Sy KAS RIESE
20604 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
09.621 30003001
(9822 7207104823 8415
Ruj. Kami: P.T.09019-07/01 (62)
Tarikh % Ogos 2015
‘Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah
Negeri Terengganu
Tuan,
PENGURUSAN TENDER KANTIN SEKOLAH BAGI TAHUN 2016 - 2017
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa berikut ialah peraturan dan maklumat berkaitan
dengan Pengurusan Tender Kantin Sekolah 2016 bagi mana-mana sekolah yang membuka
tender baru bagi tempoh 1 Disember 2015 hingga 30 November 2017 (24 bulan ).
2.1 Tawaran Sebutharga untuk Kantin Sekolah perlu menggunakan contoh
sebagaimana dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat, Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia Cetakan tahun 2011 ( m/s 84-
100 ). Iklan dikeluarkan oleh sekolah ~sekolah mulai 1 hingga 30 Oktober 2015.
2.2 Jawatankuasa Sebutharga:
HAD AMAUN ORGANISASI | PENGERUSI ‘AHLI
|_SEBUTHARGA _
| Sekolah Menengah | Pengetua __| -Sekurang-kurangnya dua (2)
| PTu/Bukan PTJ Pegawai Kanan sekolah.
I _| -Seorang wakil JPN/PPD
Sehingga Sekolah Rendah Guru Besar | -Seorang Pegawai Kanan
RM200,000.00 | sekolah dan seorang wakil
| | JPN/PPD kumpulan
_ | pengurusan dan profesional
2.3 Wang pendahuluan bernilai satu bulan mengikut sewaan bulanan mesti
dijelaskan oleh Penender yang ditawarkan perkhidmatan kepada pihak sekolah
‘sebelum kantin beroperasi.
2.4 — Sewa kantin pada bulan Disember adalah dikecualikan ( Rujuk Buku
Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat m/s 93)
3. ‘Semua keputusan buka tender adalah menjadi RAHSIA sehingga menerima surat
tawaran dan pengesahan daripada Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing. Tender
kantin peru dibuat perjanjian dan sebagai wakil kerajaan ditandatangan oleh PengetualGuru
Besar Rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat m/s 92-100 )
(Sil catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung)4, Pihak sekolah diminta memberi perhatian kepada perkara-perkara di bawah dalam
membuat pemilhan Penender Kantin baru supaya tidak menimbulkan implikasi yang kurang
baik pada masa akan datang.
44 Penender Kantin mestilah mempunyai Sijil Kursus Asas Pengendali Makanan
4.2 Penender Kantin yang meninggalkan hutang di sekolah terdahulu
4.3 Penender Kantin yang sedang beroperasi di kantin sekolah lain.
4.4 Penender Kantin yang pernah ditutup kerana berlaku kes keracunan makanan.
4.5 Penender Kantin yang membawa pelbagai masalah dengan pihak pengurusan
sekolah ( menyerah tender kepada pihak ketiga, menaikkan harga barang,
bayaran sewaan lewat dan lain-lain )
4.6 Penender Kantin yang tidak memberi perkhidmatan yang baik seperti dalam
Perjanjian Kantin, Prestasi Kantin yang tidak mencapai tahap Kantin Sekolah 5K
dan Penilaian Bulanan Kendiri Kantin tidak memuaskan
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan
ucapan terima kasih,
Sekian.
“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”
* BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
Cc ~X
(HAJ! NGAH BIN BIDIN, A.MN., AMT. P.J.K)
Ketua Sektor,
‘Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.
sk
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM - Makluman tuan
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu : Makluman tuan
‘Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Terengganu : Makluman tuan
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu : Makluman tuan
Ketua Audit Sekolah-sekolah Terengganu - Makluman tuan