Sei sulla pagina 1di 5

Definisi Pameran

Pameran berasal dari kata pamer yang


bermaksud menunjukkan sesuatu yang
dimiliki kepada orang lain untuk
memperlihatkan kelebihan.
Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang
berjudul How to Look at Art mentakrifkan
pameran sebagai satu aktiviti yang
melibatkan satu ruang (biasanya galeri
ataupun dewan) dan mempamerkan hasil
karya seni seperti; lukisan, catan, cetakan,
arca, ukiran, gambar foto dan karya yang
siap (finished artwork).

Manakala Preble, S dan Duane (1996)


menjelaskan bahawa di Amerika pameran
dikenali sebagai exhibit (pamer), manakala
di Perancis pula ianya dikenali sebagai
exposition atau show (pameran). Berbeza
pula di United Kingdom mereka menamakan
exhibitions itu sebagai pameran manakala
individu yang terlibat di dalam pameran itu
digelar sebagai exhibit.
Pameran juga menyediakan aktiviti promosi
yang dilakukan oleh pengkarya atau seniman,
kumpulan, organisasi, perkumpulan tertentu
dalam bentuk memaparkan display product
kepada audien atau pembeli. Contohnya,

Definisi Pameran Seni


Pameran seni merupakan kegiatan yang
dilakukan oleh seniman untuk
menyampaikan idea atau gagasannya
kepada publik melalui media karya seni.
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan
pengajian karya seni rupa untuk
dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi
oleh masyarakat luar.

Pameran seni menjadi platform untuk


mempamerkan karya seni yang
membolehkan guru pelatih (pengkarya)
menjadi media apresiasi seni.
Apresiasi adalah kegiatan meliputi
pengamatan, penghayatan, penilaian dan
penghargaan sebuah karya seni.
Dengan pameran, pengkarya dapat
melakukan pemerhatian dan penilaian.
Penilaian ini dilakukan untuk membantu
pengkarya membuat karya seni dengan lebih
baik.

Secara umumnya pameran itu adalah merujuk


kepada satu tempat yang mempamerkan
hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu
yang tertentu ataupun kumpulan yang
tertentu didalamnya.
Manakala tempat yang digunakan pula
mempunyai kemudahan dan ianya senang
bagi masyarakat setempat untuk berkunjung
serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.

Potrebbero piacerti anche