Sei sulla pagina 1di 3

KARANGAN CATATAN

1.

2.
3.
4.
5.

Karangan catatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu :


a. catatan sehari
b. catatan beberapa hari
Jika catatan sehari, nyatakan hari, tarikh dan tahun. kemudian, diikuti waktu/masa
berlakunya sesuatu kejadian itu.
Jika catatan beberapa hari, nyatakan hari, tarikh dan tahun. Waktu berlakunya sesuatu
kejadian itu dinyatakan jika perlu sahaja.
Peristiwa yang dicatatkan mesti penting dan berkaitan dengan tajuk.
Urutan peristiwa mestilah menarik dan menimbulkan keinginan pembaca untuk
mengetahui peritiwa selanjutnya. Kali terakhir karangan ini diuji dalam UPSR ialah pada
tahun 2005.

SOALAN PERBINCANGAN
Arahan :
Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.
Soalan :
Sekolah kamu telah mengadakan kejohanan merentas desa baru-baru ini. Tuliskan
catatan pengalamn kamu menyertai kejohanan tersebut.

Peta minda

Isi 4
berlari merentas kampung
mengikut jalan yang
ditetapkan
kuatkan semangat walaupun
penat

Isi 3
guru besar sampaikan
ucapan perasmian
murid-murid memulakan
larian

Penutup
berasa bangga rumah sukan
menjadi johan

KEJOHANAN
MERENTAS DESA

Pengenalan:
- tarikh, hari tempat
diadakan
tujuan kejohanan

Isi 1
berkumpul di padang
mengikut rumah sukan

- guru agihkan nombornombor peserta

Isi 2
melakukan aktiviti
regangan
ditunjukkan oleh guru
badan mula berpeluh

JAWAPAN CONTOH
Sabtu, 22 Januari 2012
Hari ini sekolah aku telah mengadakan kejohanan merentas desa. Kejohanan yang
melibatkan empat buah rumah sukan itu bertujuan untuk memilih wakil sekolah ke
pertandingan peringkat daerah di samping dapat meningkatkan tahap kecergasan murid-murid
melalui aktiviti fizikal.
7.00 pagi
Aku dan rakan-rakan mula memenuhi kawasan sekolah. Cikgu Izwan mengarahkan kami
berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi.
Sementara itu, guru-guru rumah sukan mengagihkan nombor-nombor peserta kepada muridmurid.
7.30 pagi
Cikgu Nazri telah mengarahkan murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan
regangan. Aku dan rakan-rakan melakukan aktiviti regangan satu persatu seperti yang
ditunjukkan oleh cikgu. Tubuh badanku mula terasa berpeluh selepas melakukan aktiviti
tersebut.
8.00 pagi
Puan Guru Besar telah menyampaikan ucapan perasmian sempena kejohanan merentas desa.
Selesai ucapan tersebut, kami telah diarah bergerak ke garisan permulaan iaitu di hadapan
pintu pagar sekolah. Kemudian, guru besar telah membunyikan siren menandakan para peserta
boleh memulakan larian.
8.30 pagi
Aku dan rakan-rakan melakukan larian merentasi jalan-jalan kampung yang telah ditetapkan.
Ada antara rakan-rakanku telah mula ketinggalan jauh di belakang kerana kepenatan. Namun,
aku menguatkan semangat untuk meneruskan larian walaupun terasa penat dan juga dahaga.
9.30 pagi
Setelah berhempas pulas, akhirnya aku dan rakan-rakan berjaya sampai ke garisan penamat.
Aku segera mencapai botol air untuk diminum bagi menghilangkan dahaga. Walaupun aku tidak
berjaya mendapat tempat pertama namun aku tetap berbangga kerana rumah sukanku iaitu
Jebat telah berjaya muncul sebagai johan dalam kejohanan merentas desa untuk tahun ini.

LATIHAN BERPANDU
Arahan :
Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.
Soalan :
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu dan keluarga kamu telah pulang ke
kampung. Tulis catatan pengalaman kamu sepanjang berada di kampung.

Penutup
pulang ke rumah
Pengenalan:
- cuti persekolahan
bermula
pulang ke kampung
semasa cuti

Isi 4
menghadiri majlis
perkahwinan
berjumpa saudara-mara

PENGALAMAN DI
KAMPUNG
Isi 3
pergi ke dusun
mengait buah-buahan
puas makan pelbagai jenis
buah

Isi 1
- bersalam dengan gembira
- memberi buah tangan
kepada datuk dan nenek
Isi 2
mandi di sungai
berkelah

SOALAN LATIHAN
Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada
80 patah perkataan.
1.

2.

Baru-baru ini kelas kamu telah mengadakan jamuan akhir tahun. Berbagai-bagai
persiapan dan aktiviti telah dijalankan. Tuliskan catatan pengalaman kamu tentang
jamuan tersebut.
Baru-baru ini kamu telah mengadakan majlis sambutan hari jadi di rumah kamu. Pelbagai
persiapan dan aktiviti telah dijalankan. Tulis sebuah catatan tentang pengalaman kamu
itu.

Potrebbero piacerti anche