Sei sulla pagina 1di 27

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY


EDUCATION)

WITH HONOUR

NAMA

SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN

NO. MATRIKULASI

820123065319001

NO. KAD PENGENALAN :

820123-06-5319

NO. TELEFON

010-5432142

E-MEL

shaha_din@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

KUANTAN LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2014

Isi Kandungan
1.0

CERAMAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Muka Surat
2

2.0

BORANG PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN

KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH


3.0

ANALISIS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN

13

KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH


4.0

RUMUSAN PEMANTAUAN

20

5.0

PENUTUP

26

6.0

RUJUKAN

27

1.0

CERAMAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan
guru penolong kanan, yang dihormati guru-guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi
peluang untuk memberi ceramah dalam sambutan Program Minggu 3K pada kali ini.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Sekolah merupakan satu tempat menimba ilmu. Sekolah berperanan penting dalam
merealisasikan segala aspirasi negara. Sebuah sekolah boleh mengalami iklim yang positif
atau negatif. Iklim positif yang dimaksudkan ialah dimana sekolah mempunyai ciri-ciri
fizikal yang bersih, ceria dan selamat, hubungan sosial yang baik sesama warga sekolah, dan
mempunyai suasana kerja yang proaktif. Manakala iklim sekolah yang negatif bermaksud
keadaan sekolah yang kucar kacir, kotor, tidak selamat, masalah disiplin dan pelbagai perkara
negatif yang lain.
Adalah penting, semua warga sekolah berusaha ke arah mewujudkan suatu iklim yang
sihat bagi menjadikan sekolah kita ini sebuah sekolah yang cemerlang. Bagi menjadikan
sekolah beriklim positif, penekanan perlu diberikan kepada aspek kebersihan. keceriaan dan
juga keselamatan.
Untuk makluman semua guru dan murid,
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu negatif yang timbul melibatkan aspek-aspek yang
berkaitan keselamatan, kesihatan dan juga kebersihan yang melibatkan murid-murid sekolah.
Berdasarkan pemeriksaan dan pengauditan yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan ke atas 6187 kantin sekolah di seluruh negara pada
tahun lepas mendapati 85 buah kantin sekolah telah diarahkan ditutup disebabkan tahap
kebersihan tidak memuaskan dan tidak menepati peraturan di bawah Seksyen 11, Akta
Makanan 1983. Jadi tidak hairanlah kenapa kes keracunan makanan di kantin-kantin sekolah
sering kali terjadi disebabkan kegagalan penguasaha kantin yang gagal mematuhi tahap
kebersihan yang telah ditetapkan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahya,
dalam satu sidang akhbar pada 21 Oktober 2013, melaporkan bahawa, pada tahun 2013
sebanyak 5185 kes keracunan makanan telah berlaku di sekolah-sekolah di bawah seliaan
2

Kementerian Pendidikan Malaysia. Daripada angka yang dinyatakan tersebut, ia


menunjukkan isu ini sangat serius.
Guru-guru sekalian,
Mari kita merenung dan mengingat kembali sekitar awal tahun 2000, ketika itu
media-media massa hangat melaporkan tentang pelbagai projek bermasalah yang berlaku di
sekolah-sekolah seperti makmal komputer yang baru disiapkan retak dan diisytiharkan tidak
selamat, syiling-syiling runtuh, bangunan-bangunan yang baru dibina didapati retak, dan
pelbagai lagi kejadian. Ketika itu, makmal komputer yang telah siap telah diarahkan
dirobohkan semula. Selain itu juga, ada setengah sekolah yang baru dibina tidak dibenarkan
beroperasi. Kini, ia telah sedekad berlaku, dan isu keselamatan masa kini lebih hangat
diperkatakan kepada isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin, gangsterisme, rogol,
cabul, penculikan dan pelbagai lagi. Selain itu juga, kejadian-kejadian seperti pelajar terjatuh
dari syiling bangunan, bunuh diri di sekolah, murid ditimpa tiang gol , murid cedera terkena
perlatan sukan merupakan sebahagian daripada kejadian-kejadian yang dilaporkan di mediamedia massa. Tetapi jika kita pergi sendiri melihat ke sekolah-sekolah, pelbagai kejadian
yang berlaku yang melibatkan tentang keselamatan murid-murid termasuklah juga di sekolah
kita ini.
Jika kita lihat pada isu-isu yang dinyatakan di atas, ia sudah berada di tahap yang
membimbangkan. Semua pihak tidak boleh memandang memandang rendah sebaliknya
mencari jalan penyelesaian mengurangkan semaksimun yang mungkin terhadap berlakunya
kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,
Perubahan iklim pendidikan masa kini, menyebabkan pelbagai langkah yang
dijalankan bagi mempertingkatkan keselamatan murid di sekolah. Polisi Sekolah Selamat
yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu program yang
bertujuan mewujudkan suasana yang harmoni dan selamat di semua sekolah. Selain itu juga,
program 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan ) yang dimulakan pada tahun 1991
bertujuan memastikan semua sekolah mempunyai sistem yang mantap menangani sebarang
isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan keceriaan sekolah. Kedua-dua program ini
adalah sebahagian daripada pelbagai program yang dijalankan bagi memastikan sekolah
sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, dan selamat yang membolehkan semua warga
3

sekolah dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan teratur dan selamat tanpa ada
gangguan.
Menurut pendapat Smith, 1995, sebuah sekolah boleh mengalami iklim atau suasana
yang positif atau negatif. Sekolah yang mengalami iklim positif kebiasaannya mempunyai
ciri-ciri fizikal sekolah yang baik, bersih dan menarik, dan juga setiap warga sekolah
mempunyai hubungan sosial yang baik.
Seharusnya, semua sekolah perlu memastikan bahawa persekitaran sekolah sentiasa
berada dalam keadaan bersih, ceria, sihat dan selamat untuk mewujudkan iklim yang positif .
Sekolah yang harmoni dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang sama ada dari aspek
akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Lebih penting lagi, semua warganya berada dalam
keadaan tenang, ceria dan selamat untuk melaksanakan tugas masing-masing di sekolah.
Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk dari awalan lagi bermula dari rumah
dan diperkukuh dan diperkembangkan di sekolah agar ia menjadi amalan sepanjang hayat.
Persekitaran

sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang sihat dan konduksif. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat meransang
minat murid-murid datang ke sekolah dan juga untuk belajar. Murid-murid tidak jemu hadir
ke sekolah kerana mereka berasa selesa dan bahagian apabila berada di sekolah. Murid-murid
juga dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran. Mana mungkin murid-murid
dapat belajar dengan selesa dan aman jika bilik darjah ataupun kawasan persekitarannya
kotor. Begitu juga mana mungkin murid-murid akan berasa selamat semasa berada di sekolah
jika wujud gejala samseng di sekolah.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Abdullah Sani bin Yahya, pada tahun 2007
berpendapat bahawa iklim dan persekitaran sekolah merupakan satu faktor yang penting
dalam mempengaruhi pembentukan tingkah laku, imej, mental dan interaksi sosial anggotaanggota sekolah berkenaan. Sekolah yang mempunyai iklim yang positif baik dari segi
kebersihan, keceriaan dan juga keselamatannya akan dapat memupuk dan membentuk
tingkah laku murid-murid ke arah yang positif. Apabila disiplin telah diterapkan dalam diri ia
akan melahirkan tingkah laku yang baik. Sebagai contoh, murid-murid ditekankan supaya
memastikan kelas mereka berada dalam keadaan bersih. Jadi, untuk menjadikan kelas bersih,
murid-murid akan melakukan kerja-kerja pembersihan seperti menyapu sampah, mengelap
tingkap bersih, dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Secara tidak langsung,

tingkah laku yang positif telah mula dibentuk. Lama kelamaan sikap ini menjadi satu tabiat
dalam hidup mereka.
Sekolah yang bersih, ceria dan selamat juga dapat meningkatkan prestasi sekolah baik
dari segi akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Satu kajian yang dijalankan oleh Mohd
Redzauddin bin Ismail pada tahun 2008, berpendapat sekolah yang berpencapaian tinggi
mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang
ceria. Seperti yang dinyatakan tadi, apabila sekolah mempunyai iklim yang positif , muridmurid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan suasana yang selesa.
Murid-murid akan berasa seronok ke sekolah dan secara tidak langsung ia dapat mengatasi
masalah ponteng sekolah. Hari ini, pelbagai program atau pertandingan diadakan sebagai satu
langkah sekolah ke arah menyediakan persekitaran yang konduksif seperti pertandingan 3K,
Pertandingan Tandas Bersih, Pertandingan Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Bersih, dan
pelbagai lagi. Ia juga sebagai satu inisiatif menghargai pihak sekolah yang bertungkus lumus
menyediakan persekitaran sekolah yang konduksif. Oleh yang demikian, marilah kita
bersama-sama berganding bahu untuk menyediakan persekitaran kawasan sekolah kita ini
menjadi lebih bersih, ceria dan pada masa yang sama mempertingkatkan aspek-aspek
keselamatan agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Barisan Pentadbir yang dihormati sekalian,
Sekolah yang mempunyai persekitaran iklim yang konduksif akan menarik minat
ibubapa untuk menghantar anak mereka bersekolah di sekolah tersebut. Ibubapa tidak mereka
ragu tentang keselamatan anak mereka semasa berada di sekolah. Mereka berasa yakin
dengan pihak sekolah untuk menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang selesa.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Sememangnya menjadi impian setiap warga sekolah untuk menjadikan sekolah
mereka yang terbaik. Namun tidak dinafikan pelbagai halangan akan muncul. Namun, jika
semua berganding bahu, sebesar mana pun halangan yang muncul akan dapat ditempuhi.
Ungkapan Sekolahku, Syurgaku pada pintu masuk sekolah kita perlu kita realisasikan
bersama-sama dan bukan sebagai hiasan sahaja. Oleh yang demikian, dalam memastikan
sekolah kita mempunyai persekitaran yang sihat dan selamat, berikut adalah perkara-perkara
asas yang perlu kita utamakan dan sewajarnya hendaklah kita patuhi.

Yang pertama, kemudahan fizikal yang ada di sekolah kita ini seperti bekalan air,
elektrik, pili bomba, bilik darjah, kantin, tandas, padang dan lain-lain hendaklah digunakan
dengan berhemah dan dijaga dengan baik. Elakkan membuat vandalisme atau kerosakan yang
boleh memberi kesan tidak baik kepada kita sebagai warga sekolah ini. Yang kedua, kita
sebagai warga sekolah hendaklah memastikan bahawa persekitaran sekolah ini bebas
daripada risiko jangkitan penyakit seperti dengki dan sebagainya. Sikap meletakkan
tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pekerja pembersihan perlu dihakis atau dielakkan.
Sebaliknya, tugas ini perlu dipikul bersama-sama menjaga kebersihan kerana di sinilah
tempat kita menimba ilmu.
Yang ketiga, amalan kebersihan

perlu diamalkan di dalam diri masing-masing.

Pastikan sampah sarap dibuang di dalam tong sampah, tandas dicuci selepas digunakan
adalah antara perkara-perkara yang perlu setiap warga sekolah amalkan. Ia membantu kita
mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan sejahtera.

Yang keempat, amalan

kebersihan di kantin sekolah dan aspek penyediaan makanan perlu diberi dititik beratkan
supaya kantin dan makanan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan bersih. Ia
dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan.
Yang kelima, polisi kesihatan sekolah hendaklah kita fahami dan kita patuhi. Setiap
aktiviti yang dijalankan hendaklah diikuti setiap guru ataupun murid ke arah menjadikan gaya
hidup yang sihat. Penerangan yang jelas perlu dilakukan oleh guru-guru agar semua murid
jelas dan memahami tentang segala yang terkandung di dalam polisi ini. Tindakan terakhir
yang boleh kita lakukan ialah mengikuti dan mematuhi segala arahan dan peraturan yang
telah ditetapkan. Ia bertujuan mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Disiplin yang baik di kalangan murid-murid akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Iklim sekolah yang konduksif
positif.

akan memberi banyak manafaat dan kesan yang

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama meningkatkan kebersihan dan

keselamatan di persekitaran sekolah kita ke arah mewujudkan iklim sekolah yang sihat.
Seperti yang saya sebutkan tadi, untuk merealisasikannya tentulah banyak halangan yang
akan kita tempuhi. Namun, jika ada sikap kerjasama sesama kita, sudah pasti halangan ini
akan berjaya ditempuhi. Sebagai penutup ceramah sempena program Minggu 3K ini, saya
berharap segala intipati ceramah tadi dapat memberi manafaat kepada kita semua seterusnya
menjadi pemangkin kepada kita untuk berusaha menjadikan sekolah kita yang tersayang ini
6

menjadi sebagai sebuah sekolah contoh bukan sahaja di peringkat daerah bahkan di peringkat
nasional. Saya sudahi ceramah ini dengan ucapan sekian terima kasih.

2.0

BORANG

PEMANTAUAN

KEBERSIHAN

DAN

KESELAMATAN

PERSEKITARAN SEKOLAH
Pemantauan atau pemeriksaan yang berkala perlu dijalankan bagi memastikan
persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Daripada
pemeriksaan itu, pihak sekolah boleh memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikesan dan
akhirnya dapat mewujudkan iklim sekolah yang konduksif.
Antara cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan menjalankan soalselidik yang boleh dijalankan oleh guru-guru bertugas mingguan. Melalui cara ini juga, guruguru akan sentiasa peka dengan tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah.
Berikut adalah contoh borang soal-selidik yang akan saya gunakan untuk pemeriksaan
tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah.

BORANG 1
BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN
KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH
ARAHAN :
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan
berpandukan skala di bawah.

Skala :
1
Sangat Tidak Baik

2
Tidak Baik

3
Memuaskan

4
Baik

5
Sangat Baik

Lokasi : Fizikal Sekolah


BIL ASPEK
1.1
1
2
3
4
1.2
1
2

Bangunan Sekolah
Pendawaian / Lampu / Kipas
Tangga
Tingkap / Pintu
Perabot / Kelas
Padang dan Gelanggang Permainan
Permukaan padang / gelanggang
Peralatan padang

1.3
1
2
3
4
5

SKALA
2
3
4

Kawasan Persekitaran Sekolah


Kebersihan
Keceriaan
Longkang
Tempat pelupusan sampah
Pagar sekeliling sekolah

BORANG 2

BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN


KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH
ARAHAN :
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan
berpandukan skala di bawah.

Skala :
1
Sangat Tidak Baik

2
Tidak Baik

3
Memuaskan

4
Baik

5
Sangat Baik

Lokasi : Kantin

BI
L
1
2
3
4
5
6
7

ASPEK

SKALA
2
3
4

Kebersihan kantin
Kebersihan tempat memasak dan tempat membasuh
Penyediaan makanan
Kebersihan pakaian pengendali kantin
Hiasan luaran dan dalaman
Kemudahan tempat membasuh tangan
Pengurusan stor

BORANG 3

BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN


KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH
ARAHAN :
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan
berpandukan skala di bawah.

10

Skala :
1
Sangat Tidak Baik

2
Tidak Baik

3
Memuaskan

4
Baik

5
Sangat Baik

Lokasi : Bilik Darjah

BIL ASPEK
1
2
3
4
5
6

SKALA
2
3
4

Kebersihan bilik darjah


Susun atur perabot yang kemas
Hiasan luaran dan dalaman
Mempunyai jadual bertugas
Pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Disiplin murid

BORANG 4

BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN


KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH
ARAHAN :
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan
berpandukan skala di bawah.

Skala :

11

1
Sangat Tidak Baik

2
Tidak Baik

3
Memuaskan

4
Baik

5
Sangat Baik

Lokasi : Makmal Sains

BIL ASPEK

1
2

Makmal sains sentiasa bersih, kemas dan teratur


Poster peraturan keselamatan dan peraturan Makmal
Sains dipaparkan

3
4
5
6

Pelan kecemasan kebakaran di tampal


Pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Semua botol reagen dilabel dengan jelas
Alat pemadam api lengkap dan berfungsi

3.0

SKALA
3
4

ANALISIS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN


PERSEKITARAN SEKOLAH
Satu pemerhatian dan pemantauan telah dijalankan untuk

mengetahui tahap

kebersihan dan keselamatan persekitaran SK (LKTP) Mempaga Satu. Pemantauan ini telah
dijalankan selama 2 minggu bermula pada 27 Oktober sehingga 8 November 2014. .Seramai
6 orang guru telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pemantauan ini. Pemantauan
hanya dijalankan melibatkan kebersihan dan keselamatan kawasan persekitaran sekolah dan
tidak melibatkan fail-fail. Lima lokasi tempat sekitar kawasan sekolah telah dipantau
mengikut aspek-aspek yang telah dibina di dalam borang pemantauan. Berikut adalah analisis
yang dibuat daripada hasil maklum balas guru-guru tersebut daripada pemantauan yang
dijalankan :
Borang 1 :

Fizikal Sekolah

Pemantauan fizikal sekolah yang dijalankan melibatkan bangunan sekolah, padang dan
gelanggang permainan, dan kawasan persekitaran sekolah.
A)

Bangunan Sekolah
12

Bagi aspek 1 iaitu berkaitan dengan pendawaian, lampu dan kipas yang ada di persekitaran
kelas dan bilik-bilik darjah, hasil penilaian yang dijalankan mendapati 4 orang pemantau
membuat penilaian baik manakala 2 orang pemantau yang lain memberi penilaian
memuaskan.
Aspek penilaian tangga pula keenam-enam pemantau memberi penilaian baik. Manakala
aspek penilaian tingkap dan pintu, 3 orang pemantau memberi penilaian memuaskan dan 3
pemantau yang lain memnberi penilaian baik. Akhir sekali, bagi aspek perabot kelas, 5 orang
pemantau memberi penilaian sangat baik manakal seorangnya pula memberi penilaian baik.
B)

Padang / Gelanggang Permainan

13

Kesemua pemantauan memberi penilaian sangat baik bagi kedua-dua aspek yang dinilai iaitu
berkaitan permukaan padang atau gelanggang dan juga peralatan padang.
C)

Kawasan Persekitaran Sekolah

Lokasi 2 : Tandas
Pemantauan tandas sekolah melibatkan 6 aspek yang merangkumi kebersihan, keceriaan dan
juga keselamatan. Pemantauan ini meliputi tandas guru dan juga tandas murid.

14

Pemantauan terhadap aspek pertama iaitu kebersihan tandas murid, 4 orang pemantau
membuat penilaian bahawa kebersihan tandas murid berada dalam keadaan bersih manakala
2 orang pemantau yang lain memberi penilaian kebersihan tandas murid hanya berada
di tahap memuaskan sahaja. Untuk penilaian aspek kedua berkaitan kebersihan tandas guru,
keenam-enam pemantau membuat penilaian kebersihan tandas guru sangat baik. Begitu juga
dengan aspek ketiga iaitu penyediaan kemudahan alat penjagaan kebersihan seperti sabun dan
tisu, kesemua pemantau membuat penilaian ia disediakan sangat baik. Bagi aspek keempat
iaitu keceriaan dalaman dan luaran tandas, pemantau memberi maklum balas yang berbeza. 3
orang pemantau telah memberi memberi penilaian tahap memuaskan, manakala 2 pemantau
yang lain memberi penilaian tahap baik dan salah seorang dari mereka telah memberi
penilaian sangat baik. Manakala bagi aspek kelima dan keenam, iaitu berkaitan dengan
kemudahan tong sampah di kawasan tandas dan juga berkaitan jadual penyelenggaran, semua
pemantau telah memberi penilaian yang sangat baik berkenaan aspek berkenaan.

Lokasi 3 : Kantin
Pemantauan kantin sekolah ini melibatkan 7 aspek yang dinilai. Ia meliputi aspek kebersihan
dan keceriaan dan penyediaan makanan.

15

Dari segi kebersihan dan keselamatan kawasan kantin, ia mendapat maklum balas yang
positif oleh keenam-enam pemantau. Daripada maklum balas yang diperolehi daripada
pemantauan dijalankan, 4 orang pemantau menyatakan bahawa kebersihan kantin berada
di dalam keadaan sangat bersih manakala dua yang lain membuat penilaian bahawa
kebersihan kantin berada dalam keadaan baik. Bagi aspek kebersihan tempat memasak dan
tempat membasuh, masing-masing 3 orang pemantau menilai ia berada dalam keadaan bersih
dan 3 orang pemantau yang lain menilai ia berada dalam keadaan sangat bersih. Bagi aspek
ketiga, kesemua pemantau menilai bahawa makanan dan minuman di kantin disediakan
dengan sangat baik. Mereka juga memberi penilaian yang sangat baik terhadap aspek
keempat iaitu berkaitan kebersihan pakaian pengendali makanan. Bagi aspek kelima, pihak
penguasa kantin dan juga pihak sekolah perlu meningkatkan lagi tahap keceriaan kantin.
Hanya 2 orang pemantau memberi maklum balas tahap keceriaan bagi kawasan kantin
berada dalam keadaan baik manakala selebihnya hanya memberi penilaian memuaskan
sahaja. Bagi aspek keenam iaitu kemudahan membasuh tangan, kesemua pemantau memberi
penilaian yang sangat baik manakala aspek terakhir iaitu ketujuh mengenai pengurusan stor, 4
orang pemantau membuat penilaian pengurusan stor kantin sangat baik manakala 2 orang
pemantau yang lain memberi penilaian baik.

Lokasi 4: Bilik Darjah


Pemantauan bilik darjah melibatkan 6 aspek. Ia dinilai melibatkan aspek kebersihan,
keceriaan dan juga segi keselamatan murid iaitu melibatkan disiplin murid.

16

Aspek 1 iaitu melibatkan kebersihan kelas, keenam-enam pemantau memberi maklum balas
yang berbeza. Salah seorang daripada mereka, memberi penilaian kebersihan kelas berada
ditahap tidak memuaskan, 2 orang pemantau memberi penilaian tahap memuaskan, 2 orang
pemantau pula memberi penilaian kebersihan kelas berada di tahap yang baik dan seorang
pemantau telah memberi penilaian bahawa kebersihan kelas berada di tahap sangat baik.
Begitu juga dengan aspek 2 iaitu susun atur perabot. 2 orang pemantau memberi penilaian
susun atur perabot di dalam bilik darjah berada di tahap tidak baik, 2 orang pemantau yang
lain memberi penilaian di tahap memuaskan dan 2 orang pemantau pula memberi penilaian
susun atur perabot di dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik. Bagi aspek ketiga, iaitu
berkaitan dengan hiasan luar dan dalaman bilik darjah, bilik-bilik darjah yang dipantau
mempunyai keceriaan yang baik. Ia berdasarkan daripada maklum balas yang diberikan oleh
kesemua pemantau. 4 orang pemantau telah memberikan penilaian berkaitan hiasan dalaman
dan luaran bilik darjah pada tahap yang baik manakala 2 orang pemantau yang lain telah
memberikan penilaian berkaitan hiasan dalaman dan luaran bilik darjah berada dalam
keadaan yang sangat baik. Kesemua orang pemantau telah memberikan penilaian sangat baik
bagi aspek keempat dan kelima yang berkaitan penyediaan jadual bertugas dan juga
pencahayaan dan pengudaraan yang baik di dalam bilik darjah. Aspek yang terakhir yang
dinilai untuk bilik darjah ini ialah mengenai disiplin murid. Hasil daripada penilaian, 2 orang
pemantau memberikan maklum balas berkaitan disiplin murid di dalam bilik darjah pada
tahap memuaskan, 2 pemantau yang lain, memberikan penilaian pada tahap baik dan 2 yang
lain pula memberi penilaian bahawa disiplin di dalam bilik darjah sangat baik.
Lokasi

Makmal Sains

Pemantauan makmal sains melibatkan enam aspek yang perlu dinilai.

17

Hasil maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan yang dijalankan mendapati bahawa
bahawa kesemua pemantau memberi penilaian sangat baik pada 3 aspek yang dinilai iaitu
aspek dua yang melibatkan penyediaan pelan kecemasan di dalam makmal sains, aspek 4
iaitu penilaian berkaitan pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal sains yang baik dan
aspek enam yang berkaitan dengan penyediaan alat pemadam api yang mencukupi di dalam
makmal sains dan ia berfungsi dengan baik. Bagi aspek satu iaitu penilaian berkaitan aspek
kebersihan dan keceriaan di dalam makmal sains, 2 orang pemantau memberi penilaian
memuaskan manakala 4 orang yang lain memberi penilaian baik. Manakala bagi aspek kedua
yang berkaitan penilaian berkaitan poster peraturan keselamatan dan peraturan Makmal Sains
dipaparkan

18

4.0

RUMUSAN PEMANTAUAN

Dapatan daripada maklum balas yang diperolehi hasil daripada pemerhatian dan pemantauan
yang dijalankan melibatkan beberapa kawasan persekitaran sekolah terdapat kekuatan dan
juga kelemahan yang perlu diperbaiki.

4.1

Kekuatan
Secara keseluruhannya, kebersihan dan keselamatan SK ( LKTP ) Mempaga Satu

berada dalam keadaan baik dan terkawal. Ini boleh dilihat daripada dapatan-dapatan dan juga
analisa-analisa yang dijalankan hasil daripada pemantauan tersebut.
Kekuatan dari aspek kebersihan mendapati kebersihan persekitaran sekolah berada
dalam keadaan baik. Semua aspek berkaitan kebersihan melibatkan kawasan-kawasan yang
dipantau mendapati semua pemantauan memberi maklum balas yang positif. Ini mungkin
daripada penerapan nilai dan juga nasihat dan teguran yang diberikan oleh guru-guru tentang
amalan menjaga kebersihan. Selain itu juga, penyediaan tong sampah yang mencukupi di
kawasan persekitaran sekolah dan juga kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pekerja
19

swasta juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kebersihan kawasan persekitaran


sekolah ini.
Maklum balas daripada pemantauan tersebut juga mendapati kebersihan kantin berada
di tahap yang sngat baik. Pengusaha kantin berjaya mematuhi segala piawai dan arahan bagi
memastikan segala aspek berkaitan dengan kebersihan dipatuhi. Begitu juga dengan
penyediaan makanan dimana semua makanan ditutup bagi mengelakkan ia tercemar.
Langkah-langkah yang diambil oleh pengusaha kantin ini secara tidak langsung dapat
mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan.
Keceriaan merupakan faktor yang penting dalam menjadikan iklim sekolah berada
dalam keadaan positif. Kekuatan yang dikenalpasti dari aspek keceriaan hasil daripada
pemantauan ini ialah melibatkan keceriaan bilik darjah. Setiap kelas dihiasi dengan kreativiti
guru-guru kelas dan murid-murid mereka masing-masing. Setiap kelas dipasang langsir,
segala info-info dan bahan-bahan pelajaran dilekatkan pada papan kenyataan dan juga ada
kelas yang mengecat warna baru pada dinding kelas mereka. Semangat yang ditunjukkan
oleh guru-guru kelas dengan dibantu oleh murid-murid mereka telah berjaya meningkatkan
keceriaan kelas masing-masing.

Antara kelas yang ceria

Persekitaran sekolah ini juga dihiasi dengan lanskap-lanskap yang menarik. Pelbagai
pokok bunga yang ditanam dan dinding-dinding bangunan dihiasi dengan mural-mural
sebagai usaha menceriakan dan mengindahkan persekitaran sekolah.

20

Lanskap-lanskap yang menceriakan kawasan sekolah

Dinding bangunan yang dihiasi mural

Kekuatan dari aspek keselamatan pula mendapati segala perkara-perkara yang


melibatkan keselamatan telah dipatuhi. Sistem pendawaian, lampu dan kipas diselenggara
dengan baik. Selain itu juga, kawasan pelupusan sampah juga ditutup dan segala sampahsarap akan dilupuskan dengan segera bagi mengelakkan berbau. Peralatan-peralatan di
padang seperti tiang gol dan tiang bola jaring dijatuhkan dan disusun dengan baik. Manakala
segala tempat larangan dan kawasan berbahaya diletakkan papan tanda sebagai peringatan
kepada murid.
Selain itu juga, maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan tersebut ialah
disiplin murid berada dalam keadaan baik dan terkawal. Disiplin sangat penting kerana ia
juga menyumbang kepada keselamatan murid. Murid-murid akan berasa selesa dan selamat
berada di sekolah jika kawalan disiplin berada dalam keadaan baik. Nasihat dan penegasan
sentiasa diberikan kepada murid-murid agar mereka tidak melanggar peraturan sekolah.

21

Disiplin murid berada dalam keadaan baik

Kekuatan-kekuatan yang dikenalpasti ini merupakan faktor-faktor yang dapat


menjadikan sekolah ini mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan
persekitaran dan keselamatan sekolah berada dalam keadaan yang sangat baik.

4.2

Kelemahan
Berdasarkan maklum balas pemantauan kebersihan dan keselamatan kawasan

persekitaran sekolah, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya ialah :


Selain kebersihan, keceriaan juga sangat penting bagi mewujudkan suasana atau iklim
sekolah yang konduksif. Beberapa kawasan perlu dipertingkatkan keceriaan seperti keceriaan
tandas murid, kantin sekolah dan juga makmal sains. Daripada maklum balas yang diperolehi
daripada pemantauan tersebut mendapati kawasan-kawasan tersebut kekurangan hiasan
luaran dan juga dalaman.
Kelemahan kedua yang dikenalpasti ialah kebersihan di beberapa bilik darjah yang
masih lagi berada di tahap memuaskan. Sepatutnya, kebersihan di dalam bilik darjah
hendaklah sentiasa berada di tahap yang baik. Begitu juga dengan susun atur perabot iaitu
meja dan kerusi di dalam bilik darjah yang tidak tersusun. Apa yang diperhatikan, kebersihan
bilik darjah mula merosot apabila murid-murid selesai rehat. Sampah sarap mula kelihatan di
lantai-lantai dan juga di dalam meja, Begitu juga di persekitaran kawasan tong sampah,
sampah sarap dan lorekan pensel tidak masuk denggan betul ke dalam tong sampah.

22

Kebersihan kelas masih lagi tidak memuaskan

Kelemahan yang ketiga ialah tatacara penggunaan tandas di kalangan murid-murid.


Kebersihan tandas masih belum mencapai kualiti seperti yang ditetapkan. Tandas mula
berbau selepas beberapa jam proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Ini mendapati
murid-murid masih lemah dalam tatacara penggunaan tandas. Sepatutnya mereka tahu apa
yang perlu dilakukan selepas selesai proses menggunakan tandas.
Kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi dalam usaha sekolah mewujudkan iklim
sekolah yang konduksif. Jika tidak, ia akan mencacatkan aspek kebersihan dan keselamatan
sekolah ini walaupun kawasan-kawasan lain berada dalam keadaan baik.

4.3

Cadangan Meningkatkan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Sekolah


Walaupun maklum balas daripada pemantauan yang dijalankan menunjukkan

kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah ini berada pada tahap yang sangat baik,
namun begitu terdapat berapa perkara yang perlu diperbaiki atau dipertingkatkan lagi bagi
mewujudkan iklim sekolah yang konduksif dan seterusnya menjadi contoh kepada sekolahsekolah lain.
Kebersihan persekitaran sekolah perlu sentiasa dipertingkatkan. Penekanan terhadap
aspek kebersihan perlu sentiasa diingatkan kepada murid-murid. Perhimpunan pagi yang
diadakan tiap-tiap pagi merupakan tempat yang sesuai kepada guru-guru memberi peringatan
23

kepada murid-murid agar mereka sentiasa menjaga kebersihan. Murid-murid perlu diingatkan
dan diterangkan selalu cara penjagaan kebersihan. Ini kerana ada diantara murid-murid yang
masih membuang sampah di merata-rata tempat, tidak mengedahkan sampah yang mereka
jumpa dan sebagainya. Begitu juga dengan tatacara penggunaan tandas. Murid-murid perlu
diberi penekanan dari aspek berkenaan. Penekanan berterusan dapat menyemai sikap di
kalangan murid-murid berkaitan aspek menjaga kebersihan.
Budaya negatif akan membawa kesan tidak baik kepada sekolah seperti wujud budaya
samseng, keadaan sekolah menjadi kucar kacir dan pelbagai lagi. Keadaan ini akan
mewujudkan suasana kurang selamat. Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni perlu dilakukan
bagi memupuk disiplin yang baik dikalangan murid-murid. Murid-murid perlu diingatkan
tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi agar tidak timbul masalah disiplin di
kalangan mereka.
Kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah amat penting bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang sihat. Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah sentiasa
bekerjasama dengan ibubapa dan masyarakat sekeliling untuk mengadakan program-program
seperti gotong-royong secara berkala. Ia amat penting bagi memastikan persekitaran sekolah
sentiasa bersih dan bebas daripada perkara-perkara yang tidak selamat. Selain itu, sekolah
berperanan menyebaran maklumat mengenai keselamatan kepada murid-murid dan ibubapa
dari semasa ke semasa.
Peranan pihak sekolah amat penting bagi menjayakan sekolah bersih dan selamat.
Pihak sekolah boleh membuat pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas, bilik-bilik khas
dan sebagainya dengan memberi ganjaran yang istimewa. Ia secara tidak langsung
mendorong semua guru dan murid-murid untuk membersih dan menghiasi biilik darjah
mereka.

Akhirnya,

kebersihan

dan

keceriaaan

persekitaran

sekolah

akan

dapat

dipertingkatkan melalui inisiatif ini.


Secara keseluruhannya, tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
melibatkan keseluruhan persekitaran sekolah perlu dipikul bersama-sama. Walaupun pelbagai
cadangan dikemukakan, namun jika tiada kerjasama semua pihak, ia tidak berjaya untuk
dilaksanakan. Kerjasama yang baik antara semua pihak akan menghasilkan keputusan yang
positif.

24

5.0

PENUTUP
Sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu. Adalah sangat penting bagi

pihak sekolah menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat bagi memberi keselesaan
kepada murid-murid semasa mereka berada di sekolah.
Segala isu-isu negatif yang timbul akhir-akhir ini terutamanya melibatkan
keselamatan murid-murid seperti keracunan makanan, kes penculikan, buli, pergaduhan, dan
sebagainya hendaklah diberi perhatian dan perlu tindakan segera bagi membendung gejalagejala negatif ini semakin parah. Ia sangat penting bagi memastikan sekolah merupakan satu
tempat yang selesa dan selamat. Tindakan yang berterusan dari pihak sekolah amat penting
bagi memastikan sekolah merupakan tempat yang bersih dan selamat.
Pemantauan kebersihan dan keselamatan yang berterusan misalnya dapat membantu
pihak sekolah mengenalpasti kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelamahan yang ada
berkaitan kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah. Secara tidak langsung, pihak
sekolah boleh menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti bagi memastikan persekitaran
sekolah akan menjadi iklim yang positif.
Iklim yang positif akan membantu sekolah melahirkan murid-murid yang cemerlang
bukan sahaja dari bidang akademik, kokurikulum tetapi juga mempunyai keperibadian yang

25

tinggi. Menjadi harapan agar semua sekolah berusaha menyediakan iklim yang konduksif
bagi memberi keselesaan kepada semua warga sekolah.

7.0

RUJUKAN

Norazhan Che Lan. ( 2009 ). Program Bersepadu Sekolah Sihat. Selangor : Meteor Doc. Sdn.
Bhd.
September 1997. Program Kesihatan Sekolah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

26