Sei sulla pagina 1di 27

Maktab

Rendah Sains Mara Kuala Klawang


Jalan Titi ,
71600 Jelebu , Negeri Sembilan

JURUTERA ELEKTRIK
NAMA
IRFAN NAFIZ BIN MAZDI FAIZAL
NO MAKTAB
144033

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Tantie Syuhainy Binti Ismail
dan Mazdi Faiza Bin Silong di atas sokongan moral dan kewangan
yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan
menyempurnakan folio ini.

Tidak ketinggalan juga kepada guru kaunseling saya


iaitu Cikgu Johari dan Cikgu Farid telah memberi segala
bimbingan dan tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang
amatberguna. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada
Pengetua MRSM Kuala Klawang , Tuan Haji Ahmad Tajuddin
kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menjalankan
kerja lapangan serta menggunakan segala peralatandan
kemudahan yang diperlukan dalam menjalankan Folio ini.

Akhir sekali kepada Encik Mohd Fadhli Bin Nasir, selaku


jurutera elektrik kerana saling membantu dalam mendapatkan
maklumat-maklumat yang diperlukan.

Latar Belakang Kerjaya

Kerjaya jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa


jurutera,siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek
seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan
kilang? Malah tugas merekameliputi kajian dan pembangunan, pembinaan,
penyenggaraan dan pengawalan,pengeluaran, perundingan, pengurusan serta
latihan.

Apa itu kejuruteraan?


Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan
matematikuntuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan itu
digabungkandengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya
menggunakan bahan dansumber semula jadi. Jurutera ialah individu yang
terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau
terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraanseperti jurutera awam,
elektrik dan kapal terbang.Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai
komposisi sesuatu produk dan struktur,mengubah idea-idea baru kepada
realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia,
memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan
menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi


pengajian tinggi tempatan atau luar negara.Di antara pengkhususan itu ialah
kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem,kimia, proses, sumber asli,
mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan,telekomunikasi dan
pertanian. Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang
tinggi terhadap profesion ini.

Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai


jurutera di akhbar-akhbar tempatan. Walaupunkerjaya ini mencabar, ia
mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan
imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar
untukmenceburi kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan


1. Meminati profesion ini
2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
3. Mempunyai kemahiran komputer
4. Tekun dan bekerja keras
5. Mempunyai keinginan untuk Berjaya
6. Seorang yang dinamik

7. Dapat bekerja secara berkumpulan

Pengajian Bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik


Bidang ini juga ditawarkan diperingkat sijil hingga ke PHD, Kadangkala
pakej pembelajaran yang disediakan berlainan mengikut universiti. Kebiasaanya
universiti akan menawarkan 3 program yang popular dibawah bidang
kejuruteraan elektrik dan elektronik ini seperti :
Kejuruteraan Elektronik

Mikroelektronik adalah pembelajaran berkisarkan analisis litar elektronik


dan rekabentuk bentangan dan digital termasuk semikondukter, peralatan dan
litar skala elektronik bersepadu.

Komputer adalah pembelajaran berkenaan organisasi komputer, rangkaian


komputer, rekabentuk mikroproses, pemprosesan isyarat digit dan perisian selari.

Perhubungan pula pembelajaran teori dan sistem perhubungan, antenna


dan perambatan, mikrogelombang, radar dan satelit.

Tempoh pembelajaran bagi diploma adalah 3 tahun manakala ijazah adalah


tahun.

Kejuruteraan elektrik

Pembelajaran melibatkan penjanaan kuasa, penghantaran, pengagihan dan


penggunaan, mesin elektrik, analisis, rekabentuk, aplikasi dan kestabilan sistem
elektrik dan elektronik.

Tempoh pembelajaran bagi diploma adalah 3 tahun manakala ijazah pula


tahun.

Kejuruteraan Mekatronik

Pembelajaran melibatkan rekabentuk dan kawalan pemacu robot, sensor


dan Transducer robot dan elektronik kuasa.

Kerjaya masa depan

Bagi lepasan bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik ini mempunyai


prospek kerjaya seperti di sektor kerajaan, badan berkanun dan swasta.

Memenuhi sektor pembuatan dan perindustrian, telekomunikasi , teknologi


maklumat komputer, mikroelektronik, dan peralatan, penjanaan dan pengagihan
kuasa.

Jurutera proses pembuatan, jurutera rekabentuk, penyelidik dan jurutera


kualiti.

Jurutera rekabentuk di TNB, JKR, TM net, Kilang pembuatan elektrik.

Gaji Jurutera Elektrik (Malaysia)


Sektor Awam ; Gaji permulaan sekitar RM 2,600.00/bulan. Paling
maksima ialah gaji Ketua Pengarah Kerja Raya sekitar RM 20,000/bulan
termasuk elaun.
Sektor swasta:
Kontraktor, Perunding, Industri Tempatan: Gaji permulaan RM
2,000.00.Maksima bergantung kepada pengalaman dan adakah
anda merupakan ASET kepada majikan.
Syarikat Automobil tempatan: Permulaan RM 2,500.00
Syarikat Petroleum tempatan : RM 3,500.00. Maksima bergantung
kepada pengalaman dan bidang tugas.
Syarikat Petroleum antarabangsa : RM 5,000.00. Maksima
bergantung kepada pengalaman dan bidang tugas.

Gaji Jurutera Elektrik (Antarabangsa)

Keperluan/Kelayakan
Sijil Pelajaran Malaysia
1. Warganegara Malaysia ; dan
2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf dengan
mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa
Melayu

3. Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat sekurangKurangnya EMPAT (4) kepujian (Gred C) dalam setiap mata pelajaran
berikut :

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik

Dan salah satu (1) dari mata pelajaran berikut:

Kimia
Biologi
Sains
Sains Tambahan / Sains Gunaan
Teknologi Kejuruteraan
Prinsip Elektrik dan Elektronik
Aplikasi Elektrik dan Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Pemesinan Berkomputer
Automotif Elektrik dan Disel
Lukisan Kejuruteraan
Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta

4. Lulus sekurang-kurangnya (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

5. Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan
kerja amali.

Universiti Tempatan & Kursus Kejuruteraan yang diiktirah Lembaga


Jurutera Malaysia (BEM)

1) Curtin University of Technology, Sarawak Campus Malaysia


2) International Islamic University Malaysia (IIUM)
3) KDU College, Penang Campus
4) Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC)
5) Multimedia University (MMU), Kampus Cyberjaya
6) Multimedia University (MMU), Kampus Melaka
7) Monash University in Malaysia
8) Swinburne University of Technology Sarawak
9) The Asian Institute of Medicine, Science and Technology University (AIMST)
10) The University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC)
11) UCSI University
12) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pulau Pinang
13) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
14) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
15) Universiti Malaya (UM)
16) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
18) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
19) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

20) Universiti Selangor (UNISEL)


21) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
22) Universiti Putra Malaysia (UPM)
23) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
24) Universiti Sains Malaysia (USM)
25) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kuala Lumpur
26) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Perak
27) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
28) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
29) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
30) Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Bidang Pengkhususan dan Kelayakan yang bersesuaian

1. KEJURUTERAAN AWAM
Ijazah / Diploma dalam bidang :1. Kejuruteraan Awam
2. Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
3. Teknologi Berasaskan Kayu
4. Seni Bina
5. Ukur Bahan
6. Kejuruteraan Alam Sekitar
7. Perancang Bandar dan Wilayah
8. Ukur Tanah
9. Pengurusan Fasiliti
10. Kemahiran Awam Pembinaan
11. Landskap dan Pengurusan Nurseri
12. Reka Bentuk Dalaman
13. serta lain-lain kelayakan berkaitan.
2. KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Ijazah / Diploma dalam bidang :1. Kejuruteraan Elektronik Perubatan
2. Kejuruteraan Elektronik dan Elektronik
3. Kejuruteraan Elektrik
4. Kejuruteraan Elektronik Kawalan
5. Kejuruteraan Elektronik Komputer
6. Kejuruteraan Elektrik Petroleum
7. Kejuruteraan Elektronik Petroleum
8. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
9. Optoelektronik
10. Kejuruteraan Elektronik
11. serta lain-lain kelayakan berkaitan

4. KEJUTERAAN MEKANIKAL
Ijazah / Diploma dalam bidang :1. Diploma Lanjutan Mekanikal Automotif
2. Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal
3. Kejuruteraan Mekanikal Loji
4. Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan
5. Kejuruteraan Mekanikal Penyaman Udara dan Penyejukbekuan
6. Kejuruteraan Mekanikal Pertanian
7. Kejuruteraan Mekanikal Pembungkusan
8. Kejuruteraan Mekanikal Plastik
9. Kejuruteraan Mekanikal Tekstil
10. Kejuruteraan Mekanikal Bahan
11. Kejuruteraan Mekatronik
12. Kejuruteraan Mekanikal Reka Bentuk Produk
13. Kejuruteraan Mekanikal Pengautomatan
14. Kejuruteraan Mekanikal Reka Bentuk Pembuat Auto
15. Kejuruteraan Mekanikal Petroleum
16. Kejuruteraan Kimia dan Proses
17. Kemahiran Penyelenggaraan
18. Automatif
19. Teknologi Pembuatan Bersepadu
20. serta lain-lain kelayakan berkaitan

Prospek Kerjaya

BIDANG KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR


Kerjaya sebagai Jurutera atau Pembantu Teknik yang bertanggungjawab
dalam merekabentuk, membina dan menyelia pembinaan struktur seperti
bangunan, jambatan, empangan, lebuhraya, lapangan terbang, pelabuhan,
kemudahan rawatan air, rangkaian paip agihan air bersih, sistem
pembentungan dan rawatan sisa air, kemudahan saliran serta tapak-tapak
pelupusan sisa pepejal & sisa berbahaya.

BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK


Kerjaya sebagai Jurutera atau Pembantu Teknik dalam pelbagai industri seperi
telekomunikasi (elektronik perhubungan), sektor perkilangan dan pembuatan
(pengalatan & kawalan, mekatronik), industri kesihatan (elektronik
perubatan), industri komputer dan teknologi maklumat (sistem maklumat dan
kejuruteraan komputer) mengikut pengkhususan masing-masing

BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN


Kerjaya sebagai Jurutera atau Pembantu Teknik dalam sektor perkilangan,
pemprosesan, loji kuasa (mekanikal); industri pemprosesan, penjanaan kuasa
dan selenggaraan bangunan (loji); industri besi dan keluli serta plastik dan
seramik (bahan) mengikut pengkhususan masing-masing selain daripada
bekerja sebagai pendidik,penyelidik atau perunding.

BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA


Kerjaya sebagai Jurutera Perisian, Juruanalisis sistem, Perunding Sistem,
Pentadbir Sistem, Pengurus Projek dan Pengaturcara Perisian (Kejuruteraan
Perisian); Juruanalisis Aturcara, Penyepadu Sistem, Pakar MIS, Pentadbir
Pengkalan Data dan Perunding Pengurusan (Sistem Maklumat); Pembangunan
Sistem Multimedia, Pereka Grafik, Animasi, Pengaturcara Multimedia
(Teknologi Grafik & Multimedia); Perunding Rangkaian, Pentadbir Rangkaian
dan 'Web Master'.

BIDANG PENDIDIKAN TEKNIKAL


Kerjaya sebagai guru-guru teknikal dan vokasional yang lebih fleksibel dan
profesional serta memiliki pelbagai latarbelakang pengkhususan teknikal di
samping pendidikan yang boleh menyumbangkan kepakaran dalam kerja-kerja
pengajaran & pembelajaran berteknologi terkini, penyelidikan dan
perundingan.

BIDANG PENGURUSAN TEKNOLOGI


Kerjaya sebagai Pengurus Teknologi di sektor awam dan swasta di peringkat
pengurusan dan eksekutif mengikut bidang pengkhususan masing-masing.
Antara bidang yang berkaitan adalah pembangunan dan pembinaan harta
tanah, penyelidikan, firma perundingan, perbankan, penilaian dan
pentaksiran harta tanah, perancangan ekonomi tanah, pengurusan projek,

Superintendent, Meterial Representative, Pengurus Operasi, Production


Planning and Control Executive dan Safety and Operation Officer.

Universiti Antarabangsa Bidang kos Kejuruteraan

1. Masschussets Institute of Technology (MIT), US


2. Stanford University, US
3. University of California, Berkeley, US
4. California Institute of Technology (Caltech), US
5. Princeton Univeristy, US
6. University of Cambridge, UK
7. University of Oxford, UK
8. ETH Zurich Swiss Federal Institute of Technology Zurich, Switzerland
9. Imperial College London, UK
10. University of California, Los Angeles (UCLA), US

Temuduga

Kerjaya pilihan yang telah dikenalpasti : Jurutera elektrik


Orang yang ditemubual:

1.
2.
3.
4.
5.

Nama orang yang diwawancara: Muhd Fadhli Bin Nasir


Jawatan yang disandang : Senior Engineer
Nama syarikat: Sony EMCS Malaysia SDN BHD
Tarikh : 9 Januari 2015
Telah dihubungi : 26 Disember 2014

Apakah cita cita asal anda?


Seorang Guru
Apakah persediaan / kelulusan yang diperlukan untuk memasuki
bidang yang anda buat sekarang?
Diploma/Ijazah/Master Asas Kejuruteraan dan Kejuruteraan

Elektrik
Apakah yang anda lakukan semasa bekerja setiap hari?
1. Memastikan pengeluaran produk berjalan dengan lancar.
2. Mengenalpasti masalah kualiti produk dan karenah para
pelanggan,
3. Melakukan penambahbaikan pada proses pengeluaran

produk.
Apakah kelebihan/keseronokan utama dan apakah beban-beban
berat tugas anda?
1. Kelebihan: Mengkukuhkan skill kejuruteraan dan
pengurusan serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman.
2. Beban: Menyelesaikan masalah teknikal dalam waktu

terhad dan tekanan daripada pihak pngurusan.


Adakah peluang cerah/tidak untuk pekerjaan hari ini dan masa
depan?
Ya. Peluang sangat cerah serta manceburi bidang yang mencabar

dan seronok.
Bagaimanakah pekerjaan anda memberi kesan kepada cara hidup
anda?
Seorang jurutera perlulah kemas , masa lapang untuk diri sendiri
dan keluarga perlu dirancang. Hidup bermasyarakat agak kurang
aktif dan hidup sebagai seoraang jurutera mengajar hidup
bersistem dan berdisiplin.

Berapakah pendapat anda sebulan?


RM5000 dan ke atas (tidak dispesifikkan)
Apakah lain-lain pekerja yang membolehkan anda menggunakan
kemahiran yang sama?
Perniagaan , Pengurus Pemasaran , Pensyarah dan Pengarah
Syarikat

Apa nasihat anda untuk saya jika saya berminat dalam bidang
yang sama?
1. Jujur dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan .
2. Mementingkan kualiti dan sentiasa beramal dengan ilmu.
3. Belajar dan memenuhi kriteria sebagai seorang jurutera
yang cemerlang dan berkaliber.

Potrebbero piacerti anche