Sei sulla pagina 1di 3
UNIVERSITI MALAYA PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA JURISPRUDENS (EKSTERNAL) SES! AKADEMIK 2011/2012 LXEC 1102/1112: SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA dulai/Ogos 2012 MASA: 3 Jam 15 Minit Calon-calon dinasihatkan supaya menggunakan masa 15 minit yang pertama untuk membaca soalan-soalan dengan teliti. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja. Sekurang-kurangnya SATU (1) soalan hendaklah dijawab daripada BAHAGIAN A dan SATU (1) soalan daripada BAHAGIAN B, DUA (2) soalan yang lain boleh dijawab daripada mana-mana bahagian. Statut-statut berikut akan dibekalkan kepada calon-calon; 1. Akta Undang-Undang Sivil 1956. 2. Civil Law Act 1956. (Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan di dalam 3 halaman yang bercetak) LXEC1102/1112:02 BAHAGIAN A Jawab sekurang-kurangnya SATU (1) soalan daripada bahagian ini. 1. ‘Kalau tidak kerana Piagam Keadilan Pertama 1807, undang-undang adat akan menjadi undang-undang bagi negeri-negeri di Semenanjung pada hari ini.” Bincangkan kebenaran pernyataan yang tersebut di atas dengan merujuk kepada perkembangan undang-undang di Negeri-Negeri Selat pada abad ke sembilan belas. (25 markah) 2 ‘Amalan menerima undang-undang Inggeris di Negeri-Negeri Melayu telah lama diamalkan sebelum undang-undang tersebut diterima secara formal pada tahun 1937." Jelas dan huraikan. (25 markah) 3. ‘Common Law yang kita amalkan pada hari ini bukan Common Law Malaysia kerana asal-usuinya dan faktor sejarah yang mempengaruhi perkembangannya.’ Bincangkan (25 markah) LXEC1102/1112:03 BAHAGIAN B Jawab sekurang-kurangnya SATU (1) soalan daripada bahagian ini. 4. ‘Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.’ Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan di atas meletakkan Perlembagaan sebagai tertinggi dan dengan itu membentuk Sistem Undang-Undang Malaysia. Jelaskan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang melakukan ini (25 markah) 5. Apakah perbezaan di antara Perundangan Utama dan Perundangan Perwakilan, serta jelaskan bagaimana Perundangan Perwakilan dikawal. (25 markah) 6. (a) Jelaskan bidang kuasa sivil dan jenayah bagi Mahkamah- Mahkamah Atasan di Malaysia. (12 % markah) (b) Jelaskan pemakaian ‘Stare Decisis’ secara mendatar di Mahkamah Tertinggi di Malaysia dari Privy Council, Mahkamah Agong sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan sekarang. (12 ¥ markah) 7. Jelaskan mengapa Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956 diperbuat, dan bagaimanakah peruntukan-peruntukan tersebut dilaksanakan? (25 markah) -TAMAT-

Potrebbero piacerti anche