Sei sulla pagina 1di 15

UNIT

HAL EHWAL MURID


SKTM

PROGRAM
SEKOLAH SELAMAT

ELEMEN SEKOLAH SELAMAT 2012


1.
Keselamatan pelajar pergi balik sekolah.
2.
Keselamatan warga sekolah.

DEFINISI
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai
persekitaran sekolah yang selamat di mana
warga sekolah merasa selamat tanpa
gangguan daripada mana-mana pihak sama
ada dari dalam ataupun luar sekolah.

MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah
dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan keluarga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF
1
2
3

4
5
6
7
8
9

Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi


sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan
malapetaka.
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan
dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di sekolah.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan
menyeronokkan.
Memastikan hak setiap warga sekolah dipertahan dan dijaga.
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di
kalangan warga sekolah.
Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang
secara positif kepada sekolah.

RASIONAL
1
2

3
4

Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan


jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu
keselamatan fizikal, social, emosi dan teknikal. Justeru,
polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan
masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi
keselamatan.
Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan
amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

FUNGSI JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT


1.
2.

3.
4.
5.
6.

Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua


warga sekolah.
Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak
komuniti dan keluarga.
Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua
warga sekolah dan komuniti setempat.
Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli
komuniti akan prosedur keselamatan yang ada.
Memastikan kesedaran wujud di kalangan semua pihak
akan isu Sekolah Selamat.
Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar
dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa.

POLISI 1
KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH
DEFINISI
Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan selamat semasa pergi dan balik
sekolah.
OBJEKTIF
1
Menghindari kemalangan yang melibatkan murid semasa pergi dan
balik sekolah.
2
Mendisiplinkan murid-murid melalui peraturan di jalan raya.
3
Mengenalpasti laluan ke sekolah.
4
Membekakan maklumat tentang undang-undang dan peraturan
jalan raya.
5
Membimbing dan menekankan amalan berhemah ketika berada di
jalan raya.

KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH


PERANAN IBU BAPA
1
2
3
4
5

Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pentingnya


menjaga keselamatan diri ketika pergi dan balik sekolah.
Mengingatkan anak-anak supaya sentiasa berhemah ketika
menggunakan jalan raya.
Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan laluan yang
selamat.
Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak-anak berada
dalam keadaan yang baik.
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan program
Keselamatan Jalan Raya.
Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut
orang yang tidak dikenali.

POLISI 2
KESELAMATAN WARGA DI SEKOLAH
DEFINISI
Semua warga sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat sewaktu di sekolah.
OBJEKTIF
1
Mengenalpasti jenis kemalangan yang sering berlaku di kawasan sekolah.
2
Memberi kesedaran kepada warga sekolah bagaimana mengelakkan kemalangan.
3
Memberikan maklumat yang tepat tentang peraturan-peraturan semasa berada di
kawasan sekolah.
4
Membimbing warga sekolah menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran atau
bencana lain.
5
Membimbing warga sekolah menggunakan peralatan kecemasan seperti pemadam
api, peti ubat dan sebagainya.
6
Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan
perkara yang tidak diingini.

KESELAMATAN WARGA DI SEKOLAH


PERANAN IBU BAPA
1

Memberi kerjasama kepada pihak sekolah.

Membantu pihak sekolah melaksanakan programprogram kebersihan dan keceriaan serta membaiki
kerosakan-kerosakan kecil perabot dan bangunan.

Sentiasa menasihati anak-anak tentang ciri-ciri


keselamatan ketika berada di sekolah.

Melaporkan tentang individu atau situasi yang


mencurigakan kepada pihak sekolah.

TATACARA APABILA BERLAKU KEMALANGAN DI SEKOLAH ATAU DI LUAR


KAWASAN SEKOLAH
1

Memberi rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.

Sekiranya perlu, hantarkan ke hospital.

Laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak sekolah untuk


tindakan membuat laporan seterusnya kepada pihak polis.

Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada


pentadbiran sekolah bagi urusan permohonan tuntutan insuran.

SISTEM KAWALAN KESELAMATAN


(CCTV)

PASUKAN KAWALAN LALU LINTAS


(PIBG SKTM)

SKTM

LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN