Sei sulla pagina 1di 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN


BUKIT MERTAJAM
PELAKSANAAN INTERNSHIP
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN JUN 2011
29 MAC 2015 23 APRIL 2015

DI
SEKOLAH KEBANGSAAN RELAU

DISEDIAKAN OLEH,
MOHD. PARDZLI BIN LAZIM
710710-02-5867
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN JUN 2011

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN


Tarikh: 29 MAC 2 APRIL 2015 (Minggu 1)
1. Isu / perkara yang di fokus
a. Makluman tentang garis panduan pelaksanaan internship Program
Pensiswazahan Guru.
2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Ahad, 29 Mac 2015
Pihak pentadbir sekolah telah memanggil saya untuk memaklumkan tentang
pelaksanaan program tersebut. Antara isi taklimat ringkas ini ialah :
a. Prosedur pelaksanaan.
b. Projek Internship yang perlu saya laksanakan.
c. Peranan dan Tanggungjawab pelajar.
d. Kehadiran Internship
e. Penilaian Internship
Hasil perbincangan, saya mendapati bahawa perkara atau isi taklimat
adalah bertepatan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh pihak IPGK
Tuanku Bainun. Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan dan akan
menyiapkan segala tugasan seperti mana yang telah diamanahkan. Di
samping sebagai seorang guru di sekolah tersebut, saya perlu menjalankan
dua tugas seiring iaitu sebagai seorang guru dan sebagai seorang guru
pelatih. Saya bersyukur kerana pihak pentadbir sudi bekerjasama dan
memberi bimbingan kepada saya.
Antara peristiwa lain yang berlaku di sekolah ini ialah perhimpunan pagi.
Guru bertugas menegaskan tetang tahap disiplin murid yang semakin
kendur. Tuan Guru Besar pula menekankan tentang Ujian 1 yang akan
dilaksanakan tidak lama lagi. Selain itu, berlangsung juga mesyuarat Panitia
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Antara perkara
utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan aktiviti panitia, persediaan Ujian
1 dan pemantauan Dialog Prestasi.

Isnin, 30 Mac 2015


Saya telah merancang untuk menyediakan bahan inovasi yang sesuai untuk
murid-murid tahun 4A1. Tiga perancangan projek disenaraikan iaitu :
a. Projek i-think
b. Projek bahan IT menggunakan MS Power Point
c. Projek Nyanyian Lagu
Saya

telah

membuat

renungan

dengan mengimbas kembali

kelemahan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya telah
berbincang dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu En. Ahmad Fitri bin
Zulkifli. Jadi, saya telah membuat kata putus untuk membina bahan inovasi
berkaitan didik hibur iaitu mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai
melalui teknik nyanyian.
Idea ini saya ketengahkan kerana saya mendapati murid-murid 4A1
gemar akan muzik dan nyanyian. Saya juga merenung kembali aspek
tatabahasa yang masih belum dapat dikuasai oleh murid-murid kelas 4A1.
Aspek masalah tatabahasa yang perlu saya tangani dalam projek inovasi ini
ialah berkaitan kata sendi nama dari dan daripada.
Aktiviti lain yang berlaku di sekolah ini ialah Mesyuarat Panitia
Matapelajaran Elektif seperti Panitia Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Aktiviti yang tidak kurang pentingnya juga ialah Program Kolaboratif
Tahun 6. Empat buah sekolah telah menghantar murid-murid mereka ke SK
Relau untuk melaksanakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.00
pagi dan berlanjutan sehingga jam 5.00 petang. Serarmai 120 orang peserta
telah mengikuti program ini. Oleh sebab SK Relau menjadi tuan rumah,
maka semua guru perlu melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.

Selasa, 31 Mac 2015

Saya telah berbincang dan menulis lirik bagi projek yang akan
dilaksanakan. Guru-guru Bahasa Melayu turut menyumbangkan idea untuk
menghasilkan lirik kata sendi nama dari dan daripada.

Hasil

perbincangan yang mengambil masa selama lebih dari sejam, maka kami
memutuskan bahawa tajuk lagu yang dicipta ialah MATO.
MATO merupakan singkatan atau akronim kata sendi nama dari iaitu
M untuk masa, A untuk arah dan T untuk tempat. Manakala O merupakan
singkatan bagi orang dan objek yang menggunakan kata sendi nama
daripada. Lirik yang dihasilkan meliputi fungsi dan contoh berkaitan kata
sendi nama dari dan daripada. Walau bagaimanapun, penulisan lirik ini
terhenti apabila kami kekurangan idea.
Program lain yang berlangsung di SK Relau ialah saya telah
menjalankan satu lagi program LDP iaitu berkaitan i-think kepada para guru.
LDP dijalankan di Makmal IT pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam
5.00 petang. Pendedahan i-think ini bertujuan agar peta minda dan
soalan-soalan KBAT dilaksanakan sepenuhnya oleh guru-guru dalam PdP
mereka.

Rabu, 1 April 2015


Dalam usaha merealisasikan projek inovasi nyanyian MATO, saya
menyambung usaha mencipta lirik lagu tersebut. Alhamdulillah, usaha ini
akhirnya mencapai kejayaan. Saya perlu memuat turun lagu minus one Aku

Anak Kampung. Muzik tanpa suara ini akan saya gabungkan dengan
nyanyian MATO. Saya memilih lagu ini kerana saya selalu mendengar
murid-murid menyanyikan lagu tersebut. Jadi, saya berpendapat tiada
masalah bagi murid untuk menghafal lirik lagu MATO kerana rentak dan
melodi telah dikuasai oleh mereka.
Setelah memuat turun muzik minus one, saya memulakan rakaman
audio. Beberapa masalah telah timbul semasa rakaman audio seperti
gangguan suara lain dan kualiti rakaman yang kurang jelas. Saya hanya
menggunakan telefon bimbit sebagai alat perakam buat kali pertama ini.
Ternyata, hasilnya amat tidak berkualiti. Saya terpaksa meminta kebenaran
daripada Guru Media untuk menggunakan pembesar suara dan alat
perakam. Proses ini terpaksa diulangi beberapa kali sehingga saya berpuas
hati. Proses menggabungkan video dan audio akan dilakukan pada
keesokan hari.
Peristiwa lain yang berlaku pada hari ini ialah aktiviti kokurikulum
melibatkan unit-unit beruniform. Aktiviti rutin ialah kawad kaki bagi semua
unit beruniform di sekolah ini iaitu PBSM, TKRS, PPIM dan Pengakap.

Khamis, 2 April 2015


Proses menggabungkan audio dan video projek inovasi

dilaksanakan

seawal jam 8.00 pagi. Proses pertama yang dijalankan ialah muat turun
semua gambar-gambar yang berkaitan dengan lirik lagu. Hal ini bertujuan

supaya murid lebih memahami lirik MATO jika dibantu oleh grafik yang
berkualiti.
Langkah seterusnya ialah saya menggunakan kepakaran saya dalam
mengendalikan Movie Maker bagi mencantum audio dan video. Proses ini
memakan masa hampir 5 jam. Masalah yang timbul ialah melaraskan audio
(nyanyian) lirik dan paparan grafik. Saya hampir berputus asa untuk
menghasilkan video nyanyian MATO ini. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat
menghasilkan bahan inovasi nyanyian MATO.
Program 1M1S dilaksanakan pada jam 3.30 petang dan tamat pada
jam 5.30 petang. Saya mengambil kesempatan ini untuk melatih murid-murid
pasukan hoki yang akan bertanding pada penghujung bulan April ini.
Program 1M1S berjalan lancar seperti yang dirancang.

KELEMAHAN
Dalam usaha membina projek inovasi iaitu nyanyian MATO, beberapa
kelemahan terpaksa saya akui sepanjang minggu ini. Saya kurang mahir
dalam mengendalikan perisian untuk menghasilkan video pembelajaran ini.
Saya hanya mahir dalam penggunaan Movie Maker sahaja. Sepatutnya
saya mesti mahir menggunakan program lain seperti Ulead, Program
Photoshop dan sebagainya.
Selain itu, masalah kekangan masa merupakan masalah utama yang
perlu saya hadapi. Hal ini demikian kerana saya merupakan guru Tahun 6
dan terpaksa membahagikan masa seperti mengadakan kelas tambahan
dan sebagainya.
5 April 9 April 2015 (Minggu 2)
1. Isu / perkara yang di fokus
Pelaksanaan Projek Inovasi Nyanyian MATO
2. Analisa Isu / perkara yang difokus.

Ahad, 5 April 2015


Sebagai langkah percubaan, saya telah memperkenalkan projek inovasi ini
kepada murid-murid 4A1. Pada mulanya mereka seperti biasa, suka
bermain-main dan berbual-bual pada sesi permulaan saya masuk ke kelas
tersebut. Tetapi, setelah saya menayangkan video nyanyian MATO tersebut,
semua murid terus memberikan perhatian. Mungkin mereka tertarik dengan
muzik Aku Anak Kampung tersebut. Saya hanya menayangkan sebahagian
daripada lagu tersebut kerana sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar
ialah pada hari Rabu, 8 April 2015. Mereka seolah-olah tidak berpuas hati
kerana saya memberhentikan tayangan tersebut.
Aktiviti lain yang berlaku di sekolah ialah perhimpunan rasmi. Seperti
biasa, guru bertugas telah menyampaikan ucapan bertajuk Pentingnya
Menghormati Ibu Bapa. Sesi PdP berjalan lancar dan tiada peristiwa
menarik berlaku pada hari ini.
Isnin, 6 April 2015
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Dalam
aktiviti PdP dalam kelas 4A1, murid belajar tentang nilai murni. Kebanyakan
murid dapat menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan. Sebelum sesi PdP
tamat, ada segelintir murid bertanya tentang lagu MATO. Mereka teringin
untuk

menyanyikan

lagu

tersebut.

Walau

bagaimanapun,

saya

menangguhkan sesi nyanyian itu supaya pada hari kemenjadian, suasana


lebih menarik. Lagipun, perancangan rapi masih dalam proses.
Saya berpendapat murid-murid ternanti-nanti akan aktiviti nyanyian
MATO. Mungkin mereka berasa teruja kerana teknik nyanyian dan didik
hibur jarang-jarang dilaksanakan dalam PdP.
Perkara lain yang berlaku sepanjang hari ini ialah Lawatan Dialog
Prestasi. Kehadiran pegawai-pegawai PPD dan JPN ke SK Relau disambut
baik oleh pihak pentadbir dan guru-guru. Perkara utama yang dipantau ialah
berkaitan pelaksanaan LINUS. Walau bagaimanapun, segala-galanya

berjalan lancar dan SK Relau mendapat pujian kerana mempunyai


perancangan dan pelaksanaan yang rapi.

Selasa, 7 April 2015


Persediaan terakhir untuk menjalankan sesi PdP bahan inovasi internship.
Saya

telah

membuat

perancangan

dan

persediaan

terakhir

serta

memurnikan perancangan dan aktiviti. Saya juga sempat menyediakan


lembaran kerja, persediaan alat pandang dengar, pemasangan sistem audio
yang berkualiti dan susunan kerusi untuk aktiviti kuiz antara kumpulan. Saya
terpaksa membuat persediaan awal kerana sesi PdP projek inovasi yang
berlangsung awal pagi esok.
Antara aktiviti lain yang berlangsung ialah Mesyuarat Guru Tahun 6.
Saya terlibat sepenuhnya dengan mesyuarat ini kerana saya merupakan
tenaga pengajar subjek Bahasa Melayu UPSR. Antara perkara yang
dirancang ialah pengisian program kelas tambahan dan pencapaian
dashboard sekolah. Kami juga berbincang tentang sasaran yang sepatutnya
dicapai pada Ujian Percubaan 1 nanti.

Rabu, 8 April 2015


Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid. Nyanyian
MATO akan diperdengarkan dan murid-murid akan belajar melalui nyanyian
inovasi ini. Seawal jam 8.15 pagi, bermulalah sesi pengajaran dan
pembelajaran

Bahasa

Melayu

Tahun

4A1.

Semasa

set

induksi

dilaksanakan, segelintir murid telah mula mengikut rentak dan lirik lagu
tersebut. Setelah diulang beberapa kali, akhirnya mereka dapat menghafal
lirik lagu tersebut. Penghafalan lirik merupakan elemen yang mesti dikuasai

untuk merealisasikan bahan inovasi nyanyian MATO ini. Jika mereka tidak
dapat menghafal, berkemungkinan besar mereka tidak dapat menjawab
soalan kata sendi nama dari dan daripada.
Dalam

langkah

seterusnya,

guru

membimbing

murid

memahami lirik lagu tersebut. Fungsi dan contoh kata sendi nama
dari dan daripada ditekankan agar murid-murid benar-benar
menguasai.

Sebagai

pengayaan,

murid-murid

dikehendaki

menyenaraikan contoh lain bagi kata sendi nama dari dan


daripada. Hasilnya mereka dapat menyenaraikan perkataanperkataan

tersebut

hasil

daripada

perbincangan

secara

berkumpulan.
Aktiviti

langkah

ketiga

ialah

murid-murid

dikehendaki

menjawab soalan kuiz. Aktiviti kuiz berbantukan komputer iaitu


slaid MS Power Point. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan.
Antara langkah wajib sebelum menjawab soalan kuiz ialah mereka
perlu menyanyikan rangkap daripada lagu MATO bagi soalan yang
berkaitan dengan fungsi kata sendi nama dari dan daripada.
Daripada

pemerhatian yang dibuat, jelas

membuktikan

bahawa murid-murid berasa amat seronok semasa menjalankan


aktiviti kuiz dan nyanyian MATO. Mereka saling bersaing untuk
mendapatkan markah. Suatu perkara yang membanggakan saya
ialah mereka dapat menghafal lirik dalam masa yang begitu
singkat. Bagi menguji tahap hafalan dan pemahaman, saya telah
mengadakan aktiviti individu. Didapati mereka dapat menjawab
soalan dan menyambung lagu MATO secara individu.
Keseluruhannya, saya menganggap bahan inovasi nyanyian
MATO ini memberi impak yang sangat baik kepada murid dalam
memahami kata sendi nama dari dan daripada. Hal ini boleh
dibuktikan

dengan

peratusan

markah

yang

tinggi

setelah

lembaran kerja disiapkan. Hal ini boleh dibuktikan lagi dengan

komen

yang

positif

oleh

PK

Pentadbiran

yang

memantau

pelaksanaan bahan inovasi tersebut.


Keceriaan murid tergambar walaupun sesi PdP telah tamat.
Mereka masih menyanyikan lagu MATO walau di mana sahaja
mereka berada. Terutama semasa waktu rehat dan semasa mereka
berjalan untuk pulang. Saya berasa bangga kerana mereka
menyanyikan lagu MATO dan bukannya lagu Aku Anak Kampung.
Antara peristiwa penting yang berlaku di sekolah pada hari
ini ialah pemantauan PdP oleh pihak pentadbir. Di samping itu,
aktiviti kokurikulum berjalan lancar seperti yang dirancang.

Khamis, 9 April 2015


Awal pagi sebelum bermulanya waktu persekolahan, seperti biasa muridmurid melakukan tugasan pembersihan seperti menyapu lantai, mengemop,
membersihkan papan putih dan mengelap tingkap.
Dalam sesi PdP, saya masih menguji tahap hafalan murid-murid
berkaitan lagu inovasi MATO. Ternyata, walaupun tanpa muzik dan video,
mereka dapat menyanyi dengan betul. Saya juga mengajukan soalan secara
spontan dan murid dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan
betul. Hal ini meneguhkan lagi keyakinan saya kepada bahan inovasi lagu
MATO ini.
Pada waktu petang, aktiviti 1 Murid 1 Sukan dijalankan. Aktiviti ini
serentak dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Para murid dan
guru-guru tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti ini.
Murid-murid sungguh bersemangat ketika menyertai aktiviti ini. Mereka
berjaya mengikut rentak senamrobik yang dilakukan oleh jurulatih. Hal
tersebut merupakan sesuatu yang membanggakan kerana murid menyedari
kepentingan bersukan.

Kelemahan
Pada minggu ini, terasa masa terlalu mencemburui. Hari ke hari seolah-olah
bergerak dengan pantas. Antara kelemahan yang amat dirasai dalam
minggu ini ialah apabila sesi PdP bahan inovasi kelihatan masih suram.
Walaupun murid-murid kelihatan seronok dapat menyanyi, namun saya
berasakan ada kekurangan dalam bahan inovasi tersebut. Saya sepatutnya
memasukkan elemen-elemen grafik yang bergerak (animasi). Saya akan
cuba sedaya upaya untuk belajar berkaitan program-program animasi. Jika
saya menggunakan animasi dalam video saya, sudah pasti
persembahannya lebih menarik berbanding grafik yang statik.

12 April 16 April 2015 (Minggu 3)


1. Isu / perkara yang di fokus
Minggu Panitia Bahasa Melayu

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.


Ahad, 12 April 2015
Perhimpunan mingguan berjalan seperti biasa. Dalam ucapan Tuan Guru
Besar, beliau menyatakan bahawa minggu ini merupakan bulan Bahasa
Melayu. Panitia Bahasa Melayu akan mengendalikan aktiviti-aktiviti berkaitan
Bahasa Melayu.
Sesi PdP berjalan lancar. Pada hari ini, saya telah menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK. PdP dijalankan di dalam
makmal IT. Yang menarik pada hari ini ialah murid dibenarkan melayari
internet untuk mencari maklumat. Pada sebelah petang, kelas bimbingan
UPSR dijalankan bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00
petang.

Isnin, 13 April 2015


Oleh sebab minggu ini merupakan Minggu Panitia Bahasa Melayu, maka
hari ini merupakan hari pertama pelaksanaannya. Saya telah mengambil
inisiatif untuk mengendalikan program tersebut. Sebagai permulaan, saya
telah mendedahkan kepada murid-murid tentang jenis-jenis pantun.
Beberapa orang murid kelas saya iaitu 4A1 telah mempersembahkan jenisjenis pantun di tapak perhimpunan sambil ditonton oleh murid-murid lain.
Pada waktu senggang, saya mengambil peluang ini untuk melatih
murid-murid menyanyi lagu inovasi MATO.

Tujuannya adalah untuk

dipersembahkan pada hari Selasa. Murid-murid sangat seronok dengan


pengumuman ini dan berlatih bersungguh-sungguh. Mereka berlatih pada
waktu petang setelah pulang dari kelas KAFA.
Aktiviti lain yang berlangsung pada hari ini ialah mesyuarat unit-unit
HEM.

Selasa, 14 April 2015


Aktiviti PdP berjalan seperti biasa. Bagi murid-murid Tahap 2, Ujian 1
dilaksanakan. Pelaksanaan Ujian 1 berjalan seperti yang dijadualkan. Pada
waktu rehat, Panitia Bahasa Melayu telah mengambil inisiatif menayangkan
aktiviti bahasa iaitu mendeklamasi sajak menggunakan televisyen yang
ditempatkan di kantin.
Dalam perhimpunan pagi, murid-murid 4A1 telah mempersembahkan
nyanyian

lagu

MATO.

Mereka

mempersembahkan

dengan

penuh

bersemangat. Saya dapat melihat perasaan bangga pada wajah mereka


apabila mendapat tepukan gemuruh daripada murid-murid dan guru-guru.
Tambahan lagi, persembahan mereka ditonton oleh Tuan Guru Besar dan
barisan pentadbir sekolah. Saya sempat merakam aktiviti ini untuk dijadikan
bahan tayangan di kantin pada waktu rehat.

Rabu, 15 April 2015


PdP pada hari bertemakan kemasyarakatan. Dalam sesi PdP iaitu bahagian
tatabahasa, saya telah sekali lagi menggunakan akronim MATO dalam
pengajaran dan pembelajaran kata sendi nama. Saya memulaka sesi
tatabahasa dengan nyanyian inovasi MATO. Jadi murid-murid kukuh
pemahamannya. Tetapi pada sesi kali ini, saya telah menambah kata sendi
nama yang lain seperti pada, ke, di dan sebagainya. Segelintir murid
bertanya kepada saya ,Mengapakah cikgu tidak mencipta lagu untuk kata
sendi yang lain?. Saya hanya tersenyum dan berjanji akan mencipta
akronim dan lagu lain agar murid-murid dapat memahami dan menghafal.
Maka saya dapat membuat refleksi kendiri bahawa teknik nyanyian memberi
kesan yang mendalam kepada murid-murid.
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu berjalan dengan giliran murid-murid
Tahun 6A1 mempersembahkan deklamasi sajak. Sajak-sajak terkenal

nukilan Sasterawan Negara A. Samad Said dan Shahnon Ahmad digunakan


oleh murid-murid tersebut.
Pada sebelah petang, aktiviti kokurikulum Unit Beruniform diadakan
seperti biasa. Program Kolaborasi dengan pihak PLKN berjalan lancar. Para
jurulatih datang ke sekolah untuk melatih murid-murid berkawad. Selepas
aktiviti kokurikulum, semua murid telah ke padang untuk aktiviti sukan dan
permainan. Pada hari ini, para guru telah bersepakat untuk mengadakan
sesi pencarian bakat untuk bola sepak dan hoki. Murid-murid perempuan
pula didedahkan dengan bola baling dan bola jaring.

Khamis 16 April 2015


Aktiviti Panitia Bahasa Melayu diteruskan semasa perhimpunan pagi. Kini
tibalah giliran murid-murid Tahap 1 pula mempersembahkan nyanyian
seperti lagu ABC dan lagu Pantun.
Hari ini merupakan hari terakhir Ujian 1 dijalankan. Semua murid
Tahap 2 menduduki ujian. Kebetulan, dalam soalan terdapat soalan-soalan
berkaitan kata sendi nama. Ada beberapa orang murid memaklumkan
kepada saya bahawa mereka menyanyi lagu MATO (dalam hati) semasa
menjawab soalan tersebut. Saya hanya tersenyum dan bangga kerana lagu
MATO dapat membantu murid-murid saya menjawab soalan.
Pada waktu rehat, saya menayangkan kembali rakaman-rakaman
video persembahan murid-murid di kantin. Murid-murid saya sangat bangga
apabila wajah-wajah ceria mereka muncul pada kaca televisyen. Mereka
menyanyikan lagu MATO seiring dengan video yang ditayangkan.

19 April 23 April 2014 (Minggu 4)


Ahad, 19 April 2015
Minggu ini merupakan minggu terakhir pelaksanaan internship di SK Relau.
Banyak perkara yang masih belum dapat diselesaikan. Antaranya ialah

portfolio yang masih belum diselesaikan. Selain itu, laporan reflektif ini juga
tertangguh memandangkan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Sebagai langkah terakhir, saya telah mengambil inisitiatif untuk
memberi perhatian berat kepada internship. Langkah pertama yang saya
lakukan ialah saya perlu menyalin rakaman video MATO ke dalam cakera
padat. Jadi, pada hari ini saya berazam untuk menyiapkan rakaman
tersebut.
Aktiviti lain ialah Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 1
dilaksanakan di surau sekolah. Selain itu, Mesyuarat AJK PIBG juga
dijalankan di makmal IT pada jam 2.30 petang.

Isnin, 20 April 2015


PdP berjalan seperti biasa. Pada minggu ini, tibalah giliran Panitia Sains dan
Matematik

mengadakan

persembahan

pada

setiap

pagi

di

tapak

perhimpunan. Ada guru yang meminta jasa baik saya agar mencipta lagu
untuk murid-murid mereka persembahkan. Saya hanya tersenyum dan
bersetuju demi anak-anak didik saya. Ini juga merupakan projek inovasi saya
buat kali kedua pada bulan ini.
Pada hari ini saya mengajarkan murid-murid saya berkaitan nyamuk
aedes dan demam denggi. Hal ini memandangkan

terlalu banyak kes

denggi berlaku di kawasan tempat tinggal murid-murid. Saya memilih


kemahiran membaca dan mencatat maklumat.
Dari segi proses penyediaan portfolio, saya telah menyiapkan
penulisan refleksi sehingga minggu ketiga. Saya terpaksa mengimbas
kembali

semua

program

sekolah

yang

telah

dilaksanakan.

Saya

mendapatkan bantuan Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk memberi idea


terhadap penulisan refleksi ini.

Selasa, 21 April 2015

Saya telah menyiapkan segala dokumen untuk dinilai oleh pihak pentadbir
iaitu rakaman PdP murid semasa nyanyian MATO. Saya juga telah
menyerahkan lembaran kerja sebagai bukti kepada pembimbing tentang
tahap pemahaman murid dalam kata sendi nama dari dan daripada yang
menggunakan bahan inovasi nyanyian MATO.

Saya juga menayangkan

rakaman video yang dibuat semasa PdP berlangsung. Saya menjelaskan


penglibatan murid dan keberkesanan idea bahan inovasi ini disokong oleh
Ketua Panitia semasa pemantauan dibuat.
Penolong Kanan Pentadbiran menyarankan agar bahan inovasi
tersebut ditambah liriknya kepada kata sendi nama yang lain. Saya bersetuju
dengan pendapat Penolong Kanan Pentadbiran tersebut dan berjanji akan
mengusahakannya.

Walau

bagaimanapun,

pada

sesi

akhir

beliau

mengucapkan tahniah kepada saya kerana didapati sesi PdP dan


pembinaan bahan inovasi nyanyian MATO ini amat menepati dan berjaya
dilaksanakan dengan cemerlang.

Rabu, 22 April 2015


Aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa. Satu taklimat ringkas
kepada guru-guru berkaitan LDP diadakan pada jam 9.45 10.15 pagi.
Guru-guru juga disyorkan agar menekankan penggunaan KBAT dalam PdP.
Saya dan pemimpin-pemimpin lain mengadakan Kayuhan Amal
seperti yang dirancang sebelum ini. Semua murid Tahap 2 menunggang
basikal menuju ke Pusat Info Desa Mukim Relau. Di sana kami telah
bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut. Aktiviti ini bertujuan
menerapkan semangat cinta akan alam sekitar, ukhwah dan kepimpinan.
Khamis, 23 April 2015
Hari ini merupakan hari terakhir pelaksanaan internship dijalankan di SK
Relau. Saya telah menyiapkan segala maklumat yang masih belum lengkap.
Pihak pentadbir juga telah membuat penilaian dan memberikan skor yang

agak tinggi kepada projek bahan inovasi lagu MATO yang telah saya
hasilkan.
Selain itu, saya telah memurnikan catatan refleksi mingguan. Saya
terpaksa merenung kembali semua peristiwa yang berlaku. Selain itu, saya
juga bersedia menambah baik projek inovasi saya dan saya juga bersedia
mengubah sikap dan amalan saya kepada yang lebih positif terutama dalam
PdP.
Antara kekuatan sepanjang menjalani internship ini ialah saya amat
bersyukur kerana saya mendapat bimbingan daripada guru dan pentadbir
yang berkaliber. Mereka sentiasa bersedia membantu dalam menambah
baik pelaksanaan projek tersebut sama ada dari segi idea mahupun
berbentuk kemahiran.
Kelemahan
Pada minggu ini saya menyedari terdapat banyak kelemahan pada laporan
dan folio yang telah saya siapkan ini. Saya telah mencuba sedaya upaya
untuk melengkapkan apa yang patut dalam jangka waktu yang telah
diperuntukkan. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya
melakukan tugasan ini terdapat kata-kata dan perbuatan yang menyinggung
perasaan mana-mana pihak. Saya akui sebagai manusia biasa, saya tidak
dapat lari dari kelemahan ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah
S.W.T dan yang buruk itu adalah dari kelemahan dari diri saya.
Wallahu Alam.

4.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya amat yakin sekiranya projek ini tidak di rancang dalam waktu yang
tergesa-gesa ia sudah tentu menjadi projek terbaik saya. Kekangan waktu
dan bebanan kerja lain menyebabkan fokus saya agak terganggu. Saya
boleh meminta bantuan rakan-rakan yang berkemahiran dalam bidang
teknologi maklumat agar membantu saya dalam usaha membina bahan
inovasi lagu MATO ini.

Saya juga bercadang untuk meminta bantuan Penyelaras PKG yang


mempunyai koleksi bahan-bahan inovasi serta meminta pandangan beliau
tentang projek yang saya usahakan ini. Beliau juga mungkin berkemahiran
dalam bidang TMK dan bersedia membantu saya.
Saya juga bercadang belajar menyunting untuk menghasilkan video
dan audio yang berkualiti. Saya akan cuba mendapatkan tunjuk ajar
daripada rakan-rakan atau juruteknik komputer di sekolah saya. Dengan
penghasilan bahan inovasi yang menggunakan bahan grafik animasi,
persembahan projek saya mungkin lebih menarik. Setakat ini saya telah
mula berjinak-jinak dengan Scratch iaitu sejenis perisian yang digunakan
dalam TMK Tahun 6 pada 2016. Perisian ini membolehkan pergerakan objek
mengikut yang dirancang.

Potrebbero piacerti anche