Sei sulla pagina 1di 4

Dari Meja Pengarang

ISU BULAN INI:

Dalam usaha menyokong aspirasi PPPM, Kementerian tidak mengenepikan muridmurid yang kurang bernasib baik. Anjakan keluaran kali ini menyentuh tentang
pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khusus. PPPM telah menyatakan isu dan
pelan tindakan berkaitan Pendidikan Khas hasil daripada perundingan dengan pihak
K
berkepentingan untuk mencari pendekatan terbaik bagi meningkatkan kualiti
Pendidikan Khas. Tumpuan utama bagi pendidikan khas adalah meningkatkan kualiti
infrastruktur dan memastikan guru atau pakar terlatih ditempatkan di sekolah
pendidikan khas. Turut dimuatkan dalam Anjakan pada kali ini adalah maklum balas
daripada para guru tentang dua aktiviti di bawah Jawatan kuasa Penataran Maklumat
dan Pengurusan Perubahan iaitu Info 5 Minit dan Sudut PPPM yang telah
dilaksanakan mulai Julai 2014 sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan
kefahaman warga pendidikan tentang PPPM.

Ketua Editor
SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu Giat Menyertai Sukan dan
Kokurikulum

1. Pendidikan Khas
2. Maklumbalas Pelan
Penataran PPPM

PPPM dalam Gelombang 1


memberi tumpuan kepada elemen
berikut:
1. Mengenal pasti dan
menjalankan intervensi murid
berkeperluan khas lebih awal

SM Pendidikan Khas, Kuala Terengganu merupakan sekolah yang menawarkan


pendidikan kepada murid berkeperluan khusus dan kurang upaya di Terengganu.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekolah ini mengintip peluang
mengembangkan potensi murid dalam pelbagai jenis sukan dan kokurikulum. Muridmurid tidak ketinggalan menyertai setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan
oleh Kementerian seperti Tilawah Al-Quran, Tulisan Khat, Nasyid Kod Tangan dan
Bercerita Kod Tangan.
Beberapa pencapaian telah diraih baik di peringkat negeri mahupun
kebangsaan. Sejak 2012 murid sekolah ini telah memenangi tempat petama dalam
pertandingan Tulisan Khat. Pencapaian cemerlang pada 2014 termasuklah Naib
Johan peringkat Daerah dalam Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas, tempat ketiga
dalam pertandingan Tilawah Al-Quran dan Azan Subuh peringkat kebangsaan.

Mendekati komuniti merupakan satu


daripada usaha untuk meningkatkan
kesedaran terhadap pendidikan khas

Anjakan Ke-16 Julai 2014

2. Meningkatkan kualiti
kurikulum dengan
memasukkan pelbagai
kemahiran vokasional seperti
refleksologi dan grafik
komputer
3. Memastikan guru
dilengkapkan dengan
kemahiran asas bagi
menjadikan pendidikan khas
sebagai mata pelajaran teras
4. Menggandakan usaha untuk
menaik taraf sekolah sedia ada
mengikut keperluan asas
pendidikan khas
5. Meningkatkan kesedaran
mengenai murid berkeperluan
khas melalui pembangunan
laman portal bersepadu dan
melaksanakan kempen

MEMAHAMI KANDUNGAN PPPM: PENDIDIKAN KHAS


Kira-kira 1 peratus daripada jumlah pelajar di Malaysia
merupakan murid berkeperluan khusus. Mereka terdiri
daripada murid yang mengalami kecacatan mental,
bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah
laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa),
hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah
penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan
pintar cerdas.
Menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2), Kementerian menyediakan
pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang
bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Terdapat beberapa cabaran dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti.
Antaranya ialah pengenaan awal murid berkeperluan khas, kelewasan kurikulum,
guru dan tenaga pakar, infrastruktur dan kesedaran serta pelibatan awam
mengenai isu keperluan murid berkeperluan khas.

Perundangan berkait
dengan pendidikan khas
DEKLARASI HAK-HAK
KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948)
Menyebutkan langkah-langkah perlu
diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan
untuk semua kategori orang kurang
upaya sebagai bahagian yang sepadu
dalam sistem pendidikan.
AKTA PELAJARAN 1961
Menyatakan sekolah khas
menyediakan layanan yang khas
untuk kanak-kanak kurang upaya.
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET
(1978)
Memberi tumpuan yang jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di
Malaysia.
Tanggungjawab kementerian:
Tanggungjawab Kementerian
Pendidikan terhadap
pendidikan kanak kanak yang
bermasalah penglihatan,
pendengaran, pembelajaran
(terencat akal ) yang boleh
didik.

Pendidikan Khas memerlukan tumpuan dan perhatian khusus para guru

Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas


Kerajaan tidak pernah menganaktirikan murid berkeperluan khas seperti anak-anak
yang lain. Malah Kementerian akan memastikan pendidikan khas bergerak seiring
dengan pendidikan aliran perdana. Namun begitu, persoalan utama yang kerap
ditimbulkan oleh ibubapa ialah ke mana anak-anak saya akan pergi selepas tamat
persekolaan pendidikan khas. Di bawah inisiatif NKRA, Program Buying Seats Murid
Berkeperluan Khas diwujudkan untuk menyediakan pendidikan dan seterusnya
peluang pekerjaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Tujuan Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas:
Memberi peluang kepada MBPK untuk menimba ilmu kemahiran dan
pengetahuan serta memperolehi pengalaman belajar di institusi awam
dan swasta.
MBPK juga dapat mengisi ruang kemahiran yang tidak diperolehi di
sekolah dan menamatkan pangajian dengan kelayakan kemahiran yang
diiktiraf dalam bidang kemahiran yang diminati.

Anjakan Ke-16 Julai 2014

Tanggungjawab Kementerian
Kebajikan Masyarakat
terhadap pendidikan kanakkanak yang kurang upaya
fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta
kanak-kanak spastik.
Tanggungjawab Kementerian
Kesihatan untuk mengenal
pasti di peringkat awal dan
menyaring kanak-kanak yang
dilahirkan dalam keadaan
yang berisiko.
AKTA PENDIDIKAN 1996.
Menteri hendaklah mengadakan
pendidikan khas di sekolah khas
yang ditubuhkan di bawah
perenggan 34(1) (b) atau di
mana-mana sekolah rendah atau
menengah yang di fikirkan oleh
Menteri

GURU SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Syamilah Shamsudin

Cikgu Syamilah Shamsudin, guru Sekolah Pendidikan Khas,


Kuala Terengganu pernah melalui pengalaman mencabar
mengajar murid berkeperluan khusus. Ini kerana pada
peringkat awal beliau telah dipertanggungjawabkan untuk
mengajar murid masalah penglihatan meskipun latihan yang
diterima adalah dalam bidang masalah pembelajaran. Beliau
telah belajar sendiri khususnya tulisan braille. Menurutnya
pengajaran murid di pendidikan khas memerlukan
pemerhatian khusus. Sebaiknya seorang guru hanya boleh
memberi perhatian kepada enam orang murid dalam sesi
pengajaran pembelajaran.

MENGAJAR PENDIDIKAN KHAS DI LUAR


BANDAR
Pengalaman mengajar murid pendidikan khas di luar bandar kirakira 7 tahun yang lalu, menjadikan Cikgu Eazie Ezry bin Saufi lebih
kreatif dalam menyedikan keperluan belajar untuk murid-murid.
Kelengkapan sekolah yang serba kekurangan menyebabkan En Eazie
mengambil inisiatif membina sendiri kelengkapan kerusi meja untuk
murid-muridnya. Pihak sekolah hanya mampu menyediakan
sebuah bilik darjah yang berhampiran dengan tandas.
Menurutnya keadaan sekolah pendidikan khas di luar bandar amat
jauh berbeza begitu juga dengan tahap kesedaran dalam kalangan
ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa masih kurang faham tentang
pendidikan khas. Jadi menjadi tugas utama guru untuk
meningkatkan keyakinan ibu bapa menghantar anak mereka yang
bermasalah untuk mendapatkan pendidikan khas di sekolah.

27 TAHUN DALAM PENDIDIKAN KHAS


Cikgu Chuah Beng Ean telah melalui pengalaman selama 27
sebagai seorang guru pendidikan khas. Berkhidmat di SMK
Presint 11(1), Putrajaya, beliau telah melihat perubahan yang
ketara bagi Pendidikan Khas sepanjang kerjayanya.
Chuah Beng Ean

Anjakan Ke-16 Julai 2014

Semasa dilantik pertama kali sebagai guru Kurikulum


Pendidikan Khas masih belum mantap. Guru terpaksa
menyediakan peralatan sendiri, malah kelas khas untuk
pendidikan khas tidak disediakan. Bagaimanapun selepas tahun
2000, dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan serta
Kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan dan
Kementerian Sumber Manusia, kurikulum telah ditambah baik.
Dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
mempunyai hala tuju yang jelas terutama mengenai pendidikan
inklusif, guru-guru arus perdana juga bersedia untuk menerima
murid Pendidikan Khas.

Eazie Ezry bin Saufi

Kesedaran dan kefahaman masyarakat khususnya dalam kalangan warga pendidik merupakan elemen terpenting ke arah
memastikan PPPM terlaksana dengan jayanya. PADU melalui Jawatankuasa Penataran Maklumat dan Pengurusan
Perubahan telah menggerakkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman tentang PPPM. Antara
yang telah dilaksanakan ialah Info 5 minit dan mengadakan Sudut PPPM di semua sekolah, institusi pendidikan, PPD dan
JPN. Berikut adalah antara maklum balas yang diterima daripada warga pendidik.

PPPM memang perlu untuk menyediakan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global. Warga pendidik perlu
faham, sedar dan bersedia untuk menjayakannya. Di sekolah kami, saya telah menyampaikan maklumat PPPM ini kepada
semua guru. Apa yang diperoleh daripada PPD atau JPN saya bincangkan bersama di sekolah. Poster-poster PPPM kami
cetak sendiri dan diletakkan di papan kenyataan supaya dapat dikongsi bersama oleh para guru

Pengetua SMK Tg Intan Zaharah,Terengganu


Saya berpendapat PPPM adalah satu pelan yang akan meningkatkan pencapaian akademik para pelajar dan mengubah
arus pendidikan yang sekarang ini kurang memberangsangkan. Bila ada PPPM ini, macam inisiatif guru kita lebih fokus.
Contohnya kesamarataan, dahulu guru kurang memberi tumpuan kepada sesetengah murid. Sekarang lebih sedar dan
perlu pendidikan yang sama rata. Dengan Info 5 minit yang telah kita laksanakan diharap dapat memberi maklumat kepada
kami. Tapi sudut PPPM baru nak dimulakan.

Guru SK Kg Gemuroh, Terengganu


Saya sebagai Pengetua memang bercakap tentang PPPM dalam mesyuarat atau perhimpunan. JPN telah mengarahkan
PPD dan sekolah untuk melaksanakan Info 5 minit. Saya setuju sebab cikgu-cikgu ni tak banyak bertanya. Kita perlu
ulangulang beberapa kali. Guru juga banyak bergantung kepada Pengetua. Nak cari sendiri maklumat memang kurang
sikit.

Pengetua SMK Jenagor, K. Berang


Maklumat PPPM penting untuk menjadi panduan tugas warga pendidik yang memancu pendidikan negara.

Timbalan Ketua JNJK Terengganu


Saya baru dilantik sebagai SISC+. Rasa amat mencabar. Contohnya untuk mengubah minda persepsi guru. Macam saya
ada guru lelaki di kelas yang hujung memang susah nak dengar pandangan kita. Kalau berkaitan dengan PPPM ni
kebanyakan guru besar sahaja yang bertanya dekat kami. Guru-guru jarang.

Guru SISC+
Di sekolah kami setiap hari sebelum masuk kelas maklumat ringkas berkaitan PPPM diadakan melalui pembesar suara.

Guru SK Seri Nilam, kuala Terengganu

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Kementerian Pendidikan Malaysia


Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
info@padu.edu.my
+03 8872 1605

Anjakan Ke-16 Julai 2014

Potrebbero piacerti anche