Sei sulla pagina 1di 5

SMK ISKANDAR SHAH,77000 JASIN MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BIL 3/2012
Tarikh
: 7 Ogos 2012
Hari
: Selasa
Masa
: 3.00 petang
Tempat: Bilik Rujukan SMK Iskandar Shah
Kehadiran
:
1. Pn. Zakiah Binti Ayub
2. Pn. Hamidah Binti Jasmani
3. Pn. Habibah Binti Abdullah
4. En Mohd Radhi Bin Zaini
5. Tn. Haji Abd Jalil Bin Mayassin
6. Tn. Haji Abu Kassim Bin Md Jani
7. Pn. Siti Zaidah Binti Ahmad
8. Pn Junainah bt Othman
9. Pn Nooraini Binti Md Sayed
10. Pn Noradhilla Binti Arif
11. Pn Haslinah Binti Abdul
12. Cik Parimala A/P Mariappan
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Pn Nazlin Ruziah Bt Md Said (Berkursus)
2. Pn Wan Nor Hazira Bt W. Hussin (Cuti sakit)

1.

Ucapan Pengerusi

1.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir pada
mesyuarat Panitia Sains kali ketiga ini. Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini
menekankan kepada analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun dan post moterm SPM.
Tindakan: Semua guru

1.2

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Cik Parimalar Dewi a/p Maniappan sebagai


guru Sains baru di SMK Iskandar Shah. Beliau berharap Cik Parimalar dapat
bekerjasama dengan baik dan memberi komitmen yang tinggi terhadap segala aktiviti
panitia yang dijalankan.
Tindakan: Cik Parimalar Dewi a/p Maniappan

2.

Pengesahan Minit
Pn Siti Zaidah Bt Ahmad mencadangkan agar minit mesyuarat Bil 2/2012 disahkan
dan disokong oleh Pn Habibah Bt Abdullah.
Tindakan : Makluman

3.

Bangkitan Minit

3.1

Pengerusi memaklumkan kesemua guru Sains Tingkatan 3 dan 5 telah menyelesaikan


laporan pemarkahan PEKA
Tindakan: Guru Sains Tingkatan 3 dan 5

4.

Laporan KPI dan PCG


-Rujuk Lampiran-

4.1 Pengerusi meminta penyelaras panitia Kimia, Biologi dan Fizik untuk membincangkan
bahan dan alatan yang hendak dibeli berdasarkan keutamaan menggunakan PCG subjek.
Tindakan: KP dan Penyelaras Panitia
4.2 Pn. Hamidah mencadangkan pembelian alatan yang mahal boleh dibeli dalam kuantiti
yang sedikit tahun demi tahun. Cadangan beliau disokong oleh ahli panitia.
Tindakan: KP dan Penyelaras Panitia
4.3 Pn Habibah memaklumkan bahawa eksperimen sangat penting untuk keberkesanan
pembelajaran Sains. Justeru itu, pembelian untuk alatan dan bahan bagi eksperimen perlu
diperbanyakkan untuk mengatasi masalah yang boleh merencatkan eksperimen
dijalankan. Guru-guru perlu memaklumkan kepada KP alatan atau bahan yang perlu
dibeli mengikut keutamaan.
Tindakan: Semua guru Sains
4.4 Pn Hamidah mencadangkan setiap panitia sains tulen perlu merancang pembelian bahan
dan alatan selama 3 tahun.
Tindakan : Penyelaras Sains
5. Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun
-Rujuk Lampiran5.1 Berdasarkan laporan analisa peperiksaan pertengahan tahun yang dibentangkan didapati
kebanyakan subjek masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan .Pengerusi meminta
setiap guru memberi pandangan dan cadangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian
pelajar.
Tindakan: Semua guru Sains
5.2 En Abu Kassim mencadangkan bagi kelas yang agak lemah perlu menjawab set soalan
yang sama sebanyak 2 kali (pre dan pos test)
Tindakan: Guru kelas Sains yang lemah
5.3 Pn Haslina memberikan pendapat semasa waktu Sains pelajar perlu masuk ke makmal.
Guru perlu membahagikan kelompok murid Cina, India dan Melayu sama rata untuk 1
meja.Pelajar pula perlu bercakap dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
Tindakan: Semua guru Sains

5.4 Pengerusi memberitahu, buat masa sekarang ulangkaji berfokus perlu dijalankan dan
penerangan konsep perlu diberi satu persatu. Pelajar perlu didedahkan untuk memahami
soalan sebelum menjawab soalan.
Tindakan: Semua guru Sains
5.5 En Jalil pula memberikan cadangan pembelajaran yang berkesan adalah kaedah
pembelajaran secara topikal. Penerangan mengenai konsep yang asas perlu
diperkukuhkan.
Tindakan: Semua guru Sains
5.6 Pn Habibah memberitahu pelajar perlu dijelaskan sebelum pengajaran.kepentingan untuk
belajar sub tajuk tersebut. Pelajar juga perlu diagihkan kepada kumpulan perbincangan
yang lebih kecil .Beliau juga menjelaskan setiap eksperimen dalam sukatan pelajaran
perlu dibuat.
Tindakan: Semua guru Sains
5.7 Pengerusi menjelaskan guru muda boleh membantu rakan lain dan pemberatan
pengajaran perlu bagi bab yang lemah.
Tindakan: Semua guru Sains
5.8 Pn Noradhilla selaku guru Sains Tingkatan 3 memberi pendapat bahawa perjumpaan
dengan pelajar lemah boleh dibuat pada waktu Sivik dan Pendidikan Seni.
Tindakan: Guru Sains Tingkatan 3

6. PBS Tingkatan 1
6.1 Pn Hamidah meminta guru yang mengajar Tingkatan 1 untuk menyatakan masalah yang
dihadapi semasa menjalankan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Tindakan: Guru Sains Tingkatan 1
6.2 Cik Parimalar memaklumkan semasa PBS pelajar meniru dan tidak bersungguh-sungguh
semasa menjalankan PBS. Guru-guru yang menjalankan PBS perlu memantau dengan
lebih teliti dan telus untuk mengatasi permasalahan ini.
Tindakan: Guru Sains Tingkatan 1
6.3 Pn Hamidah meminta Pn Junainah (Jurulatih PBS) untuk menerangkan dengan lebih
lanjut mengenai PBS kepada guru-guru lain.
Tindakan: Pn Junainah Bt Othman

7. Perbincangan Profesionalisme
7.1 Pn Habibah membentangkan tentang Proses Kreatif Terarah dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Tindakan: Pn Habibah Bt Abdullah


7.2 Guru-guru didedahkan dengan teknik pengajaran yang kreatif ialah berasaskan masalah,
secara inkuiri penemuan ,secara konstruktivisme dan pengajaran berasaskan projek.
Semua guru Sains di galakkan untuk menerapkan teknik pengajaran ini di dalam
pengajaran di kelas.
Tindakan : Semua guru Sains
8 Hal-hal lain
8.1 Kehadiran pelajar Tingkatan 5 ke kelas tambahan waktu petang dan hari Sabtu tidak
memuaskan kerana masalah kesukaran pelajar untuk mendapatkan bas pulang ke rumah.
Pelajar asrama lewat ke kelas tambahan kerana masalah jadual waktu makan tengahari di
asrama.
Tindakan: Pihak pentadbir
8.2 Pn Hamidah memaklumkan pejabat akan menguruskan pembelian sijil PEKA dan jumlah
perbelanjaan sijil akan dibincangkan samaada diambil daripada panitia ataupun pihak
sekolah.
Tindakan: Pihak sekolah

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 5.05 petang.

Disediakan oleh
Disemak oleh
Tarikh

: Pn. Pn Noradhilla Binti Arif


: Pn. Zakiah binti Ayub ( Ketua Panitia Sains)
: 8 Ogos 2012

Potrebbero piacerti anche