Sei sulla pagina 1di 4

KERTAS KERJA KURSUS

KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL SIRI 1
(PLC)
SMA DATO KLANA PETRA
MAAMOR
SESI MAC - JULAI 2012

1.0

Pendahuluan

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan
Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan
profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktivitiaktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh
membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan
kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan
pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh
masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team
teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja
(buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah,
dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti
pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem
pendidikan di negara-negara maju. Oleh yang demikian, pihak sekolah tidak mahu ketinggalan dalam
mengaplikasi amalan PLC ini. Bagi merealisasikan pembudayaan PLC di sekolah ini, semua guru
perlu memahami konsep dan strategi PLC. Sehubungan itu, tercetuslah idea bagi pelaksanaan
program pemantapan PLC ini.

2.0

MATLAMAT

Program ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru kepada nilai tambah untuk
meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah, serta
merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.

3.0

OBJEKTIF KURSUS PLC


3.1 Memberi pemahaman guru terhadap konsep amalan budaya PLC.
3.2 Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
3.3 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama
dalam kalangan guru.
3.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

4.0

PERLAKSANAAN PROGRAM
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6

5.0

Kumpulan sasaran program ini ialah semua guru Smadklana. Bilangan guru adalah
seramai 47 orang.
Program ini akan diadakan selama 2 hari.
Tenaga penggerak adalah dari kalangan Jawatankuasa Program.
Program akan dikendalikan dalam bentuk ceramah dan kerja kumpulan (susunan
kumpulan adalah mengikut panitia).
Program akan dilaksanakan di Dewan Kuliah Hotel Royal Bintang.
Tarikh perlaksanaan program pada 13 dan 14 Mac 2015 (Jumaat & Sabtu)

PENCERAMAH / FASILITATOR

Penceramah adalah terdiri daripada 2 orang penceramah jemputan iaitu Pakar Rujuk PLC PPD
Seremban dan JPN Negeri Sembilan.

6.0

CADANGAN TARIKH

Tarikh yang dicadangkan ialah 27 28 Mac 2015.

7.0

CADANGAN TEMPAT

Tempat yang dicadangkan ialah Bilik Gerakan Smadklana

8.0

Ahli Jawatankuasa
Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

AJK

Puan Samsiah binti Chik


- Pengetua
Tn Haji Muhammad Abduh bin Azrai
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Norazidah binti Abdul Aziz
- Guru Penolong Kanan HEM)
Pn Zakiah binti Ali
- Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Pn Junaidah binti Tahir
- Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Pn Siti Khajaruain binti Osman
- Penyelaras PLC Smadklana
Pn Norzila binti Yacub
Cik Halimah binti Jamil
Pn Khatijah binti Khatib
Pn Nor Emilia Izzati binti Abdullah

6.0 CADANGAN SLOT PROGRAM


Pengisian program ini dicadangkan akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari. Kandungan program
meliputi 6 slot :
Masa
Slot Kandungan
Hari Pertama Slot 1 - Slot Pengenalan Konsep PLC
- Jelajah Pembelajaran (Learning Walks)
- Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing
Instruksi.
(Peer Coaching / Instructional Coaches)
Hari Kedua
Slot 4 - Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
(Lesson Study)
- Bengkel Lesson Study
- Persembahan Lesson Study
Slot 5 Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)
Slot 6 Sesi Kritikan Video Pengajaran Guru
(Video Critiques of Teaching Moments)
Kesimpulan slot
Penutup Program

7.0 Anggaran perbelanjaan

Failitator
Pakar Rujuk PLC
PPD Seremban

Pakar Rujuk PLC


JPNNS
dan
Pakar Rujuk PLC
PPD Seremban

Anggaran kos perbelanjaan bagi program ini


Bil
1
2
2

Perkara
Honorarium Penceramah
Makan dan minum
Hadiah dan Cenderamata

Peruntukan
RM 100 x 10 jam
RM 35.00 X 50 orang
RM 500
JUMLAH

RM
RM
RM
RM

Jumlah
1,000.00
1,750.00
500.00
3,250.00

8.0 Penutup
Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada para guru Smadklana, diharap program
ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru.

Disediakan oleh :
..........................................................
SITI KHAJARUAIN BINTI OSMAN
Penyelaras PLC
SMA Dato Klana Petra Maamor

Disemak oleh :
...................................................
MUHAMMAD ABDUH BIN AZRAI
Penolong Kanan Pentadbiran
SMA Dato Klana Petra Maamor

Disahkan oleh :
...................................................
SAMSIAH BINTI CHIK
Penolong Kanan Pentadbiran
SMA Dato Klana Petra Maamor

Potrebbero piacerti anche