Sei sulla pagina 1di 5

CEA8019/100-6/1/2(11)

Mesyuarat Guru Bil.3/2014

MINIT MESYUARAT GURU AKHIR SESI 2014


Tarikh

: 21 November 2014 (Jumaat)

Masa

: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat

: Bilik Mesyuarat SMK Tanjung Gemok

Pengerusi

: En. Bahaman bin Awang

Kehadiran

: Rujuk Lampiran

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1

En. Bahaman berterima kasih kepada semua guru atas kehadiran dalam mesyuarat pada hari
ini.

1.2

Beliau mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat DG48 kepada En. Ismail bin Dollah dan
En.Rashdan bin Deraman, pertukaran yang berjaya bagi Pn. Salmiah binti Sulong dan Pn.
Norhidayah binti Hamsur, penglibatan guru-guru PT3, SPM dan STPM atas usaha
mengadakan kelas tambahan.
Makluman : Semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Minit mesyuarat guru Bil. 2/2014 dibentang dan disahkan sebulat suara.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1

En. Bahaman bin Awang memaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Kali Pertama untuk sesi
persekolahan 2015 akan diadakan pada 1 Januari 2015 (Khamis).

3.2

En. Bahaman bin Awang memaklumkan Hari Pertama Persekolahan sesi 2015 adalah pada 5
Januari 2015 (Isnin).

3.3

En. Bahaman bin Awang memaklumkan pendaftaran murid Tingkatan 1 adalah pada 4
Januari 2015 (Ahad).

3.4

En. Bahaman bin Awang memaklumkan pendaftaran murid baru Tingkatan 4 adalah pada 5
Januari 2015 (Isnin).
Makluman : Semua guru

3.5

En. Bahaman bin Awang meminta supaya jadual waktu disiapkan sebelum tarikh pendaftaran
murid Tingkatan 1. Beliau juga memaklumkan bahawa jadual waktu perlu disiapkan awal
berikutan pada hari pertama persekolahan, 5 Januari 2015 pengajaran dan pembelajaran sudah
berjalan seperti hari persekolahan biasa.

CEA8019/100-6/1/2(11)

Mesyuarat Guru Bil.3/2014

Tindakan : Guru jadual


3.6

En. Bahaman bin Awang meminta supaya memastikan perabot adalah mencukupi untuk
setiap murid pada sesi persekolahan 2015. Sebuah meja dan sebuah kerusi untuk seorang
murid.

3.7

Beliau juga meminta supaya pada 2 Januari 2015 semua kelas telah disusun dengan meja
kerusi mengikut bilangan murid bagi setiap kelas.
Tindakan : Guru aset

4.0 LAPORAN GURU PENOLONG KANAN


4.1 GPK Pentadbiran
4.1.1 Pengurusan Pentadbiran
4.1.1.1 En. Bahaman bin Awang meminta semua guru menyiapkan tugasan yang telah dinyatakan
dalam lampiran senarai semak akhir tahun 2014.
Tindakan : Semua guru
4.1.2 Pengurusan Kurikulum
4.1.2.1 En. Bahaman bin Awang mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru
Tingkatan 1, 2 dan 3 kerana telah berjaya mencetak dan menghantar Laporan Modul
Perekodan Perkembangan Murid sebelum 21 November 2014.
4.1.2.2 Beliau memaklumkan pada 2 Januari 2015 akan diadakan satu taklimat berkaitan
Pembelajaran Abad 21.
Tindakan : Semua guru
4.1.2.3 En. Bahaman bin Awang memaklumkan secara ringkas kepada semua guru mengenai
Pembelajaran Abad 21, yang lebih memberi penekanan terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran. Beliau juga menyatakan bahawa Pembelajaran Abad 21 adalah satu kaedah
pembelajaran yang membolehkan murid mentafsir data dan boleh membuat unjuran.
Kaedah pengajaran haruslah bersesuaian dan dipertingkat bagi mencapai objektif
Pembelajaran Abad 21.
Makluman : Semua guru
4.2 GPK Hal Ehwal Murid (HEM)
4.2.1

En. Ton Baiduri bin Ton Zainal meminta semua guru kelas mengemas kini buku kedatangan
murid dan meminta semua guru menyiapkan tugasan yang telah dinyatakan dalam lampiran
senarai semak akhir tahun 2014.
Tindakan : Semua guru

CEA8019/100-6/1/2(11)

Mesyuarat Guru Bil.3/2014

4.3 GPK Kokurikulum


4.3.1

En. Zulkarnain bin Mohamed mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam
aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2014 yang telah banyak mengharumkan nama sekolah
dalam setiap penyertaan dan kejayaan yang dicapai diperingkat negeri, daerah dan sekolah.

4.3.2

En. Zulkarnain bin Mohamed memaklumkan pada tahun 2015, unit kokurikulum akan
menggunakan sistem aplikasi pengurusan sukan sekolah (PRESS).

4.3.3

En. Zulkarnain bin Mohamed memaklumkan SMK Tanjung Gemok telah dicadangkan
sebagai sekolah yang menjadi gelanggang serba guna pada tahun 2015. Mesyuarat berkenaan
gelanggang serba guna tersebut telah dihadiri oleh En. Rashdan bin Deraman dan En. Mohd
Syawaludin bin Osman.
Makluman : Semua guru

5.0 LAIN-LAIN
5.1

Ustazah Sarimah binti Hj. Mohd Rapiee memaklumkan supaya nama murid dan kelas dalam
buku pendaftaran dilengkapkan oleh setiap guru kelas. Nama murid yang tidak lengkap dan
ketiadaan nama kelas menyukarkan pihaknya untuk membuat laporan bagi setiap bulan.

5.1.1

Pn. Juliana binti Saidon turut memaklumkan perkara yang sama iaitu semua guru kelas perlu
menulis nama dan no. kad pengenalan murid dengan betul dan lengkap dalam buku
pendaftaran murid. Hal ini adalah penting untuk semua urusan rasmi yang memerlukan
maklumat diri dan data murid.
Makluman : Semua guru kelas

5.2

Ustazah Sarimah binti Hj. Mohd Rapiee memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tingkatan
1 adalah pada 4 Januari 2015. Beliau juga meminta mana-mana guru yang tidak dapat hadir
semasa hari pendaftaran Tingkatan 1 memaklumkan kepada beliau untuk proses
pengagihan tugas semasa hari pendaftaran tersebut.
Makluman : Semua guru

5.3

En. Abdul Rahim bin Mat Saad memaklumkan bahawa penyerahan buku teks akan mula
diserahkan kepada murid pada 4 Januari 2015, bersamaan dengan Hari Pendaftaran Murid
Baru Tingkatan 1. Beliau memaklumkan juga bahawa, setiap guru kelas dikehendaki
mengambil buku teks bagi setiap kelas dan turut disertakan dengan Borang-G.
Tindakan : Semua guru kelas

5.3.1 En. Bahaman bin Awang mencadangkan supaya pihak SPBT membuat jadual waktu
penyerahan buku teks bagi semua tingkatan untuk memudahkan proses penyerahan
tersebut.
Tindakan : Guru SPBT
5.4

Pn. Siti Suriani binti Saad memaklumkan bahawa terdapat penambahan dalam PPPM.
Penambahan tersebut melibatkan cara guru dalam menilai prestasi murid. Oleh itu, guru
perlu memahami dengan baik dan jelas modul PPPM.

CEA8019/100-6/1/2(11)

5.4.1

Mesyuarat Guru Bil.3/2014

Pn. Siti Suriani binti Saad memaklumkan bahawa pada tahun hadapan akan disediakan satu
software bagi mencetak slip PBS bagi semua mata pelajaran dalam satu salinan.
Makluman : Semua guru

5.4.2.

Pn. Siti Suriani binti Saad memaklumkan bahawa keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3) akan dikeluarkan pada 23 Disember 2014. Oleh itu, semua guru kelas bagi tingkatan
diwajibkan hadir bagi urusan penyerahan slip keputusan kepada murid kelas masingmasing.
Tindakan : Guru Kelas Tingkatan 3

5.5

Ustazah Hanizan binti Harun mengusulkan supaya capaian internet di bilik guru ditambah
baik dan dipertingkat bagi memudahkan semua guru melaksanakan tugasan pengurusan
yang memerlukan capaian internet.

5.5.1

En. Bahaman bin Awang mencadangkan guru ICT iaitu En. Mohd Zul Afzan bin Zainal
Abidin menyelesaikan masalah tersebut.
Tindakan : Guru ICT

5.6

En. Nor Mahidin bin Mat Saad memaklumkan supaya kelas-kelas yang bocor di bangunan
pejabat dibaiki. Hal ini bagi membolehkan kelas-kelas tersebut dapat digunakan untuk
Pengajaran dan Pembelajaran pada tahun hadapan.
Tindakan : Pihak Pengurusan

5.7

En. Badrul Hisham bin Abu Bakar meminta semua guru kelas menyerahkan senarai nama
murid yang tidak membayar yuran PIBG.

5.7.1

Pn. Rosni binti Md. Jaafar mencadangkan supaya tindakan yang sewajarnya dikenakan
kepada murid yang tidak menjelaskan yuran, khususnya yuran bercetak. Rekod senarai
nama murid yang belum menjelaskan yuran tersebut telah pun diserahkan.
Makluman : Semua guru

5.8

En. Ronnie Anak Kamon melaporkan laporan KGSK. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana telah memeriahkan majlis makan malam guru-guru SMKTG,
Malam Sehati Sejiwa. Beliau juga memohon maaf di atas segala kekurangan pada majlis
tersebut.

5.8.1 En. Ronnie Anak Kamon membubarkan AJK KGSK tahun 2014.
Makluman : Semua guru
6.0 PENUTUP
6.1

En. Bahaman bin Awang mengucapkan terima kasih atas perhatian guru-guru dalam
mesyuarat pada kali ini.

6.2

En. Bahaman bin Awang mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru.

6.3

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

CEA8019/100-6/1/2(11)

Mesyuarat Guru Bil.3/2014

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..................

NURFADZLIANA BINTI MAJDI

TUAN HAJI MD NASIR BIN MUDA

Penolong Setiausaha Mesyuarat Guru,

Pengetua,

SMK Tanjung Gemok

SMK Tanjung Gemok

Potrebbero piacerti anche