Sei sulla pagina 1di 5

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal
atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada
terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan
berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan
belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar
daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai
aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan
mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak
mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar
yang cemerlang.
Kebaikan/Manfaat Perpustakaan/PSS
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh
dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi.
Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan
orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin
bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak
memberi faedah kepada kita.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan
perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada
bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak
dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu,
murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan
mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising,
memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya
lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap
akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku
kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu

digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau
membeli barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu
memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran.
Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar
dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan
sebagainya.
Cara membalas jasa ib bapa
Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan
dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan
penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara
boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguhsungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu menggembirakan ibu
bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana
pelajaran boleh menentukan masa depan kita.
Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang
mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka
perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah
menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati
mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka
bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka
membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat
bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok
bunga dan sebagainya.
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas
kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi
apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian
yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa
kita dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar
kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu
sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform
anjuran pihak sekolah.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.
Jumaat, 10 Jun 2010
Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit
Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli
pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan disertai oleh 5 orang guru.
Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan.
Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari
kayu api untuk digunakan semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu
malam, kami hanya berehat sahaja.
Sabtu, 11 Jun 2010
Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti
senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti
ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami
dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandimanda di air terjun yang berdekatan.
Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti
unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan.
Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika
membuat persembahan.
Ahad, 12 Jun 2010
Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan tengah
hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan
kawasan perkhemahan. Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira
dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku
peroleh.
Soalan : Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan.
Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan
tersebut..Tulis laporan itu selengkapnya.
Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh telah
mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua hari ini telah
disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring.
Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental,
membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.
Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.
Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya.
Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua
kumpulan.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah
merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan
kerjasama dari semua peserta.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya.
Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru.
Malah hubungan antara pengakap bertambah erat.
Disediakan oleh
April 2013
(Ikhwan Hadi)
Setiausaha Persatuan Pengakap
SK Kerteh

27

Kepentingan Bersukan
Bersukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi
masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar
1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak
popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy.
Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti
bersukan?
Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini
demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin
yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih,
tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga
turut membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini
demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan.
Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak
berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan
selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian
kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan
terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai
pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang
murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif.
Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara
rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee
Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan
Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran
positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka
dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif
dalam bidang sukan tidak berminat bermain permainan komputer dan tidak akan
menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan
berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih
bermanfaat.
Temasya sukan sekolah
Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan
tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.
Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang
dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah
didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada
setiap hari.
Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan
berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai
persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan
murid sungguh menarik.Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan
peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan
badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali
dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta
berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi
sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan
meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul
sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih
sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau
mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya
supaya tidak berputus asa.

Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan


gembiranya walaupun kelihatan letih.

Potrebbero piacerti anche