Sei sulla pagina 1di 20

PENGENALAN

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang
amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah

negara yang maju dan

membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap
perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di
dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan
sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya
dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai
wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui
penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di
kalangan para pelajar.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam


menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di
negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung
dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan
adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati
kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan
untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien

dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang
ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang
progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat
kerajaan

ketika

menggubal

dasar

kemerdekaannya. Laporan Razak 1956

pendidikan

diberi perhatian oleh pihak


selepas

negara

mencapai

dan Laporan Rahman Talib 1960 telah

menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai nilai integrasi antara
kaum ini. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar
pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru guru yang
mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang
sama. Ketiga tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi
nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik,
kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan amalan pedagogi di bilik- bilik
darjah yang bersesuaian , maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat
membentuk ciri- ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila
masyarakat Malaysia.

DASAR MBMMBI

MBMMBI adalah singkatan kepada Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan


Memperkukuhkan Bahasa Inggeris, yang mana telah diperkenalkan pada tahun 2011
dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini (2014). Dasar MBMMBI ini dilaksanakan
bagi menggantikan dasar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris) yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan atau bahasa ibunda sebagai bahasa perantara bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu
perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran mantan Perdana
Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.

Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati Dasar PPSMI tidak dapat
dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar
memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Para pelajar
mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana
mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam
bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Bukan itu sahaja, malah keupayaan guru-guru sains dan matematik dalam menguasai
bahasa Inggeris juga adalah lemah. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh
sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar.
Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan sebahagian besar murid di negara
kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka

akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah
telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Akhirnya pada 8
Julai 2009 dasar ini telah dimansuhkan secara softlanding dan dimansuhkan
sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri
Muhyiddin Yassin. Dengan ini dasar MBMMBI telah diperkenalkan bagi menggantikan
dasar PPSMI ini.

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertujuan
untuk;
i. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang berperanan
sebagai:

Bahasa rasmi

Bahasa ilmu

Bahasa pengantar

Bahasa Perpaduan

ii. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris sebagai;

Bahasa yang wajib dipelajari

Bahasa Komunikasi

Bahasa ilmu

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan


dan sekolah menengah kebangsaan serta memastikan murid boleh menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Terdapat 3 matlamat MBM MBI yang telah dikenal pasti oleh KPM iaitu;
i. Melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris yang standard.
ii. Membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui
pelbagai media terutamanya Penggunaan ICT
iii. Membentuk gagasan 1 Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif,
dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah mencapai
negara maju.

DASAR

MBMMBI,

PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

DI

MALAYSIA

DAN

PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui evolusi yang melibatkan satu tempoh yang
amat panjang bermula sejak tahun sebelum tercapainya kemerdekaan sehingga tahun
2014 ini. Melihat kepada sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia khususnya,
banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan demi menghasilkan satu sistem
pendidikan yang mencakupi aspek-aspek yang digariskan dalam falsafah pendidikan
kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pendapat umum
mengatakan bahawa dasar pendidikan di Malaysia sering bertukar ganti mengikut

menteri yang bertanggungjawab. Menurut Mior Khairul Azrin (2011) seorang pensyarah
di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM;

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat


dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang
mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar pendidikan yang
dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan
yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah
semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa.

Bertepatan dengan pernyataan ini maka dasar MBMMBI yang diperkenalkan ini diharap
dapat dilaksanakan sebagai satu strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar bukan sahaja dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah
kebangsaan

dan

menengah

kebangsaan

malah

sebagai

medium

untuk

penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa


Melayu di sekolah seiring dengan tujuan dasar ini dilaksanakan iaitu untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa pengantar
dan bahasa perpaduan di Malaysia. Manakala strategi memperkukuh penguasaan
Bahasa Inggeris pula melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta
penyediaan guru berkualiti dan bahan yang mencukupi bagi melaksanakan kurikulum
tersebut. Ini kerana penguasaan bahasa Inggeris

adalah penting memandangkan

bahasa Inggeris adalah bahasa komunikasi antarabangsa dan sekiranya kita hendak

bersaing di peringkat yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris ini adalah penting
untuk dititikberatkan.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Maka,
hasrat kerajaan untuk membentuk Negara Bangsa yang bersatu padu, bermaruah dan
mempunyai jati diri kebangsaan adalah cabaran yang mesti dihadapi untuk
merealisasikan cita-cita ini. Justeru itu, sistem Pendidikan Kebangsaan perlu diperkasa
dan dimantapkan bagi merealisasikan wawasan 2020. Akta pendidikan 1996 digubal
bagi menangani cabaran abad ke-21 dan memenuhi tuntutan aspirasi wawasan 2020.
Akta ini memperakui bahawa kemajuan negara perlu dicapai melalui Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai
pengantar utama.

Bukan itu sahaja, malah Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan ini perlu
berkemampuan untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang
diperlukan dalam sesebuah negara maju di samping mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu, demokratik dan dinamik. Kualiti pendidikan yang dihasilkan melalui
Sistem Pendidikan Kebangsaan juga perlu bertaraf dunia maka adalah bersesuaian
sekiranya bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan selain bahasa asing yang juga diajar di peringkat sekolah menengah di
Malaysia.

Menurut Zainal Abidin (1993) dalam Zaini Mahbar:2013 (dan rakan-rakan);

Dalam pembangunan modal insan bagi negara-negara maju, kemahiran berbahasa


atau kemahiran berkomunikasi yang mencukupi amat diperlukan dan keterampilan
berkomunikasi adalah kualiti tambahan yang perlu ada pada tenaga kerja negaranegara maju di samping kemahiran numeric.

Jelaslah di sini bahawa Dasar MBMMBI yang dilaksanakan sebagai pengganti dasar
PPSMI

yang

dimansuhkan

ini

berupaya

untuk

mengembalikan

kepercayaan

masyarakat kepada pembangunan sistem pendidikan di sekolah kebangsaan seiring


dengan hasrat kerajaan untuk membentuk modal insan yang berkualiti. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2013
dan akan dilaksanakan sehingga tahun 2025 ada menyatakan dengan jelas 5 aspirasi
yang perlu dicapai oleh sistem pendidikan kita. Manakala aspirasi ke dua dalam PPPM
iaitu aspirasi murid pula telah menggariskan enam (6) ciri utama yang diperlukan oleh
setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat antarabangsa iaitu;

Aspirasi murid yang


ke 4 dan ke 6 dalam
PPPM menunjukkan
hubungan yang jelas
dengan pelaksanaan
dasar MBMMBI

Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025)

Jika dilihat pada rajah di atas, dasar MBMMBI yang dilaksanakan oleh kementerian
pendidikan adalah satu dasar yang sesuai untuk mencapai aspirasi murid seperti yang
termaktub dalam PPPM. Dengan meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris secara intensif di kalangan pelajar di Malaysia, barulah
kita boleh melahirkan murid yang berpengetahuan. Pelajar yang berpengetahuan ini
merupakan sumber modal insan kita yang tidak ternilai yang akan membangunkan dan
memperkembangkan sistem pendidikan kita supaya berupaya bersaing di peringkat
global.
Memberi dan meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan murid
Mendidik murid dengan menjadi bangsa yang
berjiwa besar dan cintakan negara
Dasar
MBMMB
I

Memberi dan membimbing ke arah pembinaan


sahsiah diri yang murni
Mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan seimbang
Melatih murid dengan kemahiran seperti
komunikasi dan Kemahiran Teknologi

Menyumbang
kepada
Pembanguna
n
Pendidikan

Modal Insan
Berkualiti

Rajah 1:Ringkasan hubungan antara Dasar MBMMBI, Pembangunan Pendidikan


dan Pembangunan Modal Insan.

Dasar MBMMBI yang digubal ini, merupakan jalan tengah atau jalan penyelesaian yang
paling sesuai untuk mengatasi masalah pembangunan pendidikan di Malaysia
terutamanya masalah seperti penguasaan kemahiran berkomunikasi atau masalah

penguasaan bahasa di kalangan pelajar, tidak kiralah kelemahan berbahasa Melayu


ataupun kelemahan berbahasa Inggeris.
Peranan guru selaku kepimpinan barisan hadapan dalam pelaksanaan Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) dapat dirumuskan seperti berikut.
a. Guru melaksanakan dan melestarikan dasar dan strategi MBMMBI di sekolah
b. Guru meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara
pedagogi dan amali.
c. Guru meningkatkan penguasaan kemahiran P&P di bilik darjah
d. Guru melahirkan modal insan yang seimbang (JERIS)
e. Guru saling mengamalkan perkongsian dan jaringan guru.

Implementasi

Dasar

Memartabatkan

Bahasa

Melayu

dan

Memperkukuhkan

penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini merupakan satu perkara yang sangat
kompleks. Warga pendidik dilihat bertindak sebagai agen utama yang menjunjung dan
memanifestasikan dasar ini di peringkat sekolah khususnya. Justeru itu, menjadi
kewajipan kepada setiap warga pendidik untuk memahami peranan mereka secara
terperinci bagi merealisasikan dasar ini dengan jayanya. Dapat dilihat, peranan-peranan
disenaraikan lebih menjurus ke arah persiapan kendiri guru itu sendiri yang seharusnya
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan.
Selain itu, didapati kemahiran profesional seorang guru mampu menyediakan generasi
muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri,

ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih,
penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat
sejagat.

KEBAIKAN DASAR MBMMBI

Kesan daripada dasar PPSMI yang telah diperkenalkan pada satu masa dahulu,
kelihatan masyarakat pada masa kini lebih menitikberatkan dan mementingkan
penguasaan dan kemahiran menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa
Malaysia. Mengambil iktibar dari itu, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memartabatkan bahasa Malaysia dan pada
masa yang sama turut memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris. Antaranya ialah
dengan melaksanakan penambahan waktu pengajaran bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Jadual
di bawah menunjukkan masa pengajaran yang telah diperuntukan bagi kedua-dua
subjek berkenaan.

Pengajaran Bahasa Malaysia


SK
SJK
Tahap 1:
Tahap 1:

Pengajaran Bahasa Inggeris


SK
SJK
Tahap 1
Tahap 1

360 minit

300 minit

300 minit

(210 minit + 90 minit)

(210 minit + 90 (60 minit + 90 minit)

Tahap 2:

Tahap 2:

minit)
Tahap 2

Tahap 2

300 minit

240 minit

300 minit

150 minit

150 minit

(150 minit + 90 minit)


(210 + 90 minit) (60 minit + 90 minit)
Jadual 2.4.2: Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia

Dengan wujudnya penambahan waktu pengajaran ini, kemahiran berbahasa Malaysia


dan Inggeris di kalangan para pelajar dapat dipertingkatkan. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menambah masa pengajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
disebabkan oleh pengenalan pendekatan modular bahasa Malaysia bagi MBM yang
merupakan satu kurikulum baru bagi aspek pemantapan bahasa Malaysia dan
transformasi kurikulum bahasa Inggeris yang lebih mementingkan penguasaan asas
berbahasa iaitu (back to basics) bagi MBI. Hal ini dengan jelas banyak memberi
manfaat dan kebaikan kepada para pelajar kerana ianya mampu membantu para
pelajar untuk menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik dari aspek
tatabahasa, lisan dan penulisan.

Selain itu, melalui dasar MBMMBI ini juga, kemahiran guru-guru turut dipertingkatkan.
Ini terbukti apabila Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukan sejumlah
peruntukan untuk menghantar guru-guru berkursus di bawah Institusi-institusi

Pendidikan di dalam negara dan di luar negara. Sebagai contoh, "English Language
Teaching Centre" ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan programprogram dan kursus-kursus bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti guru-guru. Antara
program-program yang dilaksanakan di bawah program ELTC ini adalah seperti berikut:

a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education


(ELITE-TOT) untuk pensyarah-pensyarah di Institut Pendidikan Guru.

b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan
opsyen bahasa Inggeris.

c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers


(RELTNOTE) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti kursus
Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT).

d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk


meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar
Tingkatan 1 di sekolah-sekolah yang mencatatkan Band 3-5.

Dengan adanya kursus-kursus berkenaan, profesionalisme keguruan turut dapat


dipertingkatkan dan ini seterusnya dapat menghasilkan peluang pendidikan yang lebih
berkualiti kepada para pelajar kita. Di samping itu, melalui dasar MBMMBI ini
Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan mewujudkan lima Institut Pendidikan Guru

Malaysia Kampus Bahasa Inggeris. Institusi-institusi ini berfungsi untuk melatih dan
meningkatkan kemahiran guru-guru baru di dalam subjek bahasa Inggeris. Hasilnya
guru-guru baru pada masa hadapan akan mempunyai tahap kualiti dan standard yang
sama seperti guru-guru lain yang mendapat peluang pendidikan TESOL di luar negara.

Melalui dasar MBMMBI ini, pihak kementerian juga turut melaksanakan inisiatif dengan
mengambil guru-guru bahasa Inggeris yang berkualiti untuk ditempatkan di kawasankawasan pedalaman serta turut mendapatkan tenaga pengajar luar yang mahir
berbahasa Inggeris dari United States, Australia, India dan negara-negara lain bagi
memberikan peluang pendidikan yang lebih berkualiti bukan sahaja untuk pelajar di
bandar tetapi juga kepada pelajar - pelajar di luar bandar.

Selain itu, melalui pengenalan dasar MBMMBI ini, kerajaan turut menyediakan sejumlah
peruntukan sebagaimana yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/2003.
Merujuk kepada pekeliling berkenaan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan
membekalkan ke sekolah-sekolah dengan pelbagai alat kemudahan teknologi seperti
perkakasan dan perisian serta jaringan internet bagi meningkatkan keberkesanan dan
kualiti pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Antara bahan-bahan
teknologi yang dibekalkan kepada pihak sekolah adalah seperti televisyen, komputer
dan peranti, Digital Multimedia Systems, rancangan TV Interaktif Pendidikan, perisian
pendidikan dan lain-lain lagi. Ini merupakan langkah yang sangat baik dan berkesan
kerana semua infrastruktur-infrastruktur yang disediakan ini mampu memberikan akses
dan kemudahan pendidikan yang lebih baik dan berkualiti kepada para pelajar.

Kesimpulannya, sama ada sedar atau tidak, dasar MBMBMI ini sebenarnya memberi
banyak impak positif dan peluang-peluang baru untuk penambaikkan bidang pendidikan
di negara kita. Melalui dasar ini keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah turut dapat ditingkatkan seiring dengan hasrat negara kita untuk
menghasilkan pendidikan yang berkualiti serta mampu melahirkan para pelajar dengan
modal insan yang seimbang, holistik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

KELEMAHAN DASAR MBMMBI


Walaupun dasar MBMMBI ini mempunyai kebaikan tertentu, namun terdapat
kelemahan-kelemahan yang perlu dipandang serius. Jika dilihat dari perspektif
perlaksanaan dasar, didapati dasar ini lebih berpihak kepada memperkasakan Bahasa
Inggeris. Usaha-usaha yang dijalankan lebih menumpukan kepada MBI, sedangkan
usaha memartabatkan Bahasa Melayu telah dipinggirkan walaupun hakikatnya
matlamat MBM adalah sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Ini menunjukkan
martabat Bahasa Melayu tidak diangkat pada tempatnya, dan Bahasa Inggeris yang
dijulang tinggi. Sepatutnya usaha-usaha ke arah memartabatkan Bahasa Melayu perlu
diberi fokus utama memandangkan masyarakat bukan Melayu di kawasan bandar
kurang fasih berbahasa Melayu. (Utusan 2013)

Salah satu usaha yang dilakukan dalam MBMMBI ini adalah menambah waktu
pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Namun demikian, waktu bagi

pengajaran Bahasa Melayu adalah lebih pendek berbanding waktu pengajaran Bahasa
Inggeris.

Maka,

usaha

menambah

waktu

pengajaran

ini

boleh

dipertikaikan

keberkesanannya dan pemartabatan Bahasa Melayu tidak tercapai. Tambahan pula,


waktu pengajaran bagi kedua-dua bahasa di SJK adalah lebih pendek berbanding di
SK. Situasi ini menimbulkan perbezaan dari segi kualiti pembelajaran murid.

Selain itu, usaha mengambil tenaga pengajar luar dari Amerika, Australia dan United
Kingdom seramai 360 pada 2012 untuk turun ke sekolah juga dilihat sebagai satu
pembaziran besar. Ini adalah penyelesaian jangka pendek, sedangkan terdapat banyak
strategi lain yang boleh digunakan. Sebagai contoh, pengambilan tenaga pengajar itu
dikurangkan kepada 25 orang dan mereka ditugaskan untuk mengendalikan bengkel
kepada guru Bahasa Inggeris di setiap negeri yang memberi fokus kepada pedagogi
Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris di Malaysia juga mendapat latihan dari luar
negara. Oleh yang demikian, kepercayaan yang tinggi seharusnya diberikan kepada
mereka dalam membantu memperkasakan Bahasa Inggeris dan bukannya bergantung
terus pada tenaga luar yang memperuntukkan jumlah yang besar.

Selain itu, pelaksanaan program seperti penambahan opsyen guru dan latihan kepada
pensyarah juga hanya ditekankan pada MBI, namun tidak diberi peluang dalam
memartabatkan Bahasa Melayu. Peluang untuk memantapkan penggunaan Bahasa
Melayu bagi guru dan pelajar juga perlu diberikan. Bukan itu sahaja, program dan
kursus berkaitan Bahasa Melayu juga perlu diperbanyakkan dan dipantau kualitinya.

Oleh yang demikian, dasar MBMMBI dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
melahirkan modal insan yang mampu bersaing secara global.

Selain itu, usaha memberikan insentif kepada guru Bahasa Inggeris yang mendapat
band C1 atau C2 dalam peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) menunjukkan
diskriminasi terhadap Bahasa Melayu. Guru yang lulus dalam peperiksaan CPT ini
diberikan insentif sebanyak RM 3000 atau RM 5000. Namun demikian, pemberian
insentif ini adalah satu pembaziran yang memperuntukkan jumlah yang banyak
sedangkan pelaburan ini atas dasar pencapaian guru dalam peperiksaan bukannya
pencapaian guru dalam pengajarannya. Sudah pasti pelaburan ini akan memberikan
pulangan dalam bentuk modal insan yang tidak setara dengan jumlah pelaburan yang
diperuntukkan. Sepatutnya, pemberian insentif sebegini perlu ditelitikan supaya
matlamat pelaburan tersebut dapat dicapai.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan dasar MBMMBI perlu
dikaji dengan lebih teliti mengikut perspektif yang berbeza seperti perspektif budaya
dan sistem. Program-program yang dilaksanakan juga perlu seimbang antara Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris supaya hasrat sebenar MBMMBI dijayakan dengan
berkesan. Dengan adanya perancangan yang sistematik, pelaksanaan yang khusus
dan pemantauan yang berterusan, matlamat dasar MBMMBI dapat dicapai. Seterusnya,
kualiti pendidikan di Malaysia dapat ditingkatkan dan modal insan yang mempunyai
pemikiran kelas pertama dapat dibangunkan.

KESIMPULAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang dan melaksanakan pelbagai


program di bawah dasar MBMMBI ini untuk melatih guru bahasa Inggeris dalam
perkhidmatan untuk menungkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru
dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. English
Language Training Centre (ELTC) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
program serta kursus seperti ; Training of Trainers for English Language Lectures in
Institutes of Teacher Education (ELITE-Tot), Certificate in the Practive of English
Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris, Reinforcing
English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe)
untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT, Oral
Proficiency in English for Secondaray Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan
kemahiran bertutur dan komunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu di sekolahsekolah Band 3-5.

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan


bahasa Malaysia sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran
Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran,
transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan
bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang
pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan
guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera
sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen
perubahan.

Akhirnya, terpulanglah kepada individu guru itu sendiri samada sanggup menyahut
seruan kerajaan dalam melaksanakan dasar ini atau sekadar hanya memandang sepi
kepada isu ini. Perubahan dasar ini haruslah diibaratkan seperti yang lama dikelek,
yang baharu didukung. Hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa
Inggeris (BI) dalam kalangan murid sekolah akan diperkuatkan melalui pelaksanaan
dasar MBMMBI ini. Dasar baharu ini adalah bagi mengganti dasar PPSMI yang telah
dimansuhkan. Dasar ini juga mengambil kira Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang perlu dikuasai oleh semua warga negara Malaysia. Bagi saya, ini
adalah satu dasar yang adil dan perlu didokong oleh semua warga guru dan
masyarakat Malaysia keseluruhannya.

RUJUKAN

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Portal


Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Isu, Kontroversi, Pandangan serta Harapan. Sebuah
Wawancara (2011). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Surat Pekeliling IkhtisaS Bil 6/2003. Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mior Khairul Azrin (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan
Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. SosioHumanika, 4(1).
http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf

Zaini Mahbar, Juriah Long dan Zarin Ismail (2013). Pemerkasaan Pendidikan Sekolah
Menengah Kebangsaan bagi Pembangunan Modal Insan Berkualiti (Bab 11).
PEMERKASAAN SISTEM PENDIDIKAN: Pembangunan Modal Insan dan Jati Diri
Kebangsaan. Penerbit UKM Press.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130805/re_06/Hubungan-kaum-diMalaysia
Perlembagaan Persekutuan

Potrebbero piacerti anche