Sei sulla pagina 1di 10

SKEMA

JAWABAN
KERTAS 3
SEJARAH
TINGKATAN
5
Kemunculan dan Perkembangan
Nasionalisme Sehingga Perang Dunia
Kedua

Disediakan oleh:
bahansejarahkertas3.blogspot
4/10/2015

Semua hak cipta terpelihara.


Sebarang bahagian dalam manuskrip ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau
cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada http://www.bahansejarahkertas3.blogspot.com / Bilal & Aifan Shahran.
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Perkara
Soalan 1 : Pengenalan/Latar belakang/Pengertian/Maksud/Sebab-sebab/
Senarai/Tokoh-tokoh
Sebab-sebab penentangan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak kesedaran kebangsaan
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme
Gerakan Islah dalam meningkatkan minda bangsa
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan Melayu
Pendudukan Jepun
Jawaban-jawaban Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) &
Rumusan/Iktibar/Kesimpulan

MS /
Halaman
3
6
8
16
20
23
26
29
32

SOALAN SATU :
PENGENALAN/
LATAR BELAKANG/
PENGERTIAN/
MAKSUD/
SEBAB-SEBAB/
SENARAI/
TOKOH-TOKOH
3
[SULIT] 1249/3 2015 Hak Cipta bahansejarahkertas3.blogspot.com

Maksud Nasionalisme
F1 - Perasaan cinta akan bangsa dan negara
F2 - Gerakan membebaskan tanah air
F3 - Tidak terhad kepada pembebasan kuasa
politik sahaja
F4 - Pembebasan daripada cengkaman
ekonomi
F5 - Pembebasan daripada cengkaman
kebudayaan asing
Latar belakang/Maksud gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu sehingga
Perang Dunia Kedua
F1 - Gerakan Nasionalisme merupakan usaha
masyarakat tempatan menentang apa sahaja
bentuk tekanan atau penjajahan terhadap
mereka oleh kuasa luar
F2 - Penentangan bertujuan untuk
membebaskan negara mereka daripada kuasa
penjajah
F3 - Di Malaysia, penentangan terhadap
British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat
tempatan sejak abad ke-19
F4 - Gerakan nasionalisme secara menyeluruh
pula bermula pada awal abad ke-20
F5 - Gerakan pemimpin tempatan berlaku
pada awal kedatangan British ke Malaysia
F6 - Gerakan ini merupakan reaksi spontan
masyarakat tempatan
F7 - Menjaga kepentingan mereka daripada
dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar
F8 - Antara pemimpin penentangan ialah
Penghulu Dol Said/ Dato Maharaja Lela/
Rentap/ Mat Salleh.
Maksud Gerakan Islah
F1 - Gerakan Islah adalah satu gerakan
pemulihan yang berusaha membetulkan
pandangan masyarakat Melayu terhadap
Islam.
F2 - Ia bertujuan untuk memajukan umat
Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan
Hadis.
F3 - dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat
belajar di Universiti al-Azhar di Mesir
F4 Diterajui oleh Sheikh Tahir Jalaludin,
Syed Syeikh al-Hadi, Haji Abbas Taha, dan
Dr. Burhanuddin al-Helmy

F5 Berpendapat bahawa kemunduran orang


Melayu sebenarnya kerana mereka tidak
mengamalkan ajaran Islam yang sebenar
F6 Tujuan untuk menuntut usaha
memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan
sosial orang-orang Melayu
Latar belakang perkembangan akhbar,
majalah dan novel di Tanah Melayu
F1 Akhbar, majalah dan novel telah
memainkan peranan penting dalam
melahirkan semangat kebangsaan
F2 Antara penulis akhbar yang terkenal
ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba)
F3 Zaba ialah tokoh bahasa, tokoh pemikir
dan cendekiawan ulung Melayu
F4 Karyanya yang terkenal ialah Ilmu
Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa
Melayu
F5 Wartawan lain seperti Dato Onn Jaafar
dan Abdul Rahim Kajai
F6 Tulisan mereka membangkitkan
kesedaran memajukan diri
F7 Membangkitkan kesedaran bersatu padu
F8 Mereka mengkritik dasar-dasar British
yang menekan orang Melayu
F9 Di Sarawak, penulis-penulisnya juga
memainkan peranan yang sama
Pengerak kesedaran kebangsaan di Tanah
Melayu dan Sarawak sekitar tahun 1920-an
dan 1930-an
F1 - Media cetak saluran utama
F2 - Melahirkan semangat kebangsaan
F3 - Penulis terulung - Zainal Abidin Ahmad
(ZAABA) - 1920-an
H3 - merupakan tokoh bahasa, pemikir dan
cendekiawan Melayu
F4 - Golongan wartawan 1930-an
H4a - Dato Onn Jaafar dan Abdul Rahim
Kajai
H4b - tulisan bernas
H4c - fokus kesedaran untuk memajukan diri
H4d - menyeru orang Melayu bersatu
H4e - mengkritik dasar-dasar British
H4f - yang menindas orang Melayu

4
[SULIT] 1249/3 2015 Hak Cipta bahansejarahkertas3.blogspot.com

Akhbar-Akhbar yang diterbitkan


F1 Warta Malaya
F2 Lembaga Malaya
F3 Majlis
F4 Utusan Melayu
F5 Warta Negara
F6 Fajar Sarawak

Sebab-sebab kebangkitan pemimpin


tempatan menentang British
F1 Dasar penaklukan British
F2 Eksploitasi terhadap ekonomi
F3 Pelaksanaan pentadbiran Barat
F4 Campur tangan British dalam adat resam
tempatan
F5 Pemimpin tempatan kehilangan kuasa
dan pengaruh
F6 Kesulitan penduduk tempatan
Persatuan-persatuan negeri yang
bermatlamat menjaga kepentingan bangsa

F4 - Pengasuh
F5 - Saudara
Senarai nama-nama dan latar belakang
pejuang tempatan yang menentang
pendudukan British
F1 Dol Said (Naning)
F2 Rentap (Sarawak)
F3 Yam Tuan Antah Sri Menanti (Negeri
Sembilan)
F4 Dato Syahbandar Sungai Ujong (Negeri
Sembilan)
F5 Mat Salleh (Sabah)
F6 Datu Patinggi Abdul Gapur (Sarawak)
F7 Syarif Masahor (Sarawak)
F8 Linggir (Sarawak)
F9 Dato Maharaja Lela (Perak)
F10 Dato Bahaman (Pahang)
F11 Abdullah Tunggal (Negeri Sembilan)
F12 Tok Gajah (Pahang)
F13 Imam Rasul (Pahang)
F14 Tok Janggut (Kelantan)
F15 Haji Abdul Rahman Limbong
(Terengganu)

F1 Persatuan Melayu Singapura


F2 Persatuan Melayu Perak
F3 Persatuan Melayu Melaka
F4 Persatuan Melayu Pulau Pinang
F5 Persatuan Melayu Pahang
F6 Persatuan Melayu Selangor
F7 Persatuan Melayu Negeri Sembilan
F9 Persatuan Melayu Johor
F10 Persatuan Melayu Kelantan
F11 Persatuan Melayu Miri
F12 Persatuan Melayu Sarawak
F13 Kesatuan Melayu Muda
Tokoh-tokoh Gerakan Islah
F1 Sheikh Tahir Jalaludin
F2 Syed Syeikh al-Hadi
F3 Haji Abbas Taha
F4 Dr. Burhanuddin al-Helmy

Akhbar/Majalah yang digunakan dalam


Gerakan Islah
F1 - Al-Imam
F2 - Neracha
F3 - Edaran Zaman
5
[SULIT] 1249/3 2015 Hak Cipta bahansejarahkertas3.blogspot.com

SEBAB
SEBAB
PENENTANGAN

6
[SULIT] 1249/3 2015 Hak Cipta bahansejarahkertas3.blogspot.com

Sebab-sebab penentangan masyarakat


terhadap British di tanah Melayu

a) Dasar penaklukan British


F1 - Penentangan terhadap British oleh
masyarakat tempatan adalah disebabkan
dasar penaklukan British di daerah mereka
H1 - Seperti di Naning, Pahang, Kelantan,
Terengganu, Sarawak dan Sabah
F2 - Dasar penaklukan British terhadap
negeri-negeri Melayu bertujuan untuk
mengukuhkan kedudukan politiknya
F3- Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik
British menjadi luas dan kawasan itu akan
terikat dengan perintah dan peraturannya
H3 - Contohnya, apabila British
mengambilalih Melaka daripada Belanda,
Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British
dan dipaksa membayar ufti
F4 - Penentangan Dol Said terhadap
kehendak British mencetuskan peperangan
b) Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
F1 - Penentangan terhadap British berlaku
kerana British ingin menguasai ekonomi
tempatan bagi kepentingannya
F2 - Penguasaan ekonomi dilakukan melalui
perjanjian yang dimeterai oleh British dengan
pemimpin tempatan
F3 - Menerusi perjanjian, saudagar dari
Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan
aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih
timah
F4 - Ini menimbulkan kemarahan penduduk
tempatan terhadap British
c) Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap
masyarakat tempatan
F1 - British telah memaksa sistem pentadbiran
Barat kepada penduduk tempatan
F2 - British memperkenalkan sistem cukai,
undang-undang dan peraturan-peraturan
tanah untuk mendapatkan hasil yang
maksimum
F3 - Di Terengganu, penentangan berlaku
kerana British menetapkan bahawa setiap
tanah yang hendak dibuka oleh penduduk
mesti mendapat kebenaran British dan tanah
dikenakan cukai

F4 - Peraturan British bertentangan dengan


amalan tradisi masyarakat tempatan
H4 - iaitu tanah boleh dibuka mengikut
keperluan mereka dan tidak perlu membayar
cukai
d) Campur tangan British dalam adat
resam tempatan
F1 Campur tangan British dalam adat resam
tempatan turut membawa kepada penentangan
tempatan
F2 - British telah memaksa penduduk
tempatan menerima nilai British yang
bertentangan dengan budaya tempatan
F3 - Di Perak, J.W.W Birch telah campur
tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,
iaitu amalan menggunakan orang suruhan
F4 - Tindakan Birch telah ditentang oleh
pemimpin dan masyarakat tempatan
e) Pembesar tempatan kehilangan kuasa
dan pengaruh
F1 - Pemimpin tempatan kehilangan kuasa
dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan
dan anak buah mereka setelah British
menjajah kawasan mereka
F2 - Sebelum penjajahan, kebanyakan
pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan
ataupun masyarakatnya untuk mentadbir
kawasan tersebut
F3 - Perlantikan ini memberikan pemimpin
tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal
daerahnya
H3 - Seperti soal pentadbiran, perundangan,
ekonomi, dan sosial
F4 - Penjajahan British terhadap daerah
mereka menyebabkan pemimpin tempatan
kehilangan kuasa
F5 - Keadaan ini menyebabkan rasa tidak
puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan
yang mendorong mereka menentang British
f) Kesulitan penduduk tempatan
F1 - Penduduk tempatan tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British
H1 - yang menyulitkan kehidupan mereka
telah memberi sokongan kepada penentangan
pemimpin tempatan
F2 - Kesetiaan kepada pembesar tempatan
memberikan kerjasama dalam menentang
British

PERISTIWA
PENENTANGAN

PEMIMPIN
TEMPATAN

8
[SULIT] 1249/3 2015 Hak Cipta bahansejarahkertas3.blogspot.com

Peristiwa penentangan terhadap British di

a)

Naning

F1 - Penentangan Penghulu Dol Said di


Naning antara tahun 1881 -1833 merupakan
penentangan paling awal berlaku di tanah
Melayu
F2 - Sebab penentangan Dol Said ialah beliau
tidak bersetuju dengan tindakan British
meletakkan Naning sebagai sebahagian
daripada wilayah jajahan British
F3 - Tidak bersetuju dengan arahan supaya
Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada
Melaka sebagai ufti
H3 Sebagai bantahan Penghulu Dol Said
mengabaikan arahan British supaya
menghantar ufti sebanyak 1/10 kepada Melaka
F4 - Pada tahun 1831, British menghantar
pasukan tenteranya untuk menakluki Naning
H4a diketuai Kapten Wylie untuk menakluk
Naning (Kawasan Taboh)
F5 - Dol Said menentang pasukan British
H5 - Dol Said mendapat bantuan ketenteraan
daripada Yam Tuan Ali daripada
Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan
Rechat/DatoKelana Sungai Ujong/Penghulu
Gemencheh
F6 - Dol Said berjaya mengalahkan pasukan
tentera British yang berjumlah 150 orang di
bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin
menawan Taboh, daerah Naning
F7 - Pada akhir tahun 1832, British dengan
tentera seramai 1200 orang menyerang
Naning
F8 - Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak
mendapat bantuan dari mana-mana pihak
F9 - Pasukan British berjaya mengalahkan
tentera Penghulu Dol Said
F10 Penghulu Dol Said terpaksa menyerah
diri dan dibawa ke Melaka
F11 Walaupun menang, British terpaksa
mengeluarkan belanja besar, sebanyak
100,000
F12 - Beliau diberi pencen dan sebuah rumah
di sana
b) Sarawak
F1 Penentangan di Sarawak bermula sejak
1849

F2 Disebabkan oleh tindakan James Brooke


yang cuba meluaskan pengaruhnya ke
beberapa buah daerah di kawasan
pendalaman pada 1842
F3 Menyebabkan kemarahan pemimpin
tempatan
F4 Pemimpin yang enggan menyerahkan
daerah mereka akan diserang oleh James
Brooke
F5 Linggir seorang ketua kaum Iban di
Saribas
F6 Pada 1849, Linggir dan pengikutnya
menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar
F7 Linggir dan Pengikutnya tewas dalam
serangan itu
F8 Pada 1853, Rentap pemimpin kaum Iban
dan pengikutnya menyerang pasukan James
Brooke di Kubu Nanga Skrang
H8 Kerana tindakan Brooke yang cuba
menghapuskan orang Iban Sungai Skrang
yang dianggap lanun
F9 Rentap dan pengikutnya berjaya
mengusir Brooke
F10 Brooke membalas dengan membakar
kampung mereka
F11 Rentap dan pengikut berundur ke Bukit
Sadok dan diserang lagi oleh Brooke
F12 Pada 1861, tentera James Brooke
berjaya mengalahkan Rentap
H12a Rentap dan pengikut terpaksa
berundur ke Ulu Sungai Entabai
H12b - Serangan semakin lemah
F13 Pada 1857, berlaku penentangan orang
Melayu di Sungai Rajang, Sarawak pimpinan
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul
Ghafur kerana menolak penguasaan James
Brooke di wilayah mereka
F14 Mereka hilang kuasa memungut cukai
dan pengaruh terhadap penduduk tempatan
F15 Pada 1858, Syarif Masahor menyerang
kubu yang dibina James Brooke di Kanowit
F16 Syarif Masahor bersama Datu Patinggi
Abdul Ghafur menyerang James Brooke di
Kuching
H16 Tetapi serangan gagal
F17 Datu Patinggi Abdul Ghafur melarikan
diri ke Betawi
H17 tetapi berjaya ditangkap dan ditahan
Belanda dan diserahkan kepada Jamesd
Brooke

9
[SULIT] 1249/3 2015 Hak Cipta bahansejarahkertas3.blogspot.com

MAHU LEBIH?
SILA KE
http://www.bahansejarahkertas3.blogspot.com

Potrebbero piacerti anche