Sei sulla pagina 1di 4

8.

4
Pelaksanaan PBS tidak bebankan guru
Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Tuesday, October 30, 2012
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran menjelaskan guru tidak akan berasa terbeban
sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan
mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September
lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh
negara memahami konsep PBS.
Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati
memahami konsep dan cara melaksanakan PBS.
''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17
peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah
iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, guru juga kurang memahami
mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran (pentaksiran formatif).
Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai
bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid
menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.
"Pengurusan evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan
ruang yang besar adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran
direkod untuk melihat pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh
persekolahan'', kata kenyataan itu.
Bagi mengatasi permasalahan itu, Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS)
diperkenalkan.
Pendekatan itu membolehkan seorang murid memiliki sebuah FPM sahaja untuk menyimpan
evidens bagi semua mata pelajaran yang dipelajarinya.

FS merupakan fail menyimpan evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk setiap mata
pelajaran dan digunakan sebagai rujukan piawai evidens serta disediakan mengikut tahun
atau tingkatan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah.
Pada masa yang sama, kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan PBS telah dikenal
pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada masalah yang dihadapi guru.
Langkah interim (bersifat sementara) yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi
mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyediakan hosting khas yang berasingan
bagi Sistem Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
"Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir
September lalu dan didapati sistem tersebut setakat ini stabil serta boleh diakses," jelasnya.
Sementara itu, bagi memastikan guru Tahun 1, 2 dan 3 dan Tingkatan 1 dan 2 memahami
dan boleh melaksanakan PBS sebelum 31 Disember ini, Lembaga Peperiksaan telah
merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.
Antara perancangan tersebut termasuklah menyediakan Latihan Hands-on PBS secara insitu kepada pejabat pendidikan daerah dan guru contoh PBS di seluruh negara.
Latihan ini dijalankan mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Disember ini.
Lembaga Peperiksaan juga akan menyediakan bahan sokongan dan khidmat pementoran
PBS dalam talian bertujuan membantu guru memahami dan boleh melaksanakan PBS
seperti yang dihasratkan sekali gus mengurus perubahan yang berlaku dengan baik setelah
memahami konsep agar mudah melaksanakan PBS nanti.
- UTUSAN

Kerajaan tambah baik PBS

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA


mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin menerima Resolusi Khas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan


(NUTP) daripada Presiden NUTP, Hashim Adnan (tiga dari kiri) pada Perhimpunan Khas
Guru anjuran NUTP di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur,
semalam.
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan akan menambah baik sistem penaksiran berasaskan
sekolah (PBS) selepas Kementerian Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guruguru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan sistem
tersebut masih baharu, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk diadaptasi tetapi beliau
mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik.
"Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat
maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data
komputer.
"Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kita
akan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan
dikemukakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Khas
NUTP, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Presiden Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Sistem PBS diperkenalkan bagi menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan
menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar
terlalu berorientasi peperiksaan.

Mula dilaksanakan pada tahun ini, usaha itu sejajar dengan langkah kerajaan menambah
baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.
Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya sentiasa terbuka
kepada pandangan serta cadangan guru-guru dalam usaha menambah baik PBS termasuk
aspek yang dikatakan menjadi bebanan kepada tenaga pengajar.
Mengenai lapan lagi tuntutan NUTP bagi meningkatkan profesion perguruan, beliau berkata,
satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengkaji saranan itu dan mana
yang relevan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Selain itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk memasukkan cadangan yang
relevan ke dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
"Kita akan berbincang, mana yang melibatkan kementerian dan relevan untuk dilaksanakan
kita akan lakukan.
"Kementerian akan lihat, mana yang sesuai kita akan tambah tetapi sebahagian besar
daripada Pelan Awal Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah hasil
perbincangan dengan NUTP," katanya.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan sambutan Hari UNESCO Malaysia dalam satu
majlis berasingan di sini, Muhyiddin berkata, transformasi pendidikan yang akan dilakukan
bukan sahaja bergerak seiring dengan aspirasi negara malah usaha itu juga mengambil kira
cabaran dan persaingan global pada abad ke-21 ini.
Katanya, langkah kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan negara akan meletakkan
Malaysia di landasan terbaik bagi bersaing dengan negara-negara yang maju.
"Malaysia telah mengambil langkah mengkaji semula sistem pendidikan negara mulai
Oktober 2011 lalu dan telah menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Negara 2013-2025.
"Pelan ini yang menyediakan kerangka transformasi pendidikan secara menyeluruh, dijangka
mampu memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
antarabangsa," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121104/dn_01/Kerajaantambah-baik-PBS#ixzz2EZxwD9VG


Utusan Melayu (M) Bhd

Potrebbero piacerti anche