Sei sulla pagina 1di 25

1.

0 : SEJARAH
1.1 Sejarah & Latar Belakang PPIM
LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang
bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta
Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengambangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

1.2 Tokoh-tokoh Puteri Islam

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja
Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan
kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan
miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke
6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan
binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun
Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali
diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan
Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong
Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam KoKurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23
November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja
khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000
oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin
(Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum
Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah
Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

2.0 DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PUTERI ISLAM


2.1 Falsafah Puteri Islam
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah Pergerakan Beruniform yang bergerak di Peringkat
Kebangsaan, Negeri, Daerah, Universiti, Institut/Maktab Perguruan, Sekolah-sekolah Menengah dan
Sekolah-Sekolah Rendah. Aktiviti-aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan
tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Allah S.W.T. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat
dan negara selaras dengan ajaran Islam.
2.1.1 Objektif Khas
1.Melibatkan ramai pelajar di dalam aktiviti Badan Beruniform.
2. Memperlengkapkan peralatan Badan Beruniform.
3. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan.
4. Mengadakan aktiviti yang lebih menarik supaya menimbulkan minat yang lebih di kalangan murid.
5. Mendedahkan murid dengan banyak aktiviti yang lebih mencabar di luar bilik darjah.
2.1.2 Objektif Am

Mengalakkan lebih ramai murid melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam ke tiga-tiga
bidang kokurikulum.
Menanam semangat bertanggungjawab terhadap pasukan yang dianggotai di kalangan
dengan mengadakan pertandingan dari masa ke semasa.

2. 1.3 Peranan
1. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah PendidikanNegara
(FPN).
2. Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
3. Memberi pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu di dalam masyarakat.
4. Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang telah didapati di dalam kelas.
5. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid di dalam bidang-bidang tertentu.
6. Melatih pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di samping membina
kesihatan dan kesejahteraan diri.
7. Memberi peluang dan galakkan kepada pelajar-pelajar membuat kerja-kerja khidmat masyarakat.
8. Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada sekolah.
2.1.4 Matlamat
1.Menyeimbangkan antara perkembangan mental, emosi dan jasmani dengan perkembangan sosial
melalui penyemaian , penyuburan, pengukuhan dan penghayatan pengetahuan Islam.
2.Merealisasikan Islam dalam amalan hidup
2.1.5 Visi PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni
berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu; membangunkan diri secara
bersepadu iaitu dari segispiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan
hubungan silatur rahim sesama puteri dan terhadap diri,keluarga, masyarakat dan negara.

2.1.6 Misi PPIM

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam
dankehidupanyang nyata melalui program- program yang dijalankan.
Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puterimelalui
aktiviti- aktiviti yang mencabar dan menarik.
Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supayadapat
menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

2.2 Perlembagaan Pertubuhan Puteri Islam Malaysia


Pada mematuhi sub peraturan 5(1)(a) dalam persatuan-persatuan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta bertarikh 21
Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan peraturan Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11
Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 peraturan [perlembagaan] Pergerakan Puteri
Islam yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam


1.2 Alamat: Sek.Keb.Kolapis,Peti Surat 51,90107 Beluran

PERATURAN 2 : MATLAMAT
Memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAB 3 : OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam(Puteri Islam)dengan
lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab
dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli pergerakan Puteri Islam akan seberapa daya dan usaha untuk mencapai
tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutama melalui persembahan
nasyid, ujian kecekapan amali dan praktikal.

PERATURAN 4 : KEAHLIAN
4.1 Terbuka kepada pelajar Tahap Dua(Tahun 3 hingga Tahun 6)
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang pilihan mengikuti
aktiviti
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan aktifnya untuk menjayakan tujuan
persatuan ini.

PERATURAN 5 : GURU PENASIHAT


5.1 Terdiri daripada guru-guru perempuan yang bertugas di sekolah ini
5.2 Hendaklah memberikan nasihat dan merancang\melaksanakan aktiviti yang
disasarkan

5.3 Hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli sepanjang aktiviti dijalankan


mengikut jadual, tarikh dan masa yang ditetapkan.
5.4 Menjadi pengiring apabila ahli terlibat dengan aktiviti di luar sekolah sama ada
berbentuk penyertaan, jemputan atau pertandingan.

PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa mesyuarat agung
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang
tidak hadir tetapi ada menulis surat rasmi sebagai tunjuk sebab layak dicalonkan
untuk sebarang jawatan.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian
6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat
6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada guru penasihat
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan Hendaklah terdiri
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 AJK[bilangan bergantung keperluan]
6.6.8 Juruaudit [dua orang]

PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat


7.1.2 Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat
adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan
7.1.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberi
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi
7.2.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
7.3 Setiausaha
7.3.1 Mengurus surat-menyurat
7.3.2 Mencatat minit mesyuarat/laporan dan menandatanganinya
7.3.3 Menyimpan fail/dokumen berkaitan dengan persatuan
7.3.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha
7.4.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan
7.5.2 Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan
7.5.3 Menyediakan laporan wang terimaan dan wang perbelanjaan dan
dibentangkan semasa mesyuarat agung
7.5.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari

7.6.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu melaksanakan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh
persatuan
7.7.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa
7.8 Pemeriksa kira-kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan
persatuan dan bertanggungjawab ke atasnya
7.8.2 Memastikan penggunaan kewangan diurus dengan betul
7.8.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa

PERATURAN 8 : KEWANGAN
8.1 Sumber kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
mesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak ringgit Malaysia RM0.20 sebulan
untuk setiap ahli
8.2 Memohon bantuan kewangan daripada pihak sekolah jika perlu
8.3 Ahli-ahli yang terpilih mewakili sekolah mengikuti sebarang aktiviti di peringkat
daerah akan layak menerima RM 5.00,peringkat Bahagian RM 10.00 Peringkat Negeri
RM 30.00 dan Peringkat Kebangsaan RM 50.00 setiap seorang daripada pihak
sekolah.
8.4 Semua pungutan\penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun SUWA
sekolah sekiranya mendapat kelulusan Guru Besar.

PERATURAN 9 : KEHADIRAN\PNENYERTAAN

9.1 Ahli Persatuan dikehendaki menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun

9.2 Gagal menghadiri aktiviti sebanyak 3[tiga] kali berturut-turut dikehendaki


menulis surat tunjuk sebab. Jika gagal berbuat demikian maka pemotongan markah
dalam penilaian boleh dibuat oleh guru penasihat dan dicatat dalam buku rekod
penilaian kokurikulum
9.3 Guru penasihat dikehendaki menyediakan\memohon kebenaran ibu
bapa\penjaga kepada pelajar yang terlibat menyertai sebarang
aktiviti, pertandingan, ujian dan seumpama di luar sekolah dengan mengemukakan
borang pelepasan ibu bapa.
9.4 Semasa ahli menghadiri\menyertai apa juga jenis aktiviti seperti dalam
perancangan tahunan, jemputan, pertandingan di dalam kawasan sekolah atau di luar
sekolah[apa juga peringkat pertandingan/kejohanan\kelolaan] jika terdapat
kecederaan/kecelakaan maka pihak sekolah dan ibu bapa\penjaga perlu
bekerjasama menjaga kebajikan ahli berkenaan.

PERATURAN 10 : AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK
10.2 Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan. Guru
penasihat akan mengumumkan kepada ahli

PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli sepenuhnya
11.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN


12.1 Akan di ambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan
persatuan\peraturan semasa

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut Amaran Lisan dan Amaran Bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati terhadap tindakan ke atasnya, boleh membuat surat
rayuan dan semakan salah laku melalui guru penasihat dan keputusan berikutnya
adalah muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN


11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda melalui
pekelilingan persatuan\kelab\unit.
11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah.dan disahkan oleh guru besar.

PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN\UNIT\KELAB


14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan\unit\kelab jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli mestilah mengetahui tanggungjawab sendiri dan sentiasa menjaga
sahsiah dan nama baik setiap ahli dan persatuan sepanjang masa
2.4 Logo Puteri Islam dan Cogan Kata

2.4.1 Pengertian Logo


Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan
lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN
PUTERI ISLAM MALAYSIA. Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di
dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan PERGERAKAN
PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
Di bawah logo ini tertulis perkataan :

PUTERI
PEMIMPIN PUTERI

- Bagi Ahli-Ahli Puteri


- Bagi Pemimpin-Pemimpin

2.4.2 Pengertian Warna


Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau

: Agama

Putih

: Kesucian

Kuning

: Kesetiaan dan ketaatan

2.5 Ikrar Puteri Islam


BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI
BERIKRAR AKAN :

PERGERAKAN

PUTERI

ISLAM

Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibu bapa


Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
Membangunkan diri dengan sempurna
Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

2.5.3 Suluh Kata PPIM

Patuh kepada ibu bapa

Ugama/ agama berteraskan Al-quran dan Al-hadith

Taat kepada Allah dan Rasul

MALAYSIA,

Erat ukhuwwah Islamiah

Rela berbakti kerana Allah

Iman dipupuk, Ilmu dituntut

Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali

Solat ditunai setiap waktu

Larangan Allah dijauhi

Akhlak mulia pengukuh keimanan

Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

2.5.4 Bendera

Bendera PPIM

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat
lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.Penggunaan
bendera adalah di setiap upacara rasmi dan semasa Tatacara Perjumpaa. Kedudukan Bendera
dalam Tatacara Perjumpaan ialah, bendera negeri di sebelah kiri, bendera Malaysia di tengahtengah, dan bendera PPIM di sebelah kanan.

3.0 ORGANISASI PUTERI ISLAM


3.1 Pangkat dalam Puteri Islam

GELARAN / PAGKAT

JAWATAN

Megaputeri

Ketua Puteri

Megasari

Penolong Ketua Puteri

Puteri Bistari

Setiausaha / Bendahari

Puteri Kejora

Penolong SU / Bendahari

Puteri Saujana

Ketua Pasukan

Puteri Mestika

Ketua Kumpulan

Permata Puteri

Ahli Biasa

3.2 Kumpulan Puteri Islam

Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM Sesi 2009 - 2011

Yang Dipertua

:Yg.Bhg. Datin Hjh. Badiah Abdul Manan

Naib Yang Dipertua I

:Yg.A.Bhg. Datin Seri Dato'Hjh. Shamsiah M.Yassin

Naib Yang Dipertua II

:Yg.Bhg. Datuk Hjh. Sharifah Mordiah Tuanku Hj.Fauzi

Setiausaha Kehormat

:Cik Hajah. Hamidah Mohd Khalid

Bendahari Kehormat

:Yg.Bhg. Datin Teh Zawahir Abdul Malek

Setiausaha Eksekutif

:Cik Hajah Aizar Md. Jaman

Ahli Pentadbir

:Yg.Bhg. Prof. Dr. Azizan Baharuddin


Yg.Bhg. Puan Sri Datin Che Asidah Minin
Puan Hjh. Che Rahimah Bt Hussin
Puan Hjh. Che Su Mahamud
Y.M. Engku Tik Azizah Engku Malek
Puan Hannah Hj Nawawi
Puan Hjh. Latifah Mahluddin
Puan Hjh. Norazila Musa
Yg.Bhg. Datin Sabariah Shukur
Puan Hjh. Zabedah Mohamed

Puan Hjh. Zaimah Ahmad


Puan Norashimah Ismail
Y.Bhg. Datin Hjh. Che Hasnah Abdullah
Wakil Kementerian Belia & Sukan

Cik Fadillah Ahmad

Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia

Cik Noridah Alias

4.0 Pakaian Seragam

4.1 Jenis Pakaian


Jenis Pakaian

Baju Kawad

Baju Pemimpin

Baju Puteri

Baju Riadah

4.3 Anugerah dan Lencana

Gambar

Oleh kerana PPIM sekolah rendah diwujudkan kemudian daripada kewujudan PPIM di
sekolah menengah, maka pengubahsuaian nama dan heirarki Lencana Tahap PPIM perlu
diadakan seperti berikut:

Lencana PUTERI

1.

1.1

Lencana PUTERI bertanah warna merah samar atau merah


jambu.

1.2

Semua ahli, sama ada Ahli beruniform, Ahli Tidak


Beruniform dan Tenaga Pembantu haruslah sama-sama
memakai lencana PUTERI sebagai tanda telah menjadi ahli
PPIM.

1.3

Rupa bentuk dan susunan warna Lencana PUTERI ini tidak


boleh diubah-ubah pada sebilang masa; ianya kekal seperti
yang ada di dalam Buku Perlembagaan.

Lencana PEMIMPIN

2.

Tiap-tiap ahli puteri mestilah mengikut aktiviti-aktiviti


berdasarkan tahap kurikulum persekolahan (rendah dan
menengah), Institut dan Maktab Perguruan, Institut
Pengajian Tinggi lain termasuk Kolej Swasta serta kurikulum
pemimpin.

PUTERI BONGSU

Lencana ini diperolehi setelah ahli puteri lulus ujian tahap sekolah rendah berdasarkan
soalan-soalan yang telah ditetapkan di dalam kurikulumnya.
Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlu
menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak beserta soalan-soalan ujian dan markahmarkah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan
dengan satu salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod.
Anugerah peringkat tertinggi ini diberi kepada ahli-ahli yang telah mendapat sijil
tahap Puteri
Bongsu. Bakal penerimanya boleh dikenalpasti semasa ahli berada di tahun
ke 6 persekolahan
ataupun di tahun ke 3 dalam Pergerakan, berdasarkan kriteria seperti
berikut:
a)

telah lulus ujian tahap (Puteri Bongsu)

b)

cemerlang dalam bidang akademik

c)

mempunyai ciri-ciri kepimpinan

d)

berakhlak mulia

e)

berwibawa dan bertanggungjawab

f)

berwawasan

g)

penampilan syakhsiyyah yang terpuji

h)

bertoleransi dan bekerjasama

i)

kreatif dan inovatif

Penyampaian Lencana dan Sijil pencapaian tahap tertinggi di sekolah rendah yang
dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPIM kepada ahlinya ini hendaklah dibuat pada hari-hari
kebesaran sekolah, seperti Hari Ibu Bapa, Hari Penyampaian Hadiah sekolah, Hari Puteri
peringkat Daerah atau Negeri.
PUTERI KECIL

Lencana ini diperolehi oleh ahli setelah lulus ujian tahap pertama di sekolah
menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan seperti yang ada di dalam
kurikulum tahapnya.
Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru
pemimpin perlulah menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak menerimanya berserta
soalan-soalan ujian dan markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di
Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod

PUTERI TENGAH

Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telah pun mempunyai Lencana dan Sijil Puteri Kecil
dan telah lulus ujian tahap kedua di sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah
ditetapkan seperti yang ada di dalam kurikulum tahapnya.
Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini guru pemimpin
perlulah menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan ujian dan markahmarkah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan
dengan satu salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

PUTERI SULONG CEMERLANG

Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telah pun mendapat Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan
Puteri Tengah, dan telah lulus ujian tahap ketiga, iaitu tahap terakhir, di dalam kurikulum
sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah ada di dalam kurikulum tahapnya.
Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian tahap ini, guru pemimpin
perlulah menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan-soalan ujian dan
markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk
tindakan dengan satu salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

Penganugerahan Lencana dan Sijil Tahap ini merupakan penganugerahan tahap


tertinggi diberi kepada Ahli PUTERI oleh Ibu Pejabat PPIM dengan cadangan dari pimpinan
sekolah semasa ahli
berada di sekolah menengah. Bakal penerimanya hendaklah
mempunyai kriteria seperti berikut:

a)

telah lulus ujian kesemua tahap yang ada di dalam kurikulum sekolah menengah

b)

cemerlang di dalam bidang akademik

c)

mempunyai ciri-ciri kepimpinan

d)

berakhlak mulia

e)

berwibawa dan bertanggungjawab

f)

berwawasan

g)

penampilan syakhsiyyah yang terpuji

h)

bertoleransi dan bekerjasama

i)

Kreatif dan inovatif

Penganugerahan Lencana dan Sijil Puteri Sulung Cemerlang ini hendaklah


disampaikan kepada Ahli PUTERI yang layak tersebut pada Hari-hari Penyampaian Hadiah
Sekolah, atau pada Hari Ibu Bapa, atau Hari Puteri Daerah dan Negeri.

Potrebbero piacerti anche