Sei sulla pagina 1di 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT
SK TAMAN DAMAI JAYA
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1 /TAHUN 2015
Tarikh

: 14 Januari 2015

Masa

: 1:30 Petang

Tempat

: Makmal bahasa

Pengerusi

: Pn Rohanna binti Ishak

Kehadiran

: 43 Orang

Turut Hadir

:-

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
1.2

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1

3.0

4.0

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.


GPK HEM mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
semua guru untuk mesyuarat HEM kali ini.

Dicadangkan : Cik Nur Atiqah Binti Nasrudin


Disokong
: En Rithauddin Bin Alias

PERKARA PERKARA BERBANGKIT


3.1

GPK HEM memaklumkan tidak menerima semua laporan aktiviti unit hem bagi
tahun 2014.

3.2

GPK HEM juga meminta guru kelas melengkapkan fail personalia murid. GPK HEM
memaklumakn ada guru yang tidak membuat dan mengucapkan tahniah kepada
guru yang melengkapkan.

3.3

Murid tahun empat tidak mempunyai kad 001. Oleh itu, guru kelas perlu
mewujudkan kad 001.

FOKUS MESYUARAT
4.1

KESELARASAN BUKU KEDATANGAN MURID


4.1.1

Nama murid perlu mengikut susunan lelaki dan barulah perempuan. Nama
murid perempuan perlu diketengahkan sedikit bagi menunjukkan perbezaan
antara murid lelaki dan perempuan.

4.1.2

Guru perlu menanda kehadiran murid dengan menggunakan pen yang telah
dibekalkan oleh pihak sekolah.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.1.3

Ketidakhadiran murid perlu diisi mengikut panduan yang telah disediakan di


dalam buku kedatangan iaitu cuti (c), sakit (s), ponteng (p).

4.1.4

Murid yang pindah perlu dikeluarkan namanya daripada buku kedatangan.


Tindakan: Guru kelas

4.2

REKOD KAWALAN BILIK DARJAH


4.2.1

Guru kelas diingatkan untuk mengisi jumlah bilangan murid lelaki dan
perempuan di ruangan yang disediakan.

4.2.2

Guru kelas perlu menandatangan di bahagian semakan guru kelas.

4.2.3

Buku rekod kawalan bilik darjah tidak perlu dihantar ke pejabat.


Tindakan: semua guru

4.3

SLIP KEHADIRAN
4.3.1

Guru masa pertama perlu mengisi slip kehadiran dan buku kedatangan
perlu dihantar sebelum pukul 9 pagi bagi mengira peratus kehadiran murid.

4.3.2

Guru kelas diminta menanda kehadiran murid di dewan terbuka sebelum 1


murid, 1 sukan dijalankan, bagi mengelakkan kelewatan mengambil
kehadiran murid.
Tindakan: semua guru

4.4

DISIPLIN MURID
4.4.1

Murid hanya dibenarkan keluar dengan menggunakan pas keluar yang akan
diberikan kepada setiap guru.

4.4.2

Pada waku rehat, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali. Murid akan
beratur bagi loceng pertama dan pada loceng kedua, murid akan bergerak
masuk ke kelas.

4.4.3

Guru pada masa pertama diminta mengambil murid di dewan terbuka bagi
memastikan murid masuk ke dalam kelas dalam keadaan teratur.

4.4.4

Guru tidak perlu mengambil murid di gelanggang badminton pada waktu


rehat, tetapi murid akan beratur di luar kelas sehingga guru tiba.
Tindakan: semua guru

4.5

GURU BERTUGAS
4.5.1
4.5.2

Borang jadual bertugas akan diedarkan kepada ketua kumpulan. Borang


tersebut akan digunakan sepanjang tahun.
Guru bertugas diminta bertugas seperti mana tugas-tugas guru bertugas.
Tindakan: semua guru

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.6

FAIL UNIT HEM


4.6.1

5.0

GPK HEM meminta unit-unit hem untuk melengkapkan fail iaitu:


i.
Takwim
ii.
Carta organisasi
iii.
Panggilan mesyuarat
iv.
Kehadiran
v.
Minit mesyuarat
vi.
laporan
Tindakan: Ketua unit-unit hem

HAL-HAL LAIN
5.1

GPK HEM memaklumkan bahawa SPS ti dak perlu diisi lagi.

5.2

GPK HEM memaklumkan bahawa Pn. Iszaifah dilantik sebagai setiausaha kantin,
menggantikan Cik Nourul Azura. GPK HEM juga memaklumkan bahawa Pn.
Hamisan binti Tarmizi dilantik menjadi penyelaras bilik rawatan dan kesihatan,
manakala Cik Nur Atiqah menjadi setiausaha bilik rawatan dan kesihatan.

5.3

Barang-barang berkaitan pejabat dan unit kebajikan dibenarkan diletakkan di bilik


rawatan dan kesihatan. Barang-barang persendirian perlu dipindahkan.

5.4

Unit kebajikan diminta mengumpul baju-baju lebih bagi memudahkan murid-murid


menggunakannya sewaktu hal-hal kecemasan. Baju tersebut boleh diletakkan di
dalam kelas dan bilik rawatan dan kesihatan menjadi pusat pengumpulan.

5.5

Guru-guru diingatkan untuk mengisi buku rekod kawalan bilik darjah. Guru-guru
perlu melengkapkan bahagian ruangan catatan iaitu relief atau pdp.

5.6

Pada waktu balik, murid-murid akan bergerak mengikut laluan yang telah
ditetapkan. Pengawas sekolah akan bertugas mengawasi pergerakan murid. Bagi
tahun 1 dan tahun 2, murid akan menggunakan tangga di bahagian blok A dan B.
Murid tahun 3, akan menggunakan tangga yang terdekat dan tidak boleh melalui
kawasan pejabat. Bagi tahap 2, murid-murid akan menggunakan tangga di blok B
dan C.

PENUTUP

a. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al- Ash.


b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.30 petang.
Disediakan oleh,
..........................................
( NUR ATIQAH BINTI NASRUDIN
Setiausaha Hal Ehwal Murid
Sk Taman Damai Jaya
:

Disemak Oleh,
................................
( ROHANNA BINTI ISHAK)
GPK Hal Ehwal Murid
Sk Taman Damai Jaya Tarikh

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Potrebbero piacerti anche