Sei sulla pagina 1di 20

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014


QGJ3053: SUKAN INDIVIDU
TAJUK

KERTAS KONSEP MEMBUDAYAKAN PELAKSANAAN SUKAN DI


SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

EN. JAMIDI BIN MUSA

D20102045528

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 43 (A131 PJJ)


NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK YUSRY BIN YAKUB
TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2013
ISI KANDUNGAN
PERKARA
1.0

PENGENALAN

HALAMAN
2

2.0
3.0

4.0

5.0

FALSAFAH SUKAN DAN PERMAINAN


2.1 Matlamat dan Objektif
KEPENTINGAN SUKAN INDIVIDU DALAM PEMBANGUNAN DOMAIN
PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF MURID
3.1 Domain Kognitif
3.2 Domain Afektif
3.3 Domain Kemahiran Psikomotor
DASAR 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S)
4.1 Pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan
4.2 Rasional Dasar 1M 1S
4.3 Matlamat Dasar 1M 1S
4.4 Konsep Dasar 1M 1S
4.5 Prinsip Pelaksanaan Dasar 1M 1S
4.6 Objektif Dasar 1M 1S
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
DASAR 1 MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH RENDAH SATU SESI
5.1 Pengurusan Pelaksanaan Sekolah Rendah
5.2 Strategi Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah
5.3 Kaedah Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah
5.4 Cadangan Jadual Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu
5.5

Sesi
Rumusan Dasar 1M 1S

19

3-4
5

5
6
8
7
8
9
9
10
11-18

BIBLIOGRAFI

1.0

20

PENGENALAN

Sukan merupakan salah satu aspek dalam subjasmani yang menyeluruh merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui sukan,
setiap individu terutamanya golongan pelajar akan diberi peluang dan ruang untuknya
mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Jika kita
1

menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalahmasalah obesity dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Di sinilah
peranan aktiviti dalam sukan yang dapat membantu mengurangkan gejala yang sedang
menular dalam masyarakat kini. Dalam sukan juga, beberapa aspek yang perlu diberi
tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah pengagaan kesihatan
melalui aktiviti kecergasan di samping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti
fizikal.
Melihat dan mendalami kepentingan sukan dalam diri setiap individu, pelbagai perancangan
dan pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia khususnya melalui aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Salah satu
program yang sedang giat dijalankan kini di seluruh negara ialah Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) ini, ia mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini sebenarnya secara langsung dan tidak
langsung menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru
dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sekolah sepanjang tahun.
Sehubungan dengan itu, kerancakan pelbagai program yang dijalankan perlu dilaksanakan
oleh para guru di peringkat pendidikan sekolah berdasarkan panduan-panduan yang
diberikan oleh bahagian pembangunan kokurikulum dan kurikulum diperingkat perancang
pentadbiran. Salah satu aspek melalui panduan tersebut adalah tentang prinsip-prinsip
latihan yang khusus untuk melatih para atlet olahraga di setiap sekolah. Pengetahuan dan
kemahiran yang terancang dan betul melalui prinsip-prinsip itu dapat membangunkan dan
mempertingkatkan kebolehan serta kemahiran yang dapat dicapai oleh para atlet. Oleh itu,
setiap jurulatih khususnya para guru yang melatih para atlet perlu melengkapkan diri dengan
secukupnya mengenai prinsip-prinsip latihan sukan dan pengaplikasiannya dengan baik dan
betul.

2.0

FALSAFAH SUKAN DAN PERMAINAN

Dalam menelusuri dan memahami falsafah dalam sukan dan permainan, pentingnya terlebih
dahulu difahami tentang makna asal falsafah tersebut. Falsafah berasal daripada perkataan
Yunani tua philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle

memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan
sains (sains-sains fizik dan kemanusiaan). Oleh itu, falsafah adalah sesuatu yang terletak di
antara sains dan teologi.
Daripada pengertian pendapat tokoh tersebut, falsafah merupakan susunan ayat yang
digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara
keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah
yang baik adalah :
a)
b)
c)
d)

Falsafah mempunyai susunan yang yang jelas;


Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti;
Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan;
Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan

memberi penerangan; dan


e) Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.
Menurut Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari
objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap
sesuatu prinsip dan konsep. Menurut al-Kindi pula, falsafah adalah pengetahuan tentang
realiti segala sesuatu sejauh jangkauan kemampuan manusia. Hal ini menjelaskan bahawa
objektif utama yang digariskan dalam sukan dan permainan melalui pendidikan jasmani
adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi
kesemua aspek domain pembelajaran.
Di samping itu, falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu
guru khususnya guru sukan dan pendidikan jasmani memahami semua tugasan secara
menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak
langsung akan berupaya membantu guru memahami peranannya yang telah ditetapkan.
Dengan kata lain, falsafah dalam sukan dan permainan adalah sebagai petunjuk arah dan
mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara
berterusan dan tersusun.
Dalam Zeigler (1962) berpendapat bahawa falsafah dalam sukan dan permainan dapat
membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih
menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan
peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang
sepatutnya.
2.1

Matlamat dan Objektif

Menurut Bucher dan Wuest (1987), penetapan matlamat dan objektif dalam sukan melalui
Pendidikan Jasmani dapat membantu mata pelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut :
a) Memahami apa yang hendak dilakukan;
b) Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan
dengan masalah;
c) Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai sukan dan permainan dalam
Pendidikan Jasmani;
d) Memahami sumbangan sukan dan permainan melalui Pendidikan Jasmani kepada
masyarakat;
e) Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat; dan
f) Menghargai dan mengambil berat pencapaian murid melalui penglibatan mereka
dalam program di bawah seliaan mereka.
Aktiviti sukan dan permainan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan
di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang
persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan
penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memahami matlamat utama
Pendidikan Jasmani iaitu :
Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1999).Seiring dengan matlamatnya, guru perlu memahami objektif utama Pendidikan
Jasmani yang digariskan seperti berikut (Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, 1999) :
a) Mempertingkat dan mengekaljan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan
motor;
b) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
c) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
d) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal;
e) Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
f) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai
tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan serta permainan. Menurut Seefedt dan
Vogel (1986), persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada
hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor
sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh
yang demikian, dapat dirumuskan bahawa falsafah dalam sukan dan permainan melalui
Pendidikan Jasmani sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial. Maka,
melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai.

3.0

KEPENTINGAN

SUKAN

INDIVIDU

DALAM

PEMBANGUNAN

DOMAIN

PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF MURID.


Sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses
pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor,
kognitif, afektif, sosial dan emosi. Menurut Pettitor dalam Wee Eng Hoe (2005) menyatakan
bahawa melalui Pendidikan Jasmani, murid akan diberi ruang untuknya mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
Sukan dalam Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan
gaya

hidup

aktif

dan

sihat

dengan

menyediakan

skop

pengalaman-pengalaman

pembelajaran yang rapi dan berterusan. Menurut Colfer (1986), Pendidikan Jasmani adalah
merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan murid.
Sehubungan dengan penyataan tersebut, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam
sukan melalui Pendidikan Jasmani kini bukan sahaja menekankan kepada aspek fizikal
semata-mata tetapi yang lebih penting adalah aspek nilai pendidikan yang ingin diterapkan.
Selain itu, sukan juga dilihat mampu untuk memberi sumbangan terhadap perkembangan
kemahiran dan kecergasan jasmani serta pemangkin kepada tabiat sosial yang murni.
Melaluinya juga, sukan merupakan alat untuk mendorong kepada kegiatan-kegiatan kognitif
seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan
sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi
membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Dengan kata lain, sukan dalam Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang
diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan
psikomotor. Menurut Asiah Abu Samah (1993), kesepaduan dalam domain Pendidikan
Jasmani adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan
insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.

3.1

Domain Kognitif

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta


menginterpretasi. Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan ransangan pemikiran
yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan

pengukuhan.

Pengetahuan

dalam

aktiviti

sukan

dapat

menjadikan

aktiviti

sukan

dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya, sebelum mengikuti atau melaksanakan sesuatu


aktiviti sukan dalam olahraga, murid perlu mengetahui, mempelajari dan memahami cara
pelaksanaan sesuatu aktiviti tersebut dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan
penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti sukan dalam olahraga membawa
kepada pelaksanaan aktiviti sukan yang lebih cekap dan berkesan.
Pengetahuan tentang disiplin dan teknik dalam sukan olahraga juga penting bagi
menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program sukan
olahraga yang baik bukan sahaja mampu memberikan kekuatan dan kecergasan fizikal
tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan dari aspek keintelektualan dalam diri individu
tersebut. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti
seharusnya diserapkan dalam setiap pelaksanaan aktiviti sukan melalui Pendidikan
Jasmani.
3.2

Domain Afektif

Matlamat umum utama yang ingin dicapai melalui program-program kesukanan adalah
tertumpu kepada perkembangan individu, kemahiran sosial dan juga nilai dalaman yang
tinggi terhadap setiap aktiviti yang diceburi. Contohnya, semangat juang yang tinggi untuk
mengharumkan nama negara melalui kejayaan yang cemerlang dalam sukan. Sehubungan
dengan itu, perkembangan individu yang dimaksudkan adalah melibatkan sikap, emosi,
apresiasi, dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan
interaksi dan corak komunikasi yang baik dengan individu lain. Melalui sukan ini, ia dapat
memberi sumbangan yang tinggi secara tidak langsung terhadap perkembangan sikap dan
konsep kendiri setiap murid kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalakan
aktiviti contohnya dalam pertandingan sukan peringkat rumah sukan, sekolah, daerah,
negeri, dan kebangsaan.
Sukan melalui Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong
orang lain, mengiktiraf sumbangan dan kejayaan, kepentingan menjaga kebersihan,
penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan,
menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti
fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan murid-murid melalui
penglibatan dalam persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Oleh itu, sukan
dalam Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam
pembangunan sosial dan afektif diri. Sukan dalam Pendidikan Jasmani juga mampu
menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan ada ahli masyarakat.

3.3

Domain Kemahiran Psikomotor

Aspek domain psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang
mampu dipamerkan. Psikomotor juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,
kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.
Dalam sukan olahraga khususnya, aspek-aspek ini perlu disuntik dan difokuskan dengan
lebih kerap lagi iaitu selepas murid melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.
Menurut Weston (1979), menyatakan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program
yang dirancang untuk kepentingan murid yang telah mengambil kira semua factor utama
seperti sekolah dan keperluan murid sebagai matlamat.
Menurut Raddick (1982), sukan dalam Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada
pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya
menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung
dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup
dan kualiti seseoran ditingkatkan. Menurut Teng Boon Tong (2001), Pendidikan Jasmani
adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran
melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan
emosi.
Oleh yang demikian, sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan
sebagai aktiviti dalam mata pelajaran yang memberi penekanan terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah
pertumbuhan mental, fizikal. sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan murid
lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemukuan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan
kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

4.0

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Menurut Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin (2011) yang merupakan Menteri Pendidikan
Malaysia menyatakan bahawa bidang sukan merupakan antara landasan terbaik dalam
usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati
diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sebuah negara. Bagi memastikan
matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang
penyertaan dan penglibatan yang seluar-luasnya kepada golongan muda yang merupakan
pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali
kegiatan sukan di sekolah telah dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar

Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam
aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah,
serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan
dari peringkat akar umbi.
4.1

Pengenalan Dasar Satu Murid Satu Sukan

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara
yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka
melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi
akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras
dengan ungkapan Minda Yang Cergas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini,
bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat,
cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta
pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik
minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan
dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik.

4.2

Rasional Dasar 1M 1S

Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, yang mana dasar ini menitikberatkan
penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini atas
rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada tranformasi pendidikan yang
diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat
pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada
aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum agar
dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi sejahtera minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat
muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi
satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu
bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat
memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan
secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam
melahirkan modal insan secara holistic ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing tinggi.
4.3

Matlamat Dasar 1M 1S

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui
penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun
serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
4.4

Konsep Dasar 1M 1S

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap


murid dari tahap-tahap di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah
mengikut sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan
sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan
fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
4.4.1

memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari


penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak

4.4.2

aktif;
membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid

4.4.3

dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan


memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi.

4.5

Prinsip Pelaksanaan Dasar 1M 1S

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut :


4.5.1

setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami


masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid
Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan,

Tingakatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun,


murid Prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010, Rujuk
4.5.2

Lampiran 1).
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan
yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan

4.5.3

pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.


Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran

4.5.4

Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.


Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam

4.5.5

aktiviti sukan.
Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani,

4.5.6

jasmani dan emosi murid.


Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang

4.5.7

kepada pembangunan sukan sekolah.


Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan
peralatan

4.5.8

sukan

hendaklah

mengoptimumkan

penggunaannya

bagi

meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.


Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur
dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi menggelakkan

4.6

sebarang kemalangan.
Objektif Dasar 1M 1S

Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti :

5.0

4.6.1
4.6.2
4.6.3
4.6.4
4.6.5
4.6.6

meningkatkan kecergasan jasmani;


membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
memupuk perpaduan di antara kaum;
membentuk budaya sukan di kalangan murid;
memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal;
memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal;

4.6.7

dan
mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN DASAR 1


MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH RENDAH SATU SESI

Dalam Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S), program sukan sekolah sepanjang tahun
merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Pihak sekolah boleh
merujuk kepada panduan yang dalam konsep dasar yang dicadangkan untuk melaksanakan
program sukan Dasar 1M 1S. Melalui dasar tersebut, antara yang wajib untuk setiap murid

10

menceburi adalah aktiviti sukan dalam Program Sukan Umum sepanjang tahun seperti
Latihan Rumah Sukan, Pertandingan Merentas Desa dan Sukantara. Setiap murid juga
diwajibkan untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti Kelab Sukan dan Permainan
sepanjang tahun yang memperuntukkan 60 minit seminggu khusus untuk sekolah rendah.
Oleh perancangan dan pelaksanaan yang dicadangkan dalam penulisan ini akan
memfokuskan pelaksanaan Dasar 1M 1S untuk sekolah rendah. Selain itu, pemilihan aktiviti
sukan juga yang dicadangkan adalah berdasarkan kemudahan, kelengkapan dan kepakaran
yang dapat disediakan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, aspek yang wajib untuk
setiap murid ceburi perlu diutamakan.
5.1

Pengurusan Pelaksanaan

Proses pelaksanaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu :


5.1.1

Perancangan

Perancangan dalam konteks 1M 1S hendaklah dibuat pada tahun sebelum dengan merujuk
kepada

pengenalpastian,

merangka,

membina,

menyusun,

menjadualkan

serta

menghasilkan aktiviti-aktiviti sukan yang berkaitan dengan program sukan di sekolah.

Berikut merupakan cadangan jadual untuk fasa perancangan yang akan dibuat pada tahun
berikutnya khusus untuk sekolah rendah satu sesi :

PERANCA

Mesyuarat

AJK

Pembangunan Sukan
Sekolah

untuk

NGAN

Jadual
1 : Fasa Perancangan Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi
merancangan

5.1.2

Pelaksanaan

Pelaksanaan program sukan sekolah di bawah Dasar 1M 1S hendaklah dijalankan


sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, pihak sekolah digalakkan untuk merancang
pelaksanaan program sukan mengikut kesediaan, kemampuan serta kreativiti dan inovasi
pihak sekolah. Berikut merupakan cadangan untuk fasa pelaksanaan Dasar 1M 1S sekolah
rendah satu sesi :

11

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

BULAN
FEB

AKTIVITI
JAN

FASA

Pendaftaran

Rumah

Sukan
Pendaftaran Murid di
bawah Kelab Sukan/
Permainan
Latihan

dan

Pertandingan Rumah
Sukan
Aktiviti Kelolaan Kelab
Sukan dan Permainan
Latihan

Merentas

PELAKSANAAN

Desa
Pertandingan
Merentas Desa
Latihan Balapan dan
Padang
Sukantara
Kejohanan

Balapan

dan Padang
Pertandingan
Peringkat Dalaman
Aktiviti Sukan Lain
Majlis

Anugerah

Sukan Sekolah
Mesyuarat
Jawatankuasa
Pembangunan Sukan
Sekolah
Jadual 2 : Fasa Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

12

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

BULAN
FEB

AKTIVITI
JAN

FASA

5.1.3

Pemantauan

Pemantauan terhadap pengurusan pelaksanaan Dasar 1M 1S oleh pihak pengurusan


sekolah adalah sebahagian daripada strategi untuk menilai dan memastikan kejayaan serta
keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan. Hal ini bertujuan meneliti aspek
pengurusan, penggunaan peralatan, pematuhan peraturan, kesihatan, kebajikan serta
keselamatan dan penyertaan murid yang mengikuti program sukan sekolah. Proses
pemantauan hendaklah dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah sepanjang tahun.
Langkah penambahbaikan hendaklah dijalankan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa
untuk memastikan pelaksanaan Dasar 1M 1S. Berikut merupakan fasa pemantauan untuk
cadangan program sukan sekolah rendah satu sesi :

PEMANTAUAN

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

BULAN
FEB

AKTIVITI
JAN

FASA

Sepanjang
Pelaksanaan

Dasar

1M 1S

Jadual 3 : Fasa Pemantauan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi


5.1.4

Penilaian

Penilaian aktiviti sukan bertujuan menghasilkan maklum balas secara langsung yang
menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi
peningkatan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian hendaklah berasaskan kehadiran
dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti di bawah Program Sukan Sekolah.
Selain daripada penglibatan dalam aktiviti umum yang melibatkan semua murid, tumpuan
hendaklah diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab Sukan dan
Permainan. Penilaian aktiviti sukan dijalankan secara berperingkat. Berikut merupakan
cadangan fasa penilaian untuk sekolah rendah satu sesi :

13

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

BULAN
FEB

AKTIVITI
JAN

FASA

PENILAIAN

Semua Aktiviti Sukan

Jadual 4 : Fasa Penilaian Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

5.1.5

Penambahbaikan

Penekanan yang perlu dititikberatkan secara berterusan ialah sukan yang dilaksanakan,
kaedah pelaksanaan dan impak aktiviti yang dijalankan seperti tertera dalam jadual fasa
pelaksanaan.

5.1.6

Laporan/ Dokumentasi

Laporan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan proses dan penilaian pelaksanaan
Dasar 1M 1S adalah penting dan perlu direkodkan. Pendokumentasian tersebut menjadi
bukti pelaksanaan dan bahan rujukan kepada usaha penambahbaikan dan tindakan
sususan daripada pihak pentadbiran.

PROES PENDOKUMENTASIAN

Post

Mortem

Keseluruhan Program
Sukan Sekolah
Laporan Keseluruhan
Program

Sukan

Sekolah

14

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

BULAN
FEB

AKTIVITI
JAN

FASA

Jadual 5 : Fasa Pendokumentasian Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu


Sesi
5.2

Strategi Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikut
bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (SPI Bilangan 1/
1989). Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikut strategistrategi berikut :
i.

Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan

ii.

tertentu.
Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis

iii.

sukan.
Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan sama ada

iv.

dalam atau luar sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan.


Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh

v.
vi.

dimanfaatkan oleh murid.


Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah.
Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan untuk Guru

vii.

Penasihat Kelab Sukan Sekolah.


Mengguna pakai sumber kepakaran/ kepegawaian yang terdapat dalam dan luar

viii.

sekolah.
Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti
di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang sesuai dan

ix.

selamat.
Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian

x.

berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.


Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program

xi.

sukan sekolah.
Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan yang

xii.

dijalankan.
Menetapkan matlamat dan objektif kesleuruhan program pembangunan sukan

xiii.

sekolah.
Menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program sukan sekolah secara jelas

xiv.
xv.

dan spesifik.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru.
Melakukan penambahbaikan berterusan.

5.3

Kaedah Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan Sekolah Rendah Satu Sesi

Dalam merangka strategi pelaksanaan Dasar 1M 1S untuk sekolah rendah satu sesi,
beberapa kaedah dapat dilaksanakan. Sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan
atau mengubah suai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan
15

sekolah. Sekolah juga boleh merancang kaedah lain sekirannya difikirkan sesuai. Berikut
merupakan beberapa kaedah pelaksanaan yang boleh dilaksanakan untuk sekolah rendah
satu sesi :
5.3.1

Dilaksanakan pada waktu petang di luar waktu akademik dengan minimum

5.3.2

60 minit.
Berkongsi kemudahan sukan di luar sekolah seperti padang sekolah lain,

5.3.3

padang Majlis Daerah, agensi swasta dan lain-lian.


Merangka jadual program sukan berdasarkan bilangan murid, bilangan guru,
kemudahan dan prasarana sukan yang sedia ada di sekolah dan persekitaran
serta kerjasama dengan pihak luar.

5.4

Cadangan Jadual Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan Sekolah Rendah Satu


Sesi

Cadangan 1 :
Berikut merupakan cadangan jadual pelaksanaan Dasar 1M 1S dalam aktiviti Kelab Sukan
dan Permainan untuk Minggu 1 dan Minggu 3 setiap bulan sekolah rendah satu sesi :
Bilangan Murid

120 Orang (Tahun 3, 4, 5 & 6)

Bilangan Guru Terlibat

13 Orang

HARI
Isnin

MASA

KELAB SUKAN/

BIL. MURID/

BILANGAN GURU

2.00 3.00 ptg

PERMAINAN
Bola Sepak
Bola Jaring

TAHUN
60 orang/

3 orang

Tahun 3 & 4
60 orang/

3 orang
1 orang (ketua)

Selasa

2.00 3.00 ptg

Hoki
Bola Tampar

Rabu

2.00 3.00 ptg

Hari Kokurikulum &

Tahun 3 & 4
120 orang/

Olahraga

Tahun 3, 4, 5

Khamis
Jumaat

2.00 3.00 ptg


2.00 3.00 ptg

Hoki
Bola Tampar
Bola Sepak
Bola Jaring

&6
60 orang/

3 orang

Tahun 5 & 6
60 orang/

3 orang

Tahun 5 & 6
Jadual 6 : Cadangan Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan Sekolah
Rendah Satu Sesi

16

Cadangan 2 :
Berikut merupakan cadangan jadual pelaksanaan yang boleh dilaksanakan untuk Aktiviti
Kelab Sukan dan Permainan sekolah rendah satu sesi sepanjang tahun :
Hari

Masa :

ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS


2.00 4.00 PETANG

BULAN

MINGGU DAN TARIKH

JUMLAH
BILANGAN
GURU

Januari
Februari
Mac

M1
2
1,2,3

M2
7,8,9,10
7,8,9,10

M3
14,15,16,17
Cuti

M4
21,22,23,24
21,22,23,24

4
3

25,26,27,28
23,24,25,26
27,28,29,30

4
4
3

Pertengahan
April
Mei
Jun

4,5,6,7
2,3,4,5
Cuti

11,12,13,14
9,10,11,12
13,14,15,16

Penggal
18,19,20,21
16,17,18,19
20,21,22,23

Pertengahan
Tahun
Julai
4,5,6,7
11,12,13,14
18,19,20,21
25,26,27,28
4
Ogos
1,2,3,4
8,9,10,11
15,16,18
22,23,24,25
4
September
5,6,7,8
12,13,14,15
19,20,21,22
26,27,28,29
4
Oktober
3,4,5,6,
10,11,12,13
17,18,19,20
24,25,27
4
Jadual 7 : Cadangan Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan Sekolah
Rendah Satu Sesi
5.5

Rumusan Dasar 1M 1S

Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah diterjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1
Sukan. Dasar ini berhasrat untuk memastikan agar setiap murid dapat melibatkan diri dalam
sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memeri peluang kepada murid menguasai
aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan
pembelajaran melalui sukan dan permainan. Dasar ini juga merupakan tunjang kepada
sukan di sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
17

Kecemerlangan di Sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh
mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah dikenal pasti melalui
program pengenalpastian bakat murid. Kedua-duanya iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan
Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyokong ke arah pembangunan
modal insan yang sihat dan cergas sebagai matalamat jangka panjang.

BIBLIOGRAFI
B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal.
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur.
Bompa, T. O. (19914). Theory and Methodology Of Training : The Key To Atletic
Performance (3rd Ed). Low : Kendall/ Hunt Publishing Co.

18

Johnson B., Nelson, J. K. (1986). Practical Measurements For Evaluation In Physical


Education. Edina : Burgess Publications.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu
Murid Satu Sukan. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia : Putrajaya.
Mosston and Ashworth (2002). Teaching Physical Education (5 th Ed.). San Francisco,
CA : Benjamin Cummings.
McFee, G. (2004). Sport, Rules and Values : Philosophical Investigations Into The
Nature Of Sport. London : Routledge (A).
Meier, K. V. (1988). Triad Trickey : Playing With Sport and Games, Journal Of The
Philospohy Of Sport, Vol. XV : 11-30. Reprinted In Morgan and Meier (1995).
Morgan, W. J. (1987). The Logical Incompatibility Thesis and Rules : A
Reconsideration Of Formalism as An Account Of Games, Journal Of The Philosophy Of
Sport, Vol. XIV : 1-20.
Schneider, A. J. (2001). Fruits, Apples and Category Mistakes : On Sport, Games
and Play, Journal Of The Philosophy Of Sport, Vol. XXVIII (2) : 151-159.
Teng Boon Tong (1984). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur :
Logman Malaysia.
Oshea John Patrick. 1976. Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness,
2nd ed. London. Addison-Wesley Publishing Co. Inc.
Prenctice, W.E (1998). Fitness and Wellness For Life (6th Ed.) Mc Graw Hill College.
Wee Eng Hoe (1998). Pengajaran
(Pengkhususan). Shah Alam : Fajar Bakti.

Pendidikan

Jasmani

dan

Kesihatan

http://www.bizcalcs.com/GoogleGadgets.asp. Diakses pada 15 November 2013.


http://firstdialog.webs.com/gamessports.htm Diakses pada 15 November 2013.
http://www.birdievents.com/Badminton-Tips-Trainings/Warming-Up-During-aBadminton-Tournament.html Diakses pada 15 November 2013.

19

Potrebbero piacerti anche