Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN

FELDA BUKIT APING BARAT


81900 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAZIM

NO TEL / FAX : 07-8910558

_________________________________________________________
Rujukan : JBA3035/600-2/4/15
Tarikh
: 29 JANUARI 2015

Kepada:
Pengawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Kota Tinggi, Johor
(UP

Tuan / Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS SEKALUNG BUDI SELAUT KASIH SEMPENA
PERSARAAN GURU BESAR, PN. ALIJAH BINTI MUHAMMAD
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dimaklumkan bahawa Majlis Sekalung Budi Selaut Kasih sempena persaraan guru
besar, SK Seri Aman akan diadakan seperti berikut:
Tarikh :
15
Februari
2015
Hari :
Ahad
Masa :
Bermula 10.00 pagi
3.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Tuan/puan diminta untuk mengesahkan kehadiran tuan/puan dengan menghubungi En. Nor
Azmi bin Muhammad di talian 012 7830917 sebelum atau pada 9 Februari bagi urusan
tempat duduk dan jamuan makan.
Kerjasama dan kehadiran pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
........................................................
NORAIDAH BINTI MOHAMAD
GPK HEM
SK SERI AMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN


FELDA BUKIT APING BARAT
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAZIM

NO TEL / FAX : 07-8910558

____________________________________________________________
Rujukan : JBA 3035/100-8/1/1/1(60)
Tarikh
: 29 JANUARI 2015

Kepada,
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
PTB 1165, Jalan Bukit Seri Lalang
81900 Kota Tinggi.
(UP : Md Din bin Hussien )
Tuan,
UNDANGAN KE MAJLIS SEKALUNG BUDI SELAUT KASIH
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.
Dimaklumkan bahawa SK Seri Aman akan mengadakan majlis Sekalung Budi Selaut
Kasih sempena persaraan Guru Besar SK. Seri Aman iaitu Puan Alijah binti Muhammad.
3.

Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:


3.1

Tarikh

: 15 Februari 2015

3.2

Hari

: Ahad

3.3

Masa

: 10.00 pagi

3.4

Tempat

: Dewan SK Seri Aman

4.
Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke majlis tersebut sebagaimana tarikh dan masa
yang ditetapkan. Diharapkan dengan kehadiran tuan dapat menyerikan lagi majlis itu nanti.
5.
Kerjasama dan sokongan yang tuan berikan kami dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

......................................................

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN


FELDA BUKIT APING BARAT
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAZIM

NO TEL / FAX : 07-8910558

______________________________________________________________
Rujukan : JBA 3035/100-8/1/1/1(60)
Tarikh
: 29 JANUARI 2015

Guru Besar SK Laksamana,


SK Laksamana, Jalan Bunga Tanjung,
81900 Kota Tinggi, Johor.
Tuan,
JEMPUTAN MEMBUAT PERSEMBAHAN ANGKLUNG DI MAJLIS PERSARAAN
GURU BESAR SK SERI AMAN
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.
Dimaklumkan bahawa SK Seri Aman akan mengadakan majlis Sekalung Budi Selaut
Kasih sempena persaraan Guru Besar SK. Seri Aman iaitu Puan Alijah binti Muhammad.
3.

Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:


3.1

Tarikh

: 15 Februari 2015

3.2

Hari

: Ahad

3.3

Masa

: 10.00 pagi

3.4

Tempat

: Dewan SK Seri Aman

4.
Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini
dengan membenarkan murid yang bernama Mohd Islah Hakim bin Haji Ismail untuk tujuan
tersebut.
5. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

......................................................

Potrebbero piacerti anche