Sei sulla pagina 1di 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SAKILAN DESA

W.D.T 135
90009 SANDAKAN
______________________________________________________________________________

Rujukan : SKSD/
Tarikh

: 07 Januari, 2011.

02 Safar, 1432H.

Melalui;
Ketua Pentaksir Sekolah
(*Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/PAFA/PEKA)
Kepada;
Encik/Puan/Cik:
Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR SEKOLAH BAGI PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN
SEKOLAH (PLBS) *BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS/PAFA/PEKA BAGI TAHUN 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan/cik telah dilantik menjadi Pentaksir Sekolah bagi mata
pelajaran *Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris bagi kelas yang diajar oleh tuan/puan/cik.
3.

Tuan/Puan/Cik dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti berikut;


3.1 Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat sekolah
3.2 Bertanggungjawab melaksanakan PLBS di kelas yang diajar
3.3 Merekod, mengumpul, menganalisa skor dan menyimpan skor dalam Borang Markah
Individu/Borang skor individu dan Borang gred individu.
3.4 Menyerahkan skor kepada Ketua Pentaksir sekolah seperti yang dijadualkan.
3.5 Memastikan setiap kelas memiliki Fail PLBS,
3.6 Menghantar Laporan Pencapaian PLBS kepada ibu bapa,
3.7 Lain-lain tugas yang diberikan.

4.
Dengan perlantikan ini diharap tuan/puan/cik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti
yang ditetapkan dengan jayanya dan cemerlang.
5.
Kerjasama tuan/puan/cik amat diperlukan bagi menjayakan PLBS seperti mana yang dirancang
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan didahului dengan ucapan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MURID DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN
Saya yang menurut perintah,

SEKOLAH KEBANGSAAN SAKILAN DESA


W.D.T 135
90009 SANDAKAN
______________________________________________________________________________

JUMANI BINTI MANING


Guru Besar.

Rujukan : SKSD/
Tarikh

: 07 Januari, 2011.

02 Safar, 1432H.

Kepada;
Ibu bapa / Penjaga Murid,
SK. Sakilan Desa Sandakan.
Tuan,
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS) TAHUN 2011
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2.
Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui Pekeliling (KP/LP/005/07/0701(18) bertarikh 06 februari
2009 mewajibkan semua murid sekolah rendah menjalani Peperiksaan Lisan Berasaskan Sekolah bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada Tahun 2011 murid Tahun 1 adalah
dikecualikan.
3.
Pentaksiran Lisan bagi kedua-dua mata pelajaran ini akan dijalankan dari bulan Mei hingga bulan
September 2011.
4.
Murid Tahun 6 (Enam) akan ditaksir bermula bulan Mei hingga 31 Julai 2011 bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris. Keputusan Pentaksiran ini akan dimasukkan dalam keputusan UPSR
2011. Anak/Anak jagaan tuan/puan adalah wajib menduduki pentaksiran ini.
5.
Kerjasama tuan/puan amat diharapkan bagi menjayakan PLBS seperti yang telah dirancang oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia bersama pihak sekolah dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan harap maklum.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MURID DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN
Saya yang menurut perintah,

JUMANI BINTI MANING


Guru Besar.
SK. Sakilan Desa Sandakan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SAKILAN DESA


W.D.T 135
90009 SANDAKAN
______________________________________________________________________________

Rujukan : SKSD/600
Tarikh

: 30 Jun, 2011.

28 Rejab, 1432H.

Pegawai Pelajaran Daerah,


Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan,
Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
Beg Berkunci 02,
90400 Sandakan, Sabah.
Tuan,
LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)
BAGI TEMPOH JANUARI HINGGA JUN 2011
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.
Bersama surat ini disertakan laporan tersebut yang telah dilengkapkan untuk tindakan tuan
selanjutnya.
Sekian dan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Saya yang menurut perintah,

JUMANI BINTI MANING


Guru Besar,
SK. Sakilan Desa,
Sandakan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SAKILAN DESA


W.D.T 135
90009 SANDAKAN
______________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SAKILAN DESA


W.D.T 135
90009 SANDAKAN
______________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SAKILAN DESA


W.D.T 135
90009 SANDAKAN
______________________________________________________________________________

REKOD CEK BATAL


KUMPULAN WANG KERAJAAN
(KWK)
SUMBANGAN WANG AWAM (SUWA)

Potrebbero piacerti anche