Sei sulla pagina 1di 95

PENGURUSAN TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA

NORHAYATI BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

NORHAYATI BINTI ABDULLAH

Authors full name : _______________________________________________________________


th

Date of birth

20 AUGUST 1977
: _______________________________________________________________

Title

TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA


: PENGURUSAN
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

2009/2010
A cademic Session : _______________________________________________________________
I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL

(Contains confidential information under the Official Secret


Act 1972)*

RESTRICTED

(Contains restricted information as specified by the


organisation where research has done)*

OPEN ACCESS

I agree that my thesis to be published as online open access


(full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:


1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose
of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

______________________________
SIGNATURE

_________________________________
SIGNATURE OF SUPERVISOR

______________________________
(NEW IC NO. /PASSPORT NO.)

770820-01-6608

EN. CHE ROS BIN ISMAIL


________________________________
NAME OF SUPERVISOR

Date :

14 NOVEMBER 2010

Date : 14 NOVEMBER 2010

NOTES :

*If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter
from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

PENGURUSAN TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA

NORHAYATI BINTI ABDULLAH

Laporan dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

2010

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan ini dan pada pandangan saya
laporan ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Tandatangan

..

Nama Penyelia

EN CHE ROS BIN ISMAIL

Tarikh

iii

Saya akui karja yang bertajuk PENGURUSAN TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALANRAYA
adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ..

Nama Penulis

: NORHAYATI BINTI ABDULLAH

Tarikh

: 15 NOVEMBER 2010

iv

DEDIKASI

Khas buat Suamiku Mohamad Rasid dan Anak-anak Tersayang


(Haiqal, Adam dan Aleesya)
Pengorbanan dan kesabaran kalian menjadi pendorong utama
atas kejayaan ini.
Semoga Kebahagian dan Kejayaan terus bersinar.

Khas Buat AyahBonda Tersayang,


Abdullah Khamid dan Fatimah Mohamed
Terima kasih diatas segala dorongan dan doa kalian.

TERIMA KASIH SEGALANYA

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Illahi kerana dengan keizinanNya dapatlah saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.
Che Ros Bin Ismail diatas kesungguhan beliau memberi bimbingan, tunjuk ajar, membantu
serta memberi nasihat kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam melengkapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini. Jasa kalian
amat dihargai. Akhir sekali ucapan jutaan terima kasih buat keluarga yang memberi dorongan
dan semangat serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam menyiapkan
projek ini.

vi

ABSTRAK

Kepesatan pembangunan negara Malaysia pada hari ini menyumbang ke arah


peningkatan pengguna jalan raya. Kebanyakan jalan raya yang sedia ada tidak dapat
menampung peningkatan bilangan dan pengguna jalan raya. Oleh yang demikian,
usaha menaiktaraf, melebar dan membina jalan baru sedang giat dilaksanakan
seluruh negara. Dalam melaksanakan usaha pembinaan jalan raya, tahap keselamatan
perlu dipertingkat untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan . Pengurusan
trafik yang berkesan boleh memastikan aliran trafik berfungsi dengan lancar pada
tahap yang diterima dan selamat. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji
kepatuhan kontraktor terhadap dokumen kontrak dalam melaksanakan pengurusan
trafik pembinaan jalan raya, mengenalpasti masalah kontraktor dalam melaksanakan
pengurusan trafik serta mengenalpasti tahap kepuasan pengguna melalui jalan yang
sedang dalam pembinaan. Kajian telah dijalankan sekitar daerah Kuala Langat
melalui borang soal selidik dan temubual. Borang Soal selidik ini telah diberikan
kepada JKR, pihak berkuasa tempatan, kontraktor dan orang awam. Data kajian telah
dianalisis dengan Kaedah Purata Indeks, Purata Mata dan Kaedah Statistik. Analisis
kajian ini telah menunjukkan tahap kepatuhan kontraktor terhadap dokumen kontrak
adalah Sederhana Mematuhi, Manakala masalah kontraktor dalam melaksanakan
pengurusan trafik dalam pembinaan adalah sering berlaku kecurian alat-alat
keselamatan Tahap kepuasan pengguna semasa melalui kawasan pembinaan jalan
raya adalah Sederhana Setuju terhadap pengurusan trafik oleh kontraktor.
Cadangan hasil kajian ini adalah kontraktor perlu bertanggungjawab menjaga
perkakasan pengurusan trafik melalui rondaan berkala pasukan pengurusan trafik.
Jalan luar bandar boleh menggunakan perkakasan pengurusan trafik yang minima
sahaja berbanding dengan jalan raya utama. Bagi meningkatkan kesedaran tentang
keperluan amalan pengurusan trafik di kawasan pembinaan, semua pihak yang
terlibat perlu mengikuti seminar Pematuhan Pengurusan Trafik Sewaktu Pembinaan.

vii

ABSTRACT

The rapidity of development in Malaysia contributes to the improvement of


road users. Most of the existing road cannot accommodate the increasing numbers of
road users. Therefore, upgrading, widening and construction of new roads are being
actively implemented throughout the country. During road construction, safety
precautions should be enhanced to prevent the occurrence of accidents in highway
construction. Traffic management must be implemented by the contractor to ensure
the safety of road users. Effective traffic management can ensure the traffic flows
smoothly functioning at all acceptable safety level. The objective of this study was to
investigate the compliance of contractors to perform the contract documents in the
construction of the road traffic management, identify problems in implementing the
traffic management contractor and identify the level of customer satisfaction through
the road is under construction. The study was conducted in the district of Kuala
Langat through questionnaires and interviews. This questionnaire was distributed
PWD, local authorities, contractors and civilians The data have been analyzed using
Average Index, Method Grade Point Average and Statistical Methods. The analysis
has shown the level of compliance with the contractor on the contract documents are
"Moderate Compliant", while the problem of contractors in the performance of traffic
management is often lost due to stolen safety equipment. The level of satisfaction
during the road construction area is "Moderate." Proposed findings of this study is
the contractor responsible for maintaining the hardware necessary traffic
management through regular patrols of traffic management team. Rural roads may be
less using traffic management tools compared to the main road with high traffic
rates. To raise awareness of the needs of traffic management practices in the areas of
construction, all parties must follow the Compliance Seminar Traffic Management
During Construction.

viii

ISI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

MUKASURAT

PENGAKUAN PENYELIA

ii

PENGAKUAN PENULIS

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

ISI KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI SIMBOL

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Objektif Kajian

1.4

Skop Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

viii

ISI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

MUKASURAT

PENGAKUAN PENYELIA

ii

PENGAKUAN PENULIS

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

ISI KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI SIMBOL

xvi

SENARAI LAMPIRAN

xvii

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Objektif Kajian

1.4

Skop Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

ix
2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

2.2

Langkah Program Keselamatan Yang Diamalkan

13

2.2.1

Pemantauan Kawasan Kerja

13

2.2.2

Pegawai Trafik

14

2.2.2.1 Penyelia Keselamatan Tapak

14

2.2.2.2 Pegawai Keselamatan dan


Kesihatan
2.2.3

Audit Keselamatan Jalan raya

15
15

2.2.3.1 Audit Keselamatan Jalan raya


Peringkat 4
2.3

16

Pelan Pengurusan Trafik

18

2.3.1

Zon Kawalan Trafik

19

2.3.1.1 Zon A-Kawasan Amaran Awal

20

2.3.1.2 Zon B-Kawasan Peralihan

21

2.3.1.3 Zon C-Kawasan Penampan/Buffer

21

2.3.1.4 Zon D-Kawasan Kerja

22

2.3.1.5 Zon E-Kawasan Penamatan Kerja

23

2.3.2

Papan tanda keselamatan sementara

23

2.3.3

Jalan Alternatif

26

2.3.4

Jalan Lencongan Sementara

26

2.3.5

Garisan Jalan Sementara

27

2.3.6

Sistem Mengawal Lalulintas

27

2.3.7

Penghadang Keselamatan

28

2.3.8

Delineator Post

30

2.3.9

Kerja Waktu Malam

30

2.3.10 Tanggungjawab Agensi

32

2.4

Senarai Kuantiti (BQ)

32

2.5

Kesimpulan

33

METODOLOGI KAJIAN

34

3.1

Pengenalan

34

3.2

Peringkat-peringkat Perlaksanaan Kerja

34

x
3.2.1

Peringkat Pertama: Kajian Awal

35

3.2.2

Peringkat Kedua : Pengumpulan Data

36

3.2.2.1 Kajian Literatur

36

3.2.2.2 Kajian Data

37

Peringkat Ketiga : Analisa Data

38

3.2.3.1 Purata Indeks

38

3.2.3.2 Purata Mata

39

3.2.3.3 Kaedah Statistik

40

3.2.3

3.2.4

Peringkat Keempat : Kesimpulan


dan Cadangan

4.

40

ANALISA DAN DATA KAJIAN

41

4.1

Pengenalan

41

4.2

Lokasi Kajian

41

4.3

Kajian Soal Selidik

46

4.3.1

Mengkaji Kepatuhan Kontraktor Terhadap


Kehendak Dokumen Kontrak Mengenai
Pengurusan Trafik

46

4.3.1.1 Hasil Analisis Soal Selidik


Kepatuhan KontraktorTerhadap
Dokumen Kontrak Mengenai
Pengurusan Trafik
4.3.2

49

Mengenalpasti Masalah Kontraktor Semasa


Melaksanakan Pengurusan Trafik Dalam
Pembinaan

50

4.3.2.1 Hasil Analisa Soal Selidik


Masalah Kontraktor Semasa
Melaksanakan Pengurusan Trafik
Semasa Pembinaan
4.3.3

53

Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pengguna


Terhadap Jalan Yang Sedang Dalam
Pembinaan
4.3.3.1 Hasil Analisa Soal Selidik Tahap

54

xi
Kepuasan Pengguna Terhadap
Jalan Yang Sedang Dalam
Pembinaan
5

58

KESIMPULAN DAN CADANGAN

59

5.1

Pengenalan

59

5.2

Kesimpulan

59

5.2.1

Objektif 1 : Mengkaji Kepatuhan


Kontraktor Terhadap Kehendak Dokumen
Kontrak Mengenai Pengurusan Trafik

5.2.2

60

Objektif 2: Mengenalpasti Masalah Kontraktor


Semasa Melaksanakan Pengurusan Trafik
Dalam Pembinaan

5.2.3

60

Objektif 3 : Mengenalpasti Tahap Kepuasan


Pengguna Jalan raya Terhadap Pengurusan
trafik yang dilaksanakan oleh kontraktor

5.3

Cadangan
5.3.1

61

Item Pengurusan Trafik Dalam BQ Perlu


Lengkap

5.3.2

60

61

Kuantiti Bagi Item Pengurusan Trafik Perlu


Mencukupi

62

5.3.3

Kepatuhan Pihak Kontraktor Terhadap BQ

62

5.3.4

Audit Keselamatan Jalan raya

62

5.3.5

Tanggungjawab kontraktor

63

5.3.6

Papan Tanda Amaran Atau Papan Tanda Arah

5.3.7

Perlu Diselenggara

63

Kesedaran Tentang Pengurusan Trafik

63

RUJUKAN

64

LAMPIRAN 1

67

LAMPIRAN 2

68

LAMPIRAN 3

69

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

1.1

Jumlah panjang Jalan Persekutuan (JKR, 2008)

2.1

Statistik kemalangan jalan raya & kematian keseluruhan

Malaysia OpsSikap XV 19 Disember 2007 hingga 2 Januari


2008
2.2

Bilangan kes kemalangan yang dilaporkan di Malaysia


mengikut pecahan sektor sehingga Julai 2008

4.1

51

Maklumbalas Pengguna Melalui Jalan raya dalam


Pembinaan

4.6

47

Hasil soal selidik 10 kontraktor diperolehi dengan


Kaedah Purata Indeks

4.5

45

Hasil Soal Selidik 15 pegawai JKR dan majlis Daerah


Kuala Langat diperolehi dengan kaedah Purata Indeks

4.4

44

Projek yang telah siap serta dalam pembinaan di daerah


Kuala Langat dari Januari 2009 hingga Oktober 2010

4.3

12

Statistik kemalangan jalan raya bagi daerah


Kuala Langat dari Tahun 2007 hingga Tahun 2010

4.2

10

54

Hasil soal selidik untuk mendapatkan tahap kepuasan


pengguna jalan raya terhadap jalan yang sedang dalam
pembinaan dengan kaedah Purata Mata

56

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

1.1

TAJUK

MUKASURAT

Kawasan binaan yang tidak mengimplementasikan


Pengurusan Trafik

1.2

Anak panah yang mengelirukan

1.3

Lokasi Daerah Kuala Langat, Selangor

2.1

Kerja-kerja naiktaraf pembinaan jalan raya


sedang dijalankan serta aliran lalulintas

13

2.2

Carta Aliran Audit Keselamatan Jalan raya Peringkat 4

17

2.3

Zon Kawalan Trafik

20

2.4

Susunan papan tanda di Zon B-Kawasan Peralihan

21

2.5

Arah anak panah untuk laluan pengguna jalan raya

23

2.6

Susunan papan tanda di Zon C, Zon D dan Zon E

25

2.7

Papan tanda sementara yang digunakan semasa


pembinaan jalan raya.

25

2.8

Ukuran Papan tanda pembinaan sementara

25

2.9

Jalan Lencongan Sementara

26

2.10

Penggunaan penghadang plastik

29

2.11

Lampu Blinkers dan Tong Drum Plastik

29

2.12

Kerja pembinaan jalan raya di waktu malam

31

2.13

Penggunaan lampu pada waktu malam

31

3.1

Carta Alir Perlaksanaan Peringkat Kerja

35

4.1

Kawasan Pekan Banting, Selangor

42

4.2

Pembinaan Jalan Utama ke IKBN Kuala Langat

43

4.3

Jumlah kemalangan jalan raya di daerah Kuala Langat


dari tahun 2007 hingga September 2010

44

xiv

4.4

Statistik Kepatuhan Kontraktor Terhadap Dokumen


Kontrak

4.5

Statistik masalah kontraktor semasa melaksanakan


pengurusan trafik dalam pembinaan

4.6

55

Peratus pengguna sekitar daerah Kuala Langat


yang melalui kawasan pembinaan jalan raya

4.8

52

Statistik peratus pengguna melalui kawasan pembinaan


jalan raya

4.7

48

55

Statistik tahap kepuasan pengguna menggunakan


jalan raya dalam pembinaan

57

xv

SENARAI SINGKATAN

JKR

Jabatan Kerja Raya

NIOSH

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara

BQ

Senarai Kuantiti

IPTA

Institut Pengajian Tinggi Awam

IKBN

Institut Kemahiran Belia Negara

LLM

Lembaga Lebuhraya Malaysia

CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial

DOSH

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

HUK

Hilang Upaya Kekal

THUK

Hilang Upaya Tidak Kekal

JKKP

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

RSA

Audit Keselamatan Jalanraya

PP

Pegawai Penguasa

TMP

Pelan Pengurusan Trafik

LOS

Bilangan Lorong dan Tahap Perkhidmatan

TMSR

Laporan Keselamatan Pengurusan Trafik

NJB

New Jersey Barrier

IP

Indeks Purata

xvi

SENARAI SIMBOL

km

Kilometer

XV

15

Peratus

Jumlah

Kurang atau sama dengan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

1.

Borang soal selidik untuk Pengawai Penguasa

Borang soal selidik untuk Kontraktor dan Orang Awam

Borang soal selidik untuk Pengguna

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Jalan raya ialah jalan besar yang menghubungkan satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Jalan raya digunakan untuk kenderaan bermotor, orang awam dan
penggunaannya tertakluk kepada undangundang pengangkutan. Secara umumnya,
sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada Lebuh raya, Jalan
Persekutuan, Jalan Negeri atau Wilayah, Jalan Majlis Perbandaran atau Daerah dan
Jalan-jalan kecil.

Di seluruh Malaysia terdapat 65,000 kilometer jalan yang

menghubungkan setiap negeri (JKR, 2008).

Sistem Lebuh Raya Malaysia adalah sebuah rangkaian jaringan lebuh raya di
Semenanjung Malaysia. Mengikut laporan Malaysia Transport Facts 2008, panjang
keseluruhan lebuh raya di Malaysia setakat tahun 2006 ialah 1,471.6 kilometer.
Pembinaan lebuh raya ini adalah berdasarkan konsesi syarikat swasta yang diawasi
oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Proses perancangan, pembinaan,
pengurusan serta penggunaan lebuh raya ekspres di Malaysia adalah tertakluk kepada
Akta Jalan-jalan Persekutuan dan Pengurusan Persendirian 1984.

Jalan Persekutuan merupakan sistem jalan raya kebangsaan di Malaysia yang


dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kerja Raya.
Sebahagian besar daripada laluan persekutuan di Malaysia telah dibina sejak dari
zaman penjajahan British lagi. Secara umumnya, jalan raya persekutuan adalah

2
selebar dua lorong iaitu selorong bagi setiap arah, tetapi di kawasan pergunungan
pula terdapat lorong ketiga bagi membolehkan kenderaan berat yang bergerak
perlahan seperti bas dan lori mendaki bukit tanpa mengganggu aliran trafik. Di
kawasan bandar yang sesak, jalan raya persekutuan dilebarkan kepada antara empat
hingga enam lorong untuk membolehkannya menampung kadar aliran trafik yang
tinggi. Jadual 1.1 menunjukkan jumlah panjang Jalan Persekutuan dari tahun 2005
hingga 2007 yang dipantau oleh JKR (JKR, 2008).

Jadual 1.1 : Jumlah Panjang Jalan Persekutuan (JKR, 2008)

Jalan Negeri pula merupakan sistem jalan raya bagi setiap negeri di Malaysia
yang dibiayai oleh negeri masing-masing melalui Jabatan Kerja Raya negeri masingmasing. Secara umumnya piawaian yang digunakan oleh jalan raya negeri adalah
sama seperti jalan persekutuan cuma bezanya ialah jalan negeri dibiayai oleh
kerajaan negeri. Hanya Sarawak dan Wilayah Persekutuan sahaja yang tiada jalan
raya negeri.

Jalan Majlis atau Daerah pula dibina dalam kawasan Majlis Perbandaran atau
Daerah termasuk jalan yang bina oleh pemaju perumahan. Kewangan atau kos
pembinaannya adalah belanjawan sendiri bagaimanapun diberi subsidi oleh
Persekutuan. Jalan Kecil atau Jalan Kampung dibina dan diselenggara oleh pejabat
daerah dalam negeri menggunakan kewangan negeri.

Kepesatan pembinaan jalan raya semakin berkembang dengan positif di


negara Malaysia. Bagaimanapun dengan kepesatan dan permodenan yang berlaku
pada hari ini kita dapati jalan raya yang sedia ada kebanyakkannya sudah tidak
mampu menampung pertambahan pengguna yang semakin meningkat. Oleh yang

3
demikian, usaha menaiktaraf, melebar dan membina jalan alternatif baru sedang giat
dilaksanakan di seluruh negara. Pembinaan jalanraya ini memberi impak yang besar
kepada pengguna jalan raya sekiranya aspek keselamatan tidak diutamakan. Dalam
pembinaan jalanraya semua yang terlibat dengan kawasan pembinaan adalah
terdedah kepada risiko kemalangan bahaya yang mungkin terjadi. Kemalangan akan
berlaku dalam pembinaan jalanraya samada di kawasan bandar atau di kawasan luar
bandar sekiranya pengurusan trafik tidak dilaksanakan dengan prosedur yang betul.

Pengurusan trafik bertujuan memastikan aliran trafik berfungsi pada tahap


yang selamat, meminimakan kadar dan konflik kemalangan kepada pengguna
jalanraya dan pekerja binaan serta memaksimumkan keselesaan semasa melalui
kawasan pembinaan jalanraya.

Untuk memastikan kerja pembinaan jalan dapat

dilakukan dengan kesan yang minimum kepada pengguna jalan raya, pengurusan
trafik yang berkesan perlu dilaksanakan oleh kontraktor bagi mengatasi masalah ini
(Mohd Faizul, 2007). Di Malaysia standard keselamatan jalanraya dan sifat kurang
prihatin kerajaan terhadap aspek keselamatan kurang diberi perhatian. Senario ini
menyebabkan jumlah kemalangan yang melibatkan orang awam dan pekerja di tapak
bina semakin meningkat.

1.2

Pernyataan Masalah

Kerja-kerja pembinaan di jalan raya ataupun yang berhampiran sering


menganggu kualiti perkhidmatan jalanraya. Pengguna-pengguna jalan raya akan
berhadapan dengan situasi yang melibatkan gangguan-gangguan sementara seperti
lencongan, penutupan jalan dan perubahan laluan yang menyumbang ke arah
kesesakan trafik. Justeru itu, pengguna-pengguna jalan raya dan pekerja binaan akan
terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan apabila keadaan trafik tidak terkawal.
Keadaan tapak bina yang sentiasa sibuk dengan aliran lalulintas, peralatan
pembinaan jalan raya dan jentera pembinaan yang keluar masuk di kawasan
pembinaan perlu dikawalselia dengan baik bagi memastikan keselamatan pengguna
jalanraya dan pekerja binaan.

4
Menurut laporan akhbar Berita Harian bertarikh 19 Januari 2008, dua buah
kereta bertembung dan mengakibatkan dua orang maut dan empat orang cedera
parah yang berlaku Kampung Jentayu, Jalan Gurun-Jeniang. Kemalangan tersebut
berlaku di tapak pembinaan jalan raya Gurun, Kedah. Hasil siasatan menunjukkan
punca kemalangan

tesebut disebabkan pengurusan trafik di tapak kerja yang

menimbulkan kekeliruan di kalangan pemandu kereta. Ketua Pengarah Malaysia


Institute of Road Research, Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi (2008) mengulas,
selama ini kemalangan seperti itu hanya menambahkan perangkaan kemalangan
tetapi kini mereka melihat kepada soal kejuruteraan dalam aspek keselamatan jalan
raya di samping faktor manusia. Dua kematian itu tidak sepatutnya terjadi sama
sekali jika semua langkah keselamatan di tapak kerja diberi perhatian seperti
dinyatakan dalam audit keselamatan jalan raya bagi jalan yang masih dalam
pembinaan dan diperbaiki.

Apabila berlaku kemalangan, ramai pihak akan mula sedar apakah elemen
kecuaian yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. Adakah pihak kontraktor
tidak melaksanakan tugasnya dengan betul ataupun agensi kerajaan hanya ambil
sikap tunggu dan lihat. Akibatnya pengguna yang tidak bersalah akan menanggung
risikonya.

Mengikut undang-undang Malaysia, sekiranya kemalangan berlaku di tapak


pembinaan, yang melibatkan pengguna jalanraya atau pun pekerja binaan, pihak
yang bertanggungjawab adalah kontraktor. Rasionalnya kajian ini dijalankan kerana
masih terdapat kontraktor yang mengambil sikap sambil lewa dan kurang prihatin
terhadap aspek keselamatan di tapak pembinaan terutamanya dalam pembinaan
jalanraya.

Rajah

1.1

menunjukkan

kawasan

pembinaan

yang

tidak

mengimplementasikan pengurusan trafik. Rajah 1.2 menunjukkan arah anak panah


yang mengelirukan pengguna jalan raya.

Rajah 1.1 : Kawasan binaan yang tidak mengimplementasikan Pengurusan Trafik

Rajah 1.2 : Anak panah yang mengelirukan

Langkah keselamatan perlu dititikberatkan oleh semua pihak yang


bertanggungjawab terutama kepada kontraktor bagi memastikan pengguna jalan raya,
dan pekerja di tapak binaan mendapat perlindungan yang sewajarnya. Ini adalah
untuk memastikan kemalangan jalanraya dapat dielakkan serta dikurangkan. Semua
pihak yang terlibat terutama kontraktor hendaklah mengambil langkah insentif untuk
melaksanakan langkah keselamatan tersebut. Manakala pihak berkuasa tempatan
berperanan memantau keadaan jalan raya yang dalam pembinaan selamat dan boleh
dilalui.

Pengurusan trafik yang berkesan amat diperlukan dalam pembinaan

jalanraya demi menjamin kawasan tempat kerja selamat dari bahaya. Perlaksanaan

6
pengurusan trafik perlu bermula dari peringkat perancangan dan berterusan sehingga
tamat sesuatu pembinaan.

1.3

Objektif Kajian

Secara keseluruhannya kajian ini diperlukan untuk mengurangkan kadar


kemalangan serta mengelakkan kecederaan dalam pembinaan jalan raya. Objektif
utama kajian ini ialah :
i.

Mengkaji kepatuhan kontraktor terhadap kehendak Dokumen Kontrak


dalam melaksanakan pengurusan trafik semasa pembinaan.

ii.

Mengenalpasti masalah kontraktor dalam melaksanakan pengurusan


trafik semasa pembinaan.

iii.

Mengenalpasti tahap kepuasan pengguna jalan raya terhadap


pengurusan trafik yang dilaksanakan oleh kontraktor.

1.4

Skop Kajian

Skop kawasan kajian adalah sekitar Jalan Daerah Kuala Langat, Selangor
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3. Kajian juga dilakukan terhadap semua
jenis projek pembinaan jalan raya atau naiktaraf jalan raya di sekitar jalan Daerah
Kuala Langat, Selangor. Kajian juga meliputi projek pembinaan jalan raya yang
telah siap pembinaannya.

Rajah 1.3 : Lokasi Daerah Kuala Langat, Selangor

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan memenuhi beberapa kepentingan yang


serius untuk dijadikan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan
jalanraya terutamanya kontraktor selain pihak berkuasa tempatan.

Kepentingan

kajian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kontraktor terhadap pengurusan


trafik semasa pembinaan jalan raya secara efisian tanpa mengira nilai sesuatu projek.
Selain daripada itu, dapat mengurangkan tahap kecederaan dan kemalangan
pengguna jalanraya.

Melalui kajian ini kontraktor dapat mengurangkan kesesakan jalan raya


dengan menyediakan alat pengawalan trafik yang bersesuaian dan mencukupi dengan
pemantauan pihak berkuasa tempatan. Kontraktor juga dapat menjalankan
pembinaan jalan raya dengan sempurna tanpa menerima rungutan atau aduan
daripada pengguna sekiranya kontraktor mematuhi serta melaksanakan pengurusan
trafik yang baik. Justeru itu, ianya dapat memberi tahap kepuasan kepada pengguna
yang melalui tapak pembinaan dengan keadaan selesa dan selamat tanpa mengira
masa.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Perkembangan sistem jalan raya moden di Malaysia bermula pada zaman


penjajahan British di akhir kurun ke 18. Keperluan perdagangan dan kehendak bagi
meluaskan empayar penjajahan telah memesatkan lagi industri pembinaan jalanraya
di Semenanjung Malaysia supaya dapat menghubungkan pusat pentadbiran, kawasan
perdagangan, kawasan perusahaan, kawasan perladangan dan kawasan pelabuhan
(Mohd Saidin et al., 2008). Sebelum merdeka kesemua jalan raya negara ini telah
dibina oleh penjajah British.

Jalan raya inilah yang menjadi perintis kepada

pembinaan rangkaian jalan raya yang lebih moden dan efisien untuk digunakan.

Pembinaan jalan raya adalah bertujuan bagi kemudahan perhubungan


perjalanan menuju ke destinasi dengan mudah, selamat dan cepat. Kewujudan jalan
raya di sesebuah negeri juga menyumbang kepada pembangunan negeri tersebut.
Terdapat beberapa konsep pembinaan dan rekabentuk jalan raya yang dinyatakan
oleh Hinze, (1994) seperti berikut:
i.

Jalan raya direkabentuk adalah bagi keselesaan pengguna dan orang


awam serta pekerja di tapak bina dan jalan yang dilalui selamat dan
lancar;

ii.

Dalam memberi penilaian terhadap keberkesanan sesebuah jalan raya,


hanya pengguna sendiri yang dapat memberi pendapat yang tepat; dan

9
iii.

Keselamatan merupakan faktor yang yang penting bagi memastikan


perlaksanaan projek di tapak bina berjalan dengan lancar

Dalam industri pembinaan jalan raya di Malaysia, pihak kerajaan telah


membelanjakan berbillion ringit untuk membina lebuh raya dan membuka jalan
jalan baru serta menaiktaraf jalan sedia ada mengikut keperluan dan perkembangan
industri (JKR, 2008). Operasi pembinaan jalanraya di Malaysia telah mengalami
kemajuan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan peningkatan dalam
aktiviti ini boleh menjejaskan keselamatan orang awam. Menurut garis panduan bagi
keselamatan dan kesihatan awam di tapak pembinaan semakan pertama (2007),
contoh bahaya yang dihasilkan ialah pergerakan lalu lintas kenderaan. Tapak
pembinaan yang terdedah kepada bahaya dan berisiko tinggi bukan sahaja kepada
pekerja pembinaan, tetapi juga kepada orang awam yang bergerak di sekitar tapak
atau yang tinggal berdekatan di kawasan pembinaan.

Kemalangan jalan raya telah menjadi isu nasional dan diberi perhatian oleh
semua pihak. Dianggarkan kerajaan mengalami kerugian lebih daripada 8 billion
setiap tahun akibat jalan raya.

Berbagai langkah telah diambil bagi mengatasi

masalah ini, di mana kerajaan telah menetapkan polisi untuk mengurangkan kadar
kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak tiga kematian bagi setiap 10,000
kenderaan pada tahun 2010. Pihak kerajaan telah menubuhkan Jabatan Keselamatan
Jalan Raya dengan misi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tahap
keselamatan jalan raya setaraf dengan negara maju. Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2006-2010 telah menggariskan sembilan strategi dan 52 program di
dalamnya bagi mencapai sasaran-sasaran menjelang tahun 2010 iaitu (JKR, 2008) :
i.

2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar;

ii.

10 kematian setiap 100,000 penduduk; dan

iii.

10 kematian setiap 1 billion kilometer perjalanan kenderaan.

Objektif jabatan ini diwujudkan adalah sebagai One Stop Agency bagi
memantau dan menyelaras program keselamatan jalanraya dari aspek pendidikan,
penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran (JKR, 2008). Sebagai satu-satunya
badan penasihat teknikal kepada kerajaan, JKR bertanggungjawab bagi memantau
dan berusaha mengatasi masalah berkaitan kemalangan jalan raya. Untuk mencapai

10
sasaran kerajaan, JKR perlu memberi perhatian terhadap aspek keselamatan jalan
bagi semua projek jalan.

Mengikut maklumat yang diperolehi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam
tempoh 10 tahun kebelakangan ini, kemalangan jalanraya meningkat secara purata
sebanyak 10 % setiap tahun (JKR, 2008). Data ini termasuk kemalangan yang
menyebabkan kecederaan ringan, parah dan maut serta kerosakan harta benda.
Jadual 2.1 menunjukkan laporan statistik kemalangan dan kematian keseluruhan
Malaysia Ops Sikap XV pada 19 Disember 2007 hingga 2 Januari 2008 yang
diperolehi dari Cawangan Trafik Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Jadual 2.1:

Statistik kemalangan jalan raya & kematian keseluruhan Malaysia


Ops Sikap XV 19 Disember 2007 hingga 2 Januari 2008
JUMLAH

JENIS JALAN

JUMLAH

KEMALANGAN

JUMLAH

KEMALANGAN

MAUT

KEMATIAN (TOTAL

(TOTAL ACCIDENTS)

(TOTAL DEATH

DEATH)

ACCIDENT)

Lebuh Raya
(Expressway)

1,350

21

25

3,522

81

90

2,353

39

41

5,605

39

42

595

10

12

13,425

190

210

Jalan
Persekutuan
(Federal Road)
Jalan Negeri
Jalan Bandaran
(Municipal
Road)
Jalan-Jalan Lain
(Other Road)
JUMLAH
(TOTAL)

Tahap keselamatan perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira soal


rekabentuk, semasa pembinaan dan membaiki pulih jalan (Mac Collum, 1990).

11
Pertumbuhan kadar bilangan trafik ialah purata dalam 8.2% setahun. Ini bersamaan
dengan pertambahan hampir 1 juta kenderaan dalam setahun.

Manakala

pertambahan panjang jalan raya ialah dalam lingkungan 3.3% setahun Berdasarkan
peningkatan ini juga bermakna pengguna jalan raya akan lebih terdedah kepada
risiko kemalangan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian bertarikh 1 April 2008, Presiden


Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Datuk N Marimuthu, mengulas Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pihak pemaju dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mempunyai peranan penting dalam
mengurangkan kemalangan di tapak pembinaan dan juga manamana tempat kerja.

Pekerjaan dalam sektor pembinaan merupakan salah satu kerja yang paling
merbahaya dan telah mencatatkan kemalangan yang tinggi (Mohd Saidin et al.,
2008). Pada tahun 2006, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan
sebanyak 6.32 % atau 3686 jumlah kemalangan telah dilaporkan berkaitan bidang
pembinaan di Malaysia. Menurut Hinze (1997), percaya bahawa keselamatan
bukanlah kemewahan tetapi keperluan.

Di Malaysia sektor pembinaan mencatatkan kedudukan keempat dalam


bilangan kes kemalangan yang dilaporkan sehingga Julai 2008 oleh Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan (DOSH). Pecahan kes kemalangan adalah kes maut, kes
Hilang Upaya Kekal (HUK) dan kes hilang Upaya Tidak Kekal (THUK). Sektor
pembinaan mencatatkan keseluruhan 79 kes kemalangan, keempat terbesar selepas
sektor pengilangan, sektor pertanian dan sektor kemudahan statistik adalah seperti
Jadual 2.2.

12
Jadual 2.2 : Bilangan kes kemalangan yang dilaporkan di Malaysia mengikut
pecahan sektor sehingga Julai 2008.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada risiko kemalangan


jalanraya ini. Antara faktor tersebut ialah faktor manusia, faktor rekabentuk
jalanraya, faktor persekitaran dan faktor kenderaan (Jones, 2000). Kombinasi antara
faktor manusia dan persekitaran melalui aspek kejuruteraan dan kawalan trafik boleh
digunakan bagi mengurangkan dan menghapuskan kemalangan jalanraya. Berbagai
usaha daripada pihak kerajaan perlu diteruskan bagi mengurangkan lagi kadar
kemalangan di tapak bina bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Pelan
Keselamatan Jalan Malaysia 2006 hingga 2010. Rajah 2.1 menunjukkan kerja-kerja
naiktaraf pembinaan jalan raya sedang dijalankan.

Rajah 2.1: Kerjakerja naiktaraf pembinaan jalanraya sedang dijalankan serta aliran
lalulintas

13
2.2 Langkah Program Keselamatan Yang Diamalkan

Program keselamatan merupakan cara untuk meningkatkan keselamatan di


tapak bina. Tujuan dan matlamat program keselamatan ini adalah untuk
meminimumkan berlakunya kemalangan. Menurut Mac Collum (1990), maksud
program keselamatan jalan raya adalah mematuhi dan mengimplimentasikan segala
peraturan keselamatan yang telah diperuntukkan oleh sesuatu badan atau organisasi.

2.2.1

Pemantauan Kawasan Kerja

Occupational Safety and Health Administration (OSHA) mendefinisikan


keselamatan pekerjaan sebagai melindungi pekerja daripada kemalangan, kecederaan
dan ancaman yang berkaitan dengan keadaan tempat kerja, amalan pekerjaan dan
juga persekitaran tempat (Rahim, 2008). Di Malaysia setiap organisasi diwajibkan
untuk mematuhi undangundang keselamatan yang telah ditetapkan. Antaranya ialah
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merupakan jabatan yang bertangunggjawab dalam
memastikan keselamatan dan kesihatan serta kebajikan orang yang sedang bekerja
dan melindungi orang lain daripada bahayabahaya keselamatan dan kesihatan yang
berpunca daripada aktiviti pekerjaan dari pelbagai sektor (JKKP, 2007).

Mengikut sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, setiap


majikan hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan menyelenggarakan sistem
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Majikan perlu mematuhi

keperluan piawaian Malaysia yang berkaitan dengan sistem pengurusan keselamatan


dan kesihatan pekerjaan lain yang setara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Garis
panduan bagi keselamatan dan kesihatan awam di tapak pembinaan semakan pertama
2007 diperkenalkan untuk panduan kepada majikan berhubung dengan bagaimana
amalan kerja yang baik boleh dilaksanakan dalam setiap aktiviti semasa pembinaan
untuk mencegah kemalangan kepada pekerja dan orang awam.

14
Garis panduan ini diharapkan akan menjadi rujukan standard bagi pemaju,
kontraktor, jurutera, arkitek, pereka bentuk dan pegawai keselamatan dan kesihatan.
Justeru itu pengurusan trafik yang berkesan adalah diperlukan untuk situasi-situasi
yang berbeza semasa pembinaan dijalankan demi untuk meningkatkan produktiviti
dan menjadikan kawasan kerja selamat.

2.2.2

Pegawai Trafik

Pegawai trafik bertanggungjawab dalam memastikan aliran trafik di kawasan


pembinaan jalan raya itu berjalan dengan baik dan lancar. Pegawai trafik perlu
diberi kursus untuk mendapatkan sijil kelayakan kerana tugas pegawai trafik
memerlukan tanggungjawab yang besar.

Disamping itu, pegawai trafik perlu

mengikuti kursus induksi yang dianjurkan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja Negara (NIOSH) serta memahami dan merujuk Arahan Teknik Jalan 2C/85
sebagai panduan dari segi penggunaan papan tanda sementara dalam pembinaan.
Pegawai trafik hendaklah menggunakan pakaian yang bersesuaian serta peralatan
keselamatan yang standard untuk mengawal aliran trafik semasa kerjakerja
pembinaan sedang dilakukan.

2.2.2.1 Penyelia Keselamatan Tapak

Kontraktor utama pembinaan jalan raya hendaklah melantik seorang penyelia


keselamatan tapak bina separuh masa yang menghabiskan masanya sekurangkurangnya lima belas jam seminggu.

Penyelia tersebut hendaklah memastikan

pengawasan keselamatan dan tatakerja yang selamat di kawasan pembinaan.


Pemakaian jaket pemantul cahaya boleh memberi amaran kepada pengguna jalan
raya bahawa terdapat kerja pembinaan di kawasan tersebut. Pemakai jaket boleh
dilihat dengan jelas walaupun dari jarak yang jauh oleh pengguna jalan raya dan
dapat mengurangkan risiko kemalangan dari dilanggar oleh kenderaan.

15
2.2.2.2 Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Setiap kontraktor bagi kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan


kejuruteraan hendaklah menggaji seorang pegawai keselamatan dan kesihatan jika
jumlah harga kontrak bagi projek melebihi dua puluh juta Ringgit Malaysia.

2.2.3

Audit Keselamatan Jalan raya

Audit Keselamatan Jalanraya (RSA) boleh ditafsirkan sebagai pemeriksaan


yang formal terhadap rancangan ,rekabentuk dan pembinaan projek serta karakter
jalan yang telah beroperasi oleh pegawai audit yang berkelayakan. Mengikut CIDB
(2009), tujuan RSA adalah untuk mengenalpasti potensi yang bakal mengundang
bahaya kepada pengguna jalanraya. Audit Keselamatan Jalan (RSA) adalah sebagai
salah satu cara untuk mencegah kemalangan bagi jalan sediada ataupun pada projekprojek baru. Pengauditan keselamatan jalan raya di Malaysia terlebih dahulu
dijalankan oleh bahagian jalan, Jabatan Kerja Raya, dalam tahun 1994 (Marjan, 2002).
Audit Keselamatan Jalan terhadap projek-projek baru perlu dilakukan pada semua
peringkat penyediaan jalan mulai dari peringkat perancangan, rekabentuk,
pembinaan dan operasi.

Melalui RSA ini, sebarang unsur yang tidak selamat dapat di kenal pasti pada
peringkat yang lebih awal. Keadaan ini dapat menjimatkan kos pembaikan jalan
akibat daripada rekabentuk jalan yang tidak selamat. Pengurangan kemalangan
dilakukan dengan menjalankan pembaikan terhadap kawasan-kawasan kemalangan
yang dikenalpasti sebagai kawasan blackspot. Pihak JKR telah mengemukakan satu
program keselamatan jalan yang melibatkan pembaikan berdasarkan jenis
kemalangan di bawah RMK8 (JKR, 1997).

Ia bertujuan untuk menangani

berlakunya kemalangan terhadap golongan-golongan yang terdedah dengan bahaya


contohnya penunggang, pembonceng motosikal dan pejalan kaki. Mengikut Sohadi
dan Hitam (2002), Audit Keselamatan Jalan raya mempunyai lima peringkat iaitu :
i.

Peringkat perancangan dan kemunasabahan;

ii.

Peringkat Preliminary (draf) bagi rekabentuk;

16
iii.

Peringkat rekabentuk secara terperinci;

iv.

Peringkat semasa pembinaan; dan

v.

Peringkat mengaudit pada jalan sedia ada.

Objektif Audit Keselamatan Jalanraya ialah :


i. Mengenalpasti potensi halangan pada projek jalan yang baru bagi setiap
peringkat. Ia bertujuan menyelesaikan masalah supaya apabila jalan itu
beroperasi dapat meminumkan kos dari segi penyenggaraan;
ii. Mengenalpasti halangan yang menyumbang kepada kemalangan di jalan
yang sedia ada. Ia bertujuan membaiki kawasan tersebut sebelum ia
menjadi kawasan kemalangan maut;
iii. Memastikan tuntutan keselamatan kepada semua pengguna jalanraya
adalah jelas semasa membuat perancangan, merekabentuk, pembinaan
dan untuk jalan yang akan beroperasi; dan
iv. Mengurangkan kemalangan yang berlaku pada pengguna jalan raya .

2.2.3.1 Audit Keselamatan Jalan raya Peringkat 4

RSA perlu diimplimentasikan pada setiap projek sekurangkurangnya pada


peringkat pembinaan (Sazali, 2007).

Pelan pengurusan trafik terletak di bawah

peringkat 4 di mana informasi yang diperlukan ialah pelan pembinaan termasuk


lencongan trafik dan pelan tata atur yang berkaitan dengan pengurusan trafik semasa
pembinaan (Karim, 2008). Mengikut arahan Pegawai Penguasa (PP), RSA perlu
dilakukan setiap 3 bulan atau 6 bulan. Selepas kerja pengauditan satu laporan akan
dikeluarkan.

Kerjakerja pengauditan yang dilakukan ialah menyemak perkara

berikut :
i.

Pelan tata atur jalan termasuk jajaran geometri, lebar jalan termasuk
bilangan lorong jalan dan jenis kerb yang dipasang;

ii.

Papan tanda termasuk jenis, saiz penyusunan di kawasan binaan dan


keperluan penghadang jalan diperlukan untuk melindungi tiang
gantry;

17
iii.

Garisan jalan iaitu penggunaan yang betul terhadap jenis garisan


termasuk saiz dan warna. Penggunaan anak panah bagi penandaan
jalan bagi penggunaan trafik yang tertentu;

iv.

Keselamatan jalanraya termasuk penggunaan penghadang jalan jenis


guiderail atau barrier adalah berkait rapat pada kawasan yang
terdedah pada bahaya bagi pengguna jalan raya;

v.

Lanskap termasuk pokokpokok atau sebarang tanaman yang boleh


menghalang penglihatan pada laluan hadapan ataupun papan tanda.
Selain daripada itu, rimbunan pokok yang keterlaluan boleh
menghalang pencahayaan di kawasan pembinaan.

FLOWCHART FOR TRAFFIC MANAGEMENT AUDIT


Traffic Management Plans (TMP)
-Contractor prepare TMP for all work zones of the
project

Traffic Management Safety Reports (TMSR)


-Traff ic Management Officer prepare TMSR that
include :
a) TMPs prepared & enforced on the ground
b) TMPs for the next three months work
c)Estimated duration of each TMP (expected
placement & removal dates)
d) Accident occurrences and analyses
-Summit report to S.O/P.D and Road Safety Auditor.
Extend copy to HOPT (first week of the third months)

Work Zone Audit


- Road Safety Auditor to carry out audit
on
a)TMSR submitted
b)Traffic management at work zones
(every 3 months/as per nos, aggred)
-Road Safety Auditor to prepare audit
report(within2 weeks after receiving
TMSR) and submit to S.O/PD. Extend copy
to HOPT.

Approving Traffic Management Plans


-S.O/PD Reps approved TMPs and may use
recommendations of road safety auditor in work zones audit
reports.

Approved Traffic Management Plans (TMP)


-Approved TMPs to be used at work zones.
Notes :
i)
ii)
iii)
iv)
v)

S.O- Superintending Officer


P.D- Project Director
HOPT- Unit Pengurusan & Penyelarasan Projek (Cawangan Jalan)
(*) Superintending Team need to ensure comments/recommendations by Road Safety Auditor is adhered
by contractor
All copies of audit reports to be extend to UKJ for monitoring and record purposes

Rajah 2.2 :Carta Aliran Audit Keselamatan Jalan raya Peringkat 4

18
2.3

Pelan Pengurusan Trafik

Perancangan dan rekabentuk Pelan Pengurusan Trafik (TMP) harus


mematuhi keperluan kejuruteraan dan garis panduan negara Arahan Teknik Jalan
2C/85 yang mengambil kira ciri-ciri trafik tempatan dan kekangan tapak pembinaan.
TMP perlu bila aktiviti pembinaan atau penyelenggaraan jalan berdekatan dengan
jalanraya. TMP yang direkabentuk dan digunapakai tidak boleh menyebabkan
kemalangan dan kesesakan lalulintas. Bilangan lorong dan tahap perkhimatan (LOS)
harus dikekalkan sepanjang pembinaan (Hizam dan Jazlina, 2008).

TMP mesti direkabentuk oleh pegawai teknikal yang berpengalaman dalam


rekabentuk jalan raya dan kerja-kerja pembinaan. TMP perlu diaudit oleh juruaudit
yang telah diakreditasi dan diluluskan oleh JKR sebelum kerja-kerja pembinaan
fizikal sebenar di tapak. Ianya merupakan tindakan pencegahan awal daripada
berlaku kemalangan dengan mempamerkan papan tanda sementara. TMP juga
merupakan keperluan keselamatan dan kepastian kuantiti dan kualiti kerja. Tujuan
Pelan Pengurusan Trafik adalah seperti berikut :
i.

Memastikan aliran trafik berfungsi dengan lancar pada tahap yang


diterima dan selamat;

ii.

Meminimakan kadar kemalangan dengan menggunakan peralatan


kawalan trafik yang boleh dilihat dan efektif dengan cara penyediaan
lencongan sementara,papan tanda yang pantul cahaya,menyimpan
mesin dan jentera di luar kawasan kerja serta peralatan keselamatan
jalan raya yang ringan,mudah alih dan selamat;

iii.

Meminimakan konflik berlaku kemalangan antara aliran trafik atau


pekerja dan peralatan dengan cara pengasingan laluan sikal dan
pejalan kaki, penyediaan zon penampan dan laluan masuk atau keluar
yang selamat ke tapak bina; dan

iv.

Memaksimumkan

keselesaan

kepada

pengguna

dengan

cara

penutupan jalan yang perlu sahaja, kawalan dan pengurusan trafik


yang lancar, memberi maklumat laluan alternatif, tidak bekerja di
waktu puncak dan menggunakan media masa untuk penutupan jalan.

19
TMP mesti memaparkan pelbagai tahap pembinaan dengan mengambilkira
halangan utama dan petukaran laluan jalanraya (Hizam dan Jazlina,2008).
Pemberitahuan awal harus diberikan kepada semua pengguna jalanraya sekiranya
terdapat halangan trafik, penutupan jalan, penutupan lorong dan laluan alternatif.
Syarat yang mencukupi harus dinyatakan dalam BQ (Senarai Kuantiti) bagi tujuan
pemasangan dan penggantian semua alatan pengawalan trafik. TMP dan Laporan
Keselamatan Pengurusan Trafik (TMSR) harus diaudit oleh juruaudit yang
dipersetujui oleh JKR sebelum kerja-kerja pembinaan. TMSR tersebut mesti
mematuhi format seperti yang diluluskan oleh JKR.

Peringkat pembinaan ditentukan dalam proses perancangan dan perlu


disemak bagi mengetahui peringkat yang kompleks, tempoh aktiviti sesuatu kerja
dan masalah yang mungkin dihadapi. Perkara yang perlu diambilkira secara
terperinci adalah :
i.

Peraturan serta batasan yang telah sedia ada di kawasan pembinaan;

ii.

Lokasi kerja (di jalan raya, selekoh, bahu jalan atau cerun);

iii.

Jumlah lorong jalan yang diperlukan untuk aktiviti kerja;

iv.

Halangan semasa aktiviti kerja contohnya parit, paip perkhidmatan


dan lain-lain;

2.3.1

v.

Jarak maksimum yang dibenarkan untuk kawasan kerja; dan

vi.

Keperluan lain untuk trafik biasa.

Zon Kawalan Trafik

Zon Kawalan Trafik ialah jarak antara papan tanda amaran pertama dengan
hujung kawasan kerja yang tidak menjejaskan aliran trafik seperti Rajah 2.3. Zon
kawalan trafik perlu disesuaikan supaya pengguna jalan raya tidak memandu dengan
laju semasa melalui kawasan pembinaan (Jackson, 2010). Kelajuan ini boleh
mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Zon kerja perlu dipatuhi,
dimana ianya adalah konsep asal bagi kerja asas semasa pembinaan dijalankan. Item
pengurusan trafik adalah kerjakerja pengorekan atau kerja ditepi jalanraya,

20
kedudukan mesin jentera dikawasan kerja serta bahan binaan di tepi jalan raya. Zon
Kawalan Trafik terbahagi kepada 5 zon :i.

Zon A - Kawasan Amaran Awal;

ii.

Zon B - Kawasan Peralihan;

iii.

Zon C - Kawasan Penampan / Buffer;

iv.

Zon D - Kawasan Kerja; dan

v.

Zon E - Kawasan Penamat.

Rajah 2.3 : Zon Kawalan Trafik

2.3.1.1

Zon A - Kawasan Amaran Awal

Kawasan Amaran Awal merupakan keperluan kepada semua zon pengawalan


trafik. Zon A ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna mengenai
kawasan pembinaan yang dijalankan. Pengguna mempunyai masa untuk mengubah
corak pemanduan kerana Zon A ini biasanya akan diletakkan 2km sebelum kawasan
pembinaan serta mempunyai minimum satu lampu blinkers. Sekiranya tidak
melibatkan kawasan trafik papan tanda Zon A tidak perlu dibina.

21
2.3.1.2

Zon B Kawasan Peralihan

Kawasan Peralihan ialah di mana pengguna perlu menukar laluan dan melalui
laluan yang meruncing apabila berhadapan dengan beberapa laluan atau satu laluan
yang ditutup bagi melakukan aktiviti pembinaan kawasan peralihan perlu
menggunakan papan tanda tunjuk arah yang jelas dan diletakkan di tiang yang tinggi.
Ini adalah untuk mengelakkan konflik semasa pengguna melalui laluan tersebut.
Rajah 2.4 menunjukkan susunan papan tanda di di Zon Peralihan dan diletakkan di
tiang yang tinggi.

Rajah 2.4 : Susunan Papan tanda di Zon B-Kawasan Peralihan

2.3.1.3

Zon C Kawasan Penampan/Buffer

Zon C adalah kawasan diantara Zon Peralihan dengan Zon Bekerja. Kawasan
Penampan ini adalah kawasan yang selamat bagi pengguna dan pekerja binaan.
Tujuan Zon C ini adalah untuk memberi masa kepada pengguna memperlahankan
kenderaan sebelum menukar laluan atau lorong. Kawasan Penampan tidak
dibenarkan meletakkan sebarang peralatan, mesin dan jentera pembinaa serta bahan
binaan. Zon C mesti mempunyai penunjuk arah yang diletakkan pada jarak separuh
daripada ruang laluan yang ditutup.

22

Rajah 2.5 : Arah anak panah untuk laluan pengguna jalan raya

2.3.1.4

Zon D Kawasan Kerja

Kawasan Kerja merupakan tempat untuk menjalankan aktiviti pembinaan


yang mempunyai bahan binaan, peralatan, mesin, jentera serta pekerja binaan.
Pengguna dan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.
Penggunaan alat kawalan trafik diperlukan di kawasan kerja untuk kemudahan dan
keselesaan pengguna jalanraya yang melalui kawasan tersebut. Penunjuk amaran
seperti bendera dan pancaran lampu amat penting bagi mengawal jentera atau
kenderaan yang keluar masuk di kawasan kerja. Pekerja binaan juga perlu diberi
laluan yang selamat ketika keluar masuk ke kawasan kerja serta memakai jaket
keselamatan.

23
2.3.1.5

Zon E Kawasan Penamatan Kerja

Kawasan Penamatan Kerja merupakan laluan trafik yang bebas dari kawasan
kerja dan melalui laluan asal. Papan tanda perlu diletakkan supaya pengguna boleh
menukar pemanduan yang normal dan mengikut halaju yang ditetapkan. Rajah 2.6
menunjukkan susunan papantanda di Zon B, Zon C dan Zon D.

Rajah 2.6 : Sususan Papan Tanda di Zon C, Zon D dan Zon E

2.3.2

Papan Tanda Keselamatan Sementara

Papan

tanda

jalanraya

merupakan

satu

keperluan

penting

dalam

melengkapkan sistem jalanraya yang baik dan memberi kesan yang besar kepada
pengguna jalanraya khasnya. Manakala papan tanda keselamatan dalam pembinaan

24
jalan raya adalah merupakan perkara utama dalam menentukan keselamatan
pembinaan jalan raya. mengikut Arahan Teknik Jalan 2C/85.

Papan tanda keselamatan perlu disediakan mengikut jarak dengan perkataan


yang sesuai, jelas serta mempunyai pantulan cahaya. Pemasangan papan tanda
samaada di jalan raya atau lebuh raya mestilah tertakluk kepada klasifikasi papan
tanda seperti yang telah ditetapkan dalam Arahan Teknik Jalan 2C/85. Rajah 2.8
menunjukkan salah satu contoh papan tanda pembinaan sementara yang dilengkapi
dengan ukuran standard sebagaimana Arahan Teknik Jalan 2C/85. Fungsi papan
tanda akan lebih ketara di waktu malam ataupun selepas hujan kerana keadaan cuaca
yang kabur dan gelap untuk pemandu lalulintas melihat keadaan sebenar kawasan
kerja. Papan tanda perlu mempunyai reflektif bagi penglihatan di waktu malam dan
hujan. Tujuan sesuatu papan tanda dipasang atau dibina di atas jalanraya mengikut
ketentuan berikut :
i.

Pematuhan kepada undang - undang jalanraya;

ii.

Panduan kepada pengguna jalanraya;

iii.

Amaran merbahaya; dan

iv.

Memberi maklumat atau informasi.

Papan Tanda Keselamatan Sementara bertujuan memberi amaran awal


tentang kerjakerja pembinaan jalan raya yang sedang dijalankan di kawasan
tersebut. Papan tanda sementara yang disediakan mestilah berkesan seperti jelas,
tidak lusuh/ pudar / kabur serta penggunaanya adalah betul serta tidak mengelirukan
(JKR, 1985). Warna bagi papan tanda pembinaan sementara adalah standard iaitu :
i.

Tulisan dan garisan sempadan berlatarbelakangkan warna oren;

ii.

Kepingan reflektif berwarna Orange Fluorescent Prismatic; dan

iii.

Papan tanda lencongan berwarna hitam belang berlatarbelakangkan


warna oren.

Bentuk kesemua papan tanda sementara adalah berbentuk bulat, diamond


atau segiempat. Papan tanda sementara perlu didirikan pada penyokong mudah alih
yang sesuai bagi kedudukan sementara. Semua pemasangan papan tanda hendaklah
diambilkira hentaman dan yang paling utama dapat mengurangkan risiko kepada
pengguna jalan raya. Bagi mobiliti yang maksima dan mendapatkan hasil yang

25
berkesan untuk sebahagian jenis penyenggaraan, papan tanda yang besar perlu
didirikan pada kenderaan atau lori. Contohnya bagi kerja-kerja memprimix jalan,
membersihkan bahu jalan atau longkang-longkang di mana papan tanda tersebut
bergerak mengikut kenderaan atau lori tersebut. Rajah 2.7 menunjukkan papan tanda
keselamatan sementara yang sering digunakan dalam pembinaan jalan raya.

Rajah 2.7 : Papan tanda sementara yang digunakan semasa pembinaan jalan raya
.

Rajah 2.8 : Ukuran papan tanda pembinaan sementara

26
2.3.3

Jalan Alternatif

Pembinaan jalan alternatif perlu jika pembinaan yang akan dijalankan


memerlukan penggunaan keseluruhan kawasan asal. Cara ini juga dapat
mengelakkan daripada pekerja terdedah kepada bahaya kenderaan yang melalui
kawasan kerja. Jika jalan alternatif ini terlalu hampir dengan kawasan kerja, pastikan
kenderaan bergerak dengan kelajuan yang rendah. Papan tanda amaran dan
keselamatan perlu lengkap dan mencukupi. Makluman mengenai penutupan jalan
dan penggunaan jalan alternatif mestilah dihebahkan melalui media massa serta
dimaklumkan dua minggu lebih awal kepada orang awam.

2.3.4 Jalan Lencongan Sementara

Jika sesuatu pembinaan di kawasan asal seperti menaiktaraf jalan sediada


atau membina kerja yang tidak lama dan berpanjangan, maka satu lencongan
sementara akan dibina. Jalan lencongan sementara ini perlu mengikut Arahan Teknik
Jalan 2C/85 agar ianya kukuh dan tahan lama seperti jalan sediada.

Rajah 2.9 : Jalan lencongan sementara

27
2.3.5

Garisan Jalan Sementara

Sentiasa memastikan garisan jalan sementara :


i.

Menggunakan pelbagai jenis garisan yang telah direkabentuk


mengikut keperluan lokasi;

ii.

Kedudukan yang sesuai bagi garisan jalan berhenti dan beri


laluan di simpang-simpang jalan raya;

iii.

Membekalkan road studs (memberi reflektif pada garisan jalan)


mengikut keperluan di mana untuk keselamatan trafik; dan

iv.

2.3.6

Membekalkan garisan anak panah pada laluan trafik yang diperlukan.

Sistem Mengawal Lalulintas

Walaupun langkah-langkah keselamatan telah diambil sepanjang kawasan


pembinaa tetapi masih berlaku kemalangan. Ini berikutan dari sikap pemandu yang
kurang sabar dan memandu di belakang pemandu perlahan. Selain dari penyusunan
papan tanda amaran yang sistematik, meletakkan pengawal bendera dapat juga
mengawal sistem pengaliran lalulintas secara manual seperti mengurangkan kelajuan,
memberi laluan mesin jentera keluar masuk tapak dengan memberhentikan
kenderaan yang melalui kawasan itu.

2.3.7

Penghadang Keselamatan

Penghadang jalan atau guard rail dikategorikan kepada dua bahagian iaitu
penghadang keselamatan kenderaan dan pejalan kaki.

Penggunaan penghadang

keselamatan dapat mengasingkan laluan kenderaan serta mengurangkan kenderaan


daripada terbabas melanggar pejalan kaki seperti dalam Arahan Teknik Jalan 1/85.
.Penghadang jalan juga berfungsi untuk menghalang kenderaan daripada berubah ke
haluan yang bertentangan.

Kedudukan penghadang biasanya di tepi pembahagi

jalan, di tepi tiang lampu atau berdekatan dengan jambatan dan sebagainya mengikut

28
kesesuaian. Penggunaan penghadang dapat memberi jaminan keselamatan kepada
pengguna dan merupakan pengasingan berkesan pejalan kaki dengan kesesakan
lalulintas yang sibuk serta mengelakkan pejalan kaki daripada memasuki jalan raya.
Berikut merupakan penghadang keselamatan yang digunakan di kawasan pembinaan
i.

Penghadang Konkrit atau New Jersey Barrier (NJB) adalah


penghadang jenis kekal yang diperbuat daripada konkrit. Penggunaan
concrete barrier di kawasan bandar & luar Bandar secara interlock di
lokasi berikut;
Kawasan kerja yang mempunyai

heavy machins/rigid

structure pile.
Terdapat perbezaan aras melebihi 1m antara kawasan kerja
dan laluan kenderaan.
ii.

Penghadang Plastik atau Plastic Jersey Barrier adalah kosong di


dalam dan perlu diisi dengan pasir atau air untuk memberatkannya.
Alat ini disusun dengan rapat dan mengunci antara satu sama lain.
Penggunaan penghadang plastik di kawasan urban secara interlock
dilokasi berikut;

Terdapat perbezaan aras kurang 1m antara kawasan kerja dan


laluan kenderaan.

Kawasan kerja dan laluan kenderaan yang searas.

Penggunaan penghadang

plastik

di kawasan luar bandar seperti

berikut :

Secara interlock di lokasi yang terdapat perbezaan aras kurang


1m antara kawasan kerja dan laluan kenderaan.

Berjarak tidak melebihi 4m di kawasan kerja dan laluan


kenderaan yang searas.

iii.

Kon adalah alat yang biasanya digunakan bagi memberi panduan


kepada pengguna jalan raya sekiranya terdapat jalan lencongan;

iv.

Tong drum plastik adalah alat yang diperbuat daripada plastik dan
mempunyai jalur putih berpantulan cahaya di waktu malam.
Tujuannya sebagai panduan lencongan jalan dan sebagai penghadang
kawasan kerja; dan

29
v.

Lampu Blinkers adalah lampu yang berwarna oren dan berkelip-kelip


dengan menggunakan bateri. Ia berfungsi memberi amaran ada
halangan di hadapan pemandu terutama pada waktu malam. Lampu
blinkers dipasang pada tempat-tempat strategik yang boleh dilihat
pada waktu malam dan ketika cuaca buruk demi keselamatan penguna
jalan raya.

Rajah 2.10 : Penggunaan penghadang plastik

Rajah 2.11 : Lampu Blinkers dan Tong Drum Plastik

30
2.3.8

Delineator Post

Delineator Post adalah sebatang tiang yang dilekatkan dengan pemantul


cahaya dan dipasang di tepi atau di pembahagi jalan. Ia merupakan salah satu
peralatan keselamatan jalan raya bagi menunjukkan jajaran jalan raya terutama pada
waktu malam (Mat Idi, 2007). Antara jenis delineator post ialah Fibre Reinforced
Plastic, Kayu, Steel, Upvc dan lain-lain. Kegunaan Delineator Post adalah seperti
berikut :
i.

Mengawal pengguna jalan raya untuk mengikut lorong masingmasing;

ii.

Memberi panduan kepada pemandu kenderaan terutamanya di


selekoh;

iii.

Memberi panduan kepada pemandu di kawasan berbukit yang


menghadapi masalah jarak penglihatan yang kabur sight distance; dan

iv.

Sesuai dipasang di kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan.

Kaedah Pemasangan Delineator Post ialah :


i.

Jarak pemasangan adalah antara 0.6 m hingga 1.8 m dari di tepi


turapan jalan ;

ii.

Perlu dipasang pada bahagian belakang penghadang jalan sekiranya


terdapat guard rail di sepanjang jalan;

iii.

Pemantul cahaya berwarna merah hendaklah dipasang pada bahagian


kanan jalan;

iv.

Pemantul cahaya berwarna putih/silver hendaklah dipasang pada


bahagian sebelah kiri jalan.

2.3.9

Kerja Waktu Malam

Bekerja di waktu malam adalah menjadi kebiasaan bagi laluan trafik yang
agak sibuk di siang hari. Di waktu malam langkah keselamatan perlu dipertingkat
kerana pandangan seseorang agak kurang jelas terutama di kawasan binaan yang
gelap. Pekerja perlu memakai pakaian keselamatan atau jaket keselamatan yang

31
pantul cahaya dan jarak penglihatan yang tinggi supaya pengguna awam atau
operator jentera dapat melihat pekerja terbabit. Kawasan binaan perlu mempunyai
lampu jalan atau lampu sementara bagi pencahayaan kawasan kerja. Kawasan binaan
yang gelap akan mengundang bahaya walaupun dilengkapi papan tanda amaran.
Semua jentera yang digunakan hendaklah mempunyai lampu amaran amber flashing
beacons. Lampu Blinkers hendaklah dipasang setiap malam sepanjang kawasan
binaan walaupun tiada sebarang aktiviti dilakukan bagi menjadikan laluan selamat
dan selesa memandu.

Rajah 2.12 : Kerja pembinaan jalan raya di waktu malam

Rajah 2.13 : Penggunaan lampu pada waktu malam

32
2.3.10 Tanggungjawab Agensi

Sebelum memulakan sesuatu projek perlu ada mesyuarat pra pembinaan


bertujuan untuk berbincang dengan agensi-agensi yang terlibat di kawasan binaan.
Pengurusan trafik juga mempunyai kaitan dengan agensi lain untuk mendapatkan
tahap keselamatan yang tinggi sama seperti yang dipraktiskan oleh kontraktor utama.
Pihak agensi perlu merujuk kepada pihak JKR untuk mendapatkan khidmat nasihat
mengenai penggunaan alat-alat keselamatan di kawasan pembinaan. Pihak berkuasa
tempatan dan polis mesti dimaklumkan mengenai pembinaan yang akan dijalankan
di kawasan pembinaan. Ini perlu untuk tindakan susulan dari badan tersebut
sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini di kawasan pembinaan.

2.4 Senarai Kuantiti (BQ)

Senarai Kuantiti merupakan satu dokumen yang mengandungi senarai item


binaan serta kuantitinya disediakan mengikut prinsip yang telah ditetapkan (Aminah
dan Rosli, 2008). Senarai Kuantiti biasanya digunakan dalam Dokumen Sebutharga
dan Dokumen Tender. Selain daripada item binaan, terdapat juga peruntukan
keselamatan bagi menjalankan suatu projek binaan. Peruntukan bagi keperluan dan
kelengkapan keselamatan ini diletakkan di dalam Item Kerja-kerja Awalan
(Prelimenaries Item) bagi setiap Senarai Kuantiti yang disediakan.

Oleh yang demikian pihak kontraktor perlu meletakkan harga tawaran bagi item
tersebut. Dalam hal ini ianya dikira sebagai kos keselamatan dalam suatu projek
pembinaan. Disebabkan peruntukan penyediaan kelengkapan keselamatan itu
terkandung dalam Dokumen Kontrak, kontraktor perlu mematuhi dan memenuhi
kehendak peruntukan kerana ia merupakan suatu kontrak ataupun perjanjian antara
pihak kontraktor dan juga klien. Antara item kelengkapan keselamatan yang
diperuntukan ialah papan tanda dan lampu amaran dan penyediaan keperluan
keselamatan.

33
Walaubagaimanapun, kandungan peruntukan berkaitan keselamatan di tapak
bina yang terdapat di dalam Item Kerja-kerja Awalan adalah berbeza bagi setiap
projek pembinaan yang dijalankan bergantung kepada pihak yang menyediakan
Senarai Kuantiti.

2.5

Kesimpulan

Kajian Literatur yang di lakukan adalah untuk mengenalpasti perlaksanaan


pengurusan trafik semasa pembinaan jalanraya dilakukan sepenuhnya oleh
kontraktor atau sebaliknya serta tahap kepuashatian pengguna menggunakan jalan
raya tersebut. Keprihatinan setiap pihak yang terlibat dalam binaan untuk
meningkatkan tahap keselamatan amat wajar bagi meningkatkan mutu dan kualiti
keselamatan di tapak pembinaan.

Program keselamatan yang menyeluruh hendaklah dijadikan amalan kerana ia


mencerminkan imej sesuatu organisasi. Selain daripada itu banyak faedah yang boleh
diperolehi hasil daripada perlaksanaan pengurusan trafik yang teratur. Secara
langsung pengguna dapat menggunakan jalan raya secara berhemah kerana
pengurusan trafik yang dijalankan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam
Pelan Pengurusan Trafik (TMP). Pihak berkuasa tempatan juga memainkan peranan
yang penting dengan meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap sistem pengurusan
trafik semasa pembinaan jalanraya bagi keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang kaedah yang digunakan sepanjang kajian


dibuat. Penerangan ini bertujuan kajian yang dibuat lebih tersusun dan efektif tanpa
tersasar daripada objektif sebenar dan objektif kajian akan tercapai. Untuk
menjalankan kajian ini, satu pendekatan yang menyeluruh akan digunakan iaitu
meliputi pengumpulan data daripada sumber-sumber tertentu serta kaedah analisis
data yang digunakan. Terdapat beberapa peringkat perlaksaan kerja bagi kajian
metodologi ini.

3.2

Peringkat peringkat Perlaksanaan Kerja

Peringkatperingkat perlaksanaan kerja adalah berdasarkan carta alir yang


telah dibuat dan ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah di mana terdapat empat
peringkat kerja .

35

Rajah 3.1 : Carta Alir Perlaksanaan Peringkat Kerja

3.2.1

Peringkat Pertama : Kajian Awal

Pada peringkat ini pemahaman terhadap setiap aspek kajian perlu dilakukan
dalam memastikan arah tujuan kajian. Pelbagai sumber diperlukan dalam
mendapatkan maklumat dan data agar gambaran awal jelas tentang kajian dapat
dikenalpasti.
dilakukan.

Pada peringkat ini juga dapat ditentukan jenis kajian yang bakal
Tujuan perbincangan ini adalah untuk memperolehi gambaran awal

36
mengenai tajuk yang akan dibuat untuk kajian ini. Ia meliputi pernyataan masalah,
kepentingan kajian, skop kajian dan objektif kajian

3.2.2

Peringkat Kedua : Pengumpulan Data

Peringkat ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kajian


dan menentukan bagaimana cara data diperolehi, disimpan dan dianalisa. Oleh
kerana proses pengumpulan data adalah rumit, ianya harus dirancang dengan teliti.
Pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan dua kaedah iaitu Kajian Literatur dan
Kajian Data.

3.2.2.1

Kajian Literatur

Kajian literatur bertujuan untuk mencari faktafakta dan maklumat tepat


yang berkaitan dengan fokus kajian ini melalui kajian lepas, tesis-tesis terdahulu,
artikel berkaitan, bukubuku, jurnal, majalah, surat khabar, kertas pembentangan
seminar, polisi dan akta-akta berkaitan serta bahan penulisan yang lain. Sumber
rujukan daripada internet juga digunakan untuk perolehi maklumat yang lebih
banyak dan bersesuaian.

Kajian Literatur yang difokuskan ialah isu-isu perlaksanaan pengurusan trafik


dalam pembinaan jalan raya oleh kontraktor, pemantauan daripada pihak berkuasa
tempatan, tahap kepuasan dan keselamatan pengguna awam dan seterusnya
mengurangkan kadar kemalangan di kawasan pembinaan. Kajian literatur ini adalah
untuk memperluaskan pengetahuan mendalam tentang kajian yang akan dijalankan
melalui pembacaan serta maklumat yang diperolehi.

37
3.2.2.2

Kajian Data

Kajian Data merupakan maklumat yang diperolehi daripada individu, agensi


kerajaan dan swasta serta orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
sektor pembinaan jalan raya. Maklumat yang diperoleh tidak berbentuk angka tetapi
lebih menjurus kepada pengalaman dan pandangan responden terhadap kajian ini.
Kajian Data dilakukan melalui dua cara iaitu Soal Selidik dan Temubual.

i.

Soal Selidik

Soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai


keperluan keselamatan dalam pembinaan jalan raya. Ia bertujuan untuk membuat
analisis terhadap hubungkait antara kemalangan yang berlaku dengan pengurusan
trafik yang dijalankan. Soal selidik ini perlu untuk mendapatkan gambaran awal
tahap kepatuhan kontraktor dalam melaksanakan pengurusan trafik serta masalah
perlaksanaannya. Melalui cara ini, tahap kepuasan pengguna dapat diketahui samada
mereka selesa atau tidak melalui kawasan pembinaan jalan raya.

Responden terdiri daripada pegawai JKR Kuala Langat, pegawai Majlis


Daerah Kuala Langat, Kontraktor-kontraktor jalan dan pengguna jalanraya . Sasaran
kajian ini adalah seramai 70 orang awam atau pengguna jalanraya akan diberi secara
rawak. Manakala 15 borang kaji selidik akan diberi kepada pegawai daripada JKR
dan Majlis Daerah Kuala Langat serta 10 orang kontraktor yang dipilih. Borang soal
selidik ini diberikan kepada 10 kontraktor yang terlibat dalam pembinaan dan
naiktaraf jalan raya untuk mendapatkan data-data kajian. Pengguna jalan raya diberi
secara rawak yang tinggal sekitar daerah Kuala Langat. Selepas mendapat pandangan
yang positif dan mendapat kerjasama daripada responden, pengkaji mengedarkan
soalselidik kepada responden. Soal selidik ini juga mengambilkira data projek jalan
raya yang telah siap pembinaanya. Soalan dalam borang soal selidik ini adalah dalam
bentuk objektif di mana responden hanya perlu bulatkan jawapan pada ruang yang
diberi.

38
ii.

Temu bual

Melalui kajian ini dijalankan ke atas pihak yang terlibat secara langsung ke
atas projek pembinaan jalanraya iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah
Kuala Langat dan syarikat kontraktor. Data yang diperoleh melalui temu bual ini
dikumpul dan dianalisis selaras dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal
selidik. Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden, pengkaji terlebih dahulu
menemu bual responden bagi mendapatkan pandangan awal responden tentang
kajian ini.

Proses temubual ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat terperinci


mengenai tahap keselamatan ditapak pembinaan dalam pembinaan jalanraya dan
perlaksanaan kontraktor dalam mematuhi pengurusan trafik yang telah ditetapkan
dalam Arahan Teknik Jalan 2C/85 serta beberapa temubual dengan pengguna awam
jalanraya.

3.2.3

Peringkat Ketiga : Analisa Data

Setelah mendapatkan maklumat daripada Kajian Litaratur dan Kajian Data


,kesemua data disusun dan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah yang
bersesuaian dengan objektif dan skop kajian. Secara umumnya untuk menjalankan
kajian ini terdapat tiga kaedah proses penganalisaan data iaitu Kaedah Purata Indeks,
Kaedah Purata Mata dan Kaedah Statistik.

3.2.3.1

Purata Indeks

Purata Indeks dikira berdasarkan kepada formula berikut (Al-Hammad et al,


1996). Purata Indeks = ai xi
xi
Dimana :

39
ai

pemalar yang menunjukkan pemberat bagi i

xi

pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden i

0,1,2,3,4,5 dan digambarkan seperti berikut :

x1 = Frekuensi bagi maklumbalas yang sangat mematuhi

= 1.0 < IP 1.5

x2 = Frekuensi bagi maklumbalas yang mematuhi

= 1.5 < IP 2.5

x3 = Frekuensi bagi maklumbalas yang sederhana mematuhi = 2.5 < IP 3.5


x4 = Frekuensi bagi maklumbalas yang kurang mematuhi

= 3.5 < IP 4.5

x5 = Frekuensi bagi maklumbalas yang tidak mematuhi

= 4.5 < IP 5.0

Bagi mengenalpasti tahap penyelenggaraan secara keseluruhan, kaedah


Indeks Purata (IP) dengan menggunakan lima (5) tahap kategori skil digunakan bagi
menggambarkan keutamaan faktor penghalang tersebut. Kategori skil yang
digunakan adalah seperti berikut :
1 = Sangat mematuhi
2 = Patuhi
3 = Sederhana Mematuhi
4 = Kurang mematuhi
5 = Tidak mematuhi

3.2.3.2.

Purata Mata

Pengelasan bagi Purata Mata adalah berpandukan kepada (Abd Majid dan Mc
Caffer, 1997). Pengesahan bagi mengenalpasti tahap masalah yang timbul secara
keseluruhan adalah seperti berikut :
1 =

Tidak Setuju

: 0.00 purata mata < 1.50

2.=

Kurang Setuju

: 1.50 purata mata < 2.50

3.=

Sederhana Setuju

: 2.50 purata mata < 3.50

4=

Setuju

: 3.50 purata mata < 4.50

5=

Sangat Setuju

: 4.50 purata mata < 5.00

40
3.2.3.3

Kaedah Statistik

Kaedah Satistik digunakan untuk menghasilkan carta pai, carta bar, graf dan
jadual bagi mempamerkan keputusan analisa kajian. Data daripada analisis akan
dipersembahkan dalam bentuk graf, carta dan jadual. Purata bagi jawapan soalan
objektif diperolehi, dengan mendapat bahagian yang paling banyak ditanda oleh
responden sebagai jawapan tunggal kepada soalan tersebut.

Secara ringkas, sesuatu kenyataan itu dianggap setuju oleh kesemua


responden jika majoriti responden menanda setuju bagi soalan tersebut. Ini
bermakna jawapan sama yang paling banyak diberi oleh responden-responden
merupakan pecahan tertinggi jawapan bagi soalan tersebut. Pecahan ini boleh
dibentangkan dalam bentuk carta bar.

3.2.4

Peringkat Keempat Kesimpulan dan Cadangan

Keselamatan semasa pembinaan amat penting bagi menjamin sesuatu projek


berjalan dengan baik tanpa melibatkan kemalangan. Keselamatan pengguna jalan
raya dan pekerja binaan hendaklah diutamakan bagi mengurangkan kadar
kemalangan

serta

kecederaan.

Pematuhan

kontraktor

dalam

melaksanakan

pengurusan trafik semasa menjalankan pembinaan menyumbang kearah infilasi sifar


seperti yang disarankan oleh kerajaan sebelum ini. Hasil kajian literatur,
pengumpulan data dan anlisis yang telah dilakukan, maka kesimpulan dapat dibuat
sebagai rumusan dari tajuk isu yang dibincangkan.

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Bab ini akan menerangkan data dan maklumat yang diperolehi hasil dari
kajian yang telah dijalankan. Analisis dibuat berdasarkan maklumbalas kajian soal
selidik. Kajian soal selidik ini diperolehi daripada pegawai penguasa (Jabatan Kerja
Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan), kontraktor dan orang awam (pengguna
jalanraya). Kajian ini juga mengambilkira data projek jalan raya yang telah siap
dijalankan.

4.2

Lokasi Kajian

Merujuk kepada Rajah 4.1 di bawah menunjukkan Pekan Banting, daerah


Kuala Langat yang merupakan pekan utama yang menghubungkan penduduk di
sekitar Kuala Langat. Dibeberapa tahun kebelakangan ini, kepesatan pembinaan
Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan sekolah seperti Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN), Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Sekolah Sains menyebabkan
pertambahan populasi penduduk. Senario ini menyebabkan berlakunya kesesakan
trafik pada waktu pagi.

42
Pemandangan di waktu pagi terdapat banyak kenderaan keluar dan masuk ke
pekan Banting dan kesesakkan trafik hampir sama seperti Bandaraya Kuala Lumpur.
Faktor ini adalah disebabkan jalan raya yang sedia ada perlu ditambah kepada
beberapa lorong untuk kelancaran trafik.

Rajah 4.1 : Kawasan Pekan Banting, Selangor

Kebanyakkan pembinaan IPTA dan sekolah ini berhampiran dengan kawasan


perumahan, bangunan kedai, sekolah dan bangunan utama serta dibina di tepi laluan
utama ke Banting. Jalan raya ini merupakan laluan utama untuk menghubungkan
kemudahan infrastruktur selain ke tempat kerja. Pembinaan IPTA menyebabkan
kewujudan pembinaan jalan masuk utama ke IPTA tersebut serta pertambahan
lorong serta jalan baru. Sekiranya pengurusan trafik tidak dilaksanakan dengan
sewajarnya akan menyebabkan kemalangan dan keselamatan pengguna tidak
terjamin apabila melalui kawasan ini.

Lokasi kajian yang dijalankan adalah di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting.
Projek yang sedang dibuat pada masa ini adalah membina jalan masuk ke Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, membuat pelebaran lorong yang
sedia ada serta mewujudkan persimpangan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
4.2. Panjang pembinaan jalan raya ini adalah 330 meter dan merupakan jalan utama
ke Pekan Banting. Tujuan projek ini adalah untuk membina jalan masuk ke IKBN.
Selain daripada itu, untuk memberi keselesaan kepada pengguna kerana pelebaran

43
jalan melibatkan selekoh sedia ada yang sempit dan merbahaya, dan pembinaan
simpang adalah untuk memberi jalan baru yang lebih cepat dan efesien ke Pekan
Banting, Selangor.

Rajah 4.2 : Pembinaan Jalan utama ke IKBN Kuala Langat

Jadual 4.1 menunjukkan statistik kemalangan jalan raya bagi daerah Kuala
Langat dari tahun 2007 hingga September tahun 2010 yang diperolehi daripada Ibu
Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Jadual 4.2 menunjukkan sebahagian projek pembinaan jalan raya di daerah


Kuala Langat yang telah siap dan akan dijalankan yang diperolehi daripada JKR
Kuala Langat. Rajah 4.3 menunjukkan jumlah kemalangan jumlah kemalangan jalan
raya di daerah Kuala Langat dari Tahun 2007 hingga bulan September Tahun 2010.

44
Jadual 4.1: Statistik kemalangan jalan raya bagi daerah Kuala Langat dari
Tahun 2007 hingga Tahun 2010

TAHUN

2007
Jan-Dis

2008
Jan-Dis

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH

KEMALANGA

KEMALANGA

KEMALANG

KEMALANGA

N MAUT

N PARAH

AN RINGAN

N ROSAK

93

144

1923

74

121

136

2112

59

90

62

2141

50

42

39

1720

242

346

381

7896

59

TIDAK
PASTI

2009
Jan-Dis

2010
Jan-Sep

JUMLAH

Rajah 4.3 : Jumlah kemalangan jalan raya di daerah Kuala Langat dari Tahun 2007
hingga September Tahun 2010

45
Jadual 4.2 : Projek yang telah siap serta dalam pembinaan di daerah Kuala
Langat dari Januari 2009 hingga Oktober 2010

Bil
1.

Nama Projek

Nama Kontraktor

Membina pusingan U di bawah jambatan Sultan

Noraziman Enterprise

Abdul Samad, Daerah Kuala Langat.

No. 53 Lot 6205, Jalan Permata


Bukit Changgang, Banting.

2.

Menurap bahu jalan di Seksyen 378 laluan FT 0.05

ANT Construction

Daerah Kuala Langat

No. 5 Jalan Damai 5A


Taman Damai, Banting.

3.

Membaiki Kerosakan Jalan di persimpangan Jalan

Ahmad Shah Enterprise

Barat / laluan FT 003 Daerah Kuala Langat

No. 53, Lot 6205, Jalan Permata


Bukit Changgang, Banting.

4.

5.

Menaiktaraf

Jalan Simpang Sek. Ren. Jenis Keb.

Pertubuhan Peladang Kawasan Batu

Tamil Ladang Tumbuk di laluan FT 005 Daerah Kuala

Laut, Km 57 Batu laut,

Langat.

Tanjung Sepat, Banting.

Membaiki Kerosakan Jalan di sepanjang laluan B18,

MARRS Trading

Daerah Kuala Langat.

1723, Jalan Aman,


Kanchong Darat, Banting.

6.

Menyiapkan cadangan penggunaan semula Tie

H & R Enterprise

Frame sebagai jejantas pejalan kaki di Kampung Batu

Batu 23 , Jalan Pulai,

8, Sijangkang, Laluan Persekutuan 5, Daerah Kuala

Kanchong Darat, Banting

Langat.

7.

Cadangan Menaiktaraf jalan penghujung Kampung

Kamal Bin Selamat

Sawah ke Jeti Penambang Daerah Kuala Langat

Lot 532 Jalan Besar


Kanchong Darat, Banting.

8.

Cadangan Melebar dan Memperbaiki selekoh

Badariah Construction

berbahaya di Jalan Teratai, Kampung Batu 10, Kebun

No. 103, Batu 6,

Baru, Daerah Kuala Langat.

Jalan Mangga 8, Taman Permai


Banting.

9.

Cadangan Melebar bahu jalan di Jalan Utama, Teluk

Budi Tekad Enterprise

Bunut Daerah Kuala Langat.

Batu 22 , Jalan Masjid


Kanchong Darat, Banting.

10.

Cadangan Membaiki Persimpangan Laluan FT 005/

Idaman Senja Construction

Jalan Beringin, Daerah Kuala Langat.

Lot 817, Jalan Morib,Kanchong Darat,


Banting.

46
4.3

Kajian Soal Selidik

Kajian soal selidik ini telah dijalankan di daerah Kuala Langat. Tempoh 4
minggu dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 15 pegawai dari
Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah Kuala Langat, 10 kontraktor yang terlibat
dalam projek pembinaan jalan raya dan 70 orang awam yang diberi secara rawak.

Borang soal selidik ini dibuat dalam 3 set iaitu kepada Pegawai Penguasa,
kontraktor dan orang awam. Soalan dalam borang soal selidik ini adalah berlainan
mengikut responden. Ini bertujuan membuat perbandingan samada objektif asal yang
disasarkan tercapai atau tidak. Soalan-soalan yang disediakan adalah dalam bentuk
aneka pilihan bagi memudahkan pihak responden menjawab soalan tersebut.
Terdapat 5 kotak, contohnya sangat kerap, kerap, kurang kerap dan tidak kerap yang
perlu ditandakan oleh pihak responden (rujuk Lampiran 1).

4.3.1. Mengkaji Kepatuhan Kontraktor Terhadap Kehendak Dokumen


Kontrak Mengenai Pengurusan Trafik

Jadual 4.3 dibawah menunjukkan hasil soal selidik yang diedarkan kepada 15
orang wakil Pegawai Penguasa di dalam Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa
Tempatan. Keputusan hasil soal selidik ini diperolehi melalui kaedah Purata Indeks.
Manakala analisis data menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menghasilkan
carta bar.

47
Jadual 4.3 : Hasil soal selidik 15 pegawai JKR dan Majlis Daerah Kuala

( PP )

10

Pengurusan Trafik dijalankan dari masa ke semasa.

Pasukan Pengurusan Trafik ada disediakan.

a. Papan tanda amaran

b. Papan tanda tunjuk arah

c. Kon

d. Plastik Penghadang ( New Jersey Barrier )

e. Lampu Blinkers

10

11

12

13

Laporan harian keselamatan disediakan dan


diserahkan kepada Pegawai Penguasa setiap 3 bulan.
Kuantiti alat keselamatan yang dinyatakan dalam
dokumen tender adalah mencukupi.
Jalan altenatif/ jalan lencongan dibina mengikut
standard spesifikasi jalan dan selamat digunakan.
Jalan alternatif/ jalan lencongan diselenggara setiap
masa.

Purata Indeks

Tidak
Mematuhi

untuk semakan Pegawai Penguasa

Kurang
Mematuhi

Cadangan dan pelan pengurusan trafik disediakan

Sederhana
Mematuhi

Perkara

Mematuhi

No

Sangat
Mematuhi

Langat diperolehi dengan kaedah Purata Indeks.

2.07

1.80

2.73

3.87

2.60

2.47

3.07

Kuantiti peralatan berikut disediakan mengikut


dokumen tender :

Kesemua penanda keselamatan diselenggara dengan


baik
Plastik penghadang diisi dengan air atau pasir
Kawasan Kerja mempunyai pencahayaan yang
mencukupi
Pengawal Bendera disediakan di kawasan kerja
Pada keseluruhannya, kontraktor mematuhi kehendak
dokumen tender mengenai pengurusan trafik.

2.47

2.80

2.67

2.30

2.60

2.87

2.73

3.13

3.00

2.73

48
Keputusan hasil soal selidik ini ditunjukkan dalam Rajah 4.4 yang
menunjukkan carta bar tahap kepatuhan kontraktor terhadap kehendak dokumen
tender.

Petunjuk :

Rajah 4.4 : Statistik kepatuhan kontraktor terhadap dokumen kontrak

49
4.3.1.1 Hasil Analisis Soal Selidik Kepatuhan Kontraktor Terhadap Dokumen
Kontrak Mengenai Pengurusan Trafik

Berikut merupakan keputusan hasil soal selidik kontraktor terhadap


kepatuhan dokumen kontrak yang diperolehi dengan menggunakan kaedah Purata
Indeks. Terdapat tiga tahap kepatuhan kontraktor yang diperolehi iaitu :
Tahap kepatuhan mematuhi (1.5 < IP 2.5)
i.

Pengurusan trafik yang dijalankan dari masa ke semasa;

ii

Cadangan dan pelan pengurusan trafik disediakan untuk semakan Pegawai


Penguasa (PP);

iii.

Jalan alternatif atau jalan lencongan dibina mengikut standard spesifikasi


jalan dan selamat digunakan; dan

iv.

Kuantiti peralatan disediakan mengikut dokumen tender bagi papan tanda


amaran dan plastik penghadang.
Tahap kepatuhan sederhana mematuhi (2.5 < IP 3.5)

i.

Pasukan Pengurusan Trafik ada disediakan;

ii.

Kuantiti alat keselamatan disediakan mengikut dalam dokumen tender,


mencukupi;

iii.

Jalan lencongan atau jalan alternatif disenggara;

iv.

Kesemua penanda keselamatan diselenggara dengan baik;

v.

Plastik penghadang diisi dengan air atau pasir;

vi.

Kawasan kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi;

vii.

Pengawal Bendera disediakan di kawasan kerja;

viii.

Kuantiti peralatan disediakan mengikut dokumen tender bagi papan tanda


tunjuk arah, kon dan lampu Blinkers; dan

ix.

Kontraktor mematuhi kehendak dokumen tender mengenai pengurusan trafik.


Tahap kepatuhan kurang mematuhi (3.5 < IP 4.5)

i.

Kontraktor

didapati kurang patuh dalam penyediaan laporan harian

keselamatan untuk diserahkan kepada Pegawai Penguasa setiap 3 bulan .

50
Pada keseluruhannya, didapati kontraktor mematuhi kehendak dokumen
tender mengenai pengurusan trafik .

4.3.2

Mengenalpasti Masalah Kontraktor Semasa Melaksanakan Pengurusan


Trafik Dalam Pembinaan

Bagi mengenalpasti masalah kontraktor dalam melaksanakan pengurusan


trafik, borang kaji selidik ini telah diberikan kepada 10 kontraktor yang dipilih (rujuk
Lampiran 2). Jadual 4.4 di bawah menunjukkan hasil soal selidik yang diedarkan
kepada 10 kontraktor.

Keputusan hasil soal selidik ini diperolehi melalui kaedah Purata Indeks. dan
analisis data menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menghasilkan carta bar.
Merujuk kepada Rajah 4.5 menunjukkan keputusan hasil soal selidik masalah
kontraktor dalam pengurusan trafik semasa melaksanakan pembinaan jalan raya.

51
Jadual 4.4: Hasil soal selidik 10 kontraktor diperolehi dengan kaedah Purata

Kurang
Kerap

Tidak
Kerap

2.80

Indeks
Purata

Sederhana
Kerap

Perkara

Kerap

No

Sangat
Kerap

Indek

Masalah kerap berlaku kecurian atau dilanggar


1.

semasa tempoh pembinaan.


a. Kon

b. Papan tanda tunjuk arah /amaran

c. Lampu Blinkers

2.90

2.10

2.70

2.60

a. Tidak mencukupi

3.20

b. Kos yang dinyatakan dalam BQ adalah rendah

3.00

2.10

2.00

1.8

1.9

d. Plastik Penghadang

e. Delineator Post
2.

1.40

Kerap menggantikan alat alat keselamatan jika


berlaku kecurian atau kerosakan.
Sepanjang mengendalikan projek pembinaan, kuantiti

3.

4.

5.

6.

bagi alat keselamatan didalam BQ adalah

Kesukaran mengalihkan plastik penghadang yang


telah diisi dengan air atau pasir.
Perpindahan konkrit penghadang melibatkan
mobilization dan kos.
Projek yang lewat siap akan meningkatkan lagi kos
dalam pengurusan trafik
Tidak mendapat sebarang harga tambahan bagi

7.

menampung kos yang telah meningkat akibat projek


yang telah terlewat.

Keputusan hasil soal selidik ini ditunjukkan dalam Rajah 4.5 yang
menunjukkan carta bar tahap kepatuhan kontraktor terhadap kehendak dokumen
tender.

52

Petunjuk :

Rajah 4.5 : Statistik masalah kontraktor semasa melaksanakan pengurusan


trafik dalam pembinaan.

53
4.3.2.1 Hasil Analisis Soal Selidik Masalah Kontraktor Semasa Melaksanakan
Pengurusan Trafik Dalam Pembinaan.

Berikut merupakan keputusan hasil soal selidik masalah kontraktor semasa


melaksanakan pengurusan trafik dalam pembinaan yang diperolehi dengan
menggunakan kaedah Purata Indeks. Terdapat tiga tahap masalah kontraktor yang
diperolehi iaitu :
Tahap masalah sangat kerap (1.0 < IP 1.5)
i.

kon sangat kerap dicuri atau dilanggar semasa tempoh pembinaan .

Tahap masalah kerap (1.5 < IP 2.5)


i.

Plastik penghadang dicuri atau dilanggar;

ii.

Kesukaran mengalihkan plastik penghadang yang telah diisi air atau


pasir;

iii.

Perpindahan konkrit penghadang melibatkan mobilization dan kos;

iv.

Projek yang lewat siap akan meningkatkan lagi kos dalam pengurusan
trafik; dan

v.

Tidak mendapat sebarang harga tambahan bagi menampung kos yang


telah meningkat akibat projek yang telah terlewat.

Tahap masalah sederhana kerap (2.5 < IP 3.5)


i.

Papan tanda tunjuk arah /amaran dicuri atau dilanggar;

ii.

Lampu Blinkers dicuri atau dilanggar;

iii.

Delineator Post dicuri atau dilanggar;

iv.

Kerap menggantikan alatalat keselamatan jika berlaku kecurian atau


kerosakan;

v.

Kuantiti bagi alat keselamatan didalam BQ adalah tidak mencukupi;


dan

vi.

Kos yang dinyatakan dalam BQ adalah rendah.

Pada keseluruhannya, masalah kontraktor dalam melaksanakan pengurusan


trafik dalam pembinaan adalah seperti berikut :

54
i.

Kerap berlaku kecurian atau dilanggar alatalat keselamatan seperti


kon dan plastik penghadang semasa tempoh pembinaan;

ii.

Kesukaran mengalihkan plastik penghadang yang telah diisi air atau


pasir;

iii.

Perpindahan konkrit penghadang melibatkan mobilization dan kos;

iv.

Projek yang lewat siap akan meningkatkan lagi kos dalam pengurusan
trafik; dan

v.

Tidak mendapat sebarang harga tambahan bagi menampung kos yang


telah meningkat akibat projek yang telah terlewat.

4.3.3

Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Jalan Yang


Sedang Dalam Pembinaan

Borang soal selidik ini telah diberikan secara rawak kepada 70 pengguna
jalan raya (rujuk Lampiran 3).

Melalui borang soal selidik yang diedarkan,

maklumbalas didapati jalanraya dalam pembinaan tersebut kerap digunakan oleh


pengguna seperti dalam Jadual 4.5. Faktor ini disebabkan jalan tersebut merupakan
laluan utama ke pekan Banting dan sekitarnya.

Jadual 4.5 : Maklumbalas Pengguna Melalui Jalan raya Dalam Pembinaan

Bilangan Pengguna Jalan raya

Maklumbalas pengguna

(Orang)
50

Ya

15

Tidak Pernah

Tidak Pasti

Kajian juga mengenalpasti kebanyakan pengguna yang dipilih tinggal di


sekitar daerah Kuala Langat melalui kawasan pembinaan seperti yang ditunjukkan

55
dalam carta pai (Rajah 4.6). Rajah 4.7 menunjukkan peratus pengguna sekitar daerah
Kuala Langat yang melalui kawasan pembinaan jalan raya.

Rajah 4.6 : Statistik peratus pengguna melalui kawasan pembinaan jalan raya

Rajah 4.7 : Peratus pengguna sekitar daerah Kuala Langat yang melalui kawasan
pembinaan jalan raya

56
Jadual 4.6 : Hasil soal selidik untuk mendapatkan tahap kepuasan pengguna jalan

melalui tapak pembinaan.

Kekerapan melihat kemalangan yang berlaku

30

20

15

40

16

10

33

11

10

12

10

38

35

20

3.04

39

20

3.13

Purata
Mata

Tidak
Setuju

3.

Kekerapan terlibat dalam kemalangan semasa

Kurang
Setuju

2.

Kekerapan melalui jalan dalam pembinaan.

Sederhana
Setuju

1.

Perkara

Setuju

No

Sangat
Setuju

raya terhadap jalan yang dalam pembinaan dengan kaedah Purata Mata

1.94

3.13

3.07

dalam kawasan binaan.


4.

5.

Bilangan papan tanda tunjuk arah atau papan


tanda amaran mencukupi.

Kedudukan papan tanda tunjuk arah / papan tanda

2.69

amaran boleh dibaca ketika sedang memandu.

6.

Papan tanda tunjuk arah atau papan tanda amaran


terang dan jelas ( tidak kabur .)

7.

Kawasan kerja binaan terang

33

19

8.

Lampu Blinkers mencukupi

39

18

41

20

34

23

38

14

10

12

35

9.

10.

11.

12.

13.

Garisan jalan sementara dapat dilihat dengan jelas


dan terang.
Papan tanda tunjuk arah / papan tanda amaran
mempunyai reflektor
Kawasan kerja yang merbahaya dapat dilihat
dengan jelas.
Anda berasa yakin atau selamat semasa melalui
kawasan kerja binaan.

Anda berpuas hati semasa melalui jalan lencongan


sementara

3.17

3.21

3.21

3.21

2.90

2.79

10

42

2.86

57

Petunjuk :

Rajah 4.8 : Statistik Tahap kepuasan pengguna menggunakan jalan raya dalam
pembinaan

58
4.3.3.1 Hasil Analisis Soal Selidik Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Jalan
Yang Sedang Dalam Pembinaan

Berikut merupakan keputusan hasil soal selidik tahap kepuasan pengguna


terhadap jalan yang sedang dalam pembinaan dengan mengambilkira kaedah Purata
Mata. Terdapat dua tahap kepuasan pengguna yang diperolehi iaitu :
Tahap kepuasan setuju (3.50 purata mata < 4.50)
i.

Kekerapan melalui jalan dalam pembinaan

Tahap kepuasan sederhana setuju (2.50 purata mata< 3.50)


i.

Kekerapan terlibat dalam kemalangan semasa melalui tapak


pembinaan;

ii.

Kekerapan melihat kemalangan yang berlaku dalam kawasan binaan;

iii.

Bilangan papan tanda tunjuk arah atau papan tanda amaran


mencukupi;

iv.

Kedudukan papan tanda tunjuk arah / papan tanda amaran boleh


dibaca ketika sedang memandu;

v.

Papan tanda tunjuk arah atau papan tanda amaran terang dan jelas
(tidak kabur );

vi.

Kawasan kerja binaan terang;

vii.

Lampu Blinkers mencukupi;

viii.

Garisan jalan sementara dapat dilihat dengan jelas dan terang;

ix.

Papan tanda tunjuk arah / papan tanda amaran mempunyai reflektor;

x.

Kawasan kerja yang merbahaya dapat dilihat dengan jelas;

xi.

Pengguna jalan raya berasa yakin atau selamat semasa melalui


kawasan kerja binaan; dan

xii.

Anda berpuas hati semasa melalui jalan lencongan sementara.

Pada keseluruhannya, didapati tahap kepuasan pengguna jalan raya adalah


sederhana setuju terhadap jalan yang sedang dalam pembinaan .

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bahagian ini membentangkan kesimpulan kajian hasil dari analisis yang telah
dilakukan. Kesimpulan kajian mengikut susunan objektif kajian. Objektif ini dicapai
melalui temubual, kajian soal selidik dan kaedah anlisis menggunakan kaedah
Purata Indeks dan Purata Mata .

5.2

Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, kesimpulan dapat dibuat berdasarkan


kepatuhan kontraktor terhadap dokumen kontrak dalam melaksanakan pengurusan
trafoik,

masalah kontraktor dalam melaksanakan pengurusan trafik serta tahap

kepuasan pengguna terhadap pengurusan trafik yang dilaksanakan oleh kontraktor.

60
5.2.1

Objektif 1 :

Mengkaji Kepatuhan Kontraktor Terhadap Kehendak

Dokumen Kontrak Mengenai Pengurusan Trafik.

Pada keseluruhannya, didapati kontraktor patuh kepada kehendak dokumen


kontrak mengenai pengurusan trafik seperti yang ditunjukkan dalam Bab 4. Ini
adalah kerana 9 daripada 13 perkara yang disenaraikan, majoriti 10 kontraktor
sederhana mematuhi perkara tersebut. Majoriti kontraktor yang dipilih secara rawak
mematuhi kehendak dokumen kontrak seperti menyediakan kuantiti peralatan
keselamatan mengikut BQ, jalan altenatif dibina mengikut standard spesifikasi dan
selamat digunakan.

5.2.2

Objektif 2 : Mengenalpasti

Melaksanakan

Masalah

Kontraktor

Semasa

Pengurusan Trafik Dalam Pembinaan.

Pada keseluruhannya, masalah kontraktor dalam melaksanakan pengurusan


trafik dalam pembinaan adalah seperti berikut :
i.

Kerap berlaku kecurian atau dilanggar alatalat keselamatan seperti kon dan
plastik penghadang semasa tempoh pembinaan;

ii.

Kesukaran mengalihkan plastik penghadang yang telah diisi air atau pasir;

iii.

Perpindahan konkrit penghadang melibatkan mobilization dan kos;

iv.

Projek yang lewat siap akan meningkatkan lagi kos dalam pengurusan trafik;
dan
Tidak mendapat sebarang harga tambahan bagi menampung kos yang telah
meningkat akibat projek yang telah terlewat.

5.2.3

Objektif 3 : Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pengguna Jalan raya


Terhadap Pengurusan Trafik Yang Dilaksanakan Oleh Kontraktor.

Pada keseluruhannya, didapati tahap kepuasan pengguna jalan raya adalah


memuaskan terhadap jalan yang sedang dalam pembinaan seperti yang ditunjukkan

61
dalam Bab 4. Ini adalah kerana 12 daripada 13 perkara yang disenaraikan, majoriti
70 pengguna jalan raya sederhana setuju perkara tersebut. Kebanyakkan pengguna
jalanraya kerap melalui kawasan pembinaan jalan raya. Walaupun tidak melibatkan
kemalangan maut tetapi sering berlaku kecederaan kecil seperti terjatuh, terbabas dan
hilang kawalan. Insiden seperti ini boleh dikawal sekiranya kontraktor membuat
penambahbaikan dalam pengurusan trafik contohnya seperti menyediakan pengawal
bendera dengan pemakaian jaket yang sesuai. Tujuan pengawal bendera ini dilantik
adalah untuk mengawal aliran trafik di kawasan pembinaan jalan raya supaya
pengguna merasa selamat dan selesa apabila melalui kawasan tersebut.

5.3

Cadangan

Hasil daripada kajian dan analisis data yang diperolehi, perkara di bawah
merupakan cadangan bagi meningkatkan lagi pengurusan trafik di kawasan
pembinaan. Tujuan cadangan ini adalah untuk mendapatkan hasil yang berkesan
demi menjamin keselamatan dan kepuasan pengguna jalanraya. Berikut merupakan
cadangan yang disyorkan :
i.

Item pengurusan trafik dalam BQ perlu lengkap;

ii.

Kuantiti bagi item pengurusan trafik perlu mencukupi;

iii.

Kepatuhan pihak kontraktor terhadap BQ;

iv.

Audit Keselamatan Jalan raya;

v.

Tanggungjawab Kontraktor;

vi.

Papan tanda amaran atau papan tanda arah perlu diselenggara; dan

vii.

Kesedaran tentang pengurusan trafik.

5.3.1

Item Pengurusan Trafik Dalam BQ Perlu Lengkap.

Item-item untuk pengurusan trafik yang disediakan tidak mencukupi seperti


standard BQ. Contohnya terdapat BQ yang hanya menyediakan temporary NJB dan
Lampu Blinkers sahaja, tetapi standard BQ untuk TMP mengandungi Traffic

62
Management team, Temporary Road Furniture, Temporary Signs, Temporaray Road
Diversion dan Report and Traffic Management Plan. Cadangan tindakan
penambahbaikan ialah Cawangan kejuruteraan Jalan dan Geoteknik perlu
menyediakan Nota Teknik yang mengandungi Standard BQ untuk diedarkan
kepada semua JKR negeri.

5.3.2

Kuantiti Bagi Item Pengurusan Trafik Perlu Mencukupi.

Item-item yang dimasukkan dalam BQ tidak mempunyai kuantiti yang


mencukupi. Tindakan cadangan penambahbaikan, BQ akan diberi kepada perebentuk
untuk diverifikasi dan Seminar Pematuhan Pengurusan Trafik Sewaktu Pembinaan
perlu diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat
khususnya mengenai keperluan dan kuantiti.

5.3.3

Kepatuhan Pihak Kontraktor Terhadap BQ

Pihak kontraktor tidak menyediakan sepenuhnya tem-item yang terdapat di


dalam senarai BQ seperti tidak melantik Traffic Safety Officer dan tidak
menyediakan

laporan

TMSR.

Cadangan

penambahbaikan,

penguatkuasaan

hendaklah dijalankan ke atas kontraktor di tapak bina dari masa ke semasa.


Kontraktor adalah perlu menghantar laporan harian keselamatan untuk diserahkan
kepada Pegawai Penguasa setiap 3 bulan.

Pihak berkuasa tempatan mestilah

memantau perkara ini dengan mengambil tindakan terhadap kontraktor yang ingkar.
5.3.4

Audit Keselamatan Jalan raya

Mencadangkan supaya audit keselamatan jalan raya perlu menjalankan


pemeriksaan keselamatan lebih kerap ke atas semua projek tanpa mengira kos
pembinaan.

Oleh kerana jumlah bilangan projek pembinaan jalan raya seluruh

Malaysia semakin bertambah, maka bilangan audit juga perlu ditambah bagi
mengatasi kekurangan audit yang sedia ada.

63
5.3.5

Tanggungjawab kontraktor.

Masalah kecurian atau kerosakan alat keselamatan di tapak bina adalah di


bawah tanggungjawab kontraktor. Cadangan penambahbaikan, kontraktor perlu
melantik syarikat perunding yang berpengalaman dalam penyediaan senarai kuantiti
supaya kos yang ditenderkan mengambilkira kemungkinan berlakunya risiko
tersebut. Kontraktor bertanggungjawab menjaga perkakasan pengurusan trafik
melalui rondaan berkala pasukan pengurusan trafik.

5.3.6

Papan Tanda Amaran Atau Papan Tanda Arah Perlu Diselenggara.

Pegawai yang mengawasi projek dan kontarktor perlu memastikan papan tanda
amaran atau papan tanda arah sentiasa disenggara dengan baik iaitu dicuci sekiranya
kotor. PP perlu pastikan setiap papan tanda yang didirikan mempunyai kepingan
reflektif bagi penglihatan di waktu malam dan juga waktu hujan.

5.3.7

Kesedaran Tentang Pengurusan Trafik

Penekanan pengurusan trafik perlu diberitahu semasa mesyuarat tapak serta


membuat laporan di atas pengurusan trafik termasuk bilangan kemalangan yang
berlaku di kawasan pembinaan.

64

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Rahim (2008), Occupational Safety And Health Course:
Course Note, Universiti Teknologi Malaysia.

Aida Khalid (2009), Pengurusan Trafik Dalam Pembinaan Jalanraya,Ijazah


Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Aminah Md Yusof dan Rosli Mohamad Zin (2008), Kontrak dan Taksiran.
Universiti Teknologi Malaysia. pp 25-29.

Dua Orang Maut dan Empat Orang Cedera. (19 Januari 2008). Berita Harian, p 2.

Hinze, J.W. (1997). Construction Safety. New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Jabatan Kerja Raya (1985), Arahan Teknik (Jalan) 1/85, Manual On Design
Guidelines Of Longitudinal Traffic Barrier. JKR Kuala Lumpur.

Jabatan Kerja Raya (1985), Arahan Teknik (Jalan) 2C/85, Manual On Traffic
Control Devices Temporary Signs and Work Zones Control. JKR, Kuala
Lumpur.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2007), Garis Panduan bagi


Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak pembinaan, Semakan Pertama.
(Broucher), JKKP Kuala Lumpur.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (2008), Laporan Statistik Kemalangan dan


Kesihatan Sehingga Julai 2008, DOSH Malaysia.

65

Jamilah Marjan (2002), Road safety Audit Experiences in Malaysia. Paper presented
at the 2nd GRSP ASEAN Seminar. March .Hanoi, pp 25-27.

Jeremy Jackson (2010), Journal Of The Eastern Asia Society For Transportation
Studies, Vol 6, pp 2291-2306.

Jones O, B.T. (2000), Construction Design and Management Safety Regulations in


Practice-Progress on Implementation. International Journal of Project
Management. p 33-40.

Keselamatan di kawasan pembinaan perlu dipertingkat (1 April 2008). Berita


Harian, p 5.

Langkah Proaktif Pastikan Tapak Binaan Selamat (22 April 2005). Berita Harian, p
12.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (2009), Seminar On RSA Traffic


Management During Construction,16 Mac 2009. Terengganu, p 3.

Mac Collum, D (1990), Time For change In Construction Safety, Vol 2. Proffesional
Safety, p 33.

Malaysian Transport Facts (2008), Institution Of Highway and Transportation


(Malaysian Branch).

Mat Idi Bin Man (2007), Produk Keselamatan Jalan raya Delineator Post, Unit
Keselamatan Jalan, JKR Malaysia, pp 4-5.

Mohd Faizul Bin Ali Mohd Hanapiah (2007), Penyelidikan dan Pembangunan, Unit
Keselamatan Jalan, JKR Malaysia, pp 3-4.

Mohd Hizam Harun dan Jazlina Nor Sharif, (2008). Pengurusan Trafik Di Tapak
Bina, Buletin Senggara Fasiliti Jalan, JKR Kuala Lumpur, pp 20-26.

66

Mohamad Rehan Karim. (1995), A Macro Analysis of Road Accident Trends in


Malaysia. Journal of the Eastern Asia Society for Transportation Studies,
Vol.1, No.3, 1995, pp.941-950.

Mohd Saidin Misnan, Abdul Hakim Mohammed Zakaria Mohd Yusof, Razali Abdul
Hamid, Norazam Othman, Wan Yusoff Wan Mahmood (2008), Isu-isu
Semasa Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Industri
Pembinaan Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Public Work Department Malaysia (1997), Road Safety Audit Guidelines for the
safety audit of roads and road projects in Malaysia, Roads Branch, Public
Works Department Malaysia.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (2006), Statistic Annual Report 2006, Malaysia.


PERKESO

Road Engineering Association of Malaysia (2006), Guideline on Design and


Selection of Longitudinal Traffic Safety Barrier, Technical Committee on
Safety(TC09). Malaysia, REAM

Standard Specification For Roads Work (1998), JKR/SPJ/1998. Kuala Lumpur, JKR

Sazali Bin Abu Bakar (2007), Road Safety Audit, Dokumen Terma Rujukan Audit
Keselamatan Jalan, Unit Keselamatan Jalan, JKR Malaysia, pp 3

Umar Radin Sohadi and Che Ali Che Hitam, (2002). Road Safety Initiatives in
Malaysia. Paper presented at the Intertraffic Conference, Bangkok

67

LAMPIRAN 1

Borang Kaji Selidik


Mengkaji Kepatuhan Kontraktor Terhadap Kehendak Dokumen Kontrak Mengenai
Pengurusan Trafik

Mematuhi

Sederhana
Mematuhi

Kurang
Mematuhi

Tidak
Mematuhi

Perkara

No

Sangat
Mematuhi

Bagi setiap item, sila bulatkan jawapan anda mengikut skala yang diberikan.

Cadangan dan pelan pengurusan trafik disediakan untuk semakan


Pegawai Penguasa ( PP )

Pengurusan Trafik dijalankan dari masa ke semasa.

Pasukan Pengurusan Trafik ada disediakan.

Laporan harian keselamatan disediakan dan diserahkan kepada Pegawai


Penguasa setiap 3 bulan.

Kuantiti alat keselamatan yang dinyatakan dalam dokumen tender adalah


mencukupi.

Jalan altenatif/ jalan lencongan dibina mengikut standard spesifikasi jalan


dan selamat digunakan.

Jalan alternatif/ jalan lencongan diselenggara setiap masa.

Kuantiti peralatan berikut disediakan mengikut dalam dokumen tender


a. Papan tanda amaran

b. Papan tanda tunjuk arah

c. Kon

Sangat
Mematuhi

Mematuhi

Sederhana
Mematuhi

Kurang
Mematuhi

Tidak
Mematuhi

Perkara

No

Kesemua penanda keselamatan diselenggara dengan baik

10

Plastik penghadang diisi dengan pasir atau air

11

Kawasan kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi

12

Mempunyai pengawal bendera di kawasan tapak binaan

13

Pada keseluruhannya kontraktor mematuhi kehendak dokumen tender


mengenai pengurusan trafik.

d. Plastik Penghadang

e. Lampu Blinkers dan Tong Drum Plastik

Sekian Terima Kasih

Borang Kaji Selidik


Mengenalpasti Masalah Kontraktor Dalam Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan

Sangat
Kerap

Kerap

Sederhana
Kerap

Kurang
Kerap

Tidak
Kerap

Bagi setiap item, sila bulatkan jawapan anda mengikut skala yang diberikan

a. Kon

b. Papan tanda tunjuk arah /amaran

c. Lampu Blinkers

d. Plastik Penghadang

e. Delineator Post

a. Tidak mencukupi

b. Kos yang dinyatakan dalam BQ adalah rendah

Perkara

No

Masalah kerap berlaku kecurian atau dilanggar semasa tempoh


1.

pembinaan.

Kerap menggantikan alat alat keselamatan jika berlaku


2.

kecurian atau kerosakan.


Sepanjang mengendalikan projek pembinaan, kuantiti bagi alat

3.

keselamatan didalam BQ adalah :

Kesukaran mengalihkan plastik penghadang yang telah diisi


4.

dengan air atau pasir.


Perpindahan konkrit penghadang melibatkan mobilization dan

5.

kos.
Projek yang lewat siap akan meningkatkan lagi kos dalam

6.

pengurusan trafik
Tidak mendapat sebarang harga tambahan bagi menampung

7.

kos yang telah meningkat akibat projek yang telah terlewat.

Sekian Terima Kasih

Borang Kaji Selidik


Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Jalan Yang Sedang Dalam
Pembinaan
Bahagian A (Tandakan pada kotak yang disediakan)
1. Pilih kawasan kediaman anda

Banting Baru

Jenjarom

Morib

Sungai Buaya

Labuhan Dagang

Lain lain kawasan : _______________

2. Tempat Bekerja anda

Putrajaya

Klang

Kuala Lumpur

KLIA

Shah Alam

Nilai

Lain lain tempat : _______________

3. Adakah anda pernah melalui kawasan pembinaan/naiktaraf jalan raya

Ya - Sila jawab Bahagian B

Tidak Pernah

Tidak Pasti

Sederhana
Setuju

Kurang
Setuju

Tidak
Setuju

Perkara

Setuju

No

Sangat
Setuju

Bahagian B (Bagi setiap item, sila bulatkan jawapan anda mengikut skala yang diberikan)

1.

Kekerapan melalui jalan dalam pembinaan.

2.

Kekerapan terlibat dalam kemalangan semasa melalui


tapak pembinaan.

3.

Kekerapan melihat kemalangan yang berlaku dalam


kawasan binaan.

4.

Bilangan papan tanda tunjuk arah atau papan tanda


amaran mencukupi.

5.

Kedudukan papan tanda tunjuk arah / papan tanda


amaran boleh dibaca ketika sedang memandu.

6.

Papan tanda tunjuk arah atau papan tanda amaran


terang dan jelas ( tidak kabur .)

7.

Kawasan kerja binaan terang

8.

Lampu Blinkers mencukupi

9.

Garisan jalan sementara dapat dilihat dengan jelas dan


terang.

10.

Papan tanda tunjuk arah / papan tanda amaran


mempunyai reflektor

11.

Kawasan kerja yang merbahaya dapat dilihat dengan


jelas.

12.

Anda berasa yakin atau selamat semasa melalui


kawasan kerja binaan.

13.

Anda berpuas hati semasa melalui jalan lencongan


sementara

Sekian Terima Kasih

68

LAMPIRAN 2

69

LAMPIRAN 3

Potrebbero piacerti anche