Sei sulla pagina 1di 3

TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO' HUSSEIN

Nama: Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein.


Jawatan: Perdana Menteri Malaysia ke-2.
Tempoh Perkhidmatan: 22 September 1970- 14 Januari 1976.
Timbalan: Tun Ismail Doto' Abdul Rahman (1970-1973) Tun Hussein
Dato' Onn (1973-1976).
Menurut: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Menggantikan: Tun Hussein Onn.
Parti Politik: UMNO.
Tarikh Lahir: 11 mac 1922.
Tempat Lahir: Pekan, Pahang.
Tarikh Kematian: 14 Januari 1976.
Tempat Kematian: London, England,
Pekerjaan: Peguam
Agama: Islam
Anak: 5 Orang

Kehidupan Peribadi
Di lahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyarham Tun Abdul Razak
merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah
Teh Fatimah binti Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah
lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang. Abang ipar Abdul Razak,
Tun Hussein Onn ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga.
Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi perdana
menteri keenam menggantikan Tun Abdullah bin Mohammad Badawi pada
tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak,
Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran
dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian
dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar,
Perak. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul
Razak betugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada
tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles,
Singapura pada tahun 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa
ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia ke-2. Selepas peperangan,
Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan
undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau betemu dengan
Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ke-3 untuk
memperoleh ijizah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti
Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK),
dipilih sebagai setiausaha dibawah Tunku yang dipilih sebagai presiden
kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum
Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalanan-persoalanan
politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul
Razak
menerima
ijazahnya
daripada
Lincoln's
Inn
di
London.

Kerjaya
Selepas kepulanagannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam
Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Di sebabkan keupayaan
politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu.Dua tahun kemudian,pada Febuari 1955, beliau menjadi
Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur 33 tahun. Selepas
memenangani pilihan raya umun yang pertama di Malaya pada Julai 1955,
Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga

menyertai misi Febuari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke
London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan
Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau
memerintah melalui dekri sehingga 1970.Pada 22 September 1970, Abdul
Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang kedua. Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi
Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi baru" ahli-ahli politik
Melayu memperlihatkan keperluan untuk menggendalikan ketidaksamaan
ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman.
DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada
akhirnya:
1: menghapuskan kemiskinan
2: menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai
gantian untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk
mengasaskan apa yang dikatakannya "Ketahanan Nasional" melalui
kestabilan politik. Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukimia, Abdul
Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat jawatan perubatan
di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan
Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan
dengan gelaran Bapa Pembangunan.