Sei sulla pagina 1di 1

Ruj.

Kami
Tarikh

: SMKTSI 650-3/2 (
: 1 November 2013

Restaurant MacDonalds Malaysia


Corporate Communications Department
Golden Arches Restaurants Sdn Bhd
Level 6, Bangunan TH, Damansara Uptown 3
No.3, Jalan SS21/39,47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN MAKANAN BAGI PROGRAM JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI
LAHIR PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
Merujuk perkara di atas, pihak sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tunku Syed Idrus akan
mengadakan program Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir Pelajar Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran pada ketetapan berikut :
Tarikh
Hari
Tempat
Jumlah Peserta

: 15 November 2013
: Jumaat
: Restaurant MacDonalds MITC, Melaka
: 26 orang pelajar

2.
Untuk makluman pihak tuan, para pelajar pendidikan khas yang mengikuti program ini adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar istimewa kategori pelbagai seperti Down Syndrom, Autisme, ADHD, Hyperaktif, Disleksia,
Terencat Akal dan Masalah Pembelajaran
3.
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan sudi memberi pertimbangan yang
sewajarnya terhadap permohonan kami ini agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Untuk maklumat lanjut
dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi guru berkenaan :Nama
No. Telefon

:
:

Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat


012-9684360.

4.
Bersama-sama surat ini, disertakan senarai nama pelajar pendidikan khas untuk pertimbangan pihak tuan.
Pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(HJH. NURUL AZMI BINTI ZAINI)


Pengetua
SMK Tunku Syed Idrus
73000 Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus

Potrebbero piacerti anche