Sei sulla pagina 1di 2

SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT

MINIT MESYUARAT
PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
BIL 1/2015
Tarikh

16 Februari 2015

Masa

1.30 hingga 2.30 petang

Tempat

Bilik Mawar, SK AU Keramat

Pengerusi

Pn.Safiah bt Mohamad Wardi

Nama yang hadir:


1. Pn. Norafida bt Abdullah Aziz
2. En.Mohd Hidayat b. Saidi
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan acaan ummul Kitab Al-Fatihah.


Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru. Memandangkan TMK
merupakan subjek baru untuk Tahun 5 dan tahun kedua bagi tahun 4, guru
yang mengajar hanya dua orang. Walaubagaimanapun adalah diharapkan
pada tahun 2016 nanti akan bertambah guru yang mengajar subjek ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Cadangan : Pn.Norafida bt Abdullah Aziz


Sokongan : En.Hidayat Saidi

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1

Tiada perkara berbangkit

4.0 PENERANGAN SUBJEK TMK


4.1

Pengerusi menerangkan bahawa subjek TMK diajar secara berselang seli


dengan RBT. Namun subjek TMK dan RBT tidak oleh diajar secara 6 bulan
TMK dan 6 bulan RBT kerana oleh mendatangkan masalah kepada muridmurid apabila bertukar sekolah.

4.2

Perkara ini pernah berlaku tahun lepas di mana pelajar baru masuk telah
belajar subjek TMK kerana sekolah lama mengamalkan pdp untuk subjek TMK
dan RBT selang minggu.

4.3

Oleh yang demikian, pihak sekolah mengambil keputusan adalah membuat


giliran untuk subjek TMK dan RBT secara selang seminggu.Subjek TMK akan
diajar 1 jam seminggu.

5.0 PBS DAN PELAPORAN OFFLINE


5.1

Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara offline perlu dibuat untuk rujukan


tentang kemahiran pelajar bagi setiap topik. Manakala markah Ujian Sumatif
dan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun perlu di
masukkan ke dalam SAPS. Tujuan PPT dan PAT adalah untuk mengukur
pengetahuan dan kekuatan daya ingatan murid.

5.2

Guru perlu mengisi pelaporan offline untuk penggal pertama dan juga penggal
kedua. Untuk akhir tahun, guru perlu mencetak pencapaian individu dan
diserahkan kepada guru kelas.

5.3

Template pelaporan offline boleh di muat turun dari internet.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1

Penggunaan makmal sebagai kelas TMK kerana semua benda maujud tentang
TMK ada di dalam makmal komputer.

6.2

Pengerusi memohon jasa baik Pn.Safiah untuk menambah guru yang mengajar
subjek TMK pada tahun 2016.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2..30 petang.


Disediakan oleh,
..................................................
(Mohd Hidayat b. Saidi)
Setiausaha,
Panitia TMK,
Sek.Keb.AU Keramat.

Potrebbero piacerti anche