Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
dalam Pembinaan
Modal Insan
TOKOH PENDIDIKAN
AMINUDDIN BAKI
(1926-1965)
LATAR BELAKANG
dilahirkan di Chemor, Perak pada 6 Januari 1926.
merupakan orang pertama di negara ini yang
telah dianugerahkan gelaran Bapa Pendidikan.
- mempertingkatkan mutu pelajaran di Malaysia.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Melayu Chemor dan meneruskan pelajaran di
Sekolah Anderson,Ipoh.
1946 April menubuhkan Persatuan Pelajarpelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak.
~ memperkenalkan perjuangan PERMI dengan
slogan "Belajar terus belajar!
MODAL
INSAN
KEMAHIRA
N
ILMU
PENAMPILA
N YANG
UNGGUL
PERANAN DALAM
PEMBINAAN MODAL INSAN
Bersama-sama Abdullah Ayob, mereka
mengasaskan GPMS di Universiti Malaya
Singapura sebagai pencetus kesedaran
kepada pentingnya pendidikan di
kalangan bangsa Melayu. GPMS sering
mengingatkan ibu bapa Melayu ketika itu
supaya mengambil berat pendidikan anakanak. Orang Melayu yang berpelajaran
tinggi pula digesa menumpukan
perkhidmatan dalam bidang pendidikan.
PERANAN DALAM
PEMBINAAN MODAL INSAN
Memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak
termasuk dalam sukatan pelajaran kepada guruguru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Beliau cuba membawa dan membuka pemikiran
pelajar-pelajar MPSI tentang soal ketuhanan dan
falsafah Islam.
Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata
Razak.
Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) , Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM).
PERANAN DALAM
PEMBINAAN MODAL INSAN
Mengaturkan pelbagai kelas bahasa
Inggeris untuk anak-anak Melayu di
beberapa tempat di Singapura
dengan beliau sendiri mengajar di
Sekolah Telok Belangah.
Mewujudkan aliran sains di sekolah
menengah Melayu bagi
memperbanyak lulusan aliran ini
dalam kalangan anak Melayu pada
peringkat yang lebih tinggi di
PERANAN DALAM
PEMBINAAN MODAL INSAN
Aspirasinya untuk melihat sistem pendidikan di mana kanak-kanak
belajar di bawah bumbung yang sama, kurikulum dan bahasa
pengantar serta membuat aktiviti bersama telah melahirkan satu
sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan Tanah Melayu (The
National School of Malaya).
Pelaksanaan sistem ini hendaklah berlandaskan kepada prinsip
bahawa tiap-tiap matapelajaran hendaklah menuju ke arah
perkembangan peribadi dan intelek murid agar matlamat
melahirkan warganegara yang baik tercapai.
Cadangan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang progresif,
semangat kesedaran dan keilmuan yang tinggi serta mempelopori
sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai misi dan visi.
Visinya tentang peranan pendidikan ialah suatu penanaman
modal kepandaian rakyat (human capital investment) dan
bukannya sebagai suatu usaha kebajikan masyarakat.
PERANAN DALAM
PEMBINAAN MODAL INSAN
Beliau telah berjaya meletakkan asas pendidikan
nasional yang terus berkembang sejajar dengan
aspirasi dan keperluan sebuah negara yang merdeka.
Asas-asas tersebut ialah menyediakan kemudahan
belajar yang baik, pelajaran rendah percuma,
pendidikan dalam aliran kebangsaan di peringkat
rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat
pengajian tinggi, perkembangan institusi pengajian
tinggi yang pesat, rancangan pendidikan guru yang
tersusun, pertambahan bilangan guru dan lain-lain
lagi.