Sei sulla pagina 1di 1

SINOPSIS PEMBENTANGAN

Tajuk Projek
Nama Pengetua

:
:

Fun Learning

Hj. Shaharudin Basri bin Ibrahim

Nama Sekolah

SMK Seri Kota Paloh, Kluang, Johor

Nama SIPartner+

En. Shamsudin b. Haron

Nama PPD

Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Nama Pensyarah Pembimbing

Dr Faridah Binti Yakob

Tuliskan sinopsis projek anda dalam 300 patah perkataan


Projek Fun Learning telah dilaksanakan di SMK Seri Kota Paloh
(SMKSKP)mulai bulan Jun hingga September 2014. Projek ini berasaskan idea
yang telah dilaksanakan di sekolah rendah dengan mengutamakan
pendekatan berpusatkan murid seperti lakonan, main peranan, permainan
dan penggunaan ICT.
Idea projek ini adalah dari kefahaman dan
pengalaman semasa sandaran yang dilaksanakan di Universiti Malaya
Specialist Centre (UMSC) di Petaling Jaya. Idea unggul yang didapati dari
UMSC ini adalah bagaimana idea fun itu di bawa di dalam semua bahagian di
UMSC
tidak
kira
dari
peringkat
pengurusan
teratas
sehingga
pengoperasian.Projek ini adalah berasaskan kepada masalah kehadiran yang
dihadapi di SMKSKP akibat daripada rasa bosan murid di sekolah. Projek ini
telah dapat meningkatkan peratus kehadiran murid yang pada asalnya masih
jauh daripada sasaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Secara tidak
langsung, projek ini juga berupaya untuk meningkatkan kualiti guru hasil
daripada kreativiti dan inovasi guru dalam pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran. Projek Fun Learning yang dilaksanakan ini adalah difokuskan
kepada murid Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Projek ini juga amat penting bagi menjaga imej SMK Seri
Kota Paloh, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang dan Jabatan Pendidikan Johor
yang merupakan sekolah yang paling bawah dalam negeri Johor. Hal ini juga
berkait rapat dengan kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah yang sebelum
ini kian menurun. Justeru, objektif projek ini ialah untuk meningkatkan
kehadiran murid Tingkatan 5 sekurang-kurangnya 4%, meningkatkan kualiti
Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) guru melalui inovasi Fun Learning dan
untuk meningkatkan keseronokan murid semasa PnP dalam bilik darjah.
Projek ini dimulakan dengan aktiviti outreach yang melibatkan banner,
brosur dan gajet , penyediaan modul latihan, latihan kepada guru yang
melibatkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah, aktiviti fun di bilik
darjah, aktiviti pengukuhan, penilaian dan pengiktirafan. Pelbagai
pendekatan baru guru yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik ditemui
antaranya aktiviti permainan, nyanyian, pendekatan ICT, penggunaan gajet,
lakonan, main peranan dan perbincangan kumpulan. Selepas projek ini
berjaya dilaksanakan beberapa impak telah diperoleh antaranya peningkatan
pencapaian sehingga 4.8%, kualiti PnP dalam bilik darjah juga meningkat dan

Potrebbero piacerti anche