Sei sulla pagina 1di 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT4303_V2
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH TINGGI BAHAGIAN II

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY


EDUCATION)

WITH HONOUR

NAMA

SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN

NO. MATRIKULASI

820123065319001

NO. KAD PENGENALAN :

820123-06-5319

NO. TELEFON

0105432142

PUSAT PEMBELAJARAN :

PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

SEMESTER MEI 2015

ISI KANDUNGAN

M/S

1.0

PENGENALAN

2.0

PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI

2.1

Pengetahuan Matematik

2.2

Penguasaan Kemahiran

2.3

Pengetahuan Tentang Kefahaman Pelajar-pelajar

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SEMASA

3.0

MEMPELAJARI TAJUK GARIS LURUS


3.2

Kesukaran Pelajar-pelajar Dalam Mempelajari Tajuk

Garis Lurus
3.2

Salah Faham Pelajar-pelajar Dalam Mempelajari Tajuk

10

Garis Lurus

4.0

STRATEGI PENGAJARAN

11

5.0

SOKONGAN LITERATUR

13

6.0

PENUTUP

16

7.0

RUJUKAN

17

1.0

PENDAHULUAN
1

Matematik merupakan satu mata pelajaran teras sama ada di peringkat sekolah rendah
mahupun menengah. Mata pelajaran ini dititik beratkan kepada semua pelajar bertujuan untuk
melahirkan dan menjadikan mereka individu yang berketrampilan serta mengaplikasikan
pengetahuan

matematik

dalam

kehidupan

seharian

secara

berkesan

dan

juga

bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik juga


merupakan satu bidang atau jentera yang sangat penting yang akan mencorakkan dan
mengerakkan pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi. Oleh yang demikian,
pelajar-pelajar hendaklah sentiasa mempertingkatkan ilmu matematik agar mereka dapat
bersaing dalam merealisasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.
Kurikulum Matematik sama ada peringkat rendah mahupun menengah telah
mengalami beberapa perubahan sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
seiring dengan perkembangan semasa. Bagi kurikulum Matematik peringkat menengah atas,
iaitu bermula di tingkatan empat, jika dilihat kebanyakkan skop kandungan matematik adalah
berkaitan dengan bidang perkaitan dan fungsi. Dalam bidang perkaitan, ia memerlukan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang nombor dan bentuk untuk mengenali
dan mewakilkan hubungan seperti graf, jadual, rumus, dan juga melibatkan persamaan.
Tajuk Garis Lurus merupakan satu tajuk yang berhubung rapat dalam bidang
perkaitan. Tajuk Garis Lurus dipecahkan kepada empat bidang pembelajaran iaitu yang
pertama ialah memahami kecerunan garis gurus, yang kedua ialah memahami konsep
pintasan

iaitu Pintasan pada paksi-x dan paksi-y, yang ketiga ialah memahami dan

menggunakan persamaam garis lurus iaitu persamaan garis gurus

y-mx+c dan yang

keempat ialah memahami dan menggunakan konsep garis selari. Semua bidang pembelajaran
ini perlu didedahkan dan dikuasai oleh pelajar-pelajar bermula di tingkatan empat lagi.
Seperti tajuk-tajuk matematik yang lain, tajuk ini juga merupakan salah satu tajuk
yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar untuk mereka menguasainya. Ramai guru
menyatakan bahawa ramai pelajar tidak menjawab soalan-soalan yang berkaitan tajuk ini
yang dikemukakan di dalam kertas 2 dalam peperiksaan SPM. Daripada situasi ini,
menunjukkan bahawa tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang perlu diberi perhatian dan
penekanan oleh guru yang mengajar bagi peringkat menengah atas.
Oleh yang demikian, seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan dan juga
kemahiran dalam usaha memberi kefahaman dan seterusnya meningkatkan pengetahuan
pelajar-pelajar berkaitan tajuk ini.
2

2.0

PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI


Shulman ( 1987 ), menyatakan dua elemen penting berkaitan pengetahuan pedagogi

kandungan ( PCK ) iaitu pengetahuan bagaimana seorang guru dapat menyampaikan isi
pelajaran

dengan berkesan dan

juga seorang guru haruslah memahami masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya khusus dalam isi pelajaran tersebut.
Manakala Mark ( 1990 ) pula menyatakan bahawa seorang guru hendaklah menguasai
sepenuhnya mata pelajaran yang diajar sebelum dia berdepan dengan pelajarnya. Manakala
Grosman ( 1990 ) pula menyatakan bahawa pengetahuan pedagogi kandungan ( PCK )
mengandungi pengetahuan berkaitan strategi-strategi dan cara penyampaian untuk pengajaran
sesuatu topik, pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan
konsep yang berlaku kepada pelajar-pelajar berkenaan, mempunyai pengetahuan tentang
objektif atau tujuan pengajaran sesuatu topik dan mempunyai pengetahuan tentang bahan dan
kurikulum.
Daripada dapatan-dapatan yang

dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji ini, ia boleh

simpulkan bahawa seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang baik dari segi isi
kandungan dan konsepsi terhadap matapelajaran yang diajarnya dan juga mestilah
mempunyai pengetahuan berkaitan strategi pengajaran. Selain itu juga, seorang guru
hendaklah peka tentang kefahaman pelajar-pelajar mereka dan konsepsi mereka. Jika ia
mampu dipenuhi, guru dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan.
Guru

Pengetahuan matematik

Menguasai ilmu
empat-empat bidang
dalam Garis Lurus
Pengetahuan berkaitan
bahan bantu mengajar

Penguasaan Kemahiran

Pengetahuan tentang
kefahaman pelajar

Menguasai kemahiran
TMK yang banyak
digunakan dalam Garis
Lurus
Kemahiran dalam
menggunakan bahan bantu
mengajar

Keperluan untuk
pembelajaran
Kesukaran dan kesilapan
konsep

Komponen utama pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran


tajuk Garis Lurus
4

2.1

Pengetahuan matematik
Menurut Kauchak & Eggan ( 1989 ), pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru

belum mencukupi untuk menjadikan pengajarannya berkesan tetapi sebaliknya seseorang


guru mestilah mempunyai kebolehan menukarkan pengetahuan kandungan mata pelajaran
kepada bentuk pengetahuan yang mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya.
Untuk mengajar tajuk Garis Lurus ini, guru perlu lebih bersedia dan mempunyai
pengetahuan yang mencukupi dalam tajuk ini. Guru yang mempunyai pengetahuan dan
menguasai tajuk ini akan memudahkannya menerangkan dan menjawab segala persoalan
yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar semasa sesi pengajaran dijalankan. Tajuk Garis Lurus
dipecahkan kepada empat bidang pembelajaran iaitu memahami kecerunan garis gurus
memahami konsep pintasan

iaitu Pintasan pada paksi-x dan paksi-y, memahami dan

menggunakan persamaam garis lurus iaitu persamaan garis gurus y-mx+c dan memahami
dan menggunakan konsep garis selari. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi
dalam keempat-empat bidang ini sebelum mengajar tajuk Garis Lurus.
Sesuatu konsep tidak boleh difahami dengan hanya melihat pada definisi dan
penerangan sahaja. Sesuatu konsep akan mudah difahami jika diberi contoh-contoh berkaitan
konsep tersebut. Contoh-contoh mengenai konsep ini perlu dilihat, dialami, dirasai dan
dibincangkan sehingga pelajar-pelajar dapat menyebut dan memperihalkan dengan bahasa
yang tepat dan bermakna. Begitulah yang diperlukan oleh seseorang guru dalam mengajar
tajuk Garis Lurus ini.
Guru juga mesti mempunyai pengetahuan tentang bahan bantu mengajar yang hendak
digunakan. Bahan bantu mengajar hendaklah bersesuaian dengan tajuk yang diajar. Guru
harus bijak menggunakan

bahan bantu mengajar untuk memudahkan pelajar-pelajar

memahami dengan mudah apa yang ingin disampaikan. Pengetahuan tentang bahan bantu
mengajar juga sangat penting bagi guru terutamanya dalam mengajar tajuk-tajuk yang sukar.
Memberi contoh-contoh yang konkrit adalah penting bagi memberi kefahaman kepada
pelajar-pelajar.

2.2

Penguasaan Kemahiran
Kauchak dan Enggan (1989), dalam kajiannya menyatakan bahawa untuk

melaksanakan pengajaran yang berkesan, seseorang guru hendaklah mempunyai kemahiran


dan pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap
aspek pembelajaran murid. Daripada penyataan ini, menunjukkan pengetahuan sahaja tidak
mencukupi bagi seseorang guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Seseorang guru juga hendaklah mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam
mengajar sesuatu tajuk termasuklah dalam tajuk Garis Lurus ini.
Menurut pendapat Wan Mohd Zaid (1993), guru hendaklah hendaklah lengkap dengan
kemahiran dan juga pengetahuan berdasarkan perkembangan semasa supaya ia relevan
dengan keperluan pelajar-pelajar hari ini. Pengajaran hari ini menuntut perubahan yang
sangat besar berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, guru banyak menggunakan kapur tulis
dan buku teks, tetapi sekarang ia tidak lagi releven untuk digunakan sepenuhnya semasa
proses pengajaran berlangsung. Penekanan pada penggunaan teknologi maklumat hari ini
menuntut sesorang guru menguasai kemahiran tersebut. Dalam tajuk Garis Lurus ini, terdapat
beberapa aplikasi yang boleh digunakan oleh guru yang boleh diaplikasikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku bagi seperti aplikasi membina garis lurus, aplikasi
mencari persamaan dan juga sebagainya.
Banyak kajian menunjukkan penggunaan bahan mengajar banyak membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, untuk memastikan penggunaan bahan bantu
mengajar untuk berkesan, selain pengetahuan tentang bahan tersebut, guru juga perlu
mempunyai kemahiran menggunakan bahan tersebut. Sebagai contoh, bagi menggunakan
peralatan teknologi maklumat seperti penggunaan projektor semasa proses pengajaran, guru
perlu mempunyai kemahiran untuk memasang alat tersebut. Begitu juga dengan bahan-bahan
lain yang digunakan untuk mengajar tajuk Garis Lurus ini. Oleh yang demikian, kemahiran
menggunakan bahan bantu mengajar juga sangat penting bagi memastikan bahan tersebut
dapat digunakan dengan berkesan.

2.3

Pengetahuan tentang kefahaman pelajar


Selain mempunyai pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar, seorang guru

juga perlu peka dan berpengetahuan tentang kefahaman pelajar-pelajar mereka dari aspek
keperluan untuk pembelajaran dan juga kefahaman dan kesilapan mereka dalam memahami
sesuatu konsep yang dipelajari.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bilik darjah perlu mengambil
kira faktor kebolehan pelajar. Ini sangat penting bagi guru-guru bagi mengenal pasti tahap
kebolehan atau pengetahuan sedia ada pelajar-pelajarnya berkaitan tajuk yang akan
dipelajarinya. Ini membolehkan guru menyusun langkah-langkah pengajaran dengan lebih
efisyen lagi dengan menggunakan strategi-strategi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan pelajar-pelajarnya.
Guru juga hendaklah peka dengan kefahaman dan kesilapan pelajar-pelajarnya dalam
memahami sesuatu konsep yang dipelajari. Ia amat penting bagi mengelakkan mereka terus
keliru dan melakukan kesilapan. Miskonsepsi merupakan kesalahan atau kesilapan yang
dilakukan secara berulang-ulang. Pelajar-pelajar tidak tahu mereka melakukan kesilapan
kerana mereka menjawab dengan kefahaman mereka sendiri. Mereka akan terus melakukan
kesilapan ini jika tiada pihak yang membetulkannya. Ia merupakan satu masalah yang amat
serius jika guru-guru tidak mengambil langkah penyelesaiannya. Oleh yang demikian,
tanggungjawab guru amat penting dalam menyampaikan konsep yang betul terutamanya
melibatkan geometri.

3.0

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SEMASA MEMPELAJARI


TAJUK GARIS LURUS

Tajuk Garis Lurus antara tajuk yang dikenalpasti merupakan satu tajuk yang menjadi masalah
kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya. Ini disebabkan kerana pelajar-pelajar bukan
sahaja perlu menguasai konsep garis lurus tetapi juga perlu mahir menggunakan persamaan
yang diberikan. Antara kesukaran dan juga salah faham pelajar-pelajar yang dikenalpasti
semasa mempelajari tajuk ini ialah :

3.1

Kesukaran Pelajar-pelajar dalam mempelajari tajuk Garis Lurus


Berikut adalah kesukaran yang dikenalpasti yang menghalang pelajar-pelajar

menguasai tajuk berkenaan.


i)

Kesukaran membina pengetahuan membabitkan kecerunan garis lurus.

Kecerunan garis lurus merupakan satu bidang pembelajaran yang sangat penting
dalam tajuk Garis Lurus. Ia merupakan konsep yang sangat penting dalam matematik kerana
ia mempunyai kaitan dengan geometri, algebra, pengukuran dan juga dalam penyelesaian
masalah.

Terdapat pelajar-pelajar yang keliru dalam memahami konsep dalam mengira

kecerunan dan juga dalam mentafsir graf. Pelajar-pelajar dapat menguasai kecerunan garis
lurus ini andai mereka mempunyai kefahaman dan gambaran yang jelas berkaitan dengan
perkara-perkara yang berikut iaitu :
i.
ii.
iii.

Makna kecerunan
Gambaran pelbagai kecerunan yang berbeza-beza
Peranan utama kecerunan sebagai alat untuk membezakan garis lurus

Kefahaman tentang konsep-konsep asas tentang kecerunan garis lurus akan dapat
membantu pelajar-pelajar membina kefahaman untuk menyelesaikan masalah berkaitan garis
lurus, Namun begitu, terdapat pelajar-pelajar yang masih lagi menghadapi masalah dalam
memahami konsep kecerunan garis lurus ini.
Daripada satu kajian yang dipaparkan di dalam satu laman web

iaitu

http://studentsrepo.um.edu.my/2021/7/BAB_5.pdf, mendapati bahawa ramai pelajar yang


masih tidak memahami dengan jelas konsep kecerunan positif dan negatif serta tidak dapat
mengira garis lurus yang mempunyai cerun yang negatif. Di antara jawapan yang diberikan
8

oleh pelajar-pelajar apabila disoal berkaitan dengan suatu garis lurus itu kecerunan positif
ialah garis lurus naik ke atas, garis lurus menghala ke kanan, dan bawahnya hala ke kiri.
Manakala jawapan pelajar-pelajar yang diberikan berkaitan dengan suatu garis lurus yang
berkecerunan negatif ialah garis lurus turun ke bawah, garis lurus menghala ke kiri,
bawahnya hala ke kanan dan pelbagai lagi jawapan yang diberikan. Daripada respons pelajar
ini, kita dapat simpulkan bahawa pelajar masih tidak dapat menyatakan dengan jelas sama
ada sesuatu garis lurus itu mempunyai kecerunan positif atau negatif.
Bagitu juga jika ditanya kepada pelajar-pelajar kebanyakkan mereka tidak mengetahui
maksud berkaitan kecerunan yang dihasilkan. Pelajar-pelajar tidak dapat memberi gambaran
mental yang diharapkan berkaitan kecerunan garis lurus ini. Kegagalan pelajar-pelajar
menguasai perkara-perkara ini memberi masalah kepada mereka untuk menguasai tajuk Garis
Lurus ini dengan baik.

ii )

Kesukaran dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan


persamaan garis lurus.

Kemahiran penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang menjadi masalah


kepada pelajar-pelajar dalam dalam mana-mana tajuk dalam matematik. Pelbagai kajian telah
dijalankan sama ada mencari punca dan juga mencari penyelesaian bagi membantu pelajarpelajar menguasai kemahiran tersebut. Dalam tajuk Garis Lurus ini, ramai pelajar yang
dikenalpasti sukar untuk memahami dan menyelesaikan soalan-soalan menyelesaikan
masalah yang melibatkan persamaan garis lurus. Antara kesukaran yang mereka hadapi ialah
tidak memahami masalah atau soalan yang diberi, tidak tahu menggunakan persamaan dalam
menyelesaikan soalan dan juga bermasalah dalam memanipulasikan persamaan dalam bentuk
y = c mx dimana pelajar akan menyusun semula menjadi y = c + mx.

3.2

Salah faham pelajar-pelajar dalam mempelajari tajuk Garis Lurus


9

Selain kesukaran, terdapat juga kekeliruan atau salah faham di kalangan pelajarpelajar semasa mempelajari tajuk ini. Berikut adalah salah faham yang dikenalpasti yang
telah menghalang pelajar-pelajar menguasai tajuk berkenaan.

i)

Salah faham tentang kedudukan titik pada Satah Cartesan

Daripada dapatan satu kajian yang dipaparkan di dalam satu laman web

iaitu

http://studentsrepo.um.edu.my/2021/7/BAB_5.pdf, menunjukkan bahawa pelajar-pelajar salah


faham atau kurang mahir tentang kedudukan sesuatu titik pada satah cartesan berdasarkan
dua garis nombor yang bersilang pada sudut tegak dan tidak dapat menyatakan koordinat
sesuatu titik pada satah. Pelajar tidak dapat menyatakan koordinat titik bagi pintasan-x dan
pintasan-y serta tidak dapat menandakan sesuatu titik yang diwakili koordinat tertentu.
Sebagai contoh, jika pintasan-x ialah 4 dan pintasan-y ialah 3, maka koordinat bagi titik
tersebut ialah ( 0,4 ) dan ( 0,3 ). Sebaliknya, terdapat pelajar yang memberi jawapan iaitu
( 4, 3 ). Di sini terdapat kekeliruan atau salah faham dalam menentukan kedudukan titik
berkenaan.

ii )

Salah faham tentang penggunaan sebarang abjad terhadap persamaan am


garis lurus y = mx + c

Pelajar berpendapat sebarang abjad yang digunakan selain y = mx + c tidak boleh


digunakan. Salah faham atau kekeliruan ini menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan
soalan yang diberikan. Masalah ini berpunca disebabkan pelajar-pelajar masih belum
memahami hubungan antara pembolehubah bersandar dalam pembolehubah tidak bersandar
bagi sesuatu fungsi linear. Walaupun perubahan sebarang abjad masih menunjukkan satu
fungsi linear, pelajar masih tidak dapat menyatakan bahawa perubahan abjad tersebut masih
lagi menunjukkan bahawa graf yang dihasilkan adalah satu graf garis lurus.

4.0

STRATEGI PENGAJARAN
10

Strategi pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar-pelajar menguasai


tajuk Garis Lurus ini. Segala kesukaran dan salah faham yang timbul akan dapat diatasi
Dalam membantu pelajar-pelajar menguasai tajuk Garis Lurus ini, seseorang guru
hendaklah memberi tumpuan kepada kefahaman pelajar-pelajar terhadap konsep dan fakta
asas berkaitan tajuk Garis Lurus ini dalam aktiviti pengajaran mereka. Konsep-konsep asas
berkaitan dengan kecerunan garis lurus sangat penting bagi membantu pelajar-pelajar
memahami tajuk ini dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan kecerunan
garis lurus.
Masih ada di antara pelajar yang tidak dapat memahami dengan jelas tentang
kecerunan garis lurus melibatkan kecerunan positif dan negatif.

Steffe, Cobb & Von

Glasfeld, (1987), dalam kajian mereka menyatakan bahawa pengajaran tentang kecerunan
garis lurus hendaklah dijalankan berdasarkan jenis dan kefahaman yang dipunyai oleh pelajar
dan bukan kepada kefahaman yang dipunyai oleh guru. Jelas di sini, ia sangat penting bagi
seseorang guru dimana mereka perlu mengambil kira pengetahuan dan kefahaman yang ada
pada pelajar-pelajar sebelum merancang pengajaran.
Guru hendaklah memperkenalkan pelbagai aktiviti sebagai pendedahan kepada
pelajar-pelajar yang membabitkan konsep asas kecerunan garis lurus supaya dapat membina
sendiri pengetahuan mereka berkaitan kecerunan garis lurus. Pelajar-pelajar juga hendaklah
dilatih untuk memilih dan mentafsir maklumat, menyusun fakta penting sama ada dalam
bentuk jadual, rajah , graf dan persamaan. Ini akan dapat membantu pelajar-pelajar membina
konsep. Pembinaan konsep amat penting kerana ia membantu pelajar-pelajar membina
kefahaman untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan tajuk Garis Lurus.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai sangat penting dalam membantu
meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar-pelajar dalam tajuk ini. Seharusnya, guru
hendaklah mengajar secara berperingkat-peringkat bermula dari konkrit kepada abstak iaitu
dari peringkat mudah kepada yang sukar. Bagi mengatasi kelemahan atau kesukaran pelajarpelajar bagi memahami mereka berkaitan konsep kecerunan, penggunaan bahan bantu
mengajar amat penting kerana pada peringkat konkrit ini ia akan membantu mereka
memahami konsep asas berkaitan kecerunan ini.
Selain itu juga, penggunaan strategi atau pendekatan pengajaran yang berbeza perlu
digunakan dalam mengajar tajuk ini. Pendekatan yang digunakan bagi kumpulan pelajar yang
11

mahir hendaklah berbeza dengan kumpulan pelajar yang mahir. Ini bertujuan bagi
mengelakkan jurang di antara kedua-dua kumpulan pelajar tersebut. Kumpulan pelajar yang
lemah memerlukan lebih banyak penerangan, bimbingan dan juga penggunaan bahan maujud
dalam memberi kefahaman pada mereka.
Guru juga hendaklah menjalankan aktiviti penilaian yang berterusan bagi memberi
perhatian kepada kefahaman yang dipunyai oleh pelajar-pelajar semasa menjalankan sesi
pengajarna dan pembelajaran. Aktiviti pemulihan yang dijalankan akan membantu
meningkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar-pelajar.

5.0

SOKONGAN LITERATUR

12

Pelbagai kajian yang melibatkan tajuk garis lurus ini telah dijalankan sama ada melibatkan
pengkaji di negara kita dan juga negara-negara barat. Pelbagai perkara telah dikaji sama ada
melibatkan kandungan pedagogi, permasalahan yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam
tajuk ini, strategi pengajaran dan sebagainya. Tujuan kajian dilakukan tidak lain tidak bukan
bertujuan membantu pelajar-pelajar menguasai tajuk ini.

5.1

Pengetahuan Kandungan Pedagogi


Bila menyetuh tentang pengetahuan kandungan pedagogi ( PCK ) ini, sudah tentu

dapatan kajian yang terkenal iaitu daripada Shulman ( 1987 ), yang telah terdapat dua elemen
penting iaitu pengetahuan bagaimana

seorang guru dapat menyampaikan isi pelajaran

dengan berkesan dan juga seorang guru haruslah memahami masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh pelajar-pelajarnya khusus dalam isi pelajaran tersebut.
Grosman ( 1990 )

pula menyatakan bahawa pengetahuan pedagogi kandungan

mengandungi pengetahuan berkaitan strategi-strategi dan cara penyampaian untuk pengajaran


sesuatu topik, pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan
konsep yang berlaku kepada pelajar-pelajar berkenaan, mempunyai pengetahuan tentang
objektif atau tujuan pengajaran sesuatu topik dan mempunyai pengetahuan tentang bahan dan
kurikulum.
Seseorang guru matematik perlu menguasai 3 elemen penting iaitu pengetahuan
matematik, penguasaan kemahiran dan juga pengetahuan tentang kefahaman pelajar.

i)

Pengetahuan Matematik

Penguasaan isi kandungan dalam matapelajaran yang ingin diajar sangat penting bagi
seseorang guru. Satu kajian yang dijalankan oleh Salehudin & Mahadi ( 2005 ), menjelaskan
bahawa cara penyampaian isi kandungan dan penguasaan isi kandungan yang disampaikan
merupakan dua elemen penting yang perlu dikuasai oleh guru untuk menghasilkan suatu
pengajaran yang baik. Kegagalan menguasai kedua-dua elemen ini akan merencatkan
pembentukan pengajaran yang berkesan.Menurut Laporan Jemaah Nazir ( 1988 ), kefahaman
sesuatu konsep dalam matematik banyak dipengaruhi dengan cara penyampaian dan
pengkaedahan pengajaran seseorang guru.
13

Oleh yang demikian, sebagai guru matematik, guru perlu menguasai segala tajuk yang
ingin diajar agar mereka dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

ii )

Penguasaan kemahiran

Penguasaan kemahiran juga merupakan satu aspek yang penting selain menguasai
kandungan pedagogi. Ini kerana, terdapat tajuk-tajuk yang memerlukan tunjuk ajar daripada
guru dalam menggunakan alat dan bahan semasa mempelajari sesuatu kemahiran.
Kepentingan penguasaan kemahiran ini ada dinyatakan oleh Wan Mohd Zaid (1993),
guru hendaklah hendaklah lengkap dengan kemahiran dan juga pengetahuan berdasarkan
perkembangan semasa supaya ia relevan dengan keperluan pelajar-pelajar hari ini.

iii )

Pengetahuan tentang kefahaman pelajar

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bilik darjah perlu mengambil
kira faktor kebolehan pelajar. Dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Steffe & Wiegel
(1992), mendapati bahawa satu tanggungjawab asas guru ialah untuk mengetahui
pengetahuan matematik pelajar-pelajarnya sebelum mengajar sesuatu tajuk

kemudian

mencari kaedah pengajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka tersebut.
Dapatan satu kajian yang dijalankan oleh Vighnarajah et. Al 2008, guru perlulah
membuat kajian tentang tahap pembelajaran pelajar-pelajarnya sebelum sesuatu topik
dibincangkan. Ini sangat penting bagi guru-guru bagi mengenal pasti tahap kebolehan atau
pengetahuan sedia ada pelajar-pelajarnya berkaitan tajuk yang akan dipelajarinya. Ini
membolehkan guru-guru menyusun langkah-langkah pengajaran dengan lebih efisyen lagi
dengan menggunakan strategi-strategi pengajaran yang bersesuaian denga tahap kebolehan
pelajar-pelajarnya.
Kajian yang dijalankan oleh Mohd Salleh Abu ( 1991 ), merumuskan bahawa
seseorang pelajar akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik jika pelajar
berkenaan tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik. Kefahaman
konsep merupakan perkaran yang amat penting dalam pembelajaran matematik. Kegagalan
14

pelajar-pelajar menguasai konsep akan menyebabkan mereka menganggap matapelajaran


matematik itu sukar dan timbul kurang minat terhadap matapelajaran ini.

5.2

Kesukaran Pelajar-pelajar dalam mempelajari tajuk Garis Lurus


Antara perkara yang selalu dikaji dalam tajuk garis lurus ini ialah masalah yang

dihadapi oleh pelajar dalam menguasai tajuk ini. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh
Barr 1980, 1981 yang melibatkan kekeliruan pelajar dalam memahami konsep terhadap
pengiraan kecerunan dan kesukaran pelajar mentafsir graf dalam fungsi linear. Selain itu juga,
Stump, 1999 telah membuat satu kajian tentang pengetahuan tentang kecerunan di kalangan
guru-guru sekolah menengah.
Menurut Nik Azis (1995), untuk mengenalpasti kefahaman pelajar-pelajar tentang
kecerunan garis lurus, mereka perlu mempunyai kefahaman dan gambaran yang jelas
berkaitan dengan perkara-perkara yang berikut iaitu :
i.

Makna kecerunan
ii.
Gambaran pelbagai kecerunan yang berbeza-beza
iii.
Peranan utama kecerunan sebagai alat untuk membezakan garis lurus

Daripada

satu

kajian

yang

diperolehi

daripada

pencarian

internet

iaitu

http://studentsrepo.um.edu.my/2021/7/BAB_5.pdf, mendapati bahawa ramai pelajar yang


masih tidak memahami dengan jelas konsep kecerunan positif dan negatif serta tidak dapat
mengira garis lurus yang mempunyai cerun yang negatif. Selain itu juga, terdapat pelajarpelajar salah faham atau kurang mahir tentang kedudukan sesuatu titik pada satah cartesan
berdasarkan dua garis nombor yang bersilang pada sudut tegak dan tidak dapat menyatakan
koordinat sesuatu titik pada satah.

6.0

PENUTUP

15

Kebolehan dan keupayaan seseorang guru untuk menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan berkesan merupakan salah satu tugas guru yang sangat
penting. Perancangan pengajaran berdasarkan kebolehan pelajaran sangat penting. Guru perlu
mengambil kira kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam merancang sesi
pengajaran dan pembelajaran agar penumpuan khusus dapat diberikan bagi mengatasi
kelemahan tersebut. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar.
Oleh yang demikian, penggunaan strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran
amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Setiap pendekatan mempunyai kelebihan dan juga terdapat keunikan yang
tersendiri. Seseorang guru perlu merujuk dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajarpelajar mereka sebelum mengaplikasikan pendekatan yang sesuai. Guru juga digalakkan
mengubahsuaikan dan memperkembangkan pendekatan yang ingin digunakan supaya ia
dapat menarik minat pelajar-pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya memberi impak yang lebih berkesan dalam mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan.
Tugas seorang guru di dalam kelas akan berjaya jika semua pelajar mereka mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan. Oleh yang demikian, seharusnya seseorang guru tidak
boleh memandang mudah akan pendekatan atau strategi pengajaran yang ingin digunakan
bagi memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Dengan mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang betul, ia akan
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.

7.0

RUJUKAN
16

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan 4.


Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Fatmawati Mohd Deris. (2007). Penggunaan Hamparan Elektronik Dalam Pengajaran Graf
Fungsi Di kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang
tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3. Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kumpulan
Budiman Sdn Bhd: KualaLumpur.

Nik Aziz Nik Pa. (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM.
DBP: Kuala Lumpur.

Noraini Idris. ( 2001 ). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd : Kuala Lumpur.

Sumarni binti Abu Bakar & Roselah binti Osman. (2007). Strategi Penyelesaian Masalah
Yang Melibatkan Fungsi Linear Di kalangan Pelajar Diploma.Universiti Teknologi
Malaysia

Suzieleez Syrene Abdul Rahim & Tajulaarippin Sulaiman. (2006). Gambaran Mental dan
Perwakilan Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tentang Konsep Fungsi.
Universiti Teknologi Malaysia.

8.0

LAMPIRAN
17

18