Mereka akan kecewa dan kegagalan mereka memperolehi
keputusan baik menyebabkan peluang mereka untuk menyambung pelajaran agak tipis.
Ada segelintir pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bukan disebabkan prestasinya
yang baik tetapi disebabkan mereka memperolehi soalan-soalan yang telah dibocorkan. Ia
akan memberi masalah kepada pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak berkelayakan
seandainya jika ditawarkan tempat yang baik seperti di sekolah-sekolah berasrama .

Kebocoran soalan juga menyebabkan masyarakat menunding jari dan mempertikaikan


kewibawaan guru kerana mereka menganggap guru adalah punca berlaku kebocoran ini.
Kini, masyarakat mula tidak menghormati profesion perguruan dan guru-guru mula dijadikan
sasaran kritikan masyarakat.