Sei sulla pagina 1di 11

Meningkatkan kemahiran hafazan surah Al-Fil murid tahun 3 menggunakan

kaedah kad pintar.


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Secara umumnya,penyelidikan dijalankan dalam pendidikan untuk meningkatkan


mutu pengajaran dan pembelajaran.Sering kali ia melibatkan penyelesaian masalah
atau penjelasan teori pendidikan.Kajian tindakan merupakan suatu kaedah yang
berupaya menggerakkan minda dan kreativiti guru untuk menghasilkan kerja yang lebih
berkesan dalam bilik darjah.Menurut Ebbut(1985),Kajian tindakan sebagai suatu
pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usah-usah untuk
mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri
serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan


yang berilmu,beriman,beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran
dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba
Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Pembelajaran Tilawah Al Quran di sekolah rendah merupakan sebahagian


daripada kandungan matapelajaran pendidikan Islam yang berasaskan

Kurikulum

Bersepadu sekolah Rendah yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama ialah


Tilawah Al Quran yang memfokuskan aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis

huruf dan perkataan. Aspek kedua membaca dan menghafaz ayat-ayat lazim dan aspek
ketiga ialah pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al Quran.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan guru penolong agama (GPA) di Sekolah Kebangsaan Sungai


Batu, Sungai Batu,Pulau Pinang. Saya berpengalaman mengajar selama 4 tahun 3
bulan di sekolah ini.. Pada tahun 2015, saya telah diamanahkan untuk mengajar
matapelajaran Pendidikan Islam bagi kelas tahun 3 Intan.

Sekolah Kebangsaan Sungai Batu merupakan sebuah sekolah yang digolongkan


dalam kategori sekolah luar bandar. Murid- murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Sungai
Batu, datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. 60% pelajar tinggal di kawasan
perumahan flat di sekitar sekolah, manakala 40% lagi tinggal di kawasan kampung
yang berdekatan dengan sekolah. Pekerjaan

ibu bapa juga kebanyakkan adalah

nelayan,pekerja industry dan berbeza antara satu sama lain. Faktor-faktor ini
memainkan peranan yang sangat penting terhadap pencapaian mereka di sekolah.
Terdapat sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap pembelajaran Al Quran
di rumah. Anak-anak mereka tidak pernah di ajar membaca Al Quran, sama ada diajar
sendiri atau pun dihantar mengikuti kelas Al Quran, mereka hanya mengharapkan anakanak belajar di sekolah. Terdapat juga murid yang telah didedahkan dengan
pembelajaran Al Quran semenjak berumur 4, 5 dan 6 tahun lagi, tetapi tahap
penguasaan Al Quran mereka masih belum mantap.

Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam
sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan
murid. Ini kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu
mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam
senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh murid-murid terbabit semasa Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Mereka juga menganggap mata pelajaran
Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa
berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak, jawi dan amali.
Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang
perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan pengertian surah. Bidang hafazan
misalnya, amat memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah
yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari
dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak
memerlukan kepada hafalan. Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti
oleh murid-murid saya. Mereka menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar
dikuasai. Selalunya mereka tidak akan dapat menguasai surah yang melibatkan
kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan
murid menjawab dengan berpandukan kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan
kosong oleh murid atau sekadar meneka jawapan yang disediakan.. Hal ini
membuatkan saya berasa sedih dan begitu kesal serta tidak berpuas hati terhadap diri
sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada murid saya. Seringkali
terdengar perkataan tak faham ya ustazah macam mana nak buat .

Rungutan-rungutan sebegini amat sinonim sekali setiap kali pembelajaran Pendidikan


Islam. Bagi saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi jawapan,
mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi, saya tidak boleh menyalahkan
mereka seratus peratus kerana mereka mempunyai latar belakang keluarga yang
kurang didikan agama, kurangnya perhatian daripada ibubapa serta tidak ada
kemudahan kelas hafazan di tempat mereka yang membatasi pembelajaran mereka.

Saya pun menjawab .apalah awak ni yang tu pun tak boleh nak buat
senang saja kan tanpa memberi tunjuk ajar yang betul serta tidak prihatin kepada
masalah yang dihadapi murid-murid. Saya kembali merenung semula di mana silap
saya ketika mengajar tajuk ini. Hasilnya, saya berasa hairan kerana saya telah
berusaha untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk mereka. Saya
telah melaksanakan aktiviti yang menarik yang mana saya menganggap ia mampu
membantu murid-murid saya menguasai tajuk ini. Namun, apa yang saya peroleh
hanyalah kehampaan yang membuatkan saya berasa bahawa saya perlu memperbaiki
semula amalan pembelajaran dan pengajaran saya bagi tajuk ini agar murid-murid saya
dapat menguasai tajuk ini dengan sebaiknya.

Saya bersungguh-sungguh ingin memastikan murid menguasai tajuk ini kerana


saya ingin mereka menyedari kepentingan menghafaz al-Quran.. Dengan ini, secara
tidak langsung murid-murid akan memupuk sifat suka membaca Al-Quran. Pada
pandangan saya dalam pembentukan diri dan sahsiah murid, Al-Quran merupakan
panduan hidup untuk setiap muslim serta dapat membentuk jati diri murid dalam

menjadi insan yang kamil. Hakikatnya, saya ingin murid-murid menjadikan Al-Quran
dengan bacaan yang betul sebagai tunjang utama dalam kehidupan mereka.
Bagaimana mereka menghafaz Al-Quran, begitulah cara mereka akan menjaga
kehidupan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian.

Saya percaya bahawa sahsiah murid dapat dibentuk dengan baik sekiranya
mereka banyak menghafaz ayat suci al-Quran. Saya yakin, dengan penguasaan
menghafaz ayat al-Quran yang sering dianggap remeh oleh orang lain mampu
membentuk sifat teliti dan bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya dalam setiap
perkara yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka. Saya menyedari
bahawa sikap tanggungjawab terhadap kesempurnaan untuk mereka mempelajari
hukum tajwid dapat membentuk murid-murid yang bertanggungjawab terhadap perkara
yang lain dalam kehidupan dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai hamba
Allah SWT memegang tanggungjawab sebagai Khalifah di muka bumi ini.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Masalah Kajian
2.1.1 Tinjauan Masalah
Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan
mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu
mereka

meningkatkan

keyakinan

diri

mereka

terhadap

bidang

hafazan

ini.

Permasalahan murid-murid ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut:


(a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz
(b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan alquran
(c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.
2.1.2 Analisis Tinjauan Masalah

2.2 Fokus Kajian


Fokus kajian saya berkaitan dengan masalah murid-murid yang kurang menguasai
hafazan surah Al-Fil.

2.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Saya memilih isu ini kerana ianya amat penting untuk membantu menyelesaikan
masalah murid untuk membolehkan murid menghafaz surah al-Fil dengan betul dan
lancar Sehubungan dengan itu, pemilihan fokus kajian ini berdasarkan kriteria-kriteria
asas penyelidikan tindakan yang saya cuba penuhi iaitu, pertama, kebolehtadbiran.
Kebolehtadbiran bahan adalah tidak rumit dan mudah dihasilkan. Disamping itu, bahan

adalah mudah untuk difahami oleh murid dan tidak memakan kos yang terlalu tinggi
iaitu mampu dibaiyai oleh saya sendiri. Bahan yang diperlukan adalah, kertas berwarna,
dakwat pencetak, penebuk lubang, plastik laminasi dan mesin laminasi. Bahan-bahan
ini mudah didapati dan saya menggunakan mesin laminasi hak milik seorang rakan
guru di sekolah untuk menyiapkan bahan tersebut.
Kriteria kedua ialah, kebolehgunaan. Bahan ini boleh digunakan berulang kali
oleh murid sehingga mereka menguasai isu ini. Bahan ini juga tahan lasak kerana telah
dilaminasi dengan plastik laminasi untuk tahan lama dan tidak basah jika terkena air.
Selain itu, bahan ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada murid di kelas
yang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama.
Kriteria ketiga ialah, kebolehkawalan. Kebolehkawalan bahan ini adalah senang
dan mudah. Oleh kerana bahan ini adalah kad yang dipotong, murid senang membawa
bahan ini kemana-mana dengan meletakkannya ke dalam poket baju mereka. Bahan ini
juga mempunyai ciri-ciri seperti, boleh dilihat, disentuh dan disimpan oleh murid. Untuk
mengelakkan bahan ini koyak atau rosak, bahan ini dilaminasi dengan baik untuk
kegunaan jangka masa panjang. Murid juga boleh menggunakan bahan ini ketika
ulangkaji pada masa senggang.
Kriteria seterusnya adalah kepentingan isu. Saya dapati fokus kajian yang saya
pilih merupakan isu yang sangat penting di kalangan murid tahun 3. Isu ini penting
supaya mereka boleh menghafaz surah-surah lain di masa akan datang.
Selain itu, kriteria lain ialah dari aspek kolaboratif. Semasa saya mengenalpasti
isu ini, saya telah berbincang dengan guru Pendidikan Islam yang lain tentang cara
mengatasi masalah ini. Kami berkongsi dan bertukar-tukar pendapat untuk mendapat

kaedah yang mudah serta cepat dikuasai oleh murid. Disamping itu, saya juga perlu
meminjam mesin laminasi daripada seorang guru di sekolah saya untuk kad yang akan
digunakan. Hal ini menjadikan hubungan kami bertambah mesra dan erat. Selain itu,
saya juga turut berkolaboratif dengan murid-murid. Kolaboratif ini penting bagi
menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang baik melalui kolaboratif yang
maksimum antara guru dengan murid yang bertujuan untuk mencapai objektif dan hasil
pembelajaran yang ditetapkan Seterusnya, saya juga turut berkolaborasi dengan rakan
sekelas PPG saya utuk berbincang mengenai pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran saya dari masa ke semasa.

Selain itu aspek kerelevenan kepada sekolah pula, isu ini bersesuaian dengan
tajuk dalam Sukatan Pelajaran Tahun 3. Isu ini juga relevan dengan keperluan dan
kewajipan setiap individu ketika membaca Al-Quran secara bertajwid dalam kehidupan
seharian. Dalam masa yang sama, saya boleh menerapkan tajuk ini ketika dalam
program Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat sekolah yang sememangnya menjadi
program tahunan disekolah anjuran Panitia Pendidkan Islam bagi mencungkil bakat
murid dalam pertandingan hafazan Al-Quran. Oleh itu, hasil daripada kejayaan dalam
pelaksanaan amalan penambahbaikan ini akan dapat digunakan oleh murid-murid
sehingga ke akhir hayat mereka.
Sehubungan dengan itu, isu yang telah saya pilih memenuhi kriteria-kriteria
pemilihan isu yang ditetapkan dan ini membuatkan saya berasa lebih yakin dan
bersedia untuk melaksanakan penambahbaikan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran saya pada masa akan datang berdasarkan idea yang telah saya fikirkan

dan renungkan berdasarkan pemerhatian saya terhadap kegemaran kanak-kanak


sekolah rendah. Saya telah melakukan sedikit temubual terhadap beberapa orang
kanak-kanak tentang permainan yang mereka gemari. Berdasarkan temubual tersebut,
saya dapati bahawa kebanyakkan dari mereka menyukai permainan berbentuk kad.
Oleh kerana itulah dapat kita lihat pelbagai jenis kad permainan yang dijual dipasaran.
Selain itu, banyak jenis kad yang pelbagai bentuk dan warna yang dapat menarik minat
murid untuk bermain kad tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa permainan kad
sememangnya disukai oleh murid-murid. Berdasarkan kad-kad itulah saya mendapat
idea untuk menjalankan kajian tindakan saya kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Umum:
Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam
bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah hafazan yang
bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.
3.2 Objektif Khusus:
i. Murid dapat membaca surah Al-Fil dengan baik, fasih, lancar dan bertajwid
ii. Murid dapat menghafaz surah Al-Fil dengan betul, lancar dan mengikut hukum
tajwid.
iii. Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Fil dengan betuL
3.3 Persoalan Kajian
1.

Bagaimanakah guru mengenal pasti masalah menghafaz surah Al-Fill?

2.

Bagaimanakah guru membantu mengatasi masalah menghafaz surah Al-Fill?

3.

Bagaimanakah guru dapat membantu mengubah amalan pembelajaran dan


pengajaran dalam menghafaz surah Al-Fill?

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


5.1 Perancangan Tindakan

Model kajian yang saya akan gunakan dalam amalan penambahbaikan saya
adalah model kajian yang diperkenalkan oleh Kemmis & Mc Taggart ( 1998 ) yang
merangkumi empat langkah iaitu membuat refleksi, merancang, bertindak dan membuat
pemerhatian. Berikut merupakan Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart.

Refleksi

Merancang

Perhati

Bertindak

Jadual 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart

Potrebbero piacerti anche