Sei sulla pagina 1di 6

MESYUARAT GURU 1/ 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU


FERINGGHI
11100 PULAU PINANG
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Kehadiran
1.0

:
:
:
:

: 23 Februari 2015
Isnin
1.35 tengah hari
Bilik Mesyuarat
Rujuk lampiran

Ucapan Guru Besar

1.1 Membentangkan Peruntukan Kewangan PCG 2015


-

Ketua panitia diminta merujuk lampiran yang diberi berkenaan dengan


peruntukan untuk setiap panitia.
Peruntukan adalah sebanyak 70%. Baki 30% akan diperolehi sekitar bulan
Julai.
GB meminta setiap panitia membuat perbelanjaan yang berhemah dan
mengikut prosedur perbelanjaan :
a) Berbincang mengikut panitia
b) Pembelian yang dibuat mestilah mengikut keperluan
c) Membeli barangan atau peralatan yang dapat membantu dalam PdP
d) Membuat rekod barangan dan penggunaan.
GB memaklumkan bahawa peruntukan kewangan akan disemak oleh JPN
pada bila-bila masa
Setiap panitia perlu mengisi nota minta dan memilih pembekal seterusnya
memaklumkan kepada GB.
Pembelian secara online adalah dilarang dan tidak dibenarkan.
Untuk pembelian menggunakan petty cash haruslah tidak melebihi RM100
GB mengingatkan sekali lagi supaya semua pembelian dibuat dengan
menggunakan tatacara yang betul dan segala peruntukan dibelanjakan
sehingga habis.

1.2
-

Perancangan Strategik Sekolah

GB telah membuat semakan dan mendapati bahawa tiada keselarasan dari


segi isi kandungan dan format untuk membuat perancangan strategik.
Guru diminta untuk membuat semula perancangan strategik dengan format
yang selaras dari tahun 2015 2020 dan memilih program peningkatan yang
sesuai.
GB menegaskan bahawa perancangan strategik mesti dibuat mengikut :
(a) Grow
(b) Perancangan Tahunan.
Perancangan strategik merupakan panduan kepada guru untuk merancang
PdP yang lebih baik.
GB turut mencadangkan agar diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
kepada guru berkenaan Perancangan Strategik Sekolah ini.

GB memohon headcount untuk kesemua subjek teras, agama dan bahasa


Arab dibuat serta mencadangkan agar subjek bahasa Arab dimasukkan untuk
pengiraan markah dalam keempat-empat peperiksaan (UP 1, PKSR 1, UP 2
dan PKSR 2).

1.3
Penambahbaikkan Perhimpunan Sekolah
- GB meminta semua guru supaya merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1984 mengenai Tatacara Perhimpunan Sekolah.
- Perhimpunan sekolah wajib diadakan setiap minggu selama 30 minit. Semua
guru dan murid wajib berada di tapak perhimpunan.
- Guru-guru digalakkan untuk menyemai nilai-nilai murni,semangat patriotik
dan memupuk disiplin dalam kalangan murid.
- GB mencadangkan pengawas bertugas menahan dan mengumpulkan dahulu
semua murid yang lewat hadir ke sekolah sewaktu nyanyian lagu Negaraku
dan Negeri Pulau Pinang dan membawa mereka ke perbarisan murid setelah
tamat nyanyian bagi menunjukkan rasa hormat.
- GB menyatakan bahawa nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, lagu sekolah,
ucapan pentadbir, ucapan guru bertugas dan info dadah adalah wajib ada
setiap kali perhimpunan.
- Guru diingatkan untuk tidak berleter, menghukum dan memalukan murid
semasa perhimpunan.
- GB meminta supaya ,melatih pengawas untuk memberi penerangan tentang
info dadah.
- GB menggesa supaya perhimpunan ringkas hari Selasa Khamis tidak
mengambil masa yang terlalu lama agar masa PdP tidak terganggu.
- Berkenaan Bacaan Yasin dan Solat Hajat, GB mencadangkan agar diselitkan
sekali Doa Dhuha dan doa kepada ibu bapa. Dan sewaktu bacaan Yasin
dijalankan, guru bukan Islam akan mengumpulkan dan mengawal semua
murid bukan Islam.
- Laporan mingguan dari guru yang bertugas sebelumnya, tidak perlu
diadakan.
- Guru bertugas mingguan diingatkan agar
menulis segala aktiviti dan
kejadian yang berlaku dalam buku laporan mingguan setiap hari untuk
keselamatan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini.
1.4
-

Keceriaan Sekolah

GB mendapati papan kenyataan banyak di sekolah ini , namun kurang


pengisian dan maklumat.
GB memohon agar semua info dan maklumat mestilah sentiasa dikemaskini
dan memberi maklumat kepada ibu bapa.
GB meminta supaya jadual waktu kelas serta senarai nama guru diletakkan di
papan kenyataan. Ini adalah untuk memberi kemudahan untuk ibu bapa
mengetahui waktu mengajar guru.

Papan kenyataan dibahagikan kepada 4 kolum iaitu bidang Kurikulum, Hal


Ehwal Murid, Kokurikulum dan kolum pengawas. Setiausaha untuk setiap
bidang perlu mengemaskini maklumat terbaru.
Bersempena dengan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN
2015, GB memohon agar guru subjek sejarah melekatkan maklumat tentang
ASEAN pada papan kenyataan untuk membolehkan murid-murid mendapat
info dan maklumat.
GB juga menggesa agar guru bertugas mingguan juga menyelitkan sedikit
maklumat tentang ASEAN dalam ucapan mingguan.
Begitu juga dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baru, GB
menegaskan bahawa murid-murid perlu tahu dan mengetahui serba sedikit
tentang PPPM.
Berkenaan dengan Sarana Ibu Bapa, GB meminta untuk ditampalkan gambargambar program yang melibatkan ibu bapa di papan-papan kenyataan.

2.0 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


-

Berkenaan dengan aktiviti keceriaan sekolah, PK HEM meminta guru-guru


merujuk kepada lampiran yang disediakan berkenaan lokasi serta bahan
pameran. (Rujuk lampiran)
PK Hem menyatakan bahawa tagging, kain rentang dan reben untuk hiasan
papan kenyataan akan disediakan oleh PK Kokurikulum.
Berkenaan dengan Ujian Penilaian 1, tarikh akhir serahan kertas soalan
adalah pada Isnin (2/3/2015) dan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan
Dalaman (En. Azman) sebelum diserahkan kepada En. Ishak untuk tujuan
cetakan. Guru yang lewat hantar perlu mencetak sendiri kertas soalan.
PK HEM memberitahu bahawa muka hadapan kertas soalan boleh didapati di
komputer yang terletak di pejabat.
PK HEM juga menyatakan bahawa terdapat lagi guru yang belum menghantar
laporan LDP subjek KSSR Tahun 5 dan guru tersebut perlu berbuat demikian
sebelum 6/3/2015.
PK HEM memohon agar buku jadual bertugas perlu diisi dan untuk buku
jadual kedatangan murid, guru perlu menyemak dan mengisi nombor daftar
murid.
Berkenaan dengan RMT, PK HEM menyatakan bahawa jawatankuasa RMT
ialah Ustazah Nurul Aini, En Zuraidi dan Ustaz Thahir.
PK HEM menyatakan bahawa akan diadakan pada 27/2/2015 (Jumaat) pada
pukul 9.15 pagi.
Mengikut takwim. Program 5 minit antidadah perlu diadakan sebulan sekali
dan untuk bulan Mac adalah pada 2/3/2015 (Isnin).

3.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum


-

PK Kokurikulum memaklumkan bahawa pengagihan rumah sukan akan


diadakan pada hari Selasa (24/2/2015).

Berkenaan program Inovasi, PK Kokurikulum melantik En. Aizat (Penyelaras


Kelab) untuk menguruskan program ini.
Pertandingan peringkat daerah diadakan pada akhir Jun 2015.
PK Kokurikulum memaklumkan bahawa perjumpaan kelab/persatuan serta
permainan pada minggu ini dibatalkan dan akan digantikan pada hari yang
lain.
PK Kokurikulum menegaskan bahawa segala aktiviti dan kehadiran murid dan
guru perlu dicatatkan setiap kali perjumpaan.
Berkenaan Kejohanan Olahraga, PK Kokurikulum telah melantik En Luqman
sebagai pegawai olahraga bagi menggantikan En Rajasekaran. En Luqman
akan mula berkursus pada 22-28/2/2015 di padang MSSPP.
Berkenaan dengan Karnival Bahasa, semua guru Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris boleh mula melatih murid untuk pertandingan nanti.
Berkenaan dengan Kem Kepimpinan Pelajar, PK Kokurikulum menyatakan
bahawa segala surat kebenaran dan makluman telah dihantar kepada pihak
yang berkenaan dan sedang menunggu kebenaran.
Jawatankuasa Kem Motivasi (sila rujuk lampiran)
Kem Motivasi dan kepimpinan ini adalah melibatkan semua murid Tahun 6,
pengawas sekolah Tahap 2, pengawas perpustakaan Tahap 2, ketua kelas dan
Penolong Ketua Kelas Tahap 2. Jumlah peserta akan diketahui pada Khamis
ini.
PK Kokurikulum memaklumkan bahawa makanan untuk murid semasa kem
berlangsung akan siap dibungkus dan diberi kepada murid.
PK Kokurikulum mengingatkan bahawa semua sampah perlu dibawa pulang
semula dan tidak boleh dibiarkan di Pantai Kerachut.
Para guru perlu memaklumkan kepada PK Kokurikulum segala peralatan yang
diperlukan untuk aktiviti semasa kem motivasi dan kepimpinan.
Taklimat kepada murid terlibat akan diadakan pada hari Jumaat (6/3/2015)
oleh En Shahrin.
PK kokurikulum meminta semua guru untuk menepati masa untuk
memastikan kelancaran perjalanan program. Para guru perlu membayar RM
20 untuk kem ini.
PK Kokurikulum memaklumkan bahawa sarapan pagi murid tidak disediakan
dan murid akan mengenakan pakaian pendidikan jasmani semasa kem
motivasi dan kepimpinan ini.

4.0 Hal-hal Lain


-

GB menegaskan bahawa punch card adalah satu dokumen rasmi yang


menunjukkan keberadaan guru di sekolah.
Sekiranya guru keluar/ ke kursus, guru harus meminta pihak pentadbir
menandatangan dan menulis catatan pada punch card tersebut.
GB menekankan bahawa rekod punch card penting kepada guru dan semasa
kenaikan pangkat serta boleh menjejaskan perkhidmatan.
GB meminta agar dicatatkan juga cuti rehat khas dan cuti sakit dalam punch
card.

Guru bertugas diingatkan supaya mencatat semua perkara penting yang


berlaku terutamanya yang melibatkan murid.
GB turut meminta agar dicatatkan masa ibu bapa datang untuk mengambil
murid yang sakit.
Kehadiran pelawat, masalah disiplin dan tindakan yang diambil oleh guru
juga perlu dicatatkan dalam buku laporan tersebut. Catatan dan butiran
masalah disiplin murid adalah penting sebagai bukti untuk ditunjukkan
kepada waris.
Berkenaan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), guru bertugas
perlu mencatatkan menu dan jumlah murid RMT setiap hari. Guru bertugas
perlu merasa dahulu menu RMT yang disediakan oleh pihak kantin sebagai
langkah keselamatan sekiranya berlaku kejadian cirit-birit kepada murid.
GB akan memohon pihak kantin menyediakan makanan RMT kepada guru
bertugas.
GB menekankan bahawa semua guru perlu PEKA tentang pencapaian sekolah
dalam SKPM.
Band sekolah telah meningkat ke band 3. Dan kedudukan sekolah telah
melonjak naik dari kedudukan 6345 ke 7695.
Data SKPM adalah dari Tahun 5 yang merangkumi 70% pemarkahan dalam
kurikulum dan 30% pemarkahan dalam kemenjadian murid dan sahsiah.
Untuk prasekolah, melibatkan 6 tunjang.
Visi dan Misi sekolah perlu selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
GB memaklumkan bahawa semua guru tahun 6 boleh melayari laman web
yang berkenaan untuk melihat contoh jawapan yang diberi oleh murid yang
menduduki UPSR tahun lepas dan ulasan kepada jawapan tersebut. Para guru
boleh membuat rumusan dan mengenal pasti kelemahan murid dalam
menjawab soalan.
Akhir sekali, GB memberitahu bahawa sekiranya terdapat permasalahan
berkenaan dengan kurikulum, GB meminta untuk merujuk kepada Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.
En Azman selaku setiausaha peperiksaan memaklumkan bahawa headcount
untuk Tahun 6 sudah siap disediakan.
Beliau menyarankan agar headcount untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 turut
disediakan bagi subjek teras dan agama.
Beliau memberitahu bahawa folder dan template untuk mengisi headcount
tersebut akan disediakan.
Dalam sistem pemarkahan dalam talian iaitu SAPS, TOV perlu diisi.
Beliau juga menambah agar ETR yang diisi sama dengan headcount yang
disediakan.
Cikgu Nurul Bahiyah yang mewakili guru penyelaras bestari memaklumkan
agar seorang guru wajib menggunakan aplikasi VLE Frog bagi tempoh satu
masa waktu pembelajaran (30 minit) dalam seminggu.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Dicatatkan oleh,

Disahkan oleh :

.......................................
..................
(NURUL BAHIYAH BT ISMAIL)

..............................

Potrebbero piacerti anche