Sei sulla pagina 1di 8

MESYUARAT AGONG PIBG 2014

TARIKH

27HB FEB 2014

HARI

KHAMIS

TEMPAT

DEWAN SKBT

MASA

2.30 PM

1. Ucapan YDP
-Ibu bapa bersama guru memainkan peranan memastikan murid belajar dan
membuat kerja rumah
-Hampir 8 tahun menjadi YDP beliau memohon maaf sekiranya ada program PIBG
yang tidak dapat ditunaikan semasa beliau menerajui PIBG.
-Kejayaan sesebuah PIBG sebenarnya memerlukan sokongan dan bantuan ahli-ahli
yang lain umpama sebatang lidi penyapu jika bersatu kita akan kuat.
-Perjumpaan ibubapa dgn guru-guru contohnya program sembahyang hajat bukan
sahaja libatkan ibu bapa dan pelajar Tahun 6 sahaja tetapi semua murid-murid SK
Bukit Tunggal. Semuga dengan penyatuan ini doa kita menjadi lebih kuat.
2.Ucapan Guru Besar
LINUS
- Bagi tahun 2013 pencapaian LINUS ialah 100% kerana semua murid melepasi
saringan LINUS.
-KPI memastikan murid setiap tahap menguasai kemahiran asas.
-KPI guru PRA,Tahun 1,Tahun 2,Tahun 3,Tahun 4 dan Tahun 5 telah tercapai.
KOKURIKULUM
-2 hingga 3 tahun kebelakangan ini,SK Bukit Tunggal telah mencapai kejayaan
dalam bidang olahraga.
-Baru-baru ini memenangi 3 emas,2 perak dan 3 gangsa dalam sukan peringkat zon
Jementah
- Peserta Lompat Jauh (L) bawah 10 dan 12 sert Lompat Jauh (P) bawah 12 telah
memenangi pingat emas.
-Peserta Lompat Jauh (P 10),100m (L10) dan 100m(L12) memenangi pingat perak.

-Peserta Lompat Jauh (P10), Lompat Jauh(P12)


-Wakil sekolah Zuhairi telah melepasi rekod dalam acara Lompat Jauh pada
temasya olahraga MSSK
Iaitu dengan jarak 4.4 mengatasi rekod lama 3.9.
-Bagi sukan sekolah-sekolah SKM negeri Johor kedua-dua wakil sekolah Mohamad
Zuhairi dan Shafiqah telah menjadi Johan Lompat Jauh
-Bagi kehadiran murid ke sekolah setiap hari amatlah membanggakan dengan
pencapaian kehadiran sebanyak 94.5 %-100%.

BANTUAN PERSEKOLAHAN
-Bantuan-bantuan persekolahan seperti biasa seperti RMT dengan kelayakan
pendapatan perkapita RM130 dan nilai RMT ialah RM2.50. Bagi murid Pra sekolah
nilai telah ditambah daripada RM1.80 ke RM2.00.
-Bantuan KWAMP kelayakan pendapatan ialah RM730.00 ke bawah dan 20 orang
murid sekolah ini layak mendapat KWAMP.
-Bantuan awal persekolahan setiap murid ialah RM22.50.
-Bantuan awal persekolahan RM100.00 bagi setiap murid juga telah diterima.

PROGRAM SEKOLAH
-Kementerian Pelajaran dalam usaha melestarikan sistem pendidikan supaya
system pendidikan kea rah bertaraf dunia dan dapat bersaing dengan negara lain.
- Terdapat Sarana sekolah/sarana ibubapa/NGO dan badan berkanun yang lain.
-Sarana SKM ialah meningkatkan pencapaian murid di mana sekolah SKM boleh
bersaing dengan sekolah-sekolah besar dan boleh mengatasi mereka dan mendapat
anugerah New Deal contohnya seperti SK Tebing Tinggi dan SK Tambang.
-Banyak program telah dijalankan di sekolah seperti Sekolah Penyayang,Mento
Mente,Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) danC-Partner.
-Sistem maklumat juga di hujung jari seperti Hermis,E-Operasi dan lain-lain.
-Pengisian data atas talian PBS ditangguhkan buat sementara.
-Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Pra Sekolah dan Jawatankuasa Ibubapa
Tahun 6 telah pun ditubuhkan di sekolah ini.

KEMUDAHAN SUKAN
-Cadangan membina padang Futsal telah di bawa ke pengetahuan PPD dan akan
dipertimbangkan.
-Sekolah amat memerlukan astaka yang boleh digunakan oleh murid-murid
berlindung dan berehat
Selepas sukan dan aktiviti. Guru Besar memohon jasa baik En Zahari bagi pihak
ahli PIBG memanjangkan permohonan astaka kepada Yang Berhormat.

UCAPAN ENCIK ZAHARI BIN SARIP


-Mengulas-setuju dengan mantan YDP bila mesyuarat ramai ibu yang hadir secara
kebetulan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru dimulakan dengan perkataan ibu sebab
itulah ramai ibu yang hadir dibandingkan dengan bapa.
-Tertarik dengan pencapaian sekolah walaupun SKM dengan murid seramai 55 orang
tetapi pencapaian cemerlang dalam bidang sukan dibandingkan dengan sekolah yg
mempunyai ramai murid.
-Pernah sebuah sekolah SKM dengan murid berjumlah 70 orang dan 11 orang guru
telah berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan dalam acara lompat tinggi.
-Potensi 2 pelajar berjaya di peringkat negeri tahniah kepada penduduk Kg Bukit
Tunggal akhirnya doa ibubapa yang memainkan peranan.
-Ada ibu bapa yang telah berusaha dan berdoa tetapi tidak berjaya itulah qada dan
qadar ada hikmah lain yang Allah tunjukkan mungkin bukan dalam pendidikan
tetapi kejayaan hidup.
-Ibu bapa perlu member pandangan terhadap guru begitu juga sekolah perlu
menerima pandangan.
-Teknik penyampaian untuk penambahbaikan haruslah disampaikan secara
berhemah begitu juga dengan pihak sekolah menyampaikan apa yang berlaku di
sekolah perlu berhemah kerana sebagai insane biasa kita mempunyai ego dan
kelemahan masing-masing.
-Perbincangan perlu ada untuk guru-guru berubah untuk peningkatan.

-Sarana SKM sekolah luar bandar setaraf dengan sekolah besar dan kadangkala
lebih baik daripada sekolah besar. Cnthnya SK Tambang,SK Mensudut Pindah dan
SK Tebing Tinggi yang pernah dianugerahkan New Deal.
-Encik Zahari menyatakan beliau suka dan bangga hadir ke SKM. Sekolah kecil lebih
mudah menjalinkan hubungan seperti SK Spang Loi, sekolah kurang menggunakan
kos kerana ibu bapa member sumbangan sekoalh hanya mengeluarkan alatulis dan
saguhati penceramah.
-Anak-anak ke sekolah pada hari ini semuanya hamper percuma dibandingkan
dengan zaman dahulu semuanya mesti dibeli. Oleh itu tiada masalah untuk
menghantar anak ke sekolah. Pastikan anak tekun belajar dan menitikberatkan
persekolahan mereka.Jika anak balik rumah mengatakan tiada kerja rumah ada dua
perkara yang mungkin berlaku pertamanya anak cuba kelentong atau keduanya
guru memang tidak member kerja rumah.
-Bagi menambahbaik program sukan beliau setuju permintaan astaka tersebut dan
akan dibawa kepada ahli parlimen. Beliau juga setuju member bantuan berbentuk
alat sukan bernilai RM2,000.00.
-Diharap ibu bapa dapat memberikan pandangan yang baik kepada sekolah.
Beberapa program boleh diadakan yang melibatkan ibu bapa dan sekolah seperti
kelas asas Bahasa Inggeris untuk ibu bapa seperti yang dilakukan oleh SK Palong
Timur 2 atau kursus motivasi,ceramah maulidurrasul dan Hari Keluarga.

MESYUARAT AGONG PIBG 2014


Mantan YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa.
Encik Amirul mencadangkan minit mesyuarat Agong 2013 disahkan dan disokong
oleh Puan Anne Mariana.
Perkara berbangkit:
1.YB telah menyumbang computer sebanyak 10 buah.
2.Permohonan Gelanggang Serbaguna telah digantikan dengan Pondok Bacaan.
Kewangan:
(Rujuk buku program)
Encik Halim menanyakan jumlah kutipan yuran PIBG bagi tahun 2014.
Jumlah kutipan ialah sebanyak RM1560 (termasuk PRA sekolah) untuk seramai 52
keluarga dan dipersetujui sebanyak RM30.00 bagi setiap keluarga.

Bagi kutipan Januari 2014 ialah sebanyak RM1320.00 bagi 44 keluarga.


Encik Amirul mencadangkan penyata kewangan mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Mohd haziman.
Program tahun lepas:
-Sukan,solat hajat dan maulidurrasul dapat dijalankan dengan lancer dan mendapat
kerjasama yang baik daripada guru-guru dan ibu bapa.
Keikhlasan itu penting dalam menjalinkan hubungan.
-Encik Halim melepaskan jawatan sebagai ajk dan jika terpilih akan sebulat suara
menolak. Diharap dapat memilih mereka yang berkomitmen dan mempunyai masa
dan bukan yang hanya pandai bercakap di luar. Sesiapa sahaja yang akan dilantik
akan disokong.
-Jika calon tidak hadir maka tidak boleh dicalonkan.
- Pn Anne Mariana mencadangkan En Mohd Haziman Bin Basir sebagai YDP baru
untuk penggal ini dan disokong oleh En Amer Ifthikaruddin.
-Pn Anne mencadangkan En Fadhli
-En Amirul mencadangkan Encik Halim dan disokong oleh En Fadhli.
-Lantikan Jawatankuasa baru:
YDP

-En Mohd Haziman Bin Basir

Naib YDP

-En Mohd Fadhli

AJK (guru)
Setiausaha

-En Mohd Fahmi

Bendahari

-Pn Norhayati Che Salam


Pn Rafidah Kadhli
Pn Norbaya Nordin
En Dayarau a/l Ramanaidu

Cadangan AJK yang lain:


Pn Anne mencadangkan En Abd Rashid dan disokong oleh Pn Norhayati che Salam.
En Abd Rashid mencadangkan En Jamal Bin Batong disokong oleh En Amer.

En Rashid juga mencadangkan Pn Fatmawati Bt Bidin dan disokong oleh Pn


Mahanom
En Jamal Batong
En Abd Rashid B. Md Dah
Pn Fatmawati Binti Bidin
En Halim mencadangkan dirinya dan en Rosli Bin Abu sebagai AJK.

-Pemeriksa kira-kira :

Pn Aziah Binti Mohd Nor

Pn Arbayah Binti Ahmad


-En Halim Bin Bacok sebagai pengerusi sementara mengucapkan terima kasih dan
tahniah kepada AJK yang telah dilantik.
USUL :
1.Perkembangan pelajaran anak-anak- Hari bersama pelanggan. Perjumpaan ibu
bapa dan guru perlulah diadakan . Surat untuk ibu bapa yang mempunyai anak
yang bermasalah.
2.Dicadangkan untuk ditanam kelapa sawit di kawasan sebelah sekolah yang akan
diusahakan oleh AJK PIBG. Kelapa sawit boleh mengeluarkan hasil dalam
jangkamasa 3 tahun.
3.Bagi MSSK SKM mendapat bantuan sebanyak RM20.00.
4.Plan cadangan untuk pembinaan surau belum lagi diadakan.
Pandangan Guru Besar:
1. Dalam majlis perjumpaan ibu bapa dan guru bagi Tahun 6 satu jawatankuasa
permuafakatan telah ditubuhkan. Begitu juga dengan pra sekolah satu majlis
permuafakatan ibu bapa telah ditubuhkan.
-akan diperluaskan untuk Tahun 5 dan Tahun 4
-Ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah telah dipanggil ke sekolah tetapi
masih juga tidak berubah.
-Dailog selepas peperiksaan adalah lebih sesuai.

2.Surau/Gelanggang Futsal
-Sudah ada sumbangan
-Membina bangunan baru di tanah kerajaan perlu kebenaran KPM . Perkara ini akan
dibawa oleh Guru Besar ke pengetahuan PPD.
-Secara dasar PPD telah bersetuju dengan pembinaan gelanggang futsal tetapi
perlu juga difikirkan masalah keselamatan kerana kawasan sekolah akan terbuka
kepada orang kampung.

3.Tanah di sebelah kawasan sekolah


-Meminta jasa baik YB untuk mendapatkan dana bagi kawasan tanah di sebelah
sekolah. En Muhamad akan berusaha untuk meminta bagi pihak sekolah. Dana
berkenaan juga boleh digunakan untuk kebajikan anak-anak SKBT.

UCAPAN YDP BARU DILANTIK (EN MOHD HAZIMAN)


-Kita ada tanggungjawab dengan persatuan PIBG
-Beliau masih terlalu baru dan belum berkemampuan mentadbir PIBG. Beliau
memohon jasa baik ibu bapa memilih En Fadli sebagai YDP.
-Mantan YDP tidak bersetuju dengan kenyataan En Haziman. Beliau berharap YDP
yang baru ini menerimalah lantikan ini. Ini semuanya takdir dan jika niat hendak
belajar insyaallah boleh.
Kita hendaklah bergerak dalam satu keluarga dan bersatu hati. Ambillah ia sebagai
tugas bersama.
-Guru Besar- Satu kepercayaan semua kepada AJK yang baru. Kita hendaklah
bersama sebagai satu keluarga .
-Pn Anne- AJK hendaklah bersama-sama memikul tanggungjawab yang baru dan
mestilah disokong oleh yang lama sebab masing-massing ada amanah di sekolah
ini. Tidak perlu bimbang YDp tidak akan keseorangan malah akan dibantu oleh
yang lain.
-YDP En Haziman akhirnya akur dan berterima kasih di atas lantikan dan kata-kata
semangat. Beliau menerima lantikan ini dan mohon semua dapat membantu beliau
mentadbir PIBG SK Bukit Tunggal.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.20 petang.